Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 2 February 2014

Umno kecam video Teresa Kok

  • Umno kecam video Teresa KokPemuda Umno Wilayah Persekutuan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Teresa menerbitkan video didakwa berunsur provokasi.

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerbitkan video sempena Tahun Baharu Cina yang didakwa berunsur hasutan mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang disifatkan biadab.

Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dianggap sebagai jenaka sesetengah pihak bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.

Katanya, sebagai wakil rakyat Teresa sepatutnya memupuk keharmonian di kalangan rakyat.

“Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat,” katanya pada sidang media, semalam.Video tersebut mula dimuat naik di internet termasuk Youtube pada Isnin lalu.

Video dinamakan Teresa Kok ‘Onederful’ Malaysia CNY 2014 itu dikatakan memperlekeh sistem pendidikan di negara ini serta mengutuk semangat 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Razlan berkata, beliau mempersoalkan mengapa video tersebut dikeluarkan semasa Tahun Baharu Cina seolah-olah Teresa berniat mencetuskan provokasi antara kaum.

Menurutnya, beliau mengingatkan Teresa supaya bersedia menanggung segala perbuatannya sekiranya rakyat marah.

“Teresa jangan marah kalau rakyat biadab dengan dia kerana provokasi ini dia mulakan,” katanya.

Mohd Razlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung video tersebut dan beliau mendesak Teresa memohon maaf.

Thursday, 30 January 2014

Anwar Bertanding Untuk Satu Matlamat – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Tun Dr Mahathir ketika diwawancara oleh juruhebah Bernama Radio24, Wan Syahrina Wan Ab Rahman pada Program ‘Dalam Radar Khas” bersama Tun Dr Mahathir Mohamad meniti cabaran Wawasan 2020 di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, Rabu. foto – BERNAMA

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.
“Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri),” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program ‘Dalam Radar Khas’ terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor.
Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DU NKajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.
Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang ‘gila kuasa’, Dr Mahathir berkata : “Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.
“Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya,” katanya.
Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.
“Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya,” katanya.
Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.
“Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu.
“Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja,” katanya.
Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara.
“Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : “Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia.”
Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan.
“Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.
“Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu),” katanya.
Mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa meletakkan Anwar sebagai calon pada pilihan raya kecil itu sebagai pergerakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, Dr Mahathir berkata itu adalah tafsiran beliau.
Katanya sebenarnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada telah bermula sejak beliau menjadi perdana menteri dan tugas parti lawan ialah menjatuhkan parti pemerintah bagi membolehkan mereka menjadi pemerintah.
Katanya soal isu tidak penting dan parti lawan akan mengecam apa juapun yang dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi wang kepada mereka. BERNAMA

Tuesday, 28 January 2014

Tanam sikap saling menyayangi - Puteri UMNO

MAS Ermieyati Samsudin (kanan) bersalaman dengan pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah dalam majlis Semarak Selawat di Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah, Melaka, semalam

Golongan muda perlu dididik dengan sikap saling menyayangi dan menghormati sesama insan bagi menghindarkan diri daripada terlibat dengan masalah keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin berkata, sikap saling menghormati dan menyayangi yang semakin rapuh di dalam jiwa anak-anak muda boleh menjurus kepada berlakunya masalah sosial yang serius.

Menurutnya, berita mengenai kes menyayat hati seperti pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak dan terbaharu, kanak-kanak dua tahun dibunuh kejam merupakan sebahagian daripada kesan daripada tiadanya sifat nilai-nilai murni itu.

"Semua kejadian ini berlaku disebabkan hilangnya rasa hormat serta kasih sayang sesama manusia dan tanpa didikan sewajarnya, tidak mustahil perkara membimbangkan itu boleh berlaku lagi.

"Apabila kita tanamkan nilai kasih sayang, hormat menghormati dan cinta antara satu sama lain, insya-Allah perkara seperti ini dapat dielakkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Semarak Selawat 'Bidadari Syurga' 2014 di Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Tetap Puteri UMNO, Azlieza Azizan dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Siti Kalthom Ahmad.

Program julung-julung kali diadakan anjuran Puteri UMNO Melaka dengan kerjasama Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah itu melibatkan kira-kira 200 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta beberapa buah sekolah rendah dan menengah sekitar Masjid Tanah.

Pelbagai aktiviti turut disusun sempena program bermula pada pukul 8 pagi termasuk ceramah Maulidur Rasul 'Rasulullah Idolaku', pertandingan seni khat jawi dan deklamasi puisi kerasulan.




Monday, 27 January 2014

[Apa sudah jadi dengan Menteri KDN?] BN Perlu Sahut Pelawaan Permuafakatan Oleh Anwar – Zahid

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menyahut pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan permuafakatan nasional berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Ahmad Zahid

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelawaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan langkah proaktif yang perlu diambil berat.
“Kesemua ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini menunjukkan keterbukaan beliau dan ia perlu difikirkan oleh pemimpin Umno serta BN,” katanya di sini pada Isnin.
Ahmad Zahid akan menemui Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan pelawaan berkenaan.
Pada Ahad, Anwar menawarkan ‘pelan damai’ kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan demi kepentingan rakyat.