Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 28 February 2014

Fitnah SPR Gagal : Pembangkang Ugut Huru Hara Dengan Demo Jalanan?

BERSIH GANAS
Kegagalan pembangkang dalam cetusan provokasi fitnah yang mereka taburkan terhadap Barisan Nasional telah menyebabkan mereka menuduh sekali lagi sistem kehakiman negara tidak adil.   Bagi pembangkang ianya hanya  adil sekiranya sistem perundangan menyebelahi mereka sahaja.  Pembangkang seolah-olah mengugut akan melakukan siri demo jalanan yang menyusahkan rakyat lagi berikutan kegagalan mereka memanipulasikan sistem kehakiman dalam isu SPR.

Adakah pembangkang lupa bahawa mereka telah “tertangkap” dengan beberapa penipuan besar yang tidak bertanggungjawab sepanjang PRU13 yang lepas?  Perangai “buat-buat lupa” pembangkang dengan menyalahkan keseluruhan  kegagalan mereka di bahu  SPR dan Barisan Nasional menunjukkan sikap politik keji  “ Baling Batu Sembunyi Tangan Mereka “.

Sebelum ini mereka telah mengadakan siri himpunan Blackout kononnya  SPR dan Barisan Nasional telah menipu dalam  PRU13 yang lepas dalam insiden lampu padam. Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Rakyat perlu tahu bahawa  pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR, gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

Begitu juga dengan fitnah pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) ‘import’ pengundi Bangladesh adalah pembohongan tahap “gila”.  Kononnya terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tambahan pula  Ambiga dalam kenyataan terbaharu yang disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini, bertindak menyalahkan kerajaan di sebalik fitnah mereka apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mencipta helah.

Hakikatnya  40,000 Bangla telah dipropagandakan oleh Pembangkang  dalam masa yang agak lama semata-mata untuk menunjukkan wujud kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR. Malahan  mereka sibuk menangkap pengundi keturunan India dan Mamak semata-mata mahu membuktikan kewujudan 40000 pengundi Bangladesh semasa proses PRU13 berlangsung.  Media pembangkang juga turut  menyiarkan gambar Orang Asli yang sedang beratur  menunggu giliran mengundi  yang mereka tuduh  sebagai pengundi warga Bangladesh. Dan  penyokong PR sendiri yang keturunan Mamak ditangkap kerana disangkakan pengundi Bangladesh yang diupah mengundi BN.

 
Kini mereka  menyalahkan Barisan Nasional sepenuhnya  atas kegagalan pembangkang memenangi petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan di mahkamah. Mereka mahu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  kononnya untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan menjalankan persempadanan pilihan raya secara adil setelah siri fitnah pembohongan mereka gagal.



Kononnya mereka mahu memastikan SPR mengendalikan pilihan raya yang adil dan bebas bagi pihak pembangkang dan calon bebas terhadap calon Barisan Nasional  sedangkan rakyat tahu segala fitnah dan provokasi jahat yang mereka lakukan selama ini begitu menyusahkan rakyat dan kerajaan. Kononnya mereka akan megadakan kempen kesedaran yang padu dilancarkan untuk mendidik orang ramai bahawa pilihan raya mesti dimenangi melalui peti undi dan bukan membawanya ke mahkamah disebabkan amalan penipuan dan rasuah. Ini seolah-olah cuba menutup siri penipuan jahat pembangkang itu sendiri.

Kononnya juga pembangkang khuatir orang ramai akan mengambil tidakan lebih radikal pada masa hadapan apabila kononnya  menyedari bahawa akses kepada keadilan di mahkamah adalah mustahil sedangkan hakikatnya pembangkang sendiri seolah-olah sedang merancang untuk mengadakan siri demo jalanan lagi dengan isu ciptaan sesuka hati mereka sendiri.

Seperti biasa, segala tindakan pembangkang ini seolah-olah  dikuatkan lagi dengan “hasutan” dari Peguam veteran Karpal Singh, yang mewakili DAP dalam banyak petisyen pilihan raya sejak 35 tahun lalu mengatakan  mahkamah bertindak perlahan bagi keputusan berkenaan pengundian pada hari mengundi. Kerajaan perlu mengambil tindakan atas segala kenyataan yang berupa hasutan untuk mencetuskan huru-hara.

Negara perlukan keamanan demi memastikan transformasi  demi kesejahteraan rakyat dan negara dapat dilaksanakan. Tindakan pembangkang yang cuba  menghalang perlaksanaan rancangan kerajaan perlu dikekang dan dipantau sepenuhnya.

Thursday, 27 February 2014

Keuntungan FGV Meningkat, Propaganda PAS Tersasar Lagi

FGVH2-565x436[1]
Pada 8 Februari 2012 kira-kira dua bulan sebelum Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia, PAS melalui Ahli 
Mazlan Aliman PAS - FGV
Jawatankuasa Pusat iaitu Mazlan Aliman pernah mempropagandakan FELDA akan mengalami kerugian besar disebabkan penyenaraian itu.


Mazlan yang juga adalah Pengerusi NGO tidak berdaftar Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata kerugian yang akan dialami FELDA bakal mencecah RM1.5 bilion sekaligus dakwanya lagi akan menjejaskan pendapatan peneroka setiap bulan.

Selain itu kesan penyenaraian FGV di BSKL juga katanya akan mendatangkan risiko terhadap tanah milik peneroka FELDA. Itu antara propaganda yang sering dilaungkan oleh Mazlan dan PAS dalam usaha jahat mereka menggagalkan penyenaraian FGV di BSKL.

Serentak dengan kempen propaganda itu, PAS juga mempelopori himpunan jalanan termasuk demonstrasi berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan yang rata-rata pesertanya bukan peneroka tetapi ahli dan penyokong PAS yang dikerah dari seluruh negara.

Mereka juga mengadakan kempen bergerak dengan cuba masuk ke kawasan FELDA semata-mata nak mengelirukan para peneroka bagi menanam kebencian dan bibit kemarahan dengan harapan hasilnya kelak membolehkan undi sebahagian besar peneroka memihak kepada PAS.
Mazlan Aliman PAS - FGV Untung

Namun takdir Illahi nyata berbeza dari pengharapan PAS bila mana kempen propaganda PAS dan gambaran negatif yang diwar-warkan oleh pemimpin PAS tersasar sama sekali. PAS gagal mempengaruhi majoriti besar peneroka dan BN pula kekal menguasai sebahagian besar Parlimen dan DUN yang mempunyai kawasan FELDA.

Baik sebelum dan selepas disenaraikan, FGV dan FELDA sendiri tidak hanya berjaya menepis propaganda PAS malah berjaya membuktikan usaha penyenaraiannya di BSKL adalah satu tindakan betul dengan mengambil kira kepentingan para peneroka.

Tiada tanah peneroka yang terjejas atau tergadai sebaliknya yang terjadi mereka berpeluang pula menjana pendapatan tambahan melalui pemilikan sejumlah 800 unit saham FGV. Tidak hanya itu, peneroka juga diberi imbuhan RM15,000 untuk satu keluarga – satu imbuhan yang langsung tak termimpi oleh pelabur PAS melalui KOHILAL.

Malah beberapa bulan selepas FGV disenaraikan dalam Bursa Malaysia para peneroka yang memiliki pegangan saham dalam FGV turut mendapat dividen interim 5.5 sen serta perolehan keuntungan dana amanah peneroka yang keseluruhannya berjumlah RM400.00.

Hampir setahun selepas disenaraikan FGV merekodkan keuntungan sebelum cukai RM1.13 bilion atau pun keuntungan bersihnya ialah RM905.058 juta, menjadikannya antara kaunter pelaburan yang aktif dan diminati pelabur BSKL.

