Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 30 May 2014

DAP Akui Pengundi Cina Tolak Dyana Sofya

m.my

DAP pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan mengakui sukar untuk mendapat sokongan pengundi Cina berikutan meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud mewakili parti itu.

Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang berharap pengundi Cina di kawasan tersebut akan memberi sokongan walaupun calon parti itu berbangsa Melayu.

"Saya harap mereka (pengundi Cina) kali ini lain daripada yang lain dengan menolak politik perkauman.

"Mereka akan menyokong politik seMalaysia dan menunjukkan mereka warga negara ini dengan menyokong Dyana Sofya walaupun beliau seorang Melayu," katanya pada sidang media di pejabat operasi DAP di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Dyana  memberitahu, pengundi di Teluk Intan bijak untuk memilih wakil rakyat dengan memecahkan jurang perbezaan kaum.

Menurutnya, beliau percaya pengundi dapat menolak politik perkauman di samping menilai 
kebolehannya dari segi idea dan prinsip yang ditawarkan untuk rakyat.

"Saya percaya rakyat di Teluk Intan boleh mengundi tanpa mengira warna kulit, keturunan dan kaum," katanya.

Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina, Dyana hanya menjawab beliau mendapat sokongan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Saya fikir mereka bijak untuk membuat pilihan. Saya percaya adanya pepecahan tembok perkauman pada Sabtu," katanya.

Kawasan Parlimen Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Hari mengundi PRK Teluk Intan pada Sabtu ini.

Friday, 23 May 2014

Kita Catat Rekod Baru, Najib Rasuah Siapa Pula?

Jika dilihat keluh kesah sebahagian rakyat yang marahkan kerajaan kerana termakan hasutan, kita tentu percaya bahawa negara ini sudah berada dalam keadaan nazak, daif dan menunggu masa untuk runtuh. Membaca pandangan-pandangan di media sosial pro pembangkang, negara ini seumpama pariah ekonomi dunia.

Boleh dikatakan segala-galanya buruk kepada negara ini. Kesimpulan daripada keluh kesah kumpulan ini ialah rakyat Malaysia hidup tertekan, kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi negara berada di tahap yang sangat buruk, sistem pendidikan yang lemah, keselamatan yang terancam dan kerajaan ini adalah kerajaan korup.

Namun pelbagai indeks dunia menyatakan perkara lain. Terbaru, laporan antarabangsa menyatakan Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam daya saing antarabangsa di kalangan ekonomi utama dunia tahun ini apabila meningkat tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun lalu, mengikut laporan Buku Tahunan Keberdayasaingan Dunia (WCY) 2014 yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland.
dayasaingglobal
Dengan kedudukan terbaharu itu, Malaysia tergolong dalam negara-negara paling berdaya saing di dunia bersama Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Sweden, Jerman, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Denmark, Norway, Luxembourg, Taiwan, Belanda dan Ireland.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pencapaian itu merupakan yang terbaik direkodkan dalam masa empat tahun.

Beliau berkata, kedudukan itu juga menunjukkan Malaysia terus mengatasi United Kingdom yang berada di tangga ke-16, Australia (17), Finland (18), New Zealand (20), Jepun (21) dan Korea (26).

“Laporan WCY 2014 mengukur daya saing negara berdasarkan empat faktor daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

“Walaupun Malaysia kekal di kedudukan ke-15 bagi faktor kecekapan kerajaan, kerajaan komited untuk memperkukuhkan lagi kewangan awam negara bagi memastikan kelestarian fiskal dan menggalakkan kestabilan ekonomi makro jangka panjang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencerminkan komitmen Malaysia untuk mencapai defisit fiskal sebanyak tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan berusaha ke arah mencapai belanjawan berimbang pada 2020.

Beliau berkata, pencapaian Malaysia dalam WCY memberi gambaran terhadap langkah-langkah telah dilaksanakan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kita akan terus memperkukuhkan prestasi daya saing Malaysia menerusi usaha-usaha tertumpu untuk meningkatkan persekitaran pelaburan dan menggalakkan polisi yang boleh meningkatkan perdagangan serta memanfaatkan bakat ke arah meningkatkan pertumbuhan produktiviti.

Jika benar Malaysia bakal muflis dan segala sistem negara seperti pendidikan, keselamatan, perundangan dan hak asasi manusia sedang berantakkan seperti yang didakwa Pakatan Rakyat, pastilah ada sesuatu yang tidak kena dengan kedudukan IMD ini.

Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland merupakan badan kajian pembangunan terkemuka dunia yang diiktiraf di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahu percaya IMD atau Anwar Ibrahim?

Agaknya, IMD pun dirasuah oleh Mohd Najib Tun Razak supaya mengangkat nama Malaysia? [Nota kepada yang tiada keboleh berfikir: Soalan ini adalah pertanyaan sinikal!]

