Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 14 June 2013

Mereka boikot... saya juga boleh boikot - Yang Dipertua Dewan Rakyat

pandikar513
Selama ini sikap pembangkang sentiasa macam beraja di mata, bersultan di hati. Mereka saja betul dan boleh buat itu ini. Orang lain tak boleh. Dalam erti kata lain, semua pihak terutama kerajaan mesti dengar cakap mereka.
Sebelum ini SPR dipersalahkan  apabila keputusan PRU 13 tidak memihak kepada mereka.
Pembangkang adakan blackout 505 dan merancang mahu boikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun ini.
Peliknya, hanya wakil rakyat dari PKR saja mahu boikot tetapi wakil rakyat dari DAP dan PAS menyatakan kesediaan menghadiri majlis tersebut.
Jadi jika wakil rakyat dari PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang nak boikot, jangan pula mereka fikir orang lain tak boleh berbuat demikian.
Ini betul-betul jadi buku bertemu ruas apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan, beliau dan timbalannya
juga boleh boikot jika ada wakil rakyat yang mahu angkat sumpah selepas 24 jun.

Menurut beliau, kehadiran hari pertama pada sesi Parlimen adalah penting kerana mengikut peraturan mesyuarat, akan diadakan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Speaker.
"Jika mereka tidak mengikut peraturan pertama, bagaimana mahu yang seterusnya? Alasan memboikot tidak boleh diterima sama sekali.
"Menurut Akta  59, mana-mana ahli Parlimen tidak mengangkat sumpah pada hari pertama dan dalam tempoh enam bulan, kelayakkan mereka sebagai ahli Parlimen gugur  secara automatik," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-13, pagi Selasa.
Pandikar Amin berkata, ahli Parlimen yang gagal hadir pada hari pertama tanpa alasan munasabah dianggap sebagai menghina sistem demokrasi, institusi Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
"Kalau mereka mahu buat begitu (boikot), barangkali saya sebagai speaker, saya juga mungkin boleh boikot waktu mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan.
"Kalau (MP) boleh boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali mungkin saya membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka mengangkat sumpah.
"Jadi timbalan-timbalan saya juga akan boikot. Tidakkah begitu jadinya?," katanya dengan nada berseloroh.
Menurutnya, hanya Ahli Parlimen yang ada masalah kesihatan atau alasan munasabah boleh dikecualikan dari majlis angkat sumpah tersebut.
"Jika anda tidak (angkat sumpah), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong.
“Kalau adapun yang sakit, tak kan sampai 89 orang,” katanya sambil menasihati semua wakil rakyat hadir ke majlis tersebut.
Pada majlis taklimat itu, hanya seorang seorang ahli Parlimen DAP kawasan Bakri, Er Teck Hwa  yang hadir ke sesi taklimat daripada 89 ahli parlimen pembangkang.
Beliau menjelaskan kehadirannya adalah untuk mengetahui peraturan-peraturan baru bagi ahli Parlimen pada sesi kali ini.
Mengulas perkara  itu, Pandikar Amin berkata, "Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.
"Ini  adalah untuk ahli parlimen yang baru. Bagi yang senior, mereka akan hadir jika mereka menghormati tempat di mana mereka bekerja. Tetapi kita faham yang ada sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kenapa mereka tidak datang,".
Menurut Pandikar Amin, kehadiran pada majlis taklimat ini bukanlah suatu yang diwajibkan

Alang-alang nak boikot...

par01
Alang-alang nak boikot, apakata pada majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat pada 24 Jun ini semua 89 orang anggota pembangkang jangan datang langsung dari tarikh itu selama enam bulan.
Kemudian dengan sendirinya tergugur sebagai ahli parlimen dan boleh diadakan pilihan raya kecil semula bagi semua 89 kawasan untuk rakyat menentukan semula wakil rakyat mereka.
Begitulah bunyi cabaran Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang bernada sinis dan kesal dengan sikap anggota parlimen pembangkang tidak hadir taklimat parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pagi Selasa.
"Saya amat kesal hari ini pihak pembangkang tidak hadir taklimat parlimen kerana ianya amat penting untuk mengemaskini dokumen pengenalan diri, akaun gaji dan lain-lain, alang-alang mereka tidak ingin hadir eloklah pada 24 Jun ini pun tak payah hadir untuk angkat sumpah. Dan eloklah juga mereka tak payah hadir selama enam bulan kerana kalau ikut peraturan tidak hadir selama enam bulan (sidang Dewan Rakyat) mereka tergugur sebagai anggota Parlimen," kata Ahmad Maslan yang ditemui Agendadaily Selasa.
Katanya, "bolehlah kita adakan pilihan raya kecil di semua 89 kawasan parlimen. Mereka perlu serahkan kembali mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka itu untuk diberi semula kepada orang lain yang rakyat akan tentukan semula."
Ahmad Maslan juga menganggap mereka itu hipokrit dan sandiwara serta membohongi diri sendiri sebab tiga negeri yang mereka menang telah diterima dengan angkat sumpah jadi Menteri Besar dan pelantikan exco.
"Kita (BN) yakin dengan sistem yang dilaksanakan oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) itu telus dan benar hingga banyak pihak antarabangsa mengiktirafnya," tambahnya.
Mengulas usaha untuk buat perhimpunan, Ahmad Maslan berkata, "mereka ini adalah perosak negara kerana ingin memberi imej yang tidak baik pada keadaan negara kita yang aman damai dan tenteram, perbuatan yang amat tidak bertanggung jawab."
"Kalau kau (pembangkang) dah kalah...kalahlah, jangan tuduh orang nak menipu, kami tidak kata SPR menipu ketika kalah tiga negeri, kita terima.
"Tiga negeri yang mereka menang, kita terima, kalau hajat di hati memang tiga negeri itu kami nak tawan dan kami mahu dua pertiga tapi sudah kami tak dapat, kami mengaku kami tak dapat tapi kami akan berusaha lagi," kata Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Ahmad Maslan berkata, "jadilah orang yang bertamadun sikit, jangan nak memalukan negara, nak merosakkan negara pada imej antarabangsa kerana ianya akan memberi implikasi ekonomi. Inilah politik hipokrasi tahap paling tinggi dan pada pemimpin pembangkang serta penyokong yang sudah tu sudahlah kita mesti 'move forward' enam tahun ke hadapan negara kita menuju sebagai negara maju berpendapatan tinggi, pada ketika itu rakyat Malaysia berpendapatan tinggi dan sebenarnya kita tidak ada masa nak melayan perosak-perosak semacam ini."
Menurutnya, keadaan negara kita berada dalam global yang memerlukan dokongan pimpinan yang kuat dan kita telah dapat pimpinan ini, kita ingin 'move forward' dan kita harapannya mereka (pembangkang) juga 'move forward'.
Menyentuh soal pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan yang dikatakan menjadi perhatian rakyat, Ahmad Maslan berharap segala 'orang-orang' yang bertanggungjawab menangkap dan menguatkuasakan peraturan serta undang-undang hendaklah memastikan mereka yang ditangkap itu kemudian dibicarakan dan segala maklumat lengkap perlu diperolehi supaya mereka itu yang jelas melanggar peraturan dipenjarakan dan dihukum.
"Jangan kita tangkap dan kerana kelemahan pendakwaan kita maka dilepaskan kemudian jadi isu pulak. Mereka akan kata, mereka telah ditangkap sedangkan mereka tidak salah, jadi kita kena betul-betul buat kerja supaya kemas dan tegas." ujarnya.
par02

