Wednesday, 23 March 2011

Antara tanggung jawab dendam dan kebetulan - Rahim Thamby Chik (nak tenguk Video, jom ?....)

Bertambah rumit.Sudah ada pula yang mengaku bahawa  mereka yang membuat pendedahan untuk melenyapkan semua spekulasi. Apa juga pendedahan atau pengakuan , tunggulah esok Anwar pasti akan ada jawapannya apatah lagi  Rahim Thamby Chik sememangnya diketahui pernah dikenakan oleh Anwar Ibrahim dalam isu skandal dengan wanita muda. Skandal inilah yang telah menyingkirkan Rahim Thamby Chik dari kerusi Ketua Menteri Melaka.

Bagi P3 ini amat merumitkan kerana yang membuat pendedahan pun ada rekod. Tapi itu bukanlah yang perlu dijadikan perhitungan. Persoalan sekarang , siapa dalam vedio itu. siapa yang rakam kenapa dirakam , bukan hal yang penting.Yang penting betulkah orang itu yang melakonkan watak utama.

Ini juga ada kala tidak boleh pakai juga, kerana jumud Pas dan PKR bagi mereka, buktikan lah macam mana sekali Anwar lakukan perkara yang tidak baik mereka akan mempertahankan Anwar bermati-matian. Bukan mereka sahaja. Ulamak Pas juga begitu. Anwar ini sudah macam tuhan bagi mereka. Anwar ini tidak akan melakukan kesalahan bagi mereka . Kalau lakukan kesalahan pun Nik Aziz akan cuci segera.

Kita tunggu dan lihat sahaja. Apa kah seterusnya cerita ini. ini pula pengakuan Dato Shazryl .Ditanya sejauh mana beliau dapat menjamin ketulenan video itu, Shazryl secara bersahaja menjadi "saya sendiri ada dalam video itu" .Huh kalau dia dalam Vedio itu sekali sah sah dia tahu lah..bertambah pening.

2 comments: