Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 15 October 2012

Selangor Negeri Pertama Di Saman Rakyat Sendiri


air selangor

SEUMUR hidup penulis di negara ini (lahir luar negara), rasanya tidak pernah penulis mendengar ada rakyat mana-mana negeri dalam negara ini yang menyaman kerajaan negeri mereka sendiri kerana janji manifesto pilihanraya yang tidak dilaksana.

Tanpa kita sedar, Selangor sudah catat sejarah sebagai negeri pertama.

Setakat artikel ini ditulis, sudah lebih 2,000 rakyat mengemukakan saman tersebut, setakat ini ya, minggu depan dan akan datang belum tau berapa ramai lagi.

Ironinya, perkara paling memalukan ini berlaku dinawah pentadbiran kerajaan yang kononnya ’paling berkebajikan’ dalam sejarah negara, iaitu kerajaan Pakatan Rakyat yang biasa kita panggil Pakatan Haram ini.

Anwar pun rasanya sudah terasa kesan, sebab itu Anwar tak berani nak jual temberang di Selangor, sebab rakyat negeri itu boleh nampak pembohongan Pakatan haram dan percanggahan kelentong Anwar di sana sini.  Janji macam-macam, laksananya satu, itupun tak semua merasa.


Lebih baik Anwar jual temberangnya itu di negeri lain, lagi jauh dari Selangor lagi bagus.

Yang pentingnya, hampir 50 tahun dibawah pentadbiran BN, perkara ini tidak pernah berlaku.  Ini kita cakap pasal rakyat biasa, yang duduk di flet-flet dan apartment bangkit menentang ketidakadilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bukan golongan korporat.

Bila perkara ini penulis hujahkan dengan seorang macai Pakatan haram, diungkitnya kes saman sebuah syarikat terhadap kerajaan negeri Pahang berhubung isu balak.  Benak betul balaci itu, kita dok cerita saman tak tunai janji pilihanraya, dia bawak cerita saman balak pulak.

Tapi penulis insaf, ini kita cakap pasal macai Pakatan, kalau tak bodoh, taklah kita panggil dia macai, tak gitu?


Apa pun yang cuba dihujahkan macai pembangkang dalam soal janji tak tunai sehingga membawa kepada saman menyaman oleh rakyat biasa, ia masih lagi tidak menutup lompang besar yang boleh dijadikan contoh oleh semua rakyat yang duduk di negara lain, terutama di bawah BN sekarang.

Tidak keterlaluan penulis katakan, DAP, PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat ini akan kalah kerana SILAP mereka sendiri, UMNO hampir tak payah buat apa-apa pun – kita cuma gembar-gembur apa yang silap sahajalah.

Pendek kata kerja senanglah.

Apa pun UMNO perlu ambil pengajaran apa yang menimpa Pakatan Rakyat Selangor sekarang.  Moral dari kejadian ini mudah sahaja, rakyat bukan bodoh walaupun mereka hanya tinggal di flet-flet murah!!  Dulu bolehlah, jual air liur dan tawar syurga neraka dah boleh menang pilihanraya.

Zaman hari ini semua mesti ada hitam putih sebelum beri undi.  Tak laksana kalu, see you in courtlah.

Sunday, 14 October 2012

Undilah Bulan Bintang??? Demi bangsa?? Sejarah tak pernah menipu kecuali ketuanya yang menipu..

Nik Aziz kata UMNO parti assobiyah kerana perjuangkan BANGSA.

Kalau perjuangkan bangsa menjadi kesalahan kepada PAS masa kini, habis tu yang ini apa?

Sejarah tak pernah menipu. Tetapi pemimpin PAS boleh tipu penyokong totok mereka.

*Sebar-sebarkan.

Friday, 12 October 2012

Seramai 1515 Lagi Tuntut Hak Air Percuma, 30,000 Rakyat Selangor Bakal Menyusul

 
SHAH ALAM, 12 Okt – Dalam tempoh 30 hari seramai 5,500 pengguna air di Selangor telah pun menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, Menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
 
Peguambela, Kamarudin Ahmad berkata, hari ini seramai 1515 pengguna air Selangor lagi tampil menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi tujuan yang sama.

“Ini merupakan tuntutan yang keempat oleh kumpulan pengguna air dari kawasan Perumahan Flat Putra Perdana, Sepang, perumahan Flat SPNB Taman Medan Petaling Jaya dan perumahan Flat Seksyen 6 Shah Alam.

“Jika sebelum ini, 5500 pengguna air dari Palimen Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Hulu Langat dan Petaling Jaya Selatan telah pun memulakan langkah menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, Menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), namun gerakan ini tidak akan berakhir begitu sahaja,” ujarnya  selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Tambahnya, dijangka ada 30,000 lagi pengguna air yang akan menfailkan saman tuntutan sebagai menuntut hak mereka sebagaimana yang terkandung dalam manifesto parti pembangkang iaitu setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan.

“Lagi 30,000 yang bakal tampil membuat benda yang sama ialah dari kawasan Parlimen Subang, Ampang, