Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 16 August 2013

Pentadbiran 100 hari PM tingkat keyakinan rakyat

PAPAR, 16 Ogos – Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan prestasi pentadbiran 100 hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU13) sebagai membanggakan dan memantapkan lagi pelaksanaan program transformasi kerajaan.
  • Rosnah Abdul Rashid Shirlin
  • Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Rosnah berkata keupayaan Najib mentadbir negara dengan baik turut meningkatkan keyakinan rakyat terhadap beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Sehingga kini, kita melihat proses transformasi masih berjalan lancar. Walaupun dalam awal pentadbiran 100 hari ini pentabiran beliau telah dicabar pelbagai isu termasuk isu melibatkan perpaduan namun ia telah ditangani dengan begitu baik sebagai perdana menteri yang bertanggungjawab,” katanya.
Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pengalat Kecil Papar, dekat sini semalam.
Beliau berkata Puteri Umno akan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pentabiran Perdana Menteri.
“Walaupun banyak tomahan dan juga usaha pihak pembangkang untuk menidakkan pentadbiran Najib namun beliau masih gah untuk meneruskan pentadbiran negara dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia semasa PRU13.
“Apa yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang dengan cuba menidakkan kemenangan BN dan mencetuskan pelbagai isu melibatkan isu agama dan sebagainya hanya usaha sia-sia kerana rakyat lebih memahami bahawa tidak ada perkara yang lebih penting selain keamanan negara yang perlu dipertahankan,” katanya.
Rosnah berkata Perdana Menteri sentiasa menekankan tentang pentingnya perpaduan dan rakyat seharusnya memberi sokongan untuk menjayakan wawasan murni itu.
“Hanya segelintir sahaja yang terbawa-bawa dengan sikap pembangkang tetapi saya kira secara umum penerimaan rakyat kepada pentadbiran kerajan sedia ada begitu mantap dan begitu baik, sehingga Kita dapat kekalkan perpaduan sedia ada,” katanya.
Rosnah berkata sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, Najib bersama jemaah menteri telah menyatakan komitmen untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela termasuk dalam memerangi jenayah.
“Begitu juga dalam aspek perpaduan dan kemaanan serta yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama,” katanya.
Sementara itu, bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Abdul Rahim Ismail berkata sepanjang 100 hari pentadbirannya, Najib berjaya memperkukuhkan perpaduan kaum yang merupakan antara cabaran utama kerajaan BN selepas menang PRU13.
“Ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan atas keterbukaan dan pendemokrasian  yang diperkenalkan oleh kerajaan BN khususnya Umno dalam merapatkan jurang perkauman di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka itu.
Abdul Rahim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis berkata beliau juga yakin kepimpinan Najib mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati negara ini sekarang.
“…bukan mudah mematahkan perpaduan yang kental yang dibina sejak sekian lama dalam kalangan masyarakat yang ada pada masa kini,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment