Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 8 August 2013

Dr Mahathir Terhibur Dengan Sindiran Kuan Yew, Akan Balas Kenyataan Pak Lah Dalam Masa Terdekat

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) hadir rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya pada Khamis. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau akan mengulas mengenai komen teguran menyinggung yang dibuat oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'Awakening: Tun Abdullah Badawi Years in Malaysia, terhadap menyinggung teguran oleh pengganti dia Tun Abdullah Badawi dalam buku itu, Awakening dalam masa terdekat.
"Saya akan kaji buku itu. Saya akan membuat sedikit rujukan dalam tempoh tersebut," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di sini pada Khamis.
Dalam buku tersebut, Abdullah berkata hubungannya dan Dr Mahathir renggang sejak beliau mengambialih pemerintahan negara kerana kerana "ketidakupayaaan beliau menerima kritikan dan pandangan orang lain melainkan dirinya sendiri."
Kenyataan tersebut dapat dibaca dalam bab pertama, 'A Conversation With Tun Abdullah Ahmad Badawi' yang dijalankan oleh Prof Bridget Welsh dan Prof James U.H. Chin.
Buku tersebut turut memuatkan karya tulisan daripada tokoh politik seperti Mohamed Khir Toyo, Liew Chin Tong dan Edmund Terence Gomez.
Abdullah bukan satu-satunya figura politik yang menyatakan sindiran pedas terhadap Dr Mahathir minggu ini.
Dalam buku terbarunya, 'One Man's Views of the World, bekas Perdana Menterinya Singapura, Lee Kuan Yew mempersoalkan bagaimana Malaysia hendak mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju.
Dr Mahathir, 88, dikeremuni para pemberita pada Khamis di majlis rumah terbuka Perdana Menteri untuk mendapat komen beliau mengenai kritikan yang dilemparkan oleh dua bekas rakan baiknya.
Bagaimanapun Dr Mahathir yang bersikap peramah itu tenang sahaja dengan kritikan yang dilemparkan oleh Lee terhadapnya.
"Dia sudah berusia 90 tahun. Kita beri dia elaun macam orang memberikannya kepada saya juga
"Beliai berhak untuk memberikan pendapat kerana ada kebebasan bersuara, terutamanya di Singapura," katanya.
Selain daripada itu, Lee berkata Malaysia sebelum ini merupakan sebuah negara yang 'tenang' namun kini ia telah menjadi 'lebih ortodoks sejak berada di bawah pengaruh negara Timur Tengah'.
"Mereka pernah menyediakan minuman keras pada majlis makan malam dan minum bersama anda," katanya

Sumber : Facebook page Tun Mahathir Mohamad

Wednesday, 7 August 2013

GTP mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H


Assalamualaikum wth dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca GTP.

Dikesempatan lebaran yang bakal tiba 1 hari sahaja lagi, kami mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H dan Maaf Zahir dan Batin di atas segala khilaf yang dilakukan sama ada tersurat dan tersirat.

Warga GTP turut bermohon kepada semua yang di dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing agar memandu dengan berhemah dan ingatlah kepada orang tersayang.

Hadiahkan senyuman raya kepada semua ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan di mana sahaja berada.

Selamat hari raya.. maaf zahir dan batin

Krew Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia) 

Monday, 5 August 2013

Emy umum tanding Ketua Puteri

  • Mas Ermieyati SamsudinMas Ermieyati Samsudin
 1 / 1 
MELAKA - Status sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah tidak dijadikan tiket kepada Mas Ermieyati Samsudin untuk menang sebagai Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Mas Ermieyati atau lebih dikenali sebagai Emy, 37, yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri sebaliknya berkata, pengalamannya selama 11 tahun di dalam parti sayap dijadikan kayu pengukur untuk bertanding merebut jawatan yang disandang Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

"Saya pernah berada di bawah tiga kepimpinan berbeza, Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Rosnah. Berdasarkan pengalaman serta ilmu yang sedikit ini, saya rasa patut dipertimbangkan ahli untuk menyokong saya bagi memenangi jawatan yang kini telah kosong.

“Bagaimanapun, saya tidak menganggap jawatan ahli parlimen sebagai kelebihan untuk menang, malah saya perlu bekerja keras dan berusaha lebih bagi mendapatkan sokongan,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, semalam.

Emy yang kini menyandang jawatan Ketua Puteri Umno Melaka berkata, keputusannya untuk bertanding dibuat selepas bertemu dengan pimpinan tertinggi setiap peringkat bagi mendapatkan pandangan.

