Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !
Wednesday, 30 November 2011
Timbalan Presiden UMNO sempat menjengah
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri sempat meluangkan masa hadir di Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang sedang bersidang.
Petikan ringkas beliau ketika merasmikan Perasmian Serentak Pemuda, Wanita Puteri malam tadi ;
“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang
menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu
semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran … Musuh di hadapan sedang
menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap … Ingat,
perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu.
Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan
untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh
berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu,
berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.
Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata
UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB
Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu!
Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di
hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!
Puteri ikrar jadi benteng paling hadapan pertahan maruah: Rosnah
Pergerakan Puteri UMNO berikrar untuk menjadi benteng paling hadapan mempertahankan maruah Islam, Melayu dan parti daripada segala tohmahan dan cercaan pihak lain yang sentiasa cuba meletakkan agama dan bangsa sebagai pertaruhan politik bersifat murahan.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pergerakan itu juga sudah sedia turun ke medan perang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bila-bila masa untuk mempertahankan kemenangan Barisan Nasional (BN) bersama jentera yang akan menangkis segala fitnah dan menjuarai hati rakyat.
"Saat Islam diperlakukan seperti kambing hitam dan kuda tunggangan, akhirnya yang dihina, dicerca dan ditertawa itu apa? Agama kita.
"Maka bangunlah srikandi bangsaku. Kalau panji perjuangan kita dikoyak dan dibuang, siapa yang akan bangun dan mengibarkannnya semula? Puteri," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan Puteri UMNO di sini, hari ini.
Lisa Surihani terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO
Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.
Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.
Puteri Umno akan mengukuhkan inisiatif 'cyber-trooper'
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata
pergerakan itu akan mengukuh strategi menangkis tohmahan pembangkang
bagi memastikan rakyat tidak terpedaya.
Katanya bagi menangkis tomahan di alam siber, Puteri Umno akan
mengukuhkan inisiatif 'cyber-trooper', pasukan yang ditubuhkan awal
tahun lepas dengan menambah anggota dan tenaga pakar pasukan tersebut.
"Pasukan ini sekarang mempunyai lebih 200 anggota yang terdiri daripada
ahli Puteri Umno sendiri dan pasukan ini menggunakan media sosial
seperti blog, twitter dan facebook bagi menangkis tohmahan pembangkang.
"Kita juga punyai lebih 600 rangkaian rakan bloggers. Kita menggunakan
medium ini untuk memberikan penjelasan kepada rakyat tentang tohmahan
liar yang selalu dilemparkan pembangkang di alam siber," katanya.
Rosnah berkata Puteri Umno juga akan memperbanyakkan aktiviti turun
padang bagi memperjelaskan kepada rakyat secara bersemuka bagi menjawab
segala tuduhan yang dilemparkan kepada Umno.
"Ucapan Timbalan Presiden tadi satu pembuka semangat kepada pergerakan
Puteri, ia akan dijadikan azimat bagi kami menjadi benteng dalam
mempertahankan maruah Umno.
"Ketiga-tiga sayap ini mempunyai peranan berbeza tetapi objektif kami
adalah sama untuk bekerja bersama-sama memastikan kemenangan Umno
seterusnya Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," katanya.
Puteri sudah diasap dengan semangat dan diseru dengan azimat - Dato' Rosnah
Ucapan bersemangat Ketua Puteri UMNO Dato' Rosnah pagi tadi telah membakar semangat ahli ahli Puteri untuk bangun dan terus mempertahankan parti pada PRU13 yang akan datang.
Dalam ucapan YB Dato' Rosnah, Ketua Puteri UMNO Malaysia, beliau dengan sinis nya menyindir ahli UMNO yang mempunyai perasaan hasad dengki dan budaya bodek membodek . Beliau juga memberitahu umum bahawa Puteri UMNO bukanlah lagi anak kecil atau budak hingusan yang boleh di perkotak katik sesuka hati. Rosnah memberi amaran kepada pembangkang dan siapa juga bahawa Puteri UMNO akan bangun membaham seperti harimau yang garang. Puteri UMNO juga tidak perlu budaya mengipas dan membodek.
