Monday, 16 May 2011

Satu hari yang sedih buat Azizah- Anwar mengeluh dan terbayang penjara Sungai Buluh

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Nota: Beribu penyokong yang cuba membunuh institusi keadilan kita berkumpul di bangunan mahkamah pagi ini. Nagi mereka mahkamah tidak perlu ada di Malaysia kerana Mahkamah  telah dicemar kredibilitinya oleh Anwar Ibrahim dan mahkamah tidak lagi menajdi tempat mencariu kebenaran. Kebenaran semuanya di tangan Anwar Ibrahim dan penyokongnya. Anwar mempunyai undang undang sendiri , PKR punyai undang undang mereka sendiri. Apa saja yang melibatkan pemimpin mereka tidak perlu dipercayai kerana semuanya adalah fitnah bagi mereka. jika satu hari UMNO didapati terang terang membunuh juga. Undang undang PR akan membebaskan beliau dan menganggap semuanya adalah fitnah.

Anwar bukan saja berjaya membohongi rakyat malahan Anwar berjaya membohongi ulamak Pas yang berserban dan hari hari melaungkan memperjuangkan Islam.dengan sokongan PAS dan Nik Aziz kononnya  Anwar disokong oleh Nik aziz ulamak PAS. Nik Aziz seorang Ulamak PAS yang kini terpesing jauah dengan mengelaurkan fatwa , sesiapa yang memfitnah Anwar tidak akan dapat bau syurga. Hebat Nik Aziz yang dapat menentukan siapa yang berhak masuk syurga.
 
Namun hari ini  terbukti bahawa mahkamah dan sistem keadilan kita tidak dicemari dan tidak terjejas dengan ugutan penyokong Anwar. KENAPA ANWAR PERLU MENGELUH JIKA TIDAK BERSALAH.

No comments:

Post a Comment