Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 12 December 2012

Taktik Pembangkang Berpaksikan Fitnah Ditolak Rakyat




Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan bahawa rakyat mahukan pemimpin dan kerajaan yang telus dan jujur dengan melaksanakan tanggungjawab tanpa agenda jahat.
“Pakatan pembangkang ini tidak ada kerja lain yang dilaksanakan apatah lagi dalam usaha mereka untuk meruntuhkan BN dengan cara bercakap bohong dan membuat fitnah pada kerajaan pusat dan pemimpinnya,” katanya kepada UMNO-Online.
Dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berakhir 1 Disember lalu, para perwakilan dan anggota parti sepakat menyahut slogan ‘1Malaysia Tolak Fitnah’ bagi menghadapi kerenah pakatan pembangkang yang banyak melemparkan tuduhan-tuduhan palsu.
“Benarlah apa yang kita laksanakan kerana fitnah pembangkang bukan sedikit malah di Pulau Pinang sendiri pelbagai kata-kata bohong diberikan kepada rakyat dengan pemimpin pusat dituduh dengan perkara yang tidak benar.
“Namun sampai bila mereka boleh berbohong dan terus melemparkan fitnah kerana semuanya sudah nyata yang mana benar dan yang mana salah,” katanya.
Dalam hal ini beliau merujuk kepada pelbagai agenda yang telah dilaksanakan oleh pakatan pembangkang sebagaimana pembohongan 16 September bahawa kononnya ada ahli-ahli BN yang telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan akan beralih sokongan kepada pembangkang untuk membentuk kerajaan baru.
“Kita buat kerja, jalankan tanggungjawab tanpa peduli dengan apa yang mereka taburkan tapi dalam masa yang sama kita berdepan dengan rakyat, memberi penerangan, menjawab semua tuduhan-tuduhan palsu serta memberi penjelasan berkaitan kesungguhan kerajaan kepada kemajuan negara dan rakyat,” katanya.
Ujarnya, pakatan pembangkang tentunya sedar bahawa sokongan kepada mereka semakin pudar dan pasti akan ada tuduhan serta fitnah baru untuk dilemparkan sebagaimana isu kapal selam scorpene, peribadi pemimpin tertinggi dan juga badan beruniform dipolitikkan.
“Rakyat sudah mula sedar dan dapat membezakan antara kebenaran kerana ketika fitnah dan pembohongan berleluasa sebagaimana menjelangnya pilihan raya 2008 lalu tentunya rakyat keliru hingga beralih menyokong pembangkang.
“Tetapi hari ini situasinya berbeza dan sokongan rakyat kepada kepimpinan BN sudah semakin menyerlah.”
Dalam hal ini beliau menyorot bagaimana sambutan masyarakat Pulau Pinang yang sememangnya sudah muak dengan pembangkang menyambut kedatangan Perdana Menteri Sabtu lalu dalam majlis pelancarkan Karnival Jelajah Janji Ditepati bagi negeri terbabit.
“Dalam program tersebut lebih 40,000 masyarakat Pulau Pinang berkumpul dan mendengar ucapan PM yang mengingatkan mereka tentang pencapaian BN untuk rakyat dan negara serta apa yang akan dilaksanakan untuk masa depan rakyat.
“Ini bukan pembohongan, bukan fitnah dan penipuan tetapi realiti telah dibuktikan bahawa yang benar-benar bekerja untuk rakyat adalah BN sedangkan yang pandai bercakap dan membuat tuduhan adalah kerajaan pimpinan pembangkang.”
Namun demikian, beliau menyeru masyarakat khususnya jentera parti agar tidak bersikap lewa dan berasa selamat dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat kepada kepimpinan tertinggi dalam parti.
“Kita perlu terus bekerja dan berusaha dengan memastikan setiap fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepada BN/UMNO dan pemimpin-pemimpinnya dijawab selain ketulusan dan keikhlasan dalam bekerja.” – MediaUMNO

Puteri Yakin Kembalikan Parlimen PJ Selatan Kepada BN





“Walaupun kita tewas ke semua kerusi di Parlimen Petaling Jaya Selatan pada PRU 12, saya yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu bertapak kukuh di parlimen ini pada PRU akan datang. Rakyat sudah kembali memberikan sokongan padu kepada BN… Rakyat sukakan cara kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujar Jamilah Hanim Othman.
Beliau yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan menambah, Puteri akan terus berusaha keras mendekati masyarakat di Parlimen ini dalam membantu parti untuk bertapak semula di sini.
Menerusi program-program yang dijalankan oleh Puteri ujarnya, dapat dilihat dengan jelas sokongan masyarakat setempat amat baik dan ini memberikan petanda jelas bahawa UMNO dan BN kembali bertakhta di hati rakyat.
“Kita tewas di semua kerusi pada PRU lalu tidak bermakna kita akan terus tewas di PRU akan datang. Kita telah melakukan pelbagai usaha mendekati rakyat dan membetulkan segala kelemahan yang ada. Puteri selaku tulang belakang parti, akan terus berusaha mengukuhkan kedudukan UMNO di sini.
“Saya yakin, kita mampu membuat perubahan malah berdasarkan kajian yang dibuat, peratus sokongan rakyat kepada UMNO khususnya BN telah bertambah. Kini semua cawangan dan bahagian hanya perlu berusaha gigih dan bersatu untuk mendapatkan lebih ramai pengundi. Segala agenda peribadi harus diketepikan… Kita perlu fokus. Begitu juga Puteri… Kita fokus membantu parti,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tegas beliau yang juga merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO, sekarang adalah masa terbaik untuk mengembalikan semula hati dan kepercayaan rakyat memandangkan keadaan pembangkang yang terus bercelaru.
Malah rakyat juga tegas beliau semakin meluat dengan tindak tanduk pembangkang yang hanya pandai berjanji kosong saja.
“UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan khususnya mesti terus mendampingi rakyat yang jelas sudah hilang kepercayaan kepada pembangkang. Ini dapat di lihat apabila pakatan pembangkang turun padang memberi ceramah, tiada lagi sambutan hangat yang diterima.
“Anwar Ibrahim turun, Wan Azizah turun… Abby Abadi juga telah dua kali datang memberi ceramah tetapi tiada sambutan dari masyarakat sini. Inilah bukti bahawa rakyat dah tak percaya mereka.
“Kepercayaan yang rakyat berikan dahulu kepada pembangkan telah dipersiakan. Kita harus mengambil kesempatan ini untuk menyakinkan rakyat bahawa kita adalah yang terbaik untuk diberi kepercayaan membela nasib rakyat. Tiada yang lain boleh dipercayai selain UMNO dan BN. Ini telah jelas terbukti dengan pelbagai program dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan demi menaiktaraf hidup rakyat,” ujarnya lagi.
Oleh itu, beliau amat berharap agar masyarakat di Parlimen Petaling Jaya Selatan akan memberi mandat kepada BN pada PRU akan datang untuk merubah masa hadapan rakyat di kawasan  ini. - MediaUMNO

