Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 7 October 2012

GEMPAR!!! Mana pergi air di Empangan Sungai Selangor???

Berita dari MyNewsHub.


MISTERI! - Air Empangan Sungai Selangor Menyusut.

Selasa lalu, Mynewshub.my menyiarkan gambar dan berita mengenai Empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang mana jumlah airnya sudah pun menyusut sehingga 40 peratus.

Hari ini kami meletakan sebuah gambar baru yang memperlihatkan perbezaan situasi air di empangan itu beberapa bulan yang lalu dengan situasi terkini.

Sangat jelas bukan perbezaan itu.

Situasi kehilangan air dalam jumlah yang terlalu banyak itu kini menimbulkan persoalan dan agak misteri memandangkan negara ini secara umum dan negeri Selangor secara khususnya belum mengalami sebarang musim kemarau.

Gambar-gambar yang diambil jelas memperlihatkan empangan berkenaan sedang melalui fasa kehilangan air takungan yang banyak.

Jadi, persoalan yang paling wajar untuk ditanya ialah, ke mana perginya 40 peratus air dalam Empangan Sungai Selangor?

Gambar besar di atas memperlihatkan satu bahagian penting di empangan itu nyata sudah hampir kering.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selalu berkata bahawa empangan-empangan di negeri itu tidak mempunyai masalah air.

Namun, mengapa Empangan Sungai Selangor dengan begitu jelas sedang mengalami kekurangan air?

Apakah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kini terpaksa memproses air dalam jumlah yang terlalu tinggi di empangan berkenaan bagi menampung permintaan di seluruh negeri?

Orang kata biar takda elektrik jangan takda air….Empangan Sungai Selangor dah mula bagi petanda bahawa yang sebaliknya akan berlaku tidak lama lagi.

Air duk menyusut entah ke mana…siap sedialah kalau tidak ada jawapan yang munasabah.

Sumber :
http://mynewshub.my/2012/10/02/empangan-sungai-selangor-semakin-menyusut-petanda-krisis-air-makin-meruncing/

http://mynewshub.my/2012/10/04/misteri-air-empangan-sungai-selangor-menyusut/

Friday, 5 October 2012

Dato' Aza lepas geram.. Salahuddin sedia debat?? Jangan cakap saja berkoyan.. habus tarak..


Azalina 'meletup' di Parlimen: Dakwa peserta hijau anti RAPID dibayar RM30
 
Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman betul-betul lepas geram dan pulang paku buah keras kepada pembangkang yang masih mahu jadikan projek RAPID, modal politik mereka.

Mesej yang beliau sampaikan kepada pemimpin pembangkang ketika membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, pada Khamis, “Jangan masuk kawasan orang tabor fitnah’.

“Apa yang pembangkang nak perjuangkan?.. dulu masa minyak tumpah, tujuh nelayan ditahan dalam perairan dan dibawa lari ke Batam (Indonesia), mana Kubang Kerian (Salahudin Ayob) ?...saya yang ke Batam selesaikannya,” tegas Azalina.

Beliau hentam cukup-cukup Salahuddin yang cuba jadi hero isu RAPID termasuk adakan perhimpunan Hijau di Dataran Sungai Rengit, Ahad lalu semata-mata nak capai impian jadi Menteri Besar Johor.

Tambahnya lagi, ada pulak yang sedap-sedap cakap soal rasuah dan tuduh beliau tak perjuangkan rakyat.

“Jangan samakan kami (kerajaan) dengan kamu (pembangkang). Tiap bulan buat perhimpunan tapi yang datang orang luar. Timbul cerita pasal ular, tak pernah orang saya nak buat (letak ular nak takutkan peserta perhimpunan)”

“Timbul juga cerita saya tak datang walau dijemput..bila masa? Hantar la surat, saya tidak takut. Saya ajak Kubang Kerian berbahas tapi takut pulak,” tegasnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengingatkan pihak terbabit jangan masuk kawasan lain tabur fitnah.

“Jangan menipu, letak orang luar (peserta himpunan Hijau) bagi RM30. Saya cerita apa orang cerita,” ujar beliau.

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bangun meminta laluan untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan mentyebabkan kedua-dua mereka terus ‘bertikam lidah’.

“Saya tak bagi (laluan mencelah), saya nak jawab. Saya cakap pasal Pengerang bukan pasal parti,” katanya membidas Naib Presiden PKR itu.

Nurul Izzah yang tidak berpuashati enggan duduk dan terus bercakap antaranya meminta Azalina melaporkan perkara itu kepada polis.

