Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 9 October 2013

Ketepikan kisah dan gelagat dan pemilihan UMNO 2013 sat.. Jom DUN Sungai Limau

Pemilihan UMNO pada 12 dan 19 Oktober ini tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi itu pada 4 November ini.

MUHYIDDIN Yassin beramah mesra sambil minum petang bersama Mukhriz Mahathir; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan pimpinan UMNO yang lain dalam majlis santai dengan penduduk Sungai Limau dekat Jerai, Kedah, semalam.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan jentera pilihan raya yang dibentuk dengan penuh bersemangat terutama di peringkat negeri walaupun dalam situasi parti sedang menghadapi pemilihan tersebut.

Menurut beliau, BN mempunyai peluang merampas kerusi itu walaupun DUN Sungai Limau dianggap kubu kuat Pas memandangkan pernah menjadi wakil kepada penduduk di kawasan tersebut sebelum ini.

"Jentera yang dibentuk untuk menghadapi PRK ini bersemangat walaupun dalam suasana proses pemilihan UMNO. Jentera ini akan bekerjasama dalam apa juga keadaan walaupun dalam pemilihan ini akan ada yang menang dan kalah, namun mereka berjanji akan bekerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa UMNO Empat Peringkat Bahagian Jerai di Bangunan MADA Sungai Limau Yan dekat sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Menyentuh tentang calon, Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan nama calon BN bagi PRK itu pada 21 Oktober ini setelah senarainya dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk dipertimbang.

"Ramai yang berkelayakan. Yang pasti kita akan ambil kira pandangan negeri dan bahagian. Mereka juga ada nama tokoh-tokoh yang sesuai.

"Nama calon akan diumumkan pada 21 Oktober ini. Saya sendiri akan buat pengumuman itu dan harapan saya proses pilihan raya kecil (akan) berjalan baik," katanya.

Beliau turut menggesa pengundi di kawasan itu memberi peluang kepada BN menjadi wakil rakyat mereka dalam usaha memastikan kawasan tersebut dapat dibangunkan dengan baik.

"Sebab itu kita sedia untuk bertanding di PRK ini agar semua kawasan di sini dapat dibangunkan. Kita tahu penduduk di sini terlibat dengan pertanian kerana ada petani dan nelayan selain ada yang bekerja sendiri, profil ini penting supaya kita dapat penuhi aspirasi mereka," katanya.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut yang diadakan pada 24 Julai lalu.




Tuesday, 8 October 2013

Jika diberi mandat - YB Mas Ermieyati Samsudin



YB Puan Mas Ermieyati Binti Samsudin, calon Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ditemui ketika sessi Majlis Pengenalan Calon-Calon Majlis Tertinggi dan EXCO Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Peringkat Negeri Sembilan, Allson Klana Seremban,  hari ini.

Beliau berkesempatan ditemuramah oleh beberapa wartawan arus perdana.

Ditanya mengenai fokus dan tumpuan beliau sekiranya diberi mandat oleh perwakilan Pergerakan Puteri UMNO seluruh negara, beliau akan melihat segala kelemahan yang ada dan melihat kembali pemerkasaan UMNO dan peranan Pergerakan Puteri UMNO itu sendiri.

Beliau turut memperakui dan tidak menafikan bahawa sokongan generasi muda semakin menurun. Iltizam beliau sekiranya diberi mandat oleh perwakilan UMNO yang dijadualkan pada 12 Oktober 2013 ini, mengingatkan ahli-ahli Puteri UMNO agar membantu dan berkerja keras  di dalam memulihkan semangat ahli UMNO.

Ujar beliau, keyakinan, kepercayaan orang ramai perlu dikembalikan dan usaha-usaha yang bakal dilakukan ini adalah fokus kesiapsiagaan menghadapi PRU14 yang dijangka paling getir dalam sejarah PRU dalam negara.