Hasil keuntungan itu kemudiannya membolehkan para peneroka yang memiliki 800 unit saham FGV memperolehi dividen 8.8 sen seunit atau perolehan tambahan RM400 hingga RM500 dengan hanya goyang kaki sahaja.

Itu baru keuntungan atas angin untuk peneroka selaku pemegang saham yang memiliki 800 unit saham. Bayangkan pula keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat Kerajaan PAS Kedah yang waktu itu memiliki pegangan sejumlah 500,000 unit saham. Tentu lagi mencanak tinggi keuntungannya.

Hari ini selepas hampir dua tahun FGV disenaraikan di BSKL, Alhamdulillah sekali lagi FGV merekodkan keuntungan bersih yang meningkat sehingga mencecah RM1.107 bilion, jauh lebih baik berbanding keuntungan bersih RM905.058 juta tahun sebelumnya.

Peningkatan keuntungan ini sekali lagi membolehkan peneroka yang melabur turut sama meraih dividen 10 sen sesaham. Nilainya seperti nampak kecil tapi jelas lebih berbaloi dari melabur dalam pelaburan KOHILAL yang dikendalikan PAS yang sampai sekarang tidak tahu ke mana pergi wang pelaburnya.

Perkembangan terbaru ini jelas membuktikan hakikat bahawa propaganda jahat PAS dan Mazlan Aliman sejak sebelum PRU-13 hingga sekarang berkenaan FGV hanyalah omongan kosong yang semakin tersasar dari realiti semasa.

Tuesday, 25 February 2014

Catu Air: Bakal MB S’gor Ligat Depan Kuil, Rakyat Tinggal Ternganga


Anwar-Ibrahim1
BILA kita kata Anwar Ibrahim ini jenis manusia yang cakap saja pandai, tapi hasil yilleekk, ramai yang melompat marah.  Diangkutnyalah semua cerita kejayaan semasa dia ...

Ini wolanggggg muka tara malu.. 

Presiden Telah Dihina, Tapi Penyokong Tetap Jilat PKR

surat
Para penyokong PAS semacam dilanda wabak penyakit nyanyuk kalau tidak pun mengalami sindrom sakit otak akut. Prinsip wala’ dan tsiqah yang selama ini cukup mereka bangga-banggakan, telah menukarkan mereka sebagai zombie atau mayat hidup yang matlamatnya hanya untuk memakan otak manusia yang sihat.

Sudah berjuta kali pendedahan dibuat bagaimana PKR sebenarnya tidak pernah ikhlas dengan PAS. PKR hanya mahu mempergunakan PAS. PKR hanya melihat jumlah ahli PAS yang ramai, bodoh, jahil dan buta perut yang boleh mereka tunjal-tunjalkan dan kemudian dikerah untuk melaksanakan perancangan jahat PKR.

Kita perhatikan sahaja. Sepanjang tahun 2008 sehingga 2013, berapa banyak demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS berbanding PKR. Demonstrasi-demonstrasi tersebut untuk siapa? Adakah untuk parti atau sekadar untuk memenuhi kehendak DAP dan Anwar Ibrahim (PKR) semata-mata?

Dan berapa banyak pula demonstrasi yang dikerahkan kepada ahli-ahli PAS agar hadir beramai-ramai dan dianjurkan pula oleh PKR dan DAP? Apa yang berlaku selepas itu ialah segala keburukan terpaksa ditanggung oleh PAS sedangkan PKR dan DAP pula tidak sahaja berlepas tangan, bahkan mereka berpura-pura tidak tahu.

PRU-13 mencerminkan niat sebenar PKR. PKR seperti tahun-tahun sebelumnya main cekup sesiapa sahaja yang menyokong mereka untuk dijadikan calon. Di Terengganu, PKR yang kemaruk hendak menguasai kerusi yang ditandingi telah meletakkan calon-calon yang pada pandangan PAS setempat sebagai mencacatkan. Akhirnya PAS turut meletakkan calon di situ, dan berlakulah pertembungan tiga penjuru yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada UMNO-BN.