Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 2 October 2012

Tony Pua mulut puaka berjangkit perangai Rafizi??



tony silap

Naik menyampah pula apabila melihat kemarahan dan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang beriya-iya mendesak Kerajaan Pusat untuk mendedahkan hutang tokoh perniagaan Melayu terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dan syarikatnya.

Tony Pua semalam sekali lagi mendesak pihak Kerajaan Pusat untuk menyatakan status perniagaan Syed Mokhtar, kononnya tokoh korporat Bumiputera terkaya di Malaysia itu berhutang sehingga RM34 bilion ringgit.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu, hutang yang puluhan bilion ringgit yang dimiliki oleh Syed Mokhtar itu akan menyebabkan negara dilanda “malapetaka ekonomi” dan ia kononnya Kerajaan Pusat cuba melindungi akaun perniagaan taikun Melayu tersebut.

Persoalannya, siapa Tony Pua untuk mempersoalkan tentang perniagaan milik persendirian individu perseorangan?

Mengapa Tony Pua mendesak agar akaun perniagaan Syed Mokhtar didedahkan di khalayak ramai?

Sedangkan, begitu ramai taikun sebangsa dengannya seperti Robert Kuok, Teh Hong Pow dan Lee Shin Cheng yang jauh lebih kaya dari Syed Mokhtar tapi langsung tidak disentuh atau didesak untuk didedahkan akaun perniagaan mereka.

Mengapa Tony Pua tidak bertemu Robert Kuok atau Ananda Krishnan dan minta mereka mendedahkan akaun perniagaan masing-masing memandangkan mereka juga taikun di dalam dunia perniagaan di negara ini?

Manalah tahu kalau-kalau tokoh-tokoh perniagaan itu juga memiliki hutang yang mencecah ratusan bilion ringgit, kan?

Selain itu, dari mana Tony Pua mendapat maklumat secara tepat bahawa syarikat milik Syed Mokhtar berhutang sebanyak RM34 bilion sedangkan maklumat mengenai akaun syarikat persendirian sepatutnya menjadi rahsia yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Jika benar Tony Pua berani dan mempunyai fakta tersebut, dia sendiri boleh kemukakan kepada khalayak ramai melalui sidang media.

Cuma, selepas pendedahan tersebut dilakukan, Tony Pua perlu bersedia untuk menerima surat saman dari pihak Syed Mokhtar atas kepalsuan yang didedahkan dan Ahli Parlimen DAP itu juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Kemudian, Tony Pua juga terpaksa menanti dakwaan yang sama sebagaimana yang dihadapi oleh Rafizi Ramli sekarang di mana Pengarah Strategik PKR itu sedang bergelut dengan tuduhan melanggat akta BAFIA di mahkamah.

Persoalannya, mengapa pula Tony Pua cuba mendesak kerajaan untuk mendedahkan akaun perniagaan Syed Mokhtar?

Apakah pemimpin DAP yang selalu menuduh menggunakan angka palsu itu cuba mengalihkan kesalahan melanggar akta BAFIA itu kepada Kerajaan Pusat? Tolonglah, Kerajaan Pusat tidak bodoh seperti Rafizi…

Sewajarnya, jika Tony Pua benar-benar ikhlas dalam pertikaiannya itu, dia perlu mendesak taikun-taikun selain dari Syed Mokhtar untuk menyatakan akaun peribadi mereka. Itu pun kalau Tony Pua berani lah, kan?

Kalau benarlah fakta yang dikemukakan Tony Pua itu, dia sebenarnya boleh mendedahkan maklumat berkenaan kepada rakyat Malaysia tanpa mendesak pihak Kerajaan Pusat untuk melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang itu.

Pada saya, Tony Pua sebenarnya mungkin sengaja “menyerang” Syed Mokhtar dan perniagaan tokoh Ma’al Hijrah 1429H itu bagi pihak Guan Eng memandangkan kerisauan Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap pengambil alihan Penang Port.

Khabarnya, Guan Eng benar-benar takut jika Syed Mokhtar mengambil alih Penang Port memandangkan pelabuhan di Pulau Mutiara itu dikuasai oleh beberapa ahli perniagaan Cina yang begitu banyak membantu dana DAP di negeri itu.

