PUTRAJAYA: Tidak mengadakan
pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bermaksud beliau tidak
mengambil berat mengenai isu reformasi yang diperjuangkan pemimpin
pembangkang itu, demikian menurut Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack
Obama.
"Hakikat saya tidak bertemu dengan Anwar bukanlah bermaksud tidak
peduli. Malah ada banyak pihak lagi yang saya tidak temui. Ia juga bukan
bermasud saya tidak prihatin terhadap mereka," katanya.
Menurut Obama, isu mengenai kebebasan media, hak asasi manusia,
kebebasan awam sentiasa menjadi agendanya ketika mengadakan pertemuan
dengan pemimpin luar.
Obama berkata demikian bagi menjawab soalan Major Garrett dari CBS News,
yang bertanya mengapa beliau tidak bercakap mengenai hak asasi manusia,
hubungan antara kaum, akauntabiliti politik dan kebebasan bersuara yang
menurut Garrett merupakan isu yang releven di Malaysia.
"Saya fikir apabila anda berkata bahawa semua isu berkenaan 'perlu
dimenangi' di Malaysia, ia mungkin kesimpulan mengenai apa yang berlaku
namun ia tidak sepenuhnya menggambarkan kemajuan yang yang dilakukan
Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
"Dan saya fikir, Perdana Menteri merupakan yang pertama mengetahui
bahawa masih terdapat perkara yang perlu diselesaikan di Malaysia,” kata
Obama sambil menambah bahawa Najib merupakan pemimpin yang komited.
Siti Kasim, wanita yang mendakwa sebagai Melayu dan Islam serta menyokong kalimah Allah diguna oleh semua pihak
Komen: Terasa ‘geli geleman’ apabila Lim Kit Siang menobatkan Ally
Hazran Hashim, Siti Kassim dan Mohd Nor Izzat Johari sebagai wira tidak
didendang melalui tulisan di blognya baru-baru ini.
Bagi yang kurang arif, Mohd Nor Izzat adalah guru yang mengkritik
sistem SBA. Ally Hazran pula adalah antara orang-orang Melayu yang
membawa bunga dan buah-buahan ke gereja Holy Family di Kajang sebagai
tanda ‘memihak kepada Kristian dalam isu kalimah ‘Allah’.
Manakala Siti
Kassim adalah ahli Majlis Peguam yang menyatakan kekesalan terhadap
Nurul Izzah kerana menafikan kenyataan sendiri yang menyokong hak murtad
oleh umat Islam.
Kita yakin bahawa Kit Siang sendiri merasa geli untuk memuji mereka
ini kerana bukan senang bagi beliau untuk memuji atau membela orang
Melayu. Bukan kita tidak tahu bahawa selama ini Kit Siang dan partinya
tidak pernah membela atau memuji individu Melayu kecuali jika mempunyai
agenda politik tertentu untuk DAP.
Oleh itu, melalui artikel tersebut, kita dapat melihat bahawa Lim Kit
Siang sebenarnya begitu terdesak untuk menepis imej rasis yang terpasak
kuat di dalam salur darah keturunannya.
DAP terlalu bencikan orang Melayu dan tidak mungkin akan menerima,
jauh sekali meletakkan Melayu di tempat yang tinggi tanpa agenda di
sebalik batu.
Buktinya, DAP pernah membodohkan diri membela seorang wanita yang
dipercayai warga Cina yang dipaksa berbogel dan ketuk ketampi ketika di
dalam tahanan polis. Namun, apabila terbukti yang terlibat adalah
seorang Melayu, DAP diam membisu dan tidak ingin lagi membela beliau.
Sikap rasis DAP bukan ilusi tetapi boleh dilihat secara jelas apabila
mereka meroboh gerai dan merampas tanah orang-orang Melayu di Pulau
Pinang tanpa belas kasihan.
Kemuncak rasisnya DAP ialah apabila parti itu sengaja mengenepikan
perwakilan Melayu yang telah lama berjuang bersama mereka dan sanggup
memanipulasi undi bagi memastikan seorang Cina yang memakai nama Melayu
iaitu Zairil Khir Johari memenangi jawatan CEC semata-mata kerana enggan
membiarkan seorang Melayu tulin memegang jawatan dan mewakili Melayu
dalam parti itu.
