Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 19 February 2014

Peruntukan RM 4 Bilion dan RM 750 Juta Punca Waytha Moorthy Berhenti?

waytha
Seminggu selepas meletakkan jawatannya sebagai senator dan timbalan menteri, pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy muncul kali pertama dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunaikan janjinya kepada kepada komuniti India.

Dalam sidang medianya selama 20 minit hari ini, Waythamoorthy turut menggesa Najib (kanan) supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.
“Over the last eight months, I had at least 16 meetings with the prime minister at his office in Putrajaya,” Waythamoorthy explained.
“In each of these meetings, I kept pushing for the naming of the new unit that he promised I was to head, as well as for the budget that was agreed to.”
Pada Isnin lalu Waythamoorthy menyerahkan surat peletakan jawatan, lapan bulan selepas dia menandatangani memorandum kontroversi persefahaman (MoU) dengan BN beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13.

Apa yang gagal diterangkan kepada umum oleh Waytha Moorthy ialah beliau menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan berbanding NGO yang beliau ketuai belum ini. Jika dalam NGO beliau mempunyai kebebasan mengarah dan menguruskan dana, ia tidak akan boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam kerajaan.

Menurut sumber, Waytha Moorthy menuntut mahukan sebuah jabatan khusus yang dianggotai sekitar 50 orang pegawai dengan peruntukan antara RM 4-5 bilion.

Selepas pilihan raya, Kerajaan BN memberi RM750 juta kepada kaum India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian/agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

Malangnya, Waythamoorthy mahukan beliau menguruskan secara langsung dana RM 750 juta tersebut. Permintaan ini tidak mungkin dipenuhi oleh Perdana Menteri kerana ia bertentangan dengan prosedur kewangan kerajaan.

Selain itu, adalah mustahil untuk kerajaan memenuhi semua tuntutan Hindraf yang ada antaranya bertentangan dengan perlembagaan negara.

No comments:

Post a Comment