Apapun, tahniah saya ucapkan kepada Syed Mokhtar memandangkan beliau begitu digeruni oleh para pemimpin DAP yang begitu terkenal dengan sifat chauvinis ultra kiasunya itu.

Harapnya, beliau sentiasa “cool” dan terus menolong rakyat melalui Yayasan Al-Bukhari yang begitu banyak membantu umat Islam di negara ini. Usahlah dipedulikan dengan puak-puak DAP yang sememangnya tidak pernah suka melihat bangsa Melayu Muslim lebih maju dari mereka…

Juak PR meroyan pasal bajet.. Depa bajet bagus lah tu??



mole-bajet-2013-Najib

UMUM tahulah, kalau dah nama pun pembangkang, sampai bila pun tak akan setuju dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan memerintah.  Samalah halnya dengan pembangkang di negara ini, apa pun kebaikan yang disebut kerajaan dalam bajet akan ditolak tepi, yang boleh diputar belit itu yang akan diketengahkan.

Sepanjang hujung minggu lepas, penulis memantau perkembangan bajet 2013 di blog-blog pembangkang untuk melihat isu apa yang rancak dibualkan.  Kondem sudah pasti tapi setakat mana ‘bijak’ kondemnya tu.  Kesimpulannya, takdelah bijak pun macai pembangkang ni, asal boleh kondem saja, apa bendanya ntah.

Contohnya, turun cukai pendapatan 1%, jadi isu, peruntukkan Sabah dan Sarawak pun dijadikan isu juga, kononnya kurang dan above all, bila disebutkan bajet ini boleh bankrapkan negara – macamlah bajet dia tak boleh bankrapkan negara dalam jangka masa panjang.

Tidak kurang juga yang bodoh-bodoh ini menjadikan perbelanjaan defisit dalam bajet kali ini sebagai modal untuk menghentam kerajaan.  Penulis katakan bodoh sebab bajet Pakatan Rakyat pun defisit 4.4% juga, apa yang itu tak kondem?

Inilah sebenarnya mentaliti pembangkang yang tidak akan berubah sampai bila-bila di Malaysia ini, lebih lagi dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim – the Israel protector.

Kita tahu majoriti penyokong Pakatan haram ini mana layaknya bayar cukai, sebab itu tongkat Nik Aziz hanya laku sekitar RM 12,000, berbanding surat cinta Anwar, RM 50,000 yang dibeli bekas Ahli Parlimen BN, Lajim Ukin.

Tapi pelik bin ajaib bila soal penurunan cukai sebanyak 1% ini yang dijadikan isu, kononnya berapa sen sangat dan apa barang boleh beli.  Nampak sangat puak-puak ini tak pernah bayar cukai, sebab itu dia tak tahu berapa besar kesan 1% ini pada perbelanjaan bulanan pada yang dicukai.

1% ini nampak kesannya pada Potongan Cukai Berjadual (PCB) yang jadualnya hanya dipegang Jabatan Sumber Manusia (HR), bukan berdasarkan gaji bulanan masing-masing!!  Ini pun tak boleh nak faham, bebal tak bebal orang Pakatan ni ya.

Yang penting tu, apa pun penjimatan, adalah penjimatan.  Tak semestinya wang dari penjimatan ini diguna untuk beli barang, boleh juga diguna untuk menyimpan.   Jadi bersyukur sajalah bila cukai pendapatan kurang 1%, masih jimat juga!!

Anyway, penurunan 1% itu lebih baik dari bajet Pakatan haram, langsung tak sebut pun cukai pendapatan turun!!

Penulis juga tertarik bila macai Pakatan kata bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri akan membankrapkan negara (hutang bertambah).  Tiap-tiap tahun dia main isu itu juga, hutang bertambah, negara boleh bankrap.  Tapi setiap kali itu negara ini tak juga bankrap, elok je macam biasa.

BR1M diteruskan, bantuan persekolahan diteruskan dan macam-macam lagi boleh beri, tak bankrap pun.

