Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 14 September 2013

Pemilihan Umno: Sabtu bermula segalanya


umno-logoxSabtu, 14 Sept akan bermula persaingan untuk mengisi jawatan dalam Umno apabila borang pendaftaran calon diedarkan.

Bagi calon yang berminat untuk bertanding di peringkat jawatankuasa bahagian dan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian, borang pendaftaran boleh diambil di pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri bermula esok dari 8 pagi hingga 5 petang.
Calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) dan jawatan di peringkat Exco Pergerakan Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia, perlu mendapatkan borang pendaftaran calon di Ibu Pejabat Umno Malaysia, bermula tarikh dan masa yang sama.
Bernama melaporkan kesemua calon mempunyai masa seminggu untuk memikirkan jawatan yang sesuai dan mahu ditandingi sebelum menyerahkan kembali borang pendaftaran masing-masing pada 21 Sept sebelum 5 petang.
Menurut Aturan Kaedah Pemilihan dan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan Umno, calon perlu memastikan borang yang dihantar lengkap dengan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian.
Borang pendaftaran calon yang dikembalikan akan dinilai jawatankuasa penilaian yang akan membuat saringan ketat termasuk memastikan calon bebas daripada kebankrapan, sebelum layak untuk persaingan muktamad pada Oktober.
Berdasar kepada sistem pemilihan baharu Umno, yang pertama kali dilaksanakan tahun ini, peluang terbuka luas kepada mana-mana jua anggota Umno untuk bertanding asalkan memenuhi kelayakan minimum, iaitu sekurang-kurangnya menjadi anggota parti selama sepenggal atau tiga tahun layak untuk bertanding di peringkat bahagian.
Bagi jawatan peringkat pusat sama ada Anggota Majlis Tertinggi (MT), Naib Presiden, Timbalan Presiden waima Presiden sekalipun, kelayakan minimum adalah menjadi anggota jawatankuasa (AJK) bahagian selama sepenggal.
Sebelum pindaan perlembagaan parti pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno.
Apa yang pasti, bermula Sabtu, 'mata-mata' peminat politik tanah air akan tertumpu kepada langkah setiap anggota Umno, baik yang memanjat tangga pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri mahupun Menara Datuk Onn, untuk menilai sama ada 'baju yang ditempah' menepati ukuran badan sendiri atau sebaliknya.
Ini kerana pemilihan Umno kali ini disifatkan sangat penting dan mempunyai signifikan yang cukup besar dengan kelangsungan parti Melayu itu dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah negara.
Mengulas aspek itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Abdul Halim Sidek menegaskan atas faktor kelangsungan parti, calon yang mahu menawarkan diri bertanding perlu 'tahu diri' manakala para perwakilan pula perlu bijak menilai.
Beliau berkata calon yang menawarkan diri bertanding harus ada ciri-ciri penting sebagai pemimpin termasuk amanah, berintegriti dan sentiasa mendahulukan masyarakat.
"Calon yang sudah lapuk atau pernah terpalit dengan masalah tak payah lah calonkan diri kerana hanya akan menyulitkan perwakilan untuk membuat pilihan.
"Pada masa sama, perwakilan perlu bijak menilai...saya yakin jika perwakilan mengundi calon yang mempunyai ciri-ciri itu, mereka akan mendapat calon terbaik untuk seterusnya menerajui parti keramat itu," katanya.
Harapan lebih tinggi adalah untuk menyaksikan calon bertanding secara adil tanpa adanya elemen politik wang dan menggunakan kedudukan untuk meraih undi, yang disifatkan penganalisis Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu sebagai 'taktik lapuk'.
Katanya signal jelas yang perlu dihantar kepada umum pada pemilihan Umno kali ini ialah Umno tidak akan lagi membuka ruang kepada pemimpin tidak berintegriti.
Mesej yang juga perlu dihantar ialah perlu ada 'expiry date' bagi pemimpin sebab kalau yang 'sudah lapuk' itu terus dipilih, bilakah pemimpin-pemimpin baharu berpeluang untuk memberi sumbangan mereka kepada parti?," katanya.
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula mengulangi nasihatnya bahawa pemilihan parti bukanlah satu acara pesta untuk berseronok, sebaliknya satu tanggungjawab kepada parti.
"Saya minta mereka yang akan mengambil borang esok yang akan menawarkan diri untuk bertanding untuk tanya diri sendiri, apa kita akan transform supaya Umno ini terus relevan. Kita kena berfikir di luar kotak, kita tak boleh fikir dalam kepompong kita. Jadi pada mereka yang nak ambil borang jangan seronok setakat nak bertanding sahaja," katanya.
Syed Ali yang mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat, turut menggalakkan agar ruang kepada pemimpin muda dibuka seluas-luasnya, sesuai dengan aspirasi Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meremajakan Umno.

Friday, 13 September 2013

Mahkamah perintah blogger Papagomo bayar ganti rugi RM500,000


Mahkamah Tinggi perintah blogger 'Papagomo' bayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung saman fitnah. 

Reformasi Bukan Milik Anwar

alt

KUALA LUMPUR -  Reformasi bukan hanya terikat dengan kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata sebaliknya dicipta masyarakat yang merayakan kebebasan berhimpun demi menegakkan kebenaran.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar berkata, tiada sesiapa yang  memiliki reformasi dan sesiapa pun tidak boleh mendakwa mereka itu penjaga kemurniaan reformasi.

"Seseorang yang merampas reformasi itu merampas milik orang lain. Reformasi juga bukan milik Anwar Ibrahim atau milik sesiapa, tidak ada sesiapa boleh mendakwa diri mereka itu penjaga kemurniaan reformasi.