Beliau juga tidak mahu Puteri UMNO mudah mengalah dan berserah menjadi seperti Mahsuri kerana Puteri UMNO sekarang mampu untuk bangun mempertahankan hak mereka.Mereka bukan lagi anak anak hingusan dalam UMNO. Pengalana telah banyak mengajar mereka untuk menjadi dewasa.
Berikut adalah petikan ucapan dasar Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
katanya " Kalau masih ada yang mahu dikipas dan mengipas, yang dengki dan iri hati, yang dendam tak bertepi, yang cemburu membuta tuli, sama-sama kita bilang pada mereka, UMNO bukan parti mereka. Perjuangan UMNO suci, yang kotor hanya tangan-tangan mereka. Perjuangan UMNO bersih, yang tercemar hanya politik murahan mereka. Tiada lagi gunting dalam lipatan, tiada lagi musuh dalam selimut, tiada lagi lidah bercabang dua dan tiada lagi kepalanya ular, ekornya belut kerana kita bukan Pakatan Rakyat, satu bahtera tiga nakhoda.
"Sudah-sudahlah kita menjadi seperti Mahsuri, bila difitnah dia mengalah dan duduk mengharap simpati menyebelah. Cukup-cukuplah kita bersimpati dengan watak Si Bawang Putih. Apabila difitnah, dicaci, dihina hanya tunduk dan mengiyakan maruahnya dipijak-pijak. Hari ini, semangat Puteri harus mengalir sepekat darah Tun Fatimah. Yang bangun berjuang kerana prinsip, tajam lidah bersuara kerana kebenaran dan keberanian menongkah arus kerana percaya kalau bukan dia yang pertahankan Melaka, habis itu siapa?"
"Bukan lagi soal umur, soal jawatan, soal pangkat, tetapi ia soal tanggungjawab yang terpikul di bahu setiap generasi muda. Soal bagaimana harus kita bangun dan berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Justeru, Pergerakan Puteri harus menjadi tulang belakang utama dalam menggerakkan perubahan cara fikir dan bertindak generasi muda. Berfikir, bertindak dan beraksi selari dengan aspirasi yang dimahukan oleh generasi muda. "
" Kita akan buktikan, kita bukan sahaja sudah bergigi, bahkan kita sudah bertaring tajam untuk membaham lawan seperti Harimau Muda membaham sayap Garuda. Pastinya kita sudah mampu mengaum, menyusup rasa ngeri dan gerun pihak lawan, membangkit rasa kagum pada kawan.
Kita tidak akan gerun walau diancam segenap penjuru. Semalam, kita pernah sakit dilontar batu. Hari ini kita yang ramai menjadi kuat, menjadi satu. Kerana itulah hari esok, kita tak pernah takut walau berdepan hujan peluru. Puteri tidak lut dengan sebarang ancaman. Puteri sudah kebal daripada sebarang serangan. Puteri sudah diasap dengan semangat dan diseru dengan azimat.
PUTERI : “MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD”
Timbalan Perdana Menteri dengan nada yang sungguh mengharukan
memberikan pesanan bagaikan seorang ayah yang mahukan satu pengorbanan dari seorang anak, Datuk Rosnah Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri
UMNO Malaysia diberikan mandat perjuangan sayap puteri bagi berhadapan dengan
musuh BN di dalam pilihanraya umum ke-13.
Katanya, Puteri adalah permata
UMNO.
“Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan
Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan
UMNO.”
“ Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan
program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai
sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala
tuju Negara.”
“Laksanakan peranan anda dengan
berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.” Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin
Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat.
Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat.
Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela
jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Yakinlah, perjuangan ini adalah
jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk
pertahan hak.
Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam
kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan
saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.
Pesanan dan amanat ini di sampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di
dalam ucapan beliau di Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan
Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) yang akan bersidang esok.
SELAMAT BERSIDANG PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Teks Ucapan penuh : Berita Harian
Tuesday, 29 November 2011
Angin perhimpunan Agung UMNO telah terasa.
