Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 14 July 2011

Lim Guan Eng minta maaf kepada Melayu Pulau Pinang?

Lim Guan Eng meminta kerajaan Malaysia memohon maaf kepada pihak hospital Tung Shin kerana Polis  dikatakan telah menembak pemedih mata ke arah hopital Tong Shin. Kenyatan ini dipetik dari laporan portal Malaysian   Insider .lihat sini.

 Ketua Polis Negara  (Tan Sri Ismail Omar), menteri kesihatan  (Datuk Seri Liow Tiong Lai) Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) perlu memohon maaf kepada pihak hospital kerana melindungi perbuatan pihak polis kata beliau.

Seharusnya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Tung Shin dan juga rakyat Malaysia kerana telah mencetuskan huru hara sehingga berlaku kekecohan dihadapan hospital berkenaan. Ambiga , Anwar Ibrahim patut dipersalahkan kerana mencetuskan fonemena yang huru hara dan menggangu ketenteraman awam.

Lim Guan Eng tidak perlu mengaut keuntungan dari isu ini untuk menyalahkan pihak Polis yang menjalankan tugasan mereka tetapi tidak pernah mahu menyalahkan punca kejadian yang dicetuskan oleh Parti pembangkang. 
DAP , PKR dan PAS perlu bertanggungjawab apa yang terjadi sekiranya Lim Guan Eng mengatakan ada berlakunya tembakkan gas pemedih mata di kawasan Hospital berkenaan. Mereka seharusnya minta maaf kepada hospital Tung Shin.

Lim Guan Eng jangan lupa minta maaf dari orang Melayu Pulau Pinang atas perbuatan nya menzalimi orang orang Melayu Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment