Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 6 March 2013

Malaysia pohon ekstradisi Sultan Sulu ada bukti


Post Pic


KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan permohonan bagi 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram III dari Filipina diekstradisi ke negara ini jika terbukti ada kes terhadapnya, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.
 
Beliau berkata, pejabatnya telah meneliti perkara itu (ekstradisi) sejak minggu lepas.
 
"Perkara paling penting ialah siasatan terhadap perkara itu oleh polis perlu diselesaikan terlebih dahulu, kes perlu dibuktikan terhadap seseorang sebelum membuat permohonan bagi ekstradisi," katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.
 
Pegawai tertinggi pejabat pendakwa raya itu menjelaskan perlu dibuktikan ada kes terhadap seseorang itu sebelum Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan seperti memohon ekstradisi atau mendakwa seseorang itu di mahkamah.
 
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada polis menjalankan tugas mereka menyiasat kes itu.
 
"Jika terbukti ada kes, kami (Pejabat Peguam Negara) pasti akan melakukannya (memohon ekstradisi)," tegas Abdul Gani.
 
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media mengenai ekstradisi Jamalul Kiram yang didakwa mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah, yang mengakibatkan lapan anggota polis terbunuh.

Lahad Datu : Anwar Saman TV3 Dan Utusan Malaysia RM 200 juta



alt
KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertindak menyaman RM 200 juta kepada media TV3 dan Utusan Malaysia berikutan dakwaan terhadap beliau yang dikatakan sebagai dalang dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

Anwar yang diwakili firma guaman Daim & Gamany memberi tempoh selama 24 jam bermula hari ini bagi kedua-dua media itu untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan  "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.

TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.

Reuters, pada tarikh 14 Februari melaporkan seorang anggota tentera Filipina memberitahu kedatangan kumpulan lelaki pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah adalah atas jemputan ahli politik pembangkang Malaysia bagi membincangkan isu tanah (Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues).

Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari pula, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto.

Baru ada 'akai'... barang makanan naik 100 peratus di Pulau Tawi -Tawi

Sebelum ini tersiar penduduk Sulu di Pulau Tawi-Tawi sedang menuju ke Sabah angkara marah dengan pembunuhan kepada pemberontakan.. hari ini sebaliknya, berita yang disiarkan.. penduduk Pulau Tawi-Tawi benngang gila dengan pemberontakan yang berada di bumi Sabah..

Sedikit masa lagi, dilanda kebuluranlah mereka disebabkan harga barang yang naik mendadak.. Khabar angin saja.. kata mereka marah dengan tindakan Kerajaan Malaysia..

Berundurlah pemberontakan Sulu.. bantu saudara mara kamu yang tidak terlibat di dalam peristiwa ini.. Mereka juga saudara mara kamu..

tawi-tawi
Kalau selama ini sedap dok jual beli barangan subsidi di Malaysia, sekarang penduduk di Pulau Tawi-Tawi baru terasa kesannya.Harga makanan dan komoditi asas di Pulau Tawi -Tawi di Selatan Filipina tersebut telah meningkat kepada hampir seratus peratus, akibat pencerobohan pengganas dari kumpulan pengikut Jamilul Kiram sejak tiga minggu lalu.
Kecewa dengan perkara tersebut, rata-rata penduduk pulau yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahad Datu Sabah itu 'angin satu badan' dengan tindakan puak pengganas itu.
Media Filipina Abs-Cbnnews melaporkan, sejak berpuluh tahun dulu penduduk Tawi-Tawi akan mendapatkan keperluan harian dari Sabah yang secara geografinya merupakan bandar yang paling hampir dengan mereka.
Bagaimanapun perairan kedua-dua negara-negara itu telah diperketatkan untuk beberapa minggu ini selepas pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu sekaligus menghalang peniaga dari mendapatkan bekalan.
Berikutan itu harga barang-barang keperluaan harian melambung tinggi.
Sebagai contoh, harga petrol di Tawi-Tawi dan beberapa pulau berdekatan kini berlegar sekitar 60 sehingga 80 peso seliter. Sebelum ini, petrol di pusat tersebut berharga hanya 45 peso seliter (RM1 bersamaan 13 Peso).
Bekalan beras, yang juga diimport dari Malaysia, juga naik sehingga 900 peso seguni hari ini dari 600 peso sebelumnya.
Gula juga kini berharga 50 peso sekilo berbanding 40 peso sebelumnya.
Harga komoditi lain juga meningkat, termasuk mi segera, kopi, dan minyak masak - semua datang dari Malaysia.
"Kehidupan kami berubah," kata seorang pemastautin.
"Mereka (penceroboh) menyusahkan kami," kata seorang lagi.
Disebabkan permintaan yang berterusan, pemilik kedai berkata, mereka telah mengeluarkan stok terakhir mereka dan mungkin tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menjual dalam minggu-minggu akan datang jika keadaan berterusan.
Alvin Kwan, jurucakap bagi Dewan Perniagaan Cina di Tawi-Tawi, berkata wilayah itu kini merasai kesan yang buruk dari pencerobohan itu.
"Kami hanya berhadap keadaan kembali normal secepat mungkin," katanya.
Perniagaan pertukaran wang asing juga telah terjejas. Di Tawi-Tawi, kedai-kedai pertukaran wang asing mungkin akan gulung tikar.
Ringgit Malaysia dianggap sebagai mata wang utama dalam perdagangan di sana.
Ringgit Malaysia kini diniagakan pada kadar pertukaran 8 Peso untuk RM1 berbading 13 peso sebelumnya.
Kwan juga berkata, kejadian tersebut menjejaskan pendapatan penduduk Tawi-Tawi yang berladang di kelapa sawit di Lahad Datu.
"Bukan sahaja pekerja, sebaliknya ahli-ahli keluarga mereka yang selama ini bergantung hidup dengan pendapatan itu kini terjejas,"ujarnya.
Manakala satu lagi media Filipina GMANews, yang menghantar wartawan membuat tinjauan di Pulau Sibutu berkata rata-rata penceroboh yang mengelar diri mereka tentera diraja Kesultanan Sulu telah dipujuk dengan wang USD600, pangkat dan tanah sebelum ke Lahad Datu.
"Ada diantara mereka yang memberitahu ke Lahad Datu untuk menghadiri perarakan dan dijanjikan bahawa tidak akan terlibat dengan pertempuran,"katanya yang membuat siasatan di pulau tersebut.