"Saya ingin melihat reformasi itu dari dua perspektif iaitu dari segi perspektif sempit yang berlaku di Malaysia pada tahun 1998 bulan September, itu cetusan peristiwa reformasi. Kita semua berhimpun di Dataran Merdeka dan Masjid Negara kemudian berminggu-minggu berikutnya serta siri demonstrasi dan banyak lagi sehingga hari ini," katanya pada Forum : Siapa Rampas Reformasi? di Dewan Perhimpunan Cina di sini malam tadi.
 
alt

Dalam pada itu, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar berkata, reformasi itu berdasarkan kepada kebebasan untuk melakukan apa saja yang diingini oleh kehendak diri.

Katanya, reformasi harus bersandarkan kepada desakan kebebasan bersuara untuk berfikir, kebebasan beraktiviti dan kebebasan bersuara untuk mengkritik pemerintah.

"Dalam konteks ini, orang akan tanya ada apa pada reformasi.

"Itu adalah semangat orang pada zaman itu pada tempoh pertengahan abad ke-20 yang mempengaruhi seluruh dunia seksi menjadi kiri pada waktu itu, lambang seksi pada hari ini mendesak dan bercakap tentang perkara itu." katanya.

Penulis Lirik dan Budayawan Hasmi Hashim pula menyifatkan detik 20 September itu adalah reformasi,  Kuala Lumpur dibanjiri lautan manusia berhimpun di Dataran Merdeka.

"Bagi saya reformasi adalah 20 September, 2 September itu adalah keluarnya surat daripada pejabat Perdana Menteri untuk menyingkirkan timbalanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kuala Lumpur tetap tidur lena.

"Tetapi 20 September, Kuala Lumpur bergolak 50 ribu orang atau barang kali 100 ribu orang. Tidak pernah dalam sejarah Kuala Lumpur dan sejarah Malaysia orang begitu ramai turun berduyun-duyun ke Kuala Lumpur," katanya.

Thursday, 12 September 2013

Ding dong Nik Aziz nak Husam jadi Timbalan Presiden...

husam7xx513
Selepas seminggu cadangannya supaya ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS cetuskan macam-macam spekulasi, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba-tiba menyalahkan akhbar kononnya tidak menulis dengan betul apa dimaksudkannya itu.
“Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.
“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun professional,” kata bekas Mursyidul Am PAS itu dalam reaksi terbarunya berhubung kenyataannya minggu lalu.
Ekoran pandangannya itu, ramai pemimpin dan ahli-ahli PAS berpendapat Nik Aziz seolah-olah memberi ‘signal’ supaya perwakilan dalam muktamar parti yang berlangsung 22 hingga 24 November memilih ulama mengisi jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Mohamad Sabu.
Malah, Pemuda PAS turut menyokong kenyataan Nik Aziz dan ambil kira mesej bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS Besut sudah mencalon Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bertanding kerusi Timbalan Presiden.
Barangkali menyedari gerakan mahukan ulama mengisi jawatan nombor dua parti itu semakin kuat atau mungkin dinasihati oleh pihak lain, Nik Aziz tiba-tiba menyalahkan akhbar kononnya beliau cakap lain tetapi yang ditulis lain.
Memang tidak pelik Nik Aziz yang selalu ‘flip flop’ dengan kenyataannya sendiri sebelum ini sudah koner baring menerusi reaksi terbaru pada Rabu dengan alasan ‘profesional pun ulama dan ulama juga profesional’.
Namun, sudah terlambat untuk Nik Aziz membetulkan kesilapannya itu kerana dikalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS sudah ada yang melihat beliau ‘kurang bisa’ lagi setelah melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun menang pada PRU 13 lalu.
Mungkin kerana itu juga PAS Segamat mencalonkan Datuk Husam Musa bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan nanti.
Umum juga tahu Husam ibarat anak emas Nik Aziz tetapi bekas Exco Kelantan yang dipalitkan dengan macam-macam janji serta projek yang gagal ditunaikan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dilihat semakin hilang pengaruh dalam parti.
Maka tidak hairan tindakan Nik Aziz itu adalah untuk membuka peluang Husam bertanding kerana Husam lebih dilihat sebagai golongan professional bukannya ulama.
Nik Aziz mungkin tidak menyenangi lagi Muhamad atau Mat Sabu yang bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Pendang pada PRU 13 namun turut dikaitkan dengan amalan Syiah.
Setidak-tidaknya sudah pasti Husam akan berentap dengan Mat Sabu dan khabarnya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mungkin dicalonkan bagi kerusi nombor dua itu.
Seperkara lagi yang berlegar-legar dikalangan pemimpin serta ahli-ahli PAS selepas pemilihan lalu adalah teori Mat Sabu hanya memegang jawatan Timbalan Presiden sepenggal sahaja dan pemilihan kali ini tempat itu bakal diganti dengan Husam.
Ikutkan skrip tertentu, ini membolehkan Husam mencabar Datuk Seri Hadi Awang pada pemilihan tiga tahun lagi sekiranya ahli Parlimen Marang itu enggan melepaskan jawatan Presiden.
Ada pihak melihat inilah perancangan puak-puak Anwarinas yang mahu memastikan PAS dikuasai golongan profesional yang tegar menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa depan.
Justeru itu, pemimpin dan ahli-ahli PAS harus sedar dan faham kenapa Nik Aziz tiba-tiba salahkan akhbar kerana kenyataannya terdahulu yang menyokong ulama bagi jawatan timbalan presiden tanpa disedari‘membunuh’ peluang Husam.
Kini, Husam boleh senyum lebar kerana bukan sahaja mendapat pencalonan tetapi Nik Aziz masih tetap mempertahankannya.