Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 5 August 2014

Tak payahlah kita rasa malu.. Sesetengah kawasan di Penang tak kibar pun JALUR GEMILANG

Sungguh memalukan !




Pulau Pinang di bawah kerajaan Lim Guan Eng dan DAP menghalalkan pesta tak bermoral di negeri ini?






Inilah yang hangat diperkatakan di dalam media sosial dengan tersebarnya video aksi 18 orang lelaki dan wanita yang tak tahu malu di pantai Pulau Pinang. 

Video koleksi vimeo itu disiarkan sejak 2 bulan lepas.










Di antara laporan bodoh di dalam video tersebut :
Penang Nude Sports Games is held successfully on the day.

There are 18 nudists came to yhis beautiful beach for games and nude body painting. 
Thanks to Ms.Chew for the organising and thanks to naturists for coming and made it a history in Malaysia.

A brief review by the member, Justin as below:-

-Here is my review & report for the Malaysia - International Nude Sports Games 2014 Extravaganza. 
On that day, we all assembled at the Teluk Bahang Jetty in Penang. Many of us arrived early and went to the nearest Malay food restaurant to grab our lunch which is only located just outside of the jetty's main entrance. It was such a lovely sunny afternoon and we are all excited about this event.

Later as the time reaches 2.30pm, we walked to the jetty and met up with the others who have also just arrived. One of our nudist friend CWeston, was not able to attend the event because he was on a family trip in Penang but he showed up anyway at the jetty just to watch us go off into our boats and wished us all the best for our event.

As we waited for the boatmen to get ready, the skies was already starting to look gloomy and the waves start to get a little rough. We split into 2 boats and thus begin our journey to the secret beach that is located around the back of the Penang island.

As we're traveling through the seas, it was a bumpy ride as the boat sways up & down through the rough waves. It was thrilling yet fun. We were all laughing and smiling to each other. We also took several selfie photos too =)

Then we finally arrived to our destination. It was a very quiet beach. The atmosphere was so calm and peaceful. The view of the beach and sea was spectacular. We were the only visitors there. We unload our things from the boat and ms Chew went to approach a ranger whom is in charge of that place & also who was apparently on duty alone by himself on that fine day.


After verifying with the ranger about our nude event, we moved to a hut nearby and start stripping. We begin our first activity with nude body painting. Everyone actively took part in this. We took turns by painting someone's else body and later get painted in return. There were many interesting and nice body drawings. Some of us had flowers, trees, abstract and even cartoon character drawings on our bodies.

Then we took many photos of each other. We also moved to the beach and took several group photos of our body paintings. Later that, we proceed to our next activity which was the sports games where we played pass-the-baton running, swim-over-body challenge and the group crab walk. There were so much of laughter everywhere and by the time we entered the 3rd game, many of us were already exhausted.

We then took a nude walk along the beach which stretches about 2km long. There were also some of us went to skinny dip in the sea. One of the person among us was our videographer and he recorded every moments of our event without missing a single one. The beach is so clean and the sands are so fine. Along the way, you can also find seashells laying around the beach.

As we walked further up til the far end of the beach, we came across some very nice looking rocks that are great for taking pictures and we did plenty of photo sessions there. Our videographer also went to interview a few of us about the joys and perspective of naturism for our event video.

We literally had the whole beach to ourselves. It really felt like a nude beach because everyone that are present there are all nude. There were no disturbance from the outside world. For once we really get to enjoy the natural environment and atmosphere just as how nature intended it to be.

After all the fun, we walked back to our hut. As we reached the hut, suddenly a boat appeared from the sea and arrived at our beach. We quickly dress up just in time and later found out that the men in the boat actually brought our meals for dinner.

We had asam laksa, nasi lemak, mihun goreng, chicken satay, fish barbeque, keropok lekor and Sarsi syrup. We had a wonderful dinner. There were so much of food to eat until eventually there were a few leftovers and extra packets of food left. Then we decided to save some for supper.

After dinner, we had our shower and went to set up our sleeping bags. We even set up a tent in the hut specially catered for those who gets bitten by mosquitoes alot. We also went to set up a camp fire just outside of the hut.

We used the natural resources we can find within our reach such as branches, dry leaves and etc to start the fire. We even got some assistance from the ranger where he splashed some kerosene to get the flames bigger. After the fire is stable, some of us strip and stand around the fire while enjoying the beauty of it burning in the dark.

Kita tunggu respons Lim Guan Eng DAP tentang pesta yang memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang ini.

Dan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng patut bertanggungjawab di atas kelanjuran mereka yang tidak bermoral di pantai negeri ini. 

Janganlah pula Guan Eng DAP berdiam diri atau menyuruh exco-exco lain menjawab isu ini.

Monday, 4 August 2014

Bersedia kah kita jika 'mereka' menyekat ekonomi negara dalam keadaan rakyatnya tidak bersatu padu?


Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.




Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.

“Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.

“Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.

Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.

Israel cuba pusing cerita

Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan.

"Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas.

“Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

“Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. 

Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walau pun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza,” katanya - SH

Puteri UMNO sasar 800,000 anggota menjelang 2018


Pergerakan Puteri UMNO menyasarkan untuk meningkatkan keanggotaan pergerakan itu kepada lebih 800,000 orang sehingga tahun 2018 berbanding 390,000 setakat ini.
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan pelbagai usaha yang dijalankan pergerakan itu sepanjang penggal beliau menerajui pergerakan itu.
“Baru-baru ini kita telah melancarkan aplikasi telefon pintar ‘PUTERI’ bagi memudahkan penyaluran pelbagai maklumat kepada wanita muda dan kita menerima lebih 200 permohonan untuk menganggotai Biro Sahabat Puteri menerusi aplikasi tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

Monday, 7 July 2014

Khalid Ibrahim jelak dengan mainan Anwar Ibrahim?

Campur tangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ke atas pentadbiran Kerajaan Selangor telah disambut dengan tempelak kritikan oleh Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.
"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.
"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.
"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian.
Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.
Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.
Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.
"Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.
Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.
"Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.
"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.
Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin PKR yang pro-Anwar telah mengutuk dan mencaci tindakan Khalid Ibrahim yang dilihat kini banyak bekerja demi rakyat dengan bekerjasama dengan Kerajaan BN Pusat.

Ramai pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang berpendapat kerjasama sebegini banyak merugikan Pakatan Pembangkang sebaliknya memberi kelebihan kepada BN biarpun projek ini memberi keuntungan kepada rakyat.