Timbalan Presiden PKR Azmin Ali diberi notis lewat malam tadi mengarahkan beliau bertemu dengan polis pagi ini, dipercayai berhubung kekecohan ketika majlis pelancaran “Datuk Najib Altantuya (DNA)” di Taman Melawati dekat sini, Jumaat lalu.
Kenyataan media PKR yang dihantar tengah malam tadi menyebut, rumah beliau di Ampang dekat sini turut dikepung polis.
“YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak memaklumkan rumahnya sedang dikeliling pihak polis,” kata kenyataan media ringkas PKR.
“Buat masa ini belum ada maklumat lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi akaun Twitternya pula berkata, “polis sedang mengepung rumah @Azminali sekarang.”
Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: “@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit. Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan.”
Nota: Sebenarnya rumah Azmin tidak dikepong polis , mereka hanya datang untuk hantarkan notis untuk Azmina hadir ke balai polis pagi ini. Biasalah Nik Nazmi orang kuta PKR ini suka buat kecoh dan membesarkan sesuatu yang tidak ada untuk menarik perhatian, Mana ada kerreta kebal mana ada komando.Polis biasa sahaja.
No comments:
Post a Comment