Oleh itu, apabila DAP tiba-tiba mengangkat tiga orang Melayu di atas
sebagai wira, kita melihatnya sebagai hipokrasi yang sungguh memualkan.
Apatah lagi apabila selama ini, DAP tidak pernah mengiktiraf
wira-wira negara seperti Mat Kilau, Left. Adnan, Kanang Anak Langkau dan
lain-lain. Malah, DAP mengangkat Chin Peng si komunis musuh negara
pula sebagai wira.
Gelaran ‘wira’ merupakan gelaran yang diberi kepada manusia yang
berjasa kepada negara. Jasa itu pula bukanlah alang-kepalang, tetapi
selalunya melibatkan keselamatan dan nyawa, sebelum membolehkan
seseorang itu layak digelar wira.
Nampaknya, ‘standard’ wira di kalangan Melayu bagi DAP amat rendah
sekali di mana seseorang itu hanya perlu bersetuju dengan DAP,
mengkritik kerajaan atau menentang undang-undang yang berkaitan Islam
juga sudah dikira layak digelar wira. Lagi hebat penentangan terhadap
kerajaan, lagi hebatlah keperwiraannya di mata DAP.
Pengiktirafan yang begitu tinggi dari Kit Siang terhadap ketiga-tiga
Melayu ini membuktikan betapa Kit Siang tidak punya sedikit pun semangat
nasionalisme dan hanya melihat dunia dari segi politik sempit perkauman
Cina semata-mata. Kit Siang tidak mampu menghayati semangat
keperwiraan sebenar para pahlawan negara tetapi memusatkan seluruh
perjuangannya dan hidupnya demi kuasa politik DAP, yakni kaum Cina.
Berdasarkan hakikat ini, kita tertanya-tanya, apakah Melayu-melayu di
atas bangga menerima pengiktirafan Kit Siang? Sedarkah mereka bahawa
mereka sebenarnya bukanlah wira kepada sesiapa, melain alat untuk DAP
mencapai matlamat mereka semata-mata? Sedarkah para ‘wira’ ini bahawa
DAP tidak akan memuji sesiapa dari kaum Melayu jika pujian itu tidak
boleh dipergunakan untuk kepentingan Cina?
Apakah motif Musa Hitam mempertikaikan tarikh Tun Mahathir berada di
Malaysia pada hari tragedi Mamali dan dua tiga hari selepas kejadian
tersebut? Musa telah berkata, “Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika
kejadian itu bahkan, “Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada
di Kuala Lumpur.”
Kemunculan Musa Hitam secara tiba-tiba di arena politik negara
seolah-olah cuba membantu pakatan pembangkang dalam mencetuskan
provokasi dikala mereka ketandusan isu dilihat sebagai tindakan terdesak
beliau “seperti dibayar”. Ataupun adakah Musa Hitam “dihantui” rasa
bersalah memandangkan beliau merupakan orang yang mengeluarkan arahan
pembunuhan ke atas Ibrahim Libya pada pagi 19 November. Dia sendiri yang
menandatangani Kertas Putih.
Mengimbas kembali Peristiwa Memali yang berlaku apabila polis cuba
menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Musa Hitam telah mengeluarkan
arahan pembunuhan ke atas Ibrahim Libya pada pagi 19 November. Dia
sendiri yang menandatangani Kertas Putih. Sebagai seorang bercita-cita
amat tinggi Musa Hitam telah mengingkari nasihat Tun Mahathir supaya
menangkap Ibrahim Libya hidup-hidup. Namun kini beliau cuba mengalihkan
isu seperti mahu menyalahkan Tun Mahathir sedangkan Musa Hitam merupakan
Menteri Dalam Negeri pada waktu itu.
Walaubagaimanapun Musa Hitam tidak pernah kita persalahkan
memandangkan tindakan tersebut ekoran dari tindakan ganas para pelampau
agama. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah
ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya
dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Sebenarnya tindakan Musa Hitam menuduh Tun Mahathir ada di Malaysia
dua tiga hari selepas kejadian Mamali memang satu tindakan yang amat
kurang cerdik. Pembohongan beliau telah dapat dikesan dengan begitu
nyata.
