Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 6 June 2011

Kerana Nik Aziz taksub kepada Anwar Ibrahim kini PAS di tangan Anwar

Kumpulan Ardogan akhirnya berjaya menguasai PAS setelah gagal melakukan nya pada penggal yang lalu. Nik Aziz  tersenyum apabila anak emasnya Husam Musa akhirnya berjaya membimbing barisan kepimpinan yang Pro kepada Anwar Ibrahim telah menguasai PAS. Nik Aziz yang sememangnya kagum dan taksub kepada ketuanya Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pembangkang.

Mereka  kini boleh tersenyum lega kerana berjaya menolak kepimpinan Ulamak dan menggantikan kumpulan Ardogan dan PAS kini mutlak dikuasai oleh kumpulan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim  tidak lagi bimbang sekiranya kumpulan ulamak yang tidak bersetuju dan menentang beliau,PAS juga sudah menukar dan membuang terus perjuangan Islam dan kini bersikap lebih liberal sebagai parti politik untuk berbilang kaum sesuai dengan kehendak Anwar yang mengumpan undi bangsa asing.

Anwar juga tidak perlu bimbang sekiranya rakan sekutu mereka yang sememangnya anti Islam akan berlaga angin dengan PAS kerana PAS kini adalah dalam bidang kuasa beliau. PAS juga lebih terang tidak lagi menunjukkan perjuangan kearah Islam tetapi masih mengekalkan laungan yang kononnya mereka memperjuangkan Islam. Bangsa asing tidak lagi takut untuk memberikan sokongan mereka kepada DAP secara total kerana mereka tidak lagi akut kepada PAS seperti  zaman Dato' Asri dahulu kerana PAS tidak lagi akan memperjuangkan hudud dan PAS juga sudah menggugurkan perjuangan Negara islam mereka.

Ketakasuban  Nik Aziz  kepada Anwar Ibrahim sememangnya ketahui ramai oleh semua dan kini PAS tiada bezanya dengan PKR dan DAP. Tidak hairanlah sekiranya DAP akan menggantikan PAS selepas ini.

No comments:

Post a Comment