Beginilah keadaan kaunter pendaftaran |
PWTC
: Angin perhimpunan Agung UMNO telah mula dirasai apabila PWTC mula dikunjungi
oleh perwakilan dan orang ramai untuk menyaksikan sendiri persediaan yang
dilakukan oleh UMNO Malaysia,
Pagi ini ramai
perwakilan yang tiba dan kaunter pendaftaran penuh sesak dengan perwakilan yang
mendaftar. Semua perwakilan dari seluruh Malaysia akan berkumpul di PWTC bagi merealisasikan landscape politik yang akan di rancang oleh Presiden parti.
Pagi tadi telah diadakan Pidato Piala Presiden dan pada jam 3.00 petang akan
diadakan taklimat tertutup oleh Perdana Menteri kepada seluruh perwakilan dan malam ini
pula akan berlangsungnya upacara pembukaan sayap sayap UMNO. Ikuti laporan terus GT Puteri dari PWTC.
Antara ahlin ahli Puteri yang mendaftar |
wanita UMNO juga turut mendaftar |
Krew : Gerbang Tempur Puteri UMNO Malaysia
GT-Puteri akan berada di Persidangan Agung UMNO 2011
Kami juga ingin menyampaikan ucapan tahnian dan selamat bersidang kepada semua Perwakilan UMNO khususnya Puterui UMNO dari Ketua Puteri UMNO Malaysia , Dato' Rosnah Shirlin , Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia , Pn Shahanim tidak ketinggalan juga dari YB Nolee Radzi , Mas Ermieyati.
Monday, 28 November 2011
Chandra tanya, ‘Who Hijacked Islam ?” Anwar memang kotor..
Dari Seorang ahli akademik, akhirnya
Profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam
politik. Bermula dari NGO ADIL kemudian bersama-sama membangunkan Parti
Keadilan Nasional.
Selepas dua tahun menerajui Parti Keadilan, pada Disember 2001, Dr
Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan parti yang pernah
dibangunkan itu.
Kenapa beliau meninggalkan Parti Keadilan tanpa sebarang alasan ?
“Saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang
mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia (Anwar) menulis
rencana dalam Times Magazine…. Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya
itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa
membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global.
“Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu…
Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr Chandra bertajuk ‘Who Hijacked Islam ?”, yang keluar dalam majalah Time pada 15 Oktober 2001.
Dalam rencana itu Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohammed Atta
adalah pengganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center (Pusat
Dagangan Dunia) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal
tiada sebarang bukti yang mengesahkan tuduhannya itu.
Penulis Barat, Peter J. Boyer dalam rencananya bertajuk ” The
Believer Paul Wolfowitz defends his war”, The New Yorker, 1 Novermber
2004, mengakui rencana Anwar di TIME itu telah menarik minat Paul
Wolfowitz, seorang zionis yang ketika Timbalan Setiausaha Pertahanan
Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar dan selepas Anwar
dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Paul Wolfowitz
membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat.
Anwar menjadi pensyarah di John Hopkins juga bermula dari rencananya di majalah TIME.
Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For
The Future dan organisasi-organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.
Ikutilah wawancara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.
AIDC : Dalam kenyataan media Prof pada 7 Mac 2008, Prof ada
menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR
iaitu pasukan ‘the knight’, iaitu pahlawan berkuda yang yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan. Boleh Prof ulaskan maksud tersebut ?
Dr Chandra : Itu sebenarnya frasa-frasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu, kalau tak salah dalam bahasa Inggeris, “the knight in shining armour.” Ada
satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk mensifatkan seorang
individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau
kelompok tertentu.
Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyelamatkan mereka.
Jadi, saya kata sebagai jawapan kepada pihak-pihak tertentu yang
kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah
malapetaka
Mereka Marah. Ramai marah bila saya kata ada usaha untuk menghidupkan the knight in shining armour dalam parti Keadilan.
Yang marah itu, termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun
sudah keluar daripada PKR. Yang dulu mereka ini hebat marah saya,
kritik, hentam saya dan sebagainya. Tapi hari ini mereka semua pun dah
keluar.
Saya kata, adalah salah kepada perjuangan kalau kita menganggap Anwar itu sebagai “the knight shining armour,”
iaitu wira yang akan menyelamatkan negara ini. Walhal, dia ini manusia
yang banyak kelemahan. Itulah konteks, saya menggunakan frasa itu.
Bermakna, Prof melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti dewa?
Memang. Cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya. Semasa saya dalam parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini.
Saya masih ingat, saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin
Keadilan. Dan peristiwa yang saya maksudkan itu adalah perkhemahan
latihan Pemuda Keadilan latihan di Janda Baik, Pahang yang dirasmikan
oleh Dr. Wan Azizah.
Saya dijemput sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan.
Sifat-sifat yang mesti ada dalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan
dalam konteks masyarakat.
Saya membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbalan
Presiden parti semata-mata, tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains
politik. Kerana itu adalah latar belakang saya.
Saya kata, pemujaan terhadap individu itu akan merugikan pergerakan.
Kita harus menilai pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub.
Saya gunakan istilah itu, ‘kita jangan taksub dengan pemimpin’
Selepas saya beri ucapan itu, mereka bangun mengkritik saya, apa maksud Dr…, adakah pemimpin utama kita yang dimaksudkan..
Saya (ketika dalam ceramah itu) tak sebut nama pun. Tujuan saya bukan
untuk mengkritik Anwar. Hanya untuk kefahaman tentang kepimpinan.
Memang itu tujuan saya.
Tidak perlu lah saya sebut nama-nama mereka yang mengkritik saya dulu
kerana mereka ini, sekarang sudah keluar PKR dan cukup hebat mengkritik
Anwar.
Saya sebagai Timbalan Presiden, memang saya sokong Anwar pada masa
itu. Bukan saya nak kritiknya tetapi untuk mempertingkatkan pengetahuan,
kefahaman dan sebagainya. Tetapi mereka sudah kritik macam-macam kepada
saya.
Saya jawab. Masa itu saya kata, semua pemimpin itu ada kekuatan dan kelemahan termasuk brother kita, dia pun ada kelemahan.
Tetapi, oleh kerana jawapan saya, dianggap seimbang, mereka tak suka, mereka attack.
Mereka keluarkan gambar, kalau saudara masih ingat lagi isu itu berlaku
pada tahun 2000. Mereka keluarkan di beberapa laman web pro-reformasi.
Mereka buat border hitam, dan mereka desak saya letak
jawatan. Saya dan Anuar Tahir
(Setiausaha Agung) jadi sasaran. Anuar
Tahir atas sebab-sebab lain. Saya kerana ucapan itu. Mereka suruh letak
jawatan, kritik hebat.
Selepas, tiga, empat minggu, saya merenung kembali peristiwa itu.
Mengapa boleh berlaku begitu? Sedangkan saya adalah Timbalan Presiden.
Kalau mengikut budaya politik kita, sekiranya saya dijadikan sasaran,
diserang dan sebagainya, tak mungkin anggota-anggota lain berani
berbuat begitu tanpa restu daripada pihak-pihak tertentu.
Jadi, saya tanya kepada Dr. Wan Azizah. Adakah Dr. Wan Azizah minta mereka attack saya?
Prof tanya direct?
Tanya direct. Saya tanya dia. Dia kata tak. Dan saya percaya bukan dia yang buat ini.
Saya kata pada diri sendiri, mungkin ada ‘seorang’ lagi yang arahkan.
Yang berada di penjara?
Masa itu, prosiding kes Anwar berjalan (perbicaraan mahkamah). Dari masa ke semasa, saya juga turut hadir sebagai pemerhati.
So, one those occasion, saya tanya dia secara langsung.
Tanya terbuka ?
Terbuka. Masa kita sembanglah. Saya tanya, Anwar..siapa yang buat ini? Ada orang kata you yang merancang ini. Anwar kata ‘Hey takkanlah..macam mana boleh terbongkar ni. (ketawa).
Jadi, saya sudah tahu, dia ini yang merancang, sebenarnya macam-macam
dia buat. Tapi saya sabar. Saya tak berundur pada masa itu. Saya tunggu
dan saya cuba ubah dari dalam. Tapi gagal.
Saya nampak dia ini memang susah, sebab itu saya keluar. Dua setengah
tahun, saya berada dalam parti Keadilan, lepas itu saya keluar parti.
Bukan kerana soal moral atau peribadi. Itu pun satu daripada faktor.
