Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Thursday, 6 October 2011

PAKATAN HARAM dah tau BARISAN NASIONAL akan menang

Berita di bawah ni GTP baca kat harakahdaily. Mereka ni memang terbaik lah di dalam kerja-kerja mencipta persepsi-persepsi yang boleh mengelirukan rakyat.


Belum lagi Perdana Menteri Malaysia bentang Belanjawan 2012, dia dah terlebih menapak ke depan. Semua nak jadi yang terpantas dan terhebat. Tetapi haram semua tidak boleh pakai.

Sebenarnya, PAKATAN HARAM dah tak ada isu. Itu lah dia pun isunya.. mencipta persepsi menipu rakyat. Ingat boleh ker?? Sudah-sudah  lah..



KUALA LUMPUR, 6 Okt: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang semakin pasti menjanjikan beban ekonomi rakyat akan bertambah parah, kata kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Ketika membidas kenyataan ulangan dari pihak kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan selepas pilihan raya ini, beliau berkata, bukan cukai itu sahaja yang akan dipaksakan malah lebih banyak subsidi ditarik dan harga minyak akan naik jika BN menang pilihan raya.

"Bukan GST sahaja yang akan dipaksakan. Jangan lupa, awal-awal lagi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Idris Jala sudah memberi amaran bahawa Malaysia akan bankrap atau muflis pada 2019 jika subsidi berterusan.

"Amaran itu adalah isyarat yang sangat jelas bahawa BN akan menarik lebih banyak subsidi dari rakyat termasuk subsidi minyak yang dengan sendirinya bermakna harga minyak akan naik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Kenaikan harga minyak pula, katanya, akan mengakibatkan kesan berantai kepada kenaikan harga barangan lain.

"Itulah bencana yang akan ditempuh oleh rakyat jika BN menang lagi dalam pilihan raya akan datang," Salahuddin mengingatkan.

Hari ini, ketika ditanya mengenai rang undang-undang yang akan membuka laluan kepada GST, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menolak cukai itu akan dipaksakan selepas pilihan raya.

"Mungkin selepas pilihan raya, apa-apa sahaja mungkin," katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".

Sambil memberitahu bahawa GST tidak dimasukkan dalam belanjawan Pakatan Rakyat, Salahuddin mengingatkan, keinginan kuat kerajaan BN untuk memaksakan GST dan menarik balik lebih banyak subsidi sudah berulangkali dinyatakan oleh mereka.

"Perdana Menteri sendiri pernah kata, antara langkah kerajaannya untuk memperkukuh aliran pendapatan ialah memperkenalkan GST.

"Sebab itulah, rakyat mesti membuat pilihan sama ada hendak tersiksa di bawah GST dan kenaikan harga barang atau menolak BN ," katanya sambil berkata bayangan ngeri itu belum lagi mengambil kira berleluasanya rasuah sehingga Umno disebut parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Rakyat, kata Salahuddin, hendaklah sedar bahawa kerajaan BN semakin ketara tidak mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan negara selain membebankan rakyat dengan pelbagai cukai seperti GST, menarik balik subsidi malah memperbanyakkan pelbagai saman ke atas rakyat.

Dalam ulasan terhadap pendapatan kerajaan baru-baru ini, professor ekonomi antarabangsa di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF), Prof Datuk Dr Mohamed Ariff berkata, pendapatan kerajaan tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan keadaan itu membimbangkan jika berlaku lagi krisis ekonomi.

Friday, 23 September 2011

Barisan Nasional mampu menang majoriti besar



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.
Beliau berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.
Kata beliau lagi apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.
“Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini…bukan perkara baru.
“Kita ada agenda yang amat jelas…pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama kira-kira 300 anggota Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (PBAKM) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Penasihat PBAKM.
Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutar-belitkan fakta.
“Apa yang penting, kita bekerja kuat memberi penjelasan sehingga ke peringkat akar umbi. Kita mesti membetulkan fitnah yang ditabur atau fakta yang diseleweng.
“Selain menjelaskan perkara ini (fitnah dan fakta yang diseleweng), kita juga perlu jelaskan UMNO dan BN sebagai parti yang mendahului kelok pembaharuan. Jangan mereka (rakyat) anggap (UMNO dan BN) sebagai parti lama, parti yang tiada idea baru…tiada kesegaran dalam perjuangan,” katanya.
Najib, yang juga Penaung PBAKM, berkata sekiranya pembangkang diberi kuasa memerintah Malaysia, ia boleh membawa sejarah hitam kepada negara ini.
“Nauzubillah, kalau dia (pembangkang) dapat kuasa, saya fikir dia nak rombak segala-galanya apa yang kita pertahankan, kita warisi. Nak tafsir sejarah (ikut mereka), nak tukar bendera…banyak lagi perkara karut yang mereka akan buat,” katanya.
Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan di atas komitmen yang ditunjukkan oleh bekas anggota PBAKM selama ini, dan meminta mereka terus membantu kerajaan menyedarkan rakyat bahawa UMNO dan BN adalah parti yang sentiasa memperjuangkan rakyat.
Najib berkata penganjuran majlis hari ini di kediamannya di Seri Perdana juga adalah signifikan bagi anggota PBAKM untuk bersama membantu kerajaan mempertahankan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.
Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa Putrajaya adalah maruah negara yang tidak boleh digadai kepada golongan yang hanya melihat kepada agenda politik semata-mata.
“Ini bukan rumah saya…ini rumah Perdana Menteri UMNO dan BN. Kita mesti pertahankan Putrajaya kerana untung nasib kita dan anak-cucu bergantung kepada UMNO dan BN…pihak yang lain (pembangkang) tidak boleh harap.
“Barisan Nasional sebagai pemegang tampuk pemerintahan negara kita…kita yang bangunkan Putrajaya. Tak kan kita nak biarkan kepada orang lain. Ini maruah kita…kita tidak sanggup terhina dan dihina oleh sesiapa,” katanya.