par03

Wednesday, 29 May 2013

Surat buat Nurul Izzah

Salam 1 Malaysia,



Buat Nurul Izzah, sudah-sudahlah sikap suka menghentam tak tentu pasal kepada mereka-mereka yang kamu benci atau yang kamu rasa boleh menjatuhkan kamu ke lubang kehancuran kuasa. Jika sebelum ini kamu mempertikaikan tentang kewibawaan kerajaan Malaysia, kini kamu lantang pula membuat pertikaian tentang kredibilti dan kewibawaan kerajaan Singapura. Nampak sangat kamu ini tiada kerja lain selain mengkritik orang sepanjang masa. Kalau diri sendiri dikritik tahu pula kamu marah.

Isunya dimana sebelum ini kerajaan Singapura telah mengambil tindakan terhadap 21 rakyat Malaysia kerana berhimpun secara haram di negara tersebut dengan alasan kononnya protes terhadap Pilihanraya umum yang lalu. Apapun, mengikut logiknya, kerajaan Singapura mempunyai hak berbuat demikian demi keamanan dan kesejahteraan rakyat di negara itu.

Maka, samalah juga dengan apa yang diambil oleh pihak berkuasa Malaysia, semata-mata melihat kesejahteraan dan ketenteraman penduduk. Takkan lah nak tengok saja huru-hara berlaku tanpa mengambil tindakan? Jika sudah huru-hara nanti kerajaan juga yang dipersalahkan.

Hakikatnya, apa yang dibuat oleh rakyat Malaysia tu menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab pada diri mereka sendiri. Diorang sendiri yang tabur pasir dalam periuk nasi diorang. Bukannya orang lain yang buat. Sekarang, penyakit diorang sendiri cari, diorang sendiri la tanggung!!!

Daripada kamu tu nak sibuk-sibuk dalam urusan pentadbiran Negara orang, baik ditumpukan kepada penduduk Lembah Pantai sendiri. (Itu pun tak mampu nak dikawal agaknya)

Dalam parti yang KONONnya memperjuangkan Keadilan tu pun masih wujud ketidak-adilan. Pun masih banyak pengaruh 'Kronisme' yang cukup kronik. Sesama sendiri pun masih berpecah belah dan berkecamuk sesama sendiri. Pun masih Si Nurul Izzah ni ada hati nak mengkritik pentadbiran orang lain?


Tak payah cakap banyak la Nurul oi!!! Kalau setakat Politik dalam keluarga pun tak mampu nak 'handle', jangan dok sibuk la nak jaga tepi kain orang lain. Buat mengabihkan boreh je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!

Tuesday, 21 May 2013

Azmin Kritik, Saya Tetap Jadi MB



"Disebalik kritikan dan tidak puas hati rakan sepasukan, akhirnya saya tetap dipilih menjadi Menteri Besar Selangor juga,". Demikian ulas Tan Sri Khalid Ibrahim selepas hampir seminggu memegang tampuk kepimpinan negeri Selangor.

Ternyata Azmin Ali bukan tarungan yang hebat buat Khalid yang mempunyai populariti tersendiri. Khalid tidak gentar dengan apa jua desakan Azmin kerana dia sedar dan tahu akan kelemahan Azmin yang menjadi asas untuk tidak dilantik menjadi MB Selangor.

Ini juga jelas, barisan kepimpinan di Selangor menolak Azmin kerana imej dan moral yang boleh menjadi kudis dalam pemerintahan Pakatan di Selangor. Apa yang jelas, Azmin tidak berkuasa untuk memimpin Selangor, Anwar juga tidak berkuasa mengatur kepimpinan Selangor kerana kuasa Sultan masih diutamakan berbanding kuasa diktator seperti Anwar dan Azmin.