Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 14 December 2013

KDN senarai bukti Mat Sabu pengikut Syiah termasuk kerap lawat Iran

mat-sabu-513xx
Kalau sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hanya menyebutnya sebagai ' orang nombor dua PAS' yang terlibat fahamam Syiah...kini sah yang dimaksudkan itu ialah Mat Sabu.
Ketua Setiausaha kemeterian itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas petang Khamis yang menyenaraikan 10 bukti penglibatannya dalam fahaman itu secara spesifik menyebut sabjek yang dimaskudkan Zahid ialah Mat Sabu.
Dakwaan Mat Sabu pengikut ajaran Syiah disebut Zahid semasa mengulong perbahasan di hari akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember lalu.Waktu itu beliau tidak sebut nama Mat Sabu.
Pada sidang akhbar yang dihadiri ramai wartawan itu, Rahim berkata berdasarkan maklumat Mat Sabu penah beberapa kali menghadiri kes pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua Ustaz faham Syiah.
Beliau juga telah membuat lawatan ke sebuah amsjid di Kampong Aluar,Wilayah Satun,Selatan Thai pada tahun 2011.Selain itu beliau membuat kunjungan keatas pemimpin Syiah di situ dan menghadiri majlis ramah mesra mereka.
Dalam ucapan sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011,beliau menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak peikirannya.
Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisnya di akhbar Harakah pada 15 Julai 2008.

Pada 28 Disember di Harakahdaily,ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia,beliau telah mengunakan  Khomeini sebagai terma untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam penghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran.
Ini berdasarkan temuramah pegawai KDN dengan C N Afghani rakan karib Mat Sabu selama hampir 20 tahun pada 9 Disember 2013.
Berdasarkan temuramah dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2013 pula diberitahu Mat Sabu pernah mefazkan salawat sebagaimana diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah,Arau,Perlis pada 2005.
Tuan Guru Haji Abdul  Rahim dari Sungai Jagung ,Pendang,Kedah mendakwa Mat Sabu adalah seorang penganut Syiah. Beliau mendakwa pernah beberapa kali melihat Mat Sabu tunai solat guna sebiji batu kecil keper di tempat sujudnya

Berhentilah berpura-pura... Mesej Zahid pada Mat Sabu

zahidhamidi1xx
Isu Syiah di negara akan ditangani segera bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetus penganut fahaman itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, menteri itu berkata beliau tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah.
"Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua.
"Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Buku Negara 2013 di PWTC Khamis.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dengan fahaman Syiah.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya Khamis bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah.
Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam masa terdekat.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara

Thursday, 12 December 2013

Kalau Dalam Musibah Banjir Pun Tak Nampak Muka Usah Samakan Dengan Nelson Mandela

Kenyataan Naib Presiden PKR, N. Surendran menyamakan perjuangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan Mendiang Nelson Mandela  baru-baru ini bukan sahaja `jauh panggang dari api’ tapi jelas tidak berpijak di bumi yang nyata.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Aedi Rizwan Hj Suhaimi berkata, mendiang Nelson Mandela memperjuangkan hak peribumi dan dasar Apartheid berbeza dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang berjuang demi cita-cita peribadi.
“Nelson Mandela dipenjarakan 27 tahun kerana menentang penindasan terhadap bangsa kulit hitam dan peribumi. Anwar Ibrahim pula dipenjarakan kerana salah laku dan masalah peribadi beliau.
“Perjuangan kedua mereka jauh berbeza. Nelson Mandela memperjuang hak bangsa manakala Anwar sendiri dalam kedaan rakyat menerima musibah banjir pun dia tak nampak muka bantu rakyat” ujarnya yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor.
anwar-banjir-besar-bencana-ketua-pembangkang-malaysia-usa-amerika-kelantan-johor-pahang-terengganu
Tambahnya, kenyataan ini bukan sahaja seakan-akan mahu `membodek’ Anwar, malahan satu kenyataan kebudak-budakkan yang tidak mempunyai asas kukuh untuk menyamakan antara pejuang rakyat iaitu Nelson Mandela dan pejuang yang mempergunakan rakyat untuk meraih simpati demi merealisasikan perjuangan peribadiny.
Jelas beliau lagi perjuangan Nelson Mandela konsisten dari dahulu walaupun dipenjarakan berbanding Anwar, perjuangan berubah-berubah ketika dalam UMNO dan kerajaan dan ketika di luar UMNO dan tiada jawatan dalam kerajaan.
“Jadi, kalau kita nak samakan perjuangan seperti Nelson Mandela dengan pemimpin tanah air, yang paling layak adalah Dato Onn Jaafar. Ini kerana mereka berdualah yang benar-benar memperjuangkan hak bangsa masing-masing, cuma yang membezakannya, Dato Onn Jaafar tidak dipenjarakan.
“Jadi, rakyat janganlah terkeliru dengan kenyataan-kenyataan tidak berasas ini yang sengaja dibuat untuk mengelirukan rakyat. Jadi, nasihat buat N. Surendran, carilah isu lain kalau nak `membodek’ Anwar Ibrahim kerana rakyat Afrika Selatan menangisi kematian Mandela tetapi di sini, rakyat bersedih kerana sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin seperti Anwar Ibrahim untuk memenuhi nafsu dan matlamat peribadinya sendiri.
“Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden dengan mendapat sokongon seluruh rakyat Afrika, berbeza dengan Anwar sehingga kini tidak mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia terutamanya sokongan dari orang Melayu dan bumiputera,” tambahnya lagi. -MediaUMNO
beza-anwar-najib-bencana-alam-malaysia-banjir-besar-pantai-timur-pahang-kelantan-johor-pahang-terengganu
anwar-not-nelson-mandela-pru13
anwar-not-mahatma-ghandi-pru13

Tuesday, 10 December 2013

Bila Nurul Izzah “rindu”kan UMNO di zaman “papa”nya…

izzah
Tidak disangka, rupanya Perhimpunan Agung UMNO kali ini mendapat perhatian dari Nurul Izzah, anak bekas Timbalan Presiden UMNO yang dipecat atas dakwaan skandal salah laku moral luar tabi’i dan penyalahgunaan kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri. Nurul Izzah baru-baru ini mengulas mengenai PAU 2013 yang berlangsung di PWTC…

Tertanya-tanya juga di hati saya, apakah Nurul Izzah terimbau kembali kenangan silam tentang “borak” dan “borang” yang “papa” sebarkan pada siri-siri perhimpunan agung UMNO sebelum ini? Rindu pada semangat UMNO? Atau dia sebenarnya cemburu dengan pencapaian UMNO sebagai sebuah parti tunjang yang diyakini rakyat?

Kata Nurul Izzah, UMNO merupakan parti yang akan menggelapkan masa depan bangsa Melayu. Dia menggariskan tiga perkara bagi menguatkan hujahnya itu.

Pertama, dia mempersoal tentang kononnya PAU kali ini tidak membincangkan sedikit pun tentang ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi. Kononnya, pihak lain yang berhutang, rakyat yang perlu bayar. Dia juga mengungkit soal rasuah yang kononnya masih kuat berakar umbi di dalam UMNO.

Kedua, anak papa itu mempersoal tentang laungan 1Melayu yang kononnya hanya gah pada laungan saja namun UMNO membiarkan maruah dan kedaulatan negara tergadai. Dia menyebut tentang isu pencerobohan pengganas Sulu dan isu kononnya ekonomi Bumiputera tidak terbela, seolah-olah isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak penting pada PAU kali ini.

Ketiga, dia bertanya tentang isu kononnya kualiti sistem pendidikan negara merosot teruk berdasarkan kajian PISA berbanding negara lain seperti Singapura, Korea dan Vietnam. Dia bertanya, apakah soal pendidikan dan pendapatan tinggi tidak mendapat tempat di dalam perbahasan perwakilan UMNO?

Berdasarkan persoalan-persoalan itu maka mewajarkan Nurul Izzah menjustifikasikan UMNO akan menggelapkan masa depan bangsa Melayu? Hampir nak termuntah saya membaca kenyataan anak sulung Anwar Ibrahim itu…

Pertamanya, saya mahu Nurul Izzah kembali ke zaman bapanya sebagai Timbalan Presiden, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dulu. Dia lupa siapa yang mufliskan ribuan usahawan Melayu dan Bumiputera? Rasanya, kalau saya kumpulkan caci maki usahawan Melayu yang muflis disebabkan “jasa baik” papanya, mungkin papanya akan “muntah hijau”…
anwar 3m
Nurul Izzah lupa siapa “bapa korupsi” di dalam UMNO dulu? Sebagai “anak papa”, terdapat “conflict of interest” dan Nurul Izzah mungkin sengaja “butakan” hati dalam soal ini. Tapi kalau tanya orang lama UMNO, rasanya semua akan tuding jari pada papanya bila ditanya soal “siapa raja korupsi” di dalam UMNO…

Orang lain berhutang, rakyat yang perlu bayar? Nurul Izzah cakap tentang PTPTN? Mahasiswa yang berhutang, tapi rakyat yang perlu bayar, begitu? Nurul Izzah tahu wang pinjaman itu duit rakyat, bukan? Jadi PTPTN perlu dimansuhkan dan wang rakyat lebur begitu saja? Atau ayat Nurul Izzah itu merujuk pada Anwar suruh berhutang pada IMF, dan rakyat perlu bayar hutang tersebut?

Kedua, suka saya ingatkan Nurul Izzah bahawa yang selalu menggugat keselamatan dan kedaulatan negara di dalam keadaan bahaya adalah dirinya, papanya serta konco-konco papanya sendiri. Apakah Nurul Izzah lupa tentang keceluparan mulutnya bercerita tentang perihal pertahanan Malaysia di luar negara suatu ketika dulu?
Seperkara lagi, siapa Nur Misuari dan cuba ceritakan betapa rapatnya hubungan papanya dengan proksi pengganas Filipina itu? Nama siapa yang disabitkan punya hubungan dengan “Kiram”? Siapa yang dihantar ke Filipina sejurus sebelum pencerobohan berlaku di Sabah?