Pesan Cikgu Seman: Jangan Layakkan Diri Sendiri Jadi Pemimpin



“Dalam perjuangan, saya bukan mengejar menjadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting saya perjuangkan agama, bangsa dan negara. Mereka yang terpilih menjadi wakil rakyat pula saya lihat memikul amanah itu.
“Jadi saya tidak perlu berasa kecewa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulai di sini.
Seman menjadi terkenal selepas disebut berulang kali oleh Presiden Umno dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan agung parti itu sebagai orang yang setia kepada parti, walaupun tidak pernah menjadi wakil rakyat, namun tetap cinta dan komited kepada Umno.
Seman yang menganggotai Umno sejak 1962, dan dipanggil cikgu kerana berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran, tidak pernah terpilih bertanding mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam tempat beliau menabur bakti.
Perkara itu diakui sendiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada perasmian Kedai Rakyat 1Malaysia di Taman Serkam di sini baru-baru ini.
Seman melihat kepercayaan rakyat terhadap Umno selama ini ditunjangi kewibawaan pemimpin-pemimpin parti itu dalam memperjuang nasib rakyat, membangunkan negara dan menegakkan syiar Islam.
Beliau yakin kepemimpinan Umno yang kini diterajui Najib akan memilih calon yang benar-benar mencurah keringat demi kepentingan rakyat negara ini.
“Jadi apa salahnya rakyat memilih Umno dan BN mentadbir untuk 100 tahun lagi kalau pemimpin yang ada semakin baik dan mampu membawa Malaysia terus maju dan aman,” tegasnya.
Oleh itu Seman turut menasihatkan anggota Umno khususnya yang bercita-cita menjadi calon pada pilihan raya umum nanti supaya taat serta menghormati keputusan pemimpin selain ikhlas dalam perjuangan dan bukannya mengejar pangkat dan kebendaan semata-mata.
“Jangan kita melayakkan diri kita sendiri menjadi pemimpin, biar rakyat yang menentukannya,” pesan Seman, ikhlas.
Ketua cawangan Umno Kampung Pulai sejak 1978 itu berkata anggota Umno yang ikhlas berbakti pasti menerima balasan yang setimpal.
Seman berkata antara usahanya untuk parti ialah mengumpul kira-kira 800 anggota Umno di cawangannya pada masa ini berbanding 170 orang 34 tahun lepas.
Baginya tiada yang lebih berharga daripada penghormatan tertinggi yang diterima apabila namanya disebut oleh presiden Umno di hadapan ribuan perwakilan pada perhimpunan agung parti itu.
“Saya amat bersyukur, inilah kerja Allah yang saya sendiri tidak menduga dan tidak pernah terfikir akan mendapat penghormatan sebegini,” katanya.
Najib menyebut nama Seman apabila beliau berasa tersentuh melihat gambar Seman menangis di muka hadapan akhbar ketika menghayati ucapan dasar beliau pada hari perasmian perhimpunan itu.
Kini Cikgu Seman Deros menjadi seperti selebriti apabila ramai kenalan berkunjung ke rumah, menelefon dan mengucapkan tahniah dari jauh dan dekat.
Malah seorang rakan beliau yang berada di Australia turut mengucapkan tahniah kepadanya kerana diangkat anggota contoh parti Umno.

Wednesday, 5 December 2012

Puteri UMNO Ikrar Abadi Kekuatan Berjuang Bersama Sayap Parti - Rosnah Shirlin


KUALA LUMPUR, - Puteri UMNO hari ini berikrar untuk mengabadikan seluruh kekuatan jentera pergerakan itu berjuang bersama sayap-sayap parti untuk memastikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan selesa dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pergerakan itu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Puteri akan menyumbang segenap daya dan komitmen luar biasa serta berada di saf paling hadapan berjuang bersama Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kepada ayahanda presiden, kalau ditanya kepada Puteri, apa ertinya Puteri di sisi parti? Puteri berikrar untuk ketepikan kepentingan peribadi.

"Kepada ayahanda timbalan presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kalau ditanya apa makna setia? Setianya Puteri hingga sanggup bergadai jiwa, berkorban harta dan nyawa untuk bangsa dan agama," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Rosnah juga memberi jaminan kepada kekanda wanita dan barisan juang Pemuda bahawa sayap paling bongsu itu akan berdiri setia bersama dalam mendepani gerombolan musuh pada pilihan raya umum itu nanti.