“Saya sudah bertemu pengerusi Umno negeri, ketua menteri, ketua bahagian, malah Datuk Rosnah sendiri. Selepas mereka berikan respons positif, barulah saya memutuskan untuk bertanding," katanya.

Beliau yang dijangka bersaing dengan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman turut memilih bertanding secara sihat.

“Saya melihat pencabar saya sama. Dia mempunyai kelebihannya sendiri, begitu juga saya. Malah, dalam pertemuannya dengan beliau baru-baru ini, kami turut bersetuju untuk bersaing secara sihat,” katanya. - SH

Sunday, 4 August 2013

Hentikan usaha laga-lagak​an Presiden dan timbalan Presien UMNO - Shahidan

najib-muh513xxc
Sudah menjadi kisah biasa setiap kali menjelang pemilihan UMNO akan muncul Dong King @ broker-broker politik akan berkeliaran untuk 'menjual pertandingan' ikut selera dan agenda masing-masing.
Kalau rajin pasang telinga Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak terlepas dari radar mereka.
Antara isu yang dimainkan ialah kurangnya kerusi Parlimen Barisan Nasional pada PRU13 berbanding PRU12 yakni dari 140 kepada 133.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menyembunyikan rasa kurang senangnya dengan tindak tanduk mereka yang cuba mencetuskan pertembungan antara pimpinan nombor satu dan dua parti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini tegas berpendirian bahawa UMNO sebagai sebuah parti tampil mantap dalam pilihanbraya umum itu bila berjaya meningkat kerusi Parlimen dari 79 kepada 88.
Menurutnya perlu diingat bahawa kedua-dua pemimpin utama itu khususnya Perdana Menteri sudah membawa perubahan besar termasuk transformasi dalam negara serta politik.
“Jika tidak mana mungkin UMNO mampu bertahan dalam PRU 13 malah menambah bilangan kepada 88 kerusi. Bagi saya, mana-mana pihak yang cuba melaga-lagakan mereka adalah perbuatan tidak berfaedah dan tidak memberi keuntungan kepada negara,” katanya kepada Agendadaily mengulas usaha pihak tertentu cuba melaga-lagakan Presiden dan timbalan parti menjelang pemilihan UMNO.
Beliau juga tidak nampak sebarang alasan kukuh untuk lawan jawatan Presiden dan timbalan.
“Kalau ada yang nak lawan Presiden dan timbalan kerana mereka boleh buat lebih baik apa salahnya tetapi jika hanya untuk melaga-lagakan, hentikan perbuatan tak berfaedah itu,” katanya.
Tegas beliau, “ Kalau nak satu padukan UMNO kita harus sokong mereka. Apakah dengan melaga-lagakan mereka, UMNO semakin kuat?,”.
Bagi Shahidan, beliau  sendiri boleh melaga-lagakan pemimpin jika itu menguntungkan parti.
“Saya sendiri menentang sesiapa yang cuba melawan tetapi dalam masa sama, saya juga berhati-hati sama ada tindakan itu boleh mengurangkan pengaruh UMNO atau sebaliknya,” ujarnya.
Bagaimanapun, Shahidan mengalu-alukan perebutan jawatan Naib Presiden kerana sejarah membuktikan tidak ada Naib Presiden menang percuma atau tidak dicabar.
“Bertandinglah seberapa ramai asalkan tidak meruntuhkan parti,”katanya yang mengumumkan akan mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi kerana mahu membantu Presiden dan timbalan memantapkan parti.
Dalam pada itu, beliau yang diumum Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baru dua minggu lalu mahu menggunakan pengalaman yang ada bagi menyatupadukan UMNO di negeri tersebut.
Katanya, UMNO Perlis berpecah sejak 2008 kerana campur tangan pihak luar dalam pelantikan jawatan Menteri Besar (MB) terdahulu.
“MB boleh dipilih daripada sesiapa sahaja di kalangan anggota pentadbiran parti. Bila ada campur tangan luar, UMNO berpecah dan sukar bersatu hingga sekarang,” ujarnya.
Menurut beliau, walaupun Barisan Nasional (BN) memang PRU 13, usaha perlu ditingkatkan terutama diperingkat bahagian selain membantu tempat yang tidak berjaya.
Beliau juga berkata, UMNO Perlis akan mengatur perancangan menawan Kerusi DUN Indera Kayangan dan Sanglang yang dimenangi pembangkang pada PRU lalu.