Tuesday, 10 May 2011

PERKARA TIDAK BOLEH DILUPAKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA

Perkara 3(1) iaitu Agama Islam sebagai Agama Rasmi,
Perkara 151(1): Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa melayu.
Perkara 153: Hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan 
Perkara 181: Kedaulatan, Kuasa  dan bidang kuasa Raja raja melayu

Sebelum mencapai kemerdekaan. Satu suruhanjaya perlembagaan telah ditubuhkan pada mac 1956.  Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya REID. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Reid dari Britain.  Suruhanjaya ini ditugaskan menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang berasaskan  kepada pemerintahan secara demokrasi berparlimen. Ia diminta untuk mengambil kira perkara-perkara yang menjadi asas penting dalam pembentukan kemerdekaan. Setelah bersidang sebanyak 118 kali menghadapi  pelbagai tapisan, bantahan, akhirnya pada  bulan februari 1957 telah diputuskan perkara-perkara yang dipersetujui.


Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina  dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan  masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah  bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Ia juga merupakan perkaitan dengan  semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah  dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum  yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.

Peliknya, kenapa perkara-perkara ini dibangkitkan semula dan dipertikaikan? Sudah lupakah?

1 comment:

  1. bila ada dalang diantara kita, yg melaga2kan sesama kita, yg pengikutnya juga tidak pernah sedar atau sengaja tak nak sedar demi kepentingan diri maka adalah pihak2 yg ambil kesempatan untuk terus mamatahkan dahan yang kian rapuh.

    ReplyDelete