Tapi yang lain. Hubungan dia dengan kumpulan-kumpulan di luar negara.
Apa yang dia lakukan dalam negara dari segi politik, kaum dan
sebagainya. Dan sikap dia terhadap ahli-ahli parti, caranya
mempermainkan individu-individu tertentu. Dia sokong pihak itu, dan pada
masa sama, dia juga sokong pihak lain.
Saya fikir, tak ada manusia macam ini dalam politik negara kita.
Selepas Prof keluar Keadilan, Prof tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media?
Pada peringkat awal, kenyataan saya dalam bahasa Inggeris. Saya kata, minta kedua-duanya, Anwar dan isterinya, to be honest their conscious. Minta mereka bersikap ikhlas. Minta mereka dengar suara hati mereka.
Beberapa bulan selepas itu, saya buat kenyataan dalam forum kepimpinan. Saya katakan tentang, opportunist men in politic yang ditafsirkan oleh Azmin Ali dan yang lain, merasakan saya tujukan kepada mereka. Mereka mula attack saya semula.
Ini berlaku pada awal tahu 2002. Saya jawab tapi jawapan saya tak serang mereka.
Apa yang berlaku hari ini dalam PKR, iaitu seorang demi
seorang keluar parti dan Anwar hanya mahu menaikkan Azmin Ali.
Sebenarnya senario ini sudah berlaku dari dulu dan Prof mengalaminya,
adakah ini perkara yang sama?
Ya betul. Betul. Saya pernah mengalami dulu. Pengalaman saya dari tahun 1999 hingga 2001. Lebih ramai yang tak sedar apa yang berlaku. Kalau kita tengok pada ucapan-ucapan Datuk Zahrain ataupun Zulkifli Nordin dan yang lain-lain, tidak begitu berbeza.
Ya betul. Betul. Saya pernah mengalami dulu. Pengalaman saya dari tahun 1999 hingga 2001. Lebih ramai yang tak sedar apa yang berlaku. Kalau kita tengok pada ucapan-ucapan Datuk Zahrain ataupun Zulkifli Nordin dan yang lain-lain, tidak begitu berbeza.
Pada akhirnya berpunca daripada Anwar Ibrahim?
Memang Anwar. Punca masalah ini termasuk dalam pemilihan parti,
adalah Anwar. Dan itu memang stailnya. Stail suka berjanji kepada
individu tertentu dan pada masa yang sama, dia sokong yang lain.
Sebab itu, macam Datuk Zaid Ibrahim yang dulu dianggap sebagai wira.
Dapat sokongan daripada Anwar. Lepas itu, dia nampak Anwar tidak
menunaikan janjinya, sebab itu dia kecewa.
Jadi, saya nampak itulah masalah Anwar. Dia ini individu yang banyak
masalah dari segi karektor. Puncanya karektor. Itu yang menjadi masalah
besar.
Pengalaman Prof mengenali Anwar iaitu ketika beliau dipecat
dari UMNO dan semasa Prof menyertai Keadilan. Adakah Anwar yang sama
Prof kenali?
Bagus soalan itu ya. Beginilah. Saya mengenali Anwar sebagai individu
yang pada satu masa dulu ketika sama-sama memperjuangkan isu-isu
seperti akta pertubuhan. Kita menentang bersama-sama.
Pada masa itu, dia sebagai Presiden ABIM, saya sebagai Presiden
ALIRAN. Dan ada beberapa isu lain tentang masyarakat, hak asasi manusia,
kita juga bekerjasama. Itulah hubungan saya dengan Anwar sebelum dia
masuk UMNO.
Sekitar tahun 1970-an?
Tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sebelum dia masuk UMNO. Pada tahun
1982 dia masuk UMNO, hubungan saya pada masa itu lebih mirip kepada
isu-isu hak asasi manusia.
Ketaatan dia kepada perjuangan itu tidak dapat dipersoalkan. Dia
memang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu itu. Kita sokongnya dan
dia sokong perjuangan kita.
Selepas dia masuk UMNO, sebenarnya saya tidak ada interaksi
dengannya, lama. Mungkin sepuluh tahun tak ada interaksi langsung
dengannya. Tidak bermakna kita jadi musuh. Tetapi tidak ada interaksi.