Dalam ucapan Kit Siang pada 19 November 1985 jelas menunjukkan bahawa
Tun Mahathir telah berada di China pada 20 November 1985. Kit Siang –
“Tomorrow, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, will be
leading a 250-strong delegation to China, the third Malaysian Prime
Minister to visit China after the establishment of diplomatic relations
between Malaysia and the People’s Republic of China 11 years ago.” kata
Kit Siang, ketika itu menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka. Salah seorang
delegasi ke China adalah Tan Sri Lee Lam Thye.
Manakala dalam Akhbar Singapura turut melaporkan Tun Mahathir Ke
China. Akhbar Singapura, Straits Times pada 20 November 1985 bertajuk ”
“Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier
of the State Council of the People’s Republic of China”. Pada 24
November 1985, Straits Times memetik laporan Reuters bertajuk “I accept
China stand on CPM: Mahathir”.
Dalam artikel tersebut menyebut, Tun Mahathir hadir pada 20 November
1985 untuk lawatan 8 hari dengan delegasi sejumlah 130 orang ahli
perniagaan dan 20 orang diplomat.
Lawatan itu termasuklah ke Xian,
Canton, Hanzhou dan Shanghai. Dalam mukasurat sama, Straits Time turut
melaporkan kejadian yang berlaku di Baling, “Baling incident: Law is
supreme, says Musa.”
Tambahan pula Musa Hitam turut menghantar Mahathir Di Lapangan
Terbang. Gambar dari NST bertarikh 20 November 1985 dengan tulisan
bertulis “Datuk Musa Hitam and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad smile as
seven-year-old Putri Mohamed Noh comes up to bid the Prime Minister
farewell at the Subang Airport. The Prime Minister is leaving for China
for a nine-day official visit.”
Selain dari itu juga ada bukti bergambar Kepulangan Tun Mahathir Dari
China. Gambar dari NST bertarikh 28 November 1985, bertulis “The Prime
Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad being greeted by the newly
elected MCA president Mr Tan Koon Swan and MCA youth leader Senator Kee
Yong Wee (far right) upon arrival at the Subang Airport. Behind Dr
Mahathir is MCA secretary-general Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir is
returning from a visit to China.”. Ini membuktikan fakta bahawa Tun
Mahathir memang berada di Cina pada
20 hingga 28 November 1985.
Semasa Tun Mahathir di China beliau telah memeriksa Perbarisan dan
gambar itu merupakan bukti Tun Mahathir di sana. Gambar dari NST yang
menunjukkan Tun Mahathir memeriksa perbarisan di Peking, China ketika
lawatan rasmi. Gambar tersebut bertulis “Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan setibanya di Peking untuk lawatan
rasminya ke China.”. Gambar ini tidak bertarikh tetapi bertulis tahun
sahaja iaitu 1985.
Arkib Ucapan Tun Mahathir juga merupakan bukti yang dapat menyangkal
tuduhan Musa Hitam. Tun Mahathir menyampaikan 8 ucapan di China.
Menerusi arkib ucapan Tun Mahathir pada 1985, satu ucapan bertajuk “The
Welcoming Banquet Hosted by H.E. Zhao Ziyang, Premier of the State
Council of the People” pada 20 November 1985. Kemudian pada 22 November
1985, Tun Mahathir memberikan satu lagi ucapan bertajuk “The Return
Banquet Hosted in Honour of H.E. Premier Zhao Ziyang”. Pada hari yang
sama Tun Mahathir memberikan ucapan yang ketiga bertajuk “Qing Hua
University, Beijing, Regional Co-Operation: Challenges and Prospects”.
Lima lagi ucapan Tun Mahathir disampaikan antara tarikh 23 hinga 27
November 1985 di Hangzhou, Xian dan Guangzhou China.
Tulisan Akademik lawatan Tun Mahathir ke China turut menjadi bukti.
Dalam buku karya Joseph Chinyong Liow bertajuk “China and Southeast
Asia” mukasurat 290, bertulis “Mahathir first visit to Beijing, in 1985,
was also his only visit in the 1980s”. Artikel ini mengesahkan lagi
lawatan Tun Mahathir pada era 1980an hanyalah pada tahun 1985 sahaja.
Pembohongan Musa Hitam turut terbongkar dengan Kajian yang
mengesahkan Lawatan Tun Mahathir Ke China. Dalam buku tulisan Dr Pobzeb
Vang bertajuk “Five Principles Of Chinese Foreign Policies” mukasurat
404 menyatakan “On November 20-28, 1985, Malaysian Prime Minister,
Mahathir Mohamad visited China and he meet with Chinese Premier Zhao
Ziyang and other Chinese government officials and leaders”.
Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa kewujudan puak pelampau agama ini
mengancam keselamatan negara. Namun tindakan pakatan pembangkang menabur
fitnah tentang isu Mamali turut dilihat sebagai tindakan provokasi
melampau untuk mengancam keselamatan negara. Anak-anak kecil dan ibu-ibu
menjadi benteng di hadapan semasa peristiwa Mamali. Ini jelas mereka
mempergunakan wanita dan kanak-kanak dalam agenda menentang negara.
Gelagat makcik-makcik yang seperti dirasuk jelas dalam dilihat dalam
video Mamali. Tindakan pihak polis sebenarnya lebih kepada tindakan
mempertahankan diri.
Tambahan pula ayah Ibrahim Libya sendiri menceritakan kesesatan
mereka. Sebelum ini timbul isu PAS “makan duit” Tabung Mamali disamping
cuba mewujudkan ciri-ciri kurafat kononnya mangsa Mamali mati syahid
sedangkan mereka telah mengganas. Kubur mangsa Mamali telah ditabur
minyak wangi untuk mewujudkan unsur “syahid”. Sesungguh Islam mahukan
kesederhanaan dalam kehidupan. Tindakan puak pelampau bukan tindakan
Islam. Wasatiyyah iaitu kesederhanaan yang dituntut dalam Islam.
Nampak
gayanya Si Rafizi ni dah makin besar kepala. Nak pulak bila dia duduk
dalam kumpulan Si Siputdin tu dan bergandingan dengan Si Nurul Izzah.
Maka dengan
selamba je dia memalukan Si Azmin tu dalam laman media dan membidas
kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR tu sebelum ni.
Apa yang
dilakukan oleh Si Rafizi ni jelas menunjukkan yang dia semakin merasakan
diri dia lebih baik dari orang lain. Malah Si Azmin tu pun tak betul
jadinya.
Si Rafizi tu
kata, pembentukan trio yang diwujudkan diantara dia, Siputdin dan Nurul
Izzah sebelum ini tidak menggugat mana - mana calon yang bertanding.
"Saya
tidak melihat itu sebagai kartel atau kumpulan atau apa-apa...
Contohnya saya, Nurul Izzah dan Datuk Saifudin, kami berpendapat bahawa
tumpuan parti mesti kepada kepimpinan muda. Itu pandangan kami. Kami
berkempen atas platform itu.
"Kami
berpendapat parti mesti lakukan lebih untuk membenarkan lebih ramai
pemimpin muda untuk mengambil alih," katanya ketika ditemui pemberita.
Jauh sekali
jika ianya bakal memecah-belahkan hubungan didalam parti dimasa akan
datang. Walhal, selama ini pun, parti dia tu memang tengah mengalami
konflik kepimpinan.
Tu pasal la
dia yang cerdik pandai tu terpaksa buat rancangan untuk melaksanakan
agenda 'Langkah Kajang' bagi menyelesaikan konflik yang melanda Parti
Kecohkan Rakyat tu.
Malangnya,
rancangan dia yang cerdik tu pun GAGAL jugak akhirnya. Sampai hari ini,
konflik yang melanda PKR bukan sahaja belum selesai, malah ianya
bertambah buruk.
Dengan
wujudkan kumpulan - kumpulan tertentu dalam PKR sepanjang pemilihan kali
ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa parti tu kini dah berpecah
kepada 3 kumpulan.
Ada satu
kumpulan tu Anti pada Azmin. Yang satu kumpulan Pro Azmin. Dan yang satu
kumpulan tu pulak bertanding sebab nak memalukan Azmin.
Pokok
pangkalnya, ahli dalam PKR ni sebenarnya dah menyampah dengan perangai
Si Azmin tu sebagai Timbalan Presiden. Dia pulak yang melebih - lebih
dari Presiden.
Jadi, sebab
itulah dalam pemilihan kali ini, ramai yang menawarkan diri untuk
merampas jawatan Timbalan Presiden tu dari dia. Kiranya, musuh utama Si
Azmin ni bukan la dari kalangan orang UMNO atau BN. Sebaliknya, sesama
dia sendiri!!!