Tambah beliau lagi, ahli puteri seluruh negara perlu beri penekanan dan serius, menambah eratkan kesepakatan dalam parti dan perlu membantu Presiden Parti juga Perdana Menteri Malaysia menterjemahkan transformasi beliau supaya apa yang dikehendaki kerajaan dan bahawasanya orang muda (generasi muda) kembali melihat dan berminat kepada UMNO.

Seramai 33,012 Jumlah Muktamad Keseluruhan Calon Layak Bertanding

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli, hari ini mengumumkan jumlah muktamad keseluruhan perwakilan yang bertanding di semua peringkat termasuk bahagian adalah berjumlah 33,012 orang.
Daripada jumlah tersebut, 495 telah menarik diri, 334 pula dikenalpasti sebagai muflis dan mereka yang dikenakan tindakan disiplin berjumlah 39 orang.
Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis sidang media Pemilihan UMNO 2013 di PWTC di sini hari ini.
Dalam majlis yang sama, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh turut menerangkan bahawa mereka yang muflis akan dimaklumkan melalui saluran bahagian masing-masing.
“Ibu pejabat akan mengeluarkan tauliah kepada perwakilan yang disahkan untuk menghadiri persidangan di peringkat bahagian. Sekiranya mereka didapati muflis, maka nama mereka akan diberi tanda untuk dirujuk ke jawatankuasa pemilihan.
“Salinan daripada jabatan insolvensi akan disertakan bagi memastikan bahawa semua rujukan telah dibuat dan mendapati perwakilan ini tidak boleh menghadiri mesyuarat,” jelasnya dalam sidang media  di sini, hari ini.
sidang-media-rauf-yusoh-tajol-rosli-tag-pas-media-pemilihan-calon-ahli-umno-2013
Sementara itu mengenai kritikan yang disuarakan oleh kebanyakan perwakilan mengenai syarat yang terlalu ketat sehingga menyusahkan untuk berkempen, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli berkata  Jawatankuasa pemilihan hanya melaksanakan apa yang termaktub di dalam buku perlembagaan dan semua syarat tersebut diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi.
“Hanya Majlis Tertinggi yang boleh membuat perubahan dan Jawatankuasa pemilihan yang melaksanakan malah jawatankuasa pemilihan juga tidak ada kena mengena dengan sebarang tindakan disiplin yang dikenakan. Hanya lembaga disiplin yang boleh mengambil tindakan berlandaskan tata etika parti.
“Saya harap mereka yang hendak mengeluarkan pendapat sila rujuk buku perlembagaan,” jelasnya lagi.
Berikut adalah keputusan muktamad jumlah perwakilan Pemilihan UMNO 2013.
Jumlah Calon Peringkat Pusat
Pengerusi Tetap 1 calon (menang tanpa bertanding)
Majlis Tertinggi – 62 orang calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 3 orang calon
Presiden – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – 1 calon (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden – 6 calon
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 3 calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda – 5 calon
Naib Ketua Pemuda – 4 calon
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 77 calon
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Pergerakan Puteri – 2 calon
Naib Ketua – 3 calon
Ahli Jawatankuasa – 30 calon
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Wanita UMNO – 3 calon
Naib Ketua – 3 calon (Seorang telah menarik diri iaitu Datuk Hamidah Osman)
Ahli Jawatankuasa – 44 calon
Jumlah Keseluruhan Calon 260 orang
Peringkat Bahagian
Pengerusi Tetap Bahagian – 302 calon (muflis – 6, tarik diri – 9)
Pengerusi Tetap Pemuda 309 calon (tarik diri – 11)
Pengerusi Puteri – 222 calon (tarik diri – 1, disiplin – 1)
Pengerusi Tetap Wanita – 238 calon (tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian – 330 calon (muflis – 2 tarik, diri – 1)
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda – 305 calon (muflis – 5, tarik diri – 13)
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri – 209 calon (muflis – 2, tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi Tetap Wanita – 227 calon (muflis – 1)
Ketua Bahagian – 438 calon (muflis -1, tarik diri – 16, disiplin – 4)
Ketua Pemuda Bahagian – 435 calon (muflis – 6, tarik diri – 17, disiplin – 1)
Ketua Puteri Bahagian – 296 calon (tarik diri – 1)
Ketua Wanita Bahagian – 358 calon (tarik diri – 6, disiplin – 1)
Timbalan Ketua Bahagian – 421 (muflis – 8, tarik diri – 29, disiplin 2)
Naib Ketua Pemuda – 435 calon (muflis – 3, tarik diri – 32)
Naib Puteri – 282 calon (muflis – 1, tarik diri – 8)
Naib Ketua Wanita – 380 calon (muflis, 2, tarik diri – 14)
Naib Ketua Bahagian – 530 calon (tarik diri – 32 displin – 2)
Ahli Jawatankuasa Bahagian – 8466 calon (muflis – 140, tarik diri, – 78, displin – 12)
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 5131 calon (muflis – 50 tarik diri – 53, disiplin – 3)
Ahli Jawatankuasa Puteri – 3465 (muflis – 10, tarik diri – 34)
Ahli Jawatankuasa Wanita – 4843 calon (muflis – 32, tarik diri – 27, displin – 9)
Perwakilan G7 Bahagian – 2775 calon (muflis – 33, tarik diri – 56, displin – 2)
Perwakilan G2 Pemuda Bahagian – 740 calon (muflis – 10, tarik diri – 26)
Perwakilan G2 Puteri Bahagian – 543 calon (tarik diri – 1)
Perwakilan G2 Wanita – 827 calon (muflis – 6, tarik diri – 16)
Pemeriksa Kira-kira Bahagian – 504 calon (muflis – 12, tarik diri – 8, displin – 1)
- MediaUMNO

