Thursday, 5 May 2011

PR cealaru di S'wak , Baru Bian kempunan - N Aziz tidak boleh ditegur Anwar tak boleh dituduh - Tinggalkan PAS masuk UMNO

PKR Sarawak hari ini menolak kabinet bayangan yang diumumkan oleh pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng pada Ahad lalu.Menurut ketua PKR Sarawak Baru Bian  tindakan berkenaan diambil kerana tidak ada rundingan diadakan di kalangan anggota Pakatan Rakyat apabila senarai itu dibuat.

Baru Bian yang dulu dibuai mimpi indah oleh saudagar mimpi yang akan melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak sebenarnya tidak layak menjadi  Ketua Pembangkang di Sarawak. Mcam mana mahu jadi Ketua Pembangkang apabila PKR hanya menang 3 kerusi saja. Amat memalukan apabila Baru Bian kini tidak menerima kabinet bayangan yang telah dibentang oleh DAP.

Nasib baik mereka tidak menjadi kerajaan , jika mereka menjadi kerajaan  dengan Baru Bian hanya menang 3 kerusi saja dilantik menjadi Ketua Menteri tentu lebih kecoh dari apa yang berlaku sekarang.

Nik Aziz tidak boleh di tegur - Anwar Ibrahim tidak boleh di tuduh.


Nik Aziz bukan lah tuhan dan  tidak mempunyai kelemahan, tetapi Nik Aziz selalu mahu dirinya  sama setaraf dengan tuhan , boleh mengampunkan dan boleh menentukan syurga dan Neraka. Hari ini  Nik Aziz melenting apabila di tegur oleh Mufti Perlis .

Mufti Perlis pula berkata : Mufti Perlis DR Juanda Jaya menyatakan kekecewaannya terhadap sikap PAS yang disifatkannya "terlalu angkuh" untuk menerima ajakan Umno untuk duduk semeja.

Katanya, PAS tetap menolaknya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tampil membuat pelawaan itu secara terbuka."(Saya) kecewa dengan PAS terlalu angkuh nak terima ajakan Umno hendak duduk semeja. Najib sudah jelaskan jemputan (secara) terbuka.

Rakyat kini mula menyisihkan  parti Pas kerana bagi mereka Pas terus menyokong perbuatan yang tidak bermoral oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Pas seolah olah menutup telinga dan bisu bersama penyokong penyokong jumud PKR menghalalkan perbuatan yang tidak bermoral Pemimpin tertinggi mereka. Ramai ahli ahli Pas dan pemimpin Pas sedang berkira untuk keluar dari Pas kerana tidak mahu bersubahat. Jom tinggalkan PAS serta BN.

No comments:

Post a Comment