Friday, 1 March 2013

Dah Sekali Menipu…Mentadbir Pun Menipu… Nak Alih Isu Pun Menipu…



KUALA LUMPUR, 1 Mac – Pelbagai taktik dan manipulasi yang dilakukan oleh pakatan pembangkang termasuklah memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebagai cara untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membubarkan Parlimen bagi diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 , kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman.
Terbaru, provokasi pakatan pembangkang tersebar bahawa tarikh PRU pada Jumaat lalu ditangguhkan berikutan berkait dengan kepulangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Jika mengikut jadual asal, Parlimen akan dibubarkan pada 22.2.2013 seperti yang dimaklumkan kepada beberapa pihak berkaitan tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
“Siapa yang akan percaya pada Balasubramaniam lagi setelah apa yang dilakukannya malah buat akuan bersumpah pun masih boleh menipu inikan pula cakap-cakap yang banyak dipengaruhi oleh agenda politik pihak tertentu,” katanya kepada UMNO-Online.
Tegasnya, apa sahaja tindakan dan provokasi pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini adalah menjurus kepada hasrat untuk mengubah persepsi rakyat terhadap BN.
“BN telah melaksanakan banyak tanggungjawab dan menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat malah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sangat memberi kesan kepada masyarakat.
“Pembangkang terpaksa menggunakan pelbagai taktik setelah terbukti mereka gagal memperbaiki nasib rakyat di negeri-negeri tadbiran mereka dan cara yang ada sekarang hanyalah fitnah dan tipu helah yang dalam ayat politik ia disebut sebagai manipulasi agar rakyat keliru dan tidak bertumpu kepada agenda utama BN.”
Tambahnya, pakatan pembangkang mahu mengalihkan isu rakyat kepada perkara negatif dan Balasubramaniam adalah antara tumpuan mereka sekarang ini.
Balasubramaniam menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Shah Alam, Selangor dan pernah membuat akuan bersumpah sebanyak dua kali yang mana kedua-dua akuan sumpah tersebut adalah bertentangan dan terbaru telah bersumpah bahawa akuan sumpah yang kedua tidak benar.
“Apabila seseorang itu sudah acapkali melakukan penipuan sehinga bersumpah pun sanggup menipu jadi apa lagi yang boleh dipercaya.
“Kali pertama bersumpah dia telah menipu dan kemudiannya bersumpah untuk kali kedua mengatakan sumpah sebelumnya adalah satu penipuan dan sekarang bersumpah lagi mengatakan sumpah kali kedua adalah pembohongan jadi yang mana satu rakyat mahu percaya… dah banyak kali menipu maka akan terus menipulah.”
Ujarnya, Balasubramaniam telah diperalatkan oleh pakatan pembangkang sebagai bahan manipulasi dan provokasi dalam hasrat meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap BN.
“Persoalannya kenapa dia balik sekarang… sebelum ini lari ke luar negara sebab takut kena tangkap dan sekarang apabila dekat dengan PRU dia balik sebab tahu kalau ditangkap akan dijadikan sebagai isu politik oleh pakatan pembangkang. Tentunya ada skrip yang telah dirancang untuk manipulasi negatif terhadap kerajaan melalui orang upahan.”
Bidasnya, rakyat tahu membuat penilaian dan tidak akan mudah terpengaruh dengan golongan yang gemar menipu. - MediaUMNO