Monday, 7 October 2013

Dua Pengerusi Perhubungan UMNO setuju syarat pemilih dilonggarkan

Dua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bersetuju supaya syarat yang dikenakan dalam pemilihan parti itu dilonggarkan bagi memberi peluang kepada calon yang menawarkan diri mendekati perwakilan. 
 
WAKIL-WAKIL calon menggunakan pelbagai cara berkempen memperkenalkan calon-calon yang bertanding menjelang pemilihan UMNO pada 19 Oktober ini.

Menurut mereka, kelonggaran syarat itu juga membolehkan perwakilan menilai calon-calon yang benar-benar berwibawa bagi menerajui UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, setiap calon yang bertanding mempunyai visi dan mereka sewajarnya diberi peluang menyampaikannya kepada akar umbi.

"Saya rasa memang sangat diperlukan (untuk melonggarkan syarat) kerana saya faham tujuan kita adakan etika pemilihan untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang akan menjejaskan imej parti dan politik wang.

"Tetapi hasrat perwakilan dan calon untuk berjumpa serta berkongsi apa jua perjuangan calon itu dan kebaikan yang hendak dibawa kepada parti harus dibenarkan, tetapi dengan syarat maklumkan kepada Perhubungan UMNO Negeri yang harus menghantar pemantau bagi mengelak perkara yang tidak diingini dan kempen berjalan dengan sihat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Ahli MT dan Exco Pergerakan Sayap UMNO 2013-2016 di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan dua pemimpin UMNO mengkritik tindakan jawatankuasa pemilihan parti meletakkan pelbagai peraturan kepada calon bertanding di peringkat bahagian dan Pusat yang dilihat sebagai tidak munasabah.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengulangi desakan supaya peraturan pemilihan dilonggarkan demi kebaikan semua pihak dan menyuburkan demokrasi dalam parti.

"Inilah rungutan daripada bawah kerana larangan yang terlampau ketat, kadang-kadang akan menyebabkan orang cuba untuk mencari jalan yang lain.

"Dalam pemilihan kali ini sistem yang dibuat bagus tetapi larangan untuk berkempen tidak usahlah ketat sangat, keluarga UMNO itu besar, kalau tidak boleh pergi sana sini dan tidak dibenarkan berjumpa, susahlah," katanya.