Azalina terus berhujah dan meminta Salahuddin jangan lagi sibuk-sibuk pasal RAPID.

Terdahulu pada awal perbahasan beliau menjelaskan tujuan projek RAPID yang beri mkanfaat kepada banyak pihak dan amat penting kerana perairan tempat projek itu adalah laluan utama kapal petroleum dan gas kerana kedalamannya. -4/10/2012

Thursday, 4 October 2012

Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin’.



KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti burung unta di padang pasir kerana tindakan Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin’.

Tambahnya, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

“Kita tahu, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang. Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas,” ujarnya ketika ditemui di Lobi Dewan Rakyat selepas sidang berakhir lewat petang semalam.

Beliau turut mempersoalkan adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau hakikatnya takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama, Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

“Dalam masa yang sama, saya sedar, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

“Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang,” ujarnya memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

Wednesday, 3 October 2012

Ceramah Mega Royalti Hambar, Populariti Anwar & Nik Aziz Merudum



Royalti - PAU Pitis-
Malam tadi berlangsung satu Ceramah Mega Sempena Konvoi Royalti Ke Putrajaya di Dataran Kemerdekaan Shah Alam anjuran sebuah NGO proksi PAS, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) yang dihadiri sebahagian besar pemimpin besar pakatan pembangkang.





Antara yang hadir termasuklah Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Dr. Tan Seng Giaw, Husam Musa serta beberapa pemimpin NGO dari Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Jika di baca pada tajuk majlis yang tertulis perkataan MEGA, tentunya kita membayangkan sekurang-kurangnya 10,000 orang hadirin bersesak-sesak di atas jalanraya depan pentas dan padang rumput berdekatan


.

Tambahan pula nama-nama pemimpin yang hadir semuanya bertaraf kepala parti, sewajarnyalah ia akan menarik minat ramai untuk memeriahkan majlis. Tak begitu?

Mengikut laporan portal Malaysiakini dikatakan sekitar 5,000 orang hadir di lokasi ceramah tersebut termasuklah dua tiga ratus peserta konvoi dari Kelantan yang kononnya datang berkonvoi menaiki 600 buah kenderaan.

Para bloggers pembangkang dan portal berita pro PR tentulah macam biasa hanya akan snap gambar tempat yang kelihatan padat kemudian tulis dalam blog ada 5,000, 8,000 atau 10,000 yang hadir. Angka tersebut hakikatnya terlampau jauh dari realiti.

 
Berdasarkan pemerhatian penulis dan rakan-rakan yang mengikuti majlis tersebut sejak dari jam 8.45 malam hingga lebih kurang jam 11 malam, jumlah kehadiran paling hampir tepat pun sekitar 1,500 orang sahaja termasuklah lebih kurang 100 orang yang menjamu mata di gerai-gerai berhampiran.

Hanya di atas jalanraya sepanjang kira-kira 70 – 80 meter yang dihampar dengan tikar saja yang padat manakala di bahagian padang banyak lopang kosong kelihatan. Suasana yang agak hambar, jauh berbeza dengan sambutan orang ramai sewaktu PR mula-mula ambil alih negeri Selangor.




Walaupun hambar dan suram serta gagal mencapai angka kehadiran 20,000 orang tapi PAS tak pernah gagal dari melaksanakan tanggungjawabnya menghulur uncang duit meminta duit dari rakyat.

Mereka sasarkan untuk dapatkan RM40,000.00 duit derma konon untuk menampung kos perbicaraan mahkamah, rasanya malam tu kalau seorang bagi RM10.00 rasanya dapat kot sekitar RM15,000.00. :)

Mungkin angka kehadiran 1,500 itu agak mengecilkan hati ramai penyokong PAS dan PR, jadi penulis bagi angka kesianlah dengan menggenapkannya kepada sekitar 2,000 orang.




Barangkali disebabkan kehadiran jauh sangat dari jangkaun yang sasaran awalnya ialah 20,000 orang, maka Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cabut awal dari majlis tersebut selepas membuat ucapan dan membaca ikrar menyokong tuntutan royalti. Katanya nak kena terbang ke France.

Melihat pada suasana majlis yang serba hambar ini, nampak gayanya populariti Anwar dan Nik Aziz makin lama dah makin merudum. Dah makin kurang tarikan, besar kemungkinan dah ramai orang bosan dengan kisah penglipur lara serta propaganda yang keluar dari mulut mereka.