Wednesday, 16 March 2011

Kak Wan takut juga ke ? - Segalanya di tangan Wan Azizah

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.
Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini. 

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.
Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

2 comments:

  1. wan azizah sbnrnya tahu, by now wan azizh x boleh bagi alasan lagi, tak kan tak tertanya tanya kenapa anwar tak mahu bagi DNA. biasanya kalau suami tak curang tentu bagi DNA yang diminta. alah apa nak wan azizah malukan atau risau dia bukan gila pompuan dia syk ngan lelaki. bkn boleh kawin pung...

    ReplyDelete
  2. Wna Azizah juga akan tanggung dosa dikahirat nanti kerana bersubahat.

    ReplyDelete