Jadi, saya tidak terlibat dalam kepartian.
Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia memperkenalkan konsep
dialog antara peradaban. Oleh kerana ini adalah satu tema yang rapat
dengan hadiri, melalui kawan-kawan tertentu di Pulau Pinang, kita
berbincang dan mengaturkan beberapa persidangan.
Apabila Anwar dipecat daripada kabinet dan UMNO, masa itu, saya
menganggap diri saya adalah sebagai kawannya. Hubungan kita pun bagus
sebagai kawan. Dan saya pun berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Berinteraksi dengannya dan sebagainya.
Soal persahabatan merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong saya mengambil stand
tertentu sokong dia. Tetapi yang lebih penting adalah apa yang saya
anggap pada masa itu adalah sebagai kezaliman yang dilakukan terhadap
Anwar.
Dia dibelasah di penjara dan matanya ditumbuk oleh IGP dan sebagainya. Itu yang menjadi isu besar pada masa itu.
Saya bersama-sama dengan Dr. Wan Azizah, tubuhkan NGO ADIL. ADIL sebelum parti KeADILan.
Itulah pada mulanya saya memperjuangkan isu Anwar. Selepas dua tahun
dalam parti itu, saya sudah nampak stail politiknya. Kekotoran
politiknya. Cara dia melakukannya benda-benda tertentu yang saya tidak
boleh terima. Sebab itulah saya undur.
Isu yang membimbangkan saya tentangnya, saya secara terus-terang
membangkitkan kepadanya. Setiap kali dia memberi jawapan tertentu, beri
alasan. Termasuk isu moral dan peribadi.
Ada penjelasan?
Ada.
Prof berhujah dengan dia tentang soal moral ini termasuk liwat?
Ya..ya.. Saya terus-terang dengan dia. Saya berhujah dengan dia. Bila
saya dengar isu-isu ini sebelum dibahas di khalayak ramai, saya sudah
bincangkan isu-isu ini dengannya. Dia ada dia punya jawapan.
Dia kata, ini memang rekaan, ada musuh-musuh dia nak kenakan dia.
Tapi, selepas tiga..empat kali, orang pun mula berfikir. Ini benar ke
tidak?
Dari segi politik antarabangsa, saya masih ingat lagi salah satu
daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11
September, dia menulis rencana dalam Times Magazine.
Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti
memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu
tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada
ketika itu.
Saya bangkitkan perkara ini kerana ramai kawan-kawan pun rasa kecewa
dengan artikelnya. Jadi, saya bangkitkan. Dia ada jawapannya.
Dia kata, saya ini berada dalam penjara, saya pun tak tahu apa yang berlaku.
Walhal, artikel itu atas namanya.
Prof membangkitkan artikel tersebut?
Perkara ini berlaku pada Oktober 2001. Saya keluar parti pada bulan
Disember 2001. Saya keluar selepas tiga bulan selepas peristiwa
pendiriannya di Times Magazine.
Dalam artikel itu, saya sudah nampak pendiriannya, kecenderungannya.
Saya nampak dia memang sanggup menjadi boneka kepada mereka (zionis).
Juga tentang politik tempatan. Dia selalu berhujah tentang rasuah,
politik wang dan sebagainya. Tapi, saya sendiri tahu apa yang berlaku
dalam Parti Keadilan. Itulah sebabnya saya membuat keputusan ini. Keluar
parti. Saya tahu dalam Parti Keadilan itu ada politik wang. Wujud
politik wang.
Dan saya juga tahu dalam soal-soal tertentu tentang perkauman. Kita
sebagai Parti Keadilan pada masa itu kritik BN kerana perkauman. Tetapi
perkauman juga berlaku dalam parti kita, yang saya maksudkan, cara kita
mempermainkan isu-isu perkauman.
Dalam Pilihan Raya Kecil Lunas umpamanya. Keadilan mempermainkan
sentimen kaum untuk menang pilihan raya. Jadi, saya nampak Anwar banyak
kontrakdiksi. Itu sebab saya menarik diri.
sumber : anwaraidc.com
Subscribe to:
Posts (Atom)