Tuesday, 20 May 2014

Mendiang Karpal tolak hudud kita faham lah.. tetapi bila orang Melayu beragama Islam tolak hudud, KENAPA?

prk-l-intan-l8-May-650x350

SELAMA hari ini bukan main lagi PAS pertahan DAP menolak perlaksanaan hudud sebab katanya pemimpin DAP ini bukan Islam, mereka tidak faham Islam dan dengan itu tak mengapalah mereka tolak hudud.  UMNO pulak kafir tolak hudud sebab ramai pemimpin UMNO beragama Islam, itu ini dan sebagainya..malas nak ulang, semua orang tau.

Tapi hari ini, DAP calon Dyana Sofea untuk jadi ahli Parlimen di Teluk Intan dan budak Dyana ini (beragama Islam), awal-awal sudah jelaskan kalau ada pengundian hudud di Parlimen, dia akan tolak mentah-mentah sebab pada dia hudud ini bukan persoalan agama, tapi pendirian parti!!

Menyebut tentang itu, (tolak hudud sebab pendirian parti) penulis dah jelaskan dalam artikel pertama, penulis tidak mahu membosankan sesiapa dengan mengulangi benda sama dalam artikel kedua, yang penulis nak ‘tinggi terangkan’ (highlight) hari ini ialah apa pandangan PAS akan penolakan Dyana terhadap hudud?

Apa yang penulis tak tahu hari ini dari PAS ialah, kalau dulu Karpal tolak hudud, PAS rela sebab katanya dia bukan beragama Islam, oklah, sekarang yang Dyana ni macam mana pulak?  Bukan Islam jugak ke?

Boleh ke agaknya PAS jawab soalan mudah ini.  Penulis tak rasa penulis seorang saja nak tahu, ramai lagi yang diluar ini nak tahu juga apa pendirian PAS akan penolakan Dyana terhadap hudud – belum pun dia menang dan jadi ahli Parlimen.

Atau mungkin PAS ada 2 set jawapan untuk jenis Islam tapi sokong DAP macam Dyana.  Penulis katakan begitu sebab berdasarkan pengalaman, penulis tahu PAS sentiasa ada nas dan dalil (kadang-kadang yang dibuat sendiri) untuk menjustifikasi keadaan mengikut keperluan parti tersebut.

Yang PAS tak tahu, ahlinya bukan macam cina, letak batang pisang jadi calon DAP pun mereka akan sokong.  Ahli dan penyokong PAS sedikit sebanyak masih ada akal untuk menilai apa salah dan apa betul, sebab itu BN boleh rampas semula Kedah hanya setelah sepenggal PAS memerintah.

Maka itu persoalan itu nanti, pasti menuntut jawapan, dan penulis sendiri kalau berada di tempat kepimpinan PAS hari ini, tak tahu macam mana nak jawab tu, melainkan pusing sana dan pusing sini sajalah (spin).

Monday, 19 May 2014

RAHSIA - Tugas Khas Yammy Samat Pujuk Anaknya Dyana Sertai UMNO Sekiranya DAP Menang PRK Teluk Intan

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga......

Sudah pastilah Yammy Samat tak mahu melihat anaknya Dyana Sofya menjadi umat Islam yang sesat dan melakukan segala larangan yang sememangnya ditegah dalam ajaran agama islam. Itulah naluri seorang ibu!

Hakikatnya Yammy seorang pecinta perjuangan Melayu, maka itulah sebabnya beliau menyertai UMNO dan aktif berjawatan dalam parti. Beliau sendiri tidak pernah menduga bahawa Dyana diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam struktur politik tanahair.
Sama sekali tak menyangka anaknya boleh dipilih sebagai Setpol Lim Kit Siang dan kini diberikan peluang untuk bergelar Ahli Parlimen pula...

Yammy 'terpaksa' menyatakan sokongan dan berlakon kerana inilah peluang untuk UMNO merampas kerusi Parlimen Teluk Intan secara halus! Yang penting kini untuk pastikan Dyana menang dan bergelar Ahli Parlimen, langkah seterusnya umum keluar DAP dan sertai UMNO.

Lihat sendiri sejarah yang terpahat dalam parti paling chauvanist di dunia ini. Pimpinan DAP yang berbangsa melayu sudah meninggalkan parti komunis ini....

DAP pernah menggunakan taktik yang sama pada tahun 2008 apabila melantik Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP. Tunku Aziz juga dilantik sebagai Senator mewakili DAP. Beliau bukanlah calang calang orang kerana pernah menjawat jawatan Naib Presiden Transparency International.

Tetapi pada tahun 2012, DAP menerima tamparan hebat setelah Tunku Aziz mengumumkan keluar DAP. Maka berkubur sudah cita cita Kit Siang dan Guan Eng untuk memancing undi melayu pada PRU 2013.