Lagipun macam mana dia kata negara boleh bankrap bila perbezaan perbelanjaan bajet sebenarnya yang dibentang Perdana Menteri pada Jumaat dan bajet bayangan yang dibentang Anwar hanya sekitar RM 17 billion?  Lupakah balaci tu yang rizab tunai negara ada lebih RM 450 billion?

Ekonomi tak berjalan 6 bulan pun, negara ini masih  boleh survive.

Nak ikutkan bajet Anwar tu yang boleh buat negara bankrap sebab kesannya bukan 1 tahun sahaja tapi bertambah dari masa ke semasa untuk tampung penghapusan tol, pendidikan percuma, PTPTN dan sebagainya tu.

All in, bodoh betul macai Pakatan ini, asal boleh konar dan pusing, depa akan buat.  Cubalah berhujah pakai otak sikit.

[Tinggal Tanda Tanya] Lajim bersandiwara.. RM50,000 hanya untuk 1 surat cinta?? Wan Azizah.. Apakah??

lajim_surat
Meriah betul majlis “lelong melelong” barangan peribadi para pemimpin Pakatan Haram yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini di mana hasil jualan lelongan itu akan disumbangkan kepada tabung dana PRU ke-13 gabungan parti pembangkang itu.

Antara yang berjaya dijual malam itu ialah “teddy bear” milik Teresa Kok yang dijual dengan harga RM10,000, gambar dan tongkat Nik Aziz berharga RM12,000 dan poster “filem” Karpal Singh yang dijual dengan nilai RM12,000.

Selain itu, karikatur yang dilukis oleh kartunis Zunar pula berjaya dijual dengan harga kedua tertinggi sebanyak RM32,000.

Zunar merupakan “raja kartunis” di mana hanya dia boleh lukis kartun provokasi pemimpin BN dan kartunis lain “diharamkan” melakukan provokasi kepada pemimpin Pakatan Haram, kan?

Namun yang paling panas ialah mengenai “surat cinta Anwar kepada Wan Azizah” yang dikarang ketika bekas banduan itu berada di dalam penjara menjalani hukuman atas kesalahan salahguna kuasa menzalimi mereka yang menentangnya semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Surat berkenaan telah berjaya dijual dengan harga RM50,000 oleh seorang bekas menteri BN, Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga merupakan ahli parlimen dari Sabah yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

Apakah Anwar mengarahkan Lajim Ukin untuk membeli surat cintanya itu dengan harga RM50,000 sebagai menjaga “air muka”nya supaya dilihat lebih “bernilai” berbanding para pemimpin Pakatan Haram yang lain?

Pada pandangan saya, “surat cinta Anwar – Wan Azizah” itu sebenarnya tidaklah semahal harga yang dibeli oleh Lajim Ukin tersebut. Lagipun, saya yakin bahawa Lajim membeli surat berkenaan bukanlah bertujuan untuk dibaca.

Nak dijual pada Apek “surat khabar lama” pun tak ada harga berbanding “teddy bear” Teresa Kok, tongkat dan gambar Nik Aziz, poster “filem” Karpal dan kartun yang dilukis Zunar yang mungkin ada sedikit nilai kormersilnya.

Setidak-tidaknya, barangan itu boleh dijual dengan harga lebih kurang RM10 di tepi jalan berbanding surat cinta Anwar yang hanya beberapa keping kertas kajang tersebut.

Pada saya, mungkin Anwar tahu surat cintanya itu akan dilelong dan dia mahu seseorang membelinya dengan harga yang mahal bagi menunjukkan bahawa dia “begitu berharga” berbanding pemimpin lain di dalam Pakatan Haram.

Paling mencurigakan, dari mana Lajim Ukin mendapatkan wang untuk membeli surat cinta itu? Dan apakah yang menyebabkan dia sanggup berbelanja sebanyak RM50,000 untuk membeli sesuatu yang layak “dibakul sampahkan” itu?

Saya yakin, sekiranya Lajim Ukin masih lagi merupakan seorang pemimpin BN dan dia membeli potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan harga RM50,000, maka sudah tentu Lajim akan diserang bertalu-talu oleh pemimpin Pakatan Haram.

Sudah pasti Mahfuz, Rafizi dan Tony Pua akan bingkas bangun mempertikaikan tentang wang sebanyak RM50,000 itu dan Lajim pula akan dikaitkan dengan unsur rasuah, bodek dan membazir wang rakyat!

Namun kerana Lajim kini berada di dalam kem Pakatan Haram dan barang yang dibeli Lajim itu pula adalah milik Anwar, maka tindakan pengkhianat rakyat Sabah itu dilihat sebagai “suci” dan begitu dialu-alukan oleh para pemutar alam tersebut.

Semata-mata untuk mengisi dana PRU ke-13, Lajim sanggup menyerahkan sebanyak RM50,000 begitu saja? Mewah benar para pemimpin Pakatan Haram…

Pun begitu, mereka sering mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka “miskin” tidak berduit sehingga terpaksa mengedarkan karung dan peti bagi mengutip derma dari para penyokong mereka di ceramah-ceramah setiap malam.

Itu belum lagi disenaraikan lagi dana-dana yang dibawa masuk dari luar negara yang dipercayai telah diterima dari agensi-agensi Yahudi yang sebelum ini begitu terkenal membiayai siri-siri konfrontasi menggulingkan para pemimpin di negara Islam yang menentang kuasa zionis Israel – US.

Persoalannya, sampai bilakah segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Haram ini akan terus tertipu dengan “mainan jiwa” dan penipuan para pemimpin pembangkang yang hanya pandai “auta” tapi tak  tahu buat kerja ini?

Para penyokong Pakatan Haram bergolok bergadai membiayai perjuangan pembangkang, tapi pemimpinnya bermewah-mewah tinggal di banglo jutaan ringgit, berkempen dengan jet eksekutif dan helikopter.

Mahukah anda terus menerus ditipu hipokrasi para pemimpin pembangkang itu? Tepuk dada, tanyalah Islam yang sewajarnya menjadi pegangan kita untuk membuat penilaian yang terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara…

Sunday, 30 September 2012

Kenyataan Orang Islam Ada Masalah Jiwa – Anwar Makin Celaru Identiti


Jika benar apa yang ditulis oleh Eddie Barnes di dalam akhbar The Scotsman keluar daripada mulut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya bukanlah satu perkara yang memeranjatkan.
 
Cumanya dikhuatiri boleh melelabarkan lagi pandangan bukan Islam kepada masyarakat Islam dan Anwar seharusnya memberikan penjelasan yang sepatutnya dan bukannya mengambil langkah sedemikian, kata Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhamed Maliki Mohamad Rafie.
 
Maliki mengulas  artikel yang ditulis oleh Eddie Barnes di dalam akhbar The Scotsman yang antara lain menyatakan persetujuan Anwar bahawa terdapat masalah di dalam jiwa umat Islam… mereka mudah marah dan beremosi.
 
Penasihat  PKR  itu didakwa berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi keras umat Islam terhadap filem menghina Islam seperti disiarkan baru-baru ini.
 
Mengulas lebih lanjut Maliki seterusnya menambah hakikat tersebut menyerlahkan bahawa Anwar hari ini terjerumus ke arah kecelaruan identiti yang mana seolah-olah  boleh berubah mengikut kesesuaian tertentu.
 
“Jika benar itulah yang dikatakan Anwar, ianya tidak sepatutnya keluar daripada pemimpin apatah lagi beliau merupakan pemimpin yang hadir daripada NGO Islam. Kenyataan sebegitu sepatutnya Anwar tahu kesan buruk masyarakat luar kepada Islam.
 
“Apa yang kita bimbangi akan melebarkan lagi perspektif Islamophibia dan sepatutnya beliau terangkan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.
 
Berikut petikan akhbar yang memuatkan kenyataan Anwar : On the violent reaction to the blasphemous video insulting Islam, he (Anwar) agrees there is a problem with the muslim psyche… people are easily enraged and emotional.’’
 
Maliki seterusnya berkata itu kontroversi terbaru itu akan menjelaskan lagi penilaian orang ramai terhadap Ketua Pembangkang berkenaan. -MediaUMNO