Siapa pula yang sering memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara kalau bukan papa Nurul Izzah, Nurul Izzah sendiri dan konco-konconya? Dan Nurul Izzah masih buat muka tebal nak bercakap soal keselamatan dan kedaulatan negara? Nak kasi semua orang “muntah”, kah?

Nurul Izzah tak ingat bagaimana papanya beriya-iya mahu gadaikan negara pada IMF? Siapa “boss” IMF ketika itu? Paul Woltfowitz, kan? Berapa percent papa Nurul Izzah terima untuk harga “jualan” sebuah negara bernama Malaysia? Nama Woltfowitz itu begitu sinonim dengan pendokong Yahudi dan skandal. Nuruk Izzah pernah dengar nama “Mirza”? Rapat benar papa Nurul Izzah dengan Woltfowitz..kan?
6579834005_589d1d5942
Semua sedia maklum betapa seriusnya UMNO dan BN mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Kalau dibuka soal insiden pencerobohan puak Sulu di Lahada Datu, saya yakin hampir semua rakyat Lahad Datu akan memuji keseriusan pihak Kerajaan. Kalau ada yang nak mengkritik sekali pun, mungkin hanya sedikit. Itupun dipercayai mereka termakan hasutan jahat Pakatan Haram yang suka burukkan kerajaan…

Ketiganya, suka saya maklumkan pada Nurul Izzah bahawa dia sebenarnya tidak meneliti cara PISA mengatur kajian yang dijalankan. Dalam ertikata lain, Nurul Izzah tidak “go deep” dalam menjustifikasi soal kajian yang kononnya kualiti sistem pendidikan negara merosot teruk. Cuba periksa dulu fakta kajian PISA itu sebelum “menembak”, takut “tertembak diri sendiri” pula…

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, keputusan itu berdasarkan sampel kajian bagi seramai 5,197 orang pelajar di Malaysia. Merujuk pada statistik PISA, hanya 5% pelajar saja dipilih dari bandar besar dan 22% pelajar di sekolah bandar, manakala bakinya dari pelajar di luar bandar. Itu fakta kajian PISA tentang kajian pelajar di Malaysia.

Tapi kalau kita lihat pula kajian yang dijalankan di Korea misalnya, sebanyak 43% sampel diperoleh dari pelajar di sekolah bandar besar dan 43% juga diperoleh dari pelajar di bandar. Maksudnya, seramai 86% sampel pelajar di Korea diperoleh dari bandar besar dan bandar yang sudah tentu lebih “advance” berbanding pelajar luar bandar di negara itu, bukan?

Jadi, jika dibandingkan purata pencapaian pelajar Malaysia yang lebih rendah dari pelajar di Korea, dan dijustifikasikan melalui kedudukan “ranking”, sudah tentulah ia tidak adil bagi para pelajar dan sistem pendidikan negara kita, bukan? Ia tidak wajar dibandingkan berdasarkan “apple to apple”. Nurul Izzah faham?

Jadi, sebelum “tembak”, tolonglah “study” dulu. Sudah jadi begini, bukankah anak papa “sudah tertembak diri sendiri”?

Pada saya, Nurul Izzah perlu berniat ikhlas jika dia benar-benar mahu mengkritik keluarga UMNO. UMNO tidak lagi seperti di zaman papanya menjadi Timbalan Presiden. Kalau UMNO di zaman papanya, Tun Dr Mahathir yang brilliant itu pun kena tipu papanya, bukan? UMNO kini dalam arus transformasi…

Nurul Izzah perlu tahu, budaya buruk atau “tahi” yang ditinggalkan papanya dulu memang sukar untuk dikikis dari UMNO. Tapi kini, UMNO sudah tekad berubah dan “tahi” yang ditinggalkan papanya dulu pun sudah makin terhakis, malah hampir pupus spesis sepertinya. Kini tiada “pink form” atau “beg besar tauke”. Kalau ada pun hanya sekadar sampul kecil nipis untuk duit minyak kereta saja, bukan untuk beli undi pun…

Usahlah Nurul Izzah gusar tentang UMNO. UMNO sudah cukup berpengalaman memaju mengimarahkan Islam secara konsisten di Malaysia berbanding papanya yang cuba mengimarahkan LGBT dan pengaruh Yahudi laknatullah di sini. UMNO juga cukup diyakini mampu membela bangsa Melayu berbanding papanya yang lebih dikenali sebagai “sikitul alaf baru”. Dan UMNO memang terkenal mendaulatkan negara dibawah panji naungan DYMM Yang DiPertuan Agong…
re_08.1
Patutnya Nurul Izzah jagalah “tepi kain sendiri”. Bukan apa, sudah banyak sangat pekung di seluruh tubuh papa, keluarga, PKR dan konco-konco papanya yang sudah terdedah. Bukan orang UMNO yang dedah, tapi kenalan rapat papanya sendiri. Takkan Izzah tak kenal “uncle” Nalla, “uncle” Eskay, “uncle” Zul Noordin, dan ramai “uncle/untie” lain yang sudah serik dengan sikap papa Izzah? Wallahu’alam…