Thursday, 5 May 2011

Puteri cabar Rohayu tegur Hasan Ali !!! tutup PDW (Pusat Dagangan Wanita)

Rohayu dicabar tegur Hasan Ali
Saya mewakili wanita khususnya mahasiswi mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan membantah isu ini di peringkat nasional. Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian. Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia.
Seperkara lagi yang lebih memualkan adalah isu video lucah yang lebih biadap memperlihatkan tubuh badan wanita seenaknya. Aksi-aksi 'dalam kelambu' sebegitu tidak patut diperlihatkan di pentas umum - baca sini
Rohayu Rusli,
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Puteri amat setuju dengan Rohayu Rusli agar Kementerian Belia dan Sukan  membantah isu pemakaian dalam permainan  badminton wanita. Puteri juga bersetuju dengan Rohayu mengenai aksi video lucah yang di tonton secara umum. Namun Puteri berharap agar pihak berkuasa mencari siapakah dalang yang mengedarkan  video lucah ini namun sebelum itu eloklah pihak berkuasa mengenal pasti siapakah  pelakon yang berlakon dalam  video ini dan mendakwa  pelakon  video ini. - Rohayu tenguk ke?

Puteri juga berharap agar Rohayu membuat teguran secara jujur dan ikhlas dan jangan menegur kerana memihak pada mana mana  parti politik. Puteri mencabar  Rohayu menegur Hassan Ali dan PKR untuk mengambil tindakan kepada  Pusat Dagangan Wanita  yang begitu pesat berkembang di Pucong Selangor. Apakah Rohayu tidak tahu atau sengaja tidak tahu bahawa pusat ini lebih teruk dari apa yang  Rohayu lihat di dalam Video berkenaan. 

Banyak anak anak muda dari Negeri Selangor , luar dari Selangor yang enjoy setiap malam bagaikan syurga dunia di sini.Selain itu Rohayu juga patut menyeru kerajaan Selangor (PR - PAS) yang menjanjikan untuk menutup kilang arak agar menunaikan janji dan menutup semua tempat tempat dan kelab yang menjual arak di Selangor.

1 comment:

  1. Amboi:-)
    Ganas jugak Puteri ni, nooo.

    Hidup Putri.!!!!

    Edar dah jatuh tak mustahak.

    Yang lebih mustahak ialah siapa pelaku zina tersebut.
    Ia hal kepentingan negara.
    Hal anak cucu.
    Hal Republik Rakyat Malaysia nanti.
    Hal kesinambungan Melayu memerintah Tanah Melayu.
    Hal zaman Nabi Lut, supaya tak berulang zaman di Tanah Melayu.
    Hal biasiswa MARA yang berbillion-billion.
    Banyak hal-hal lagi.

    Frm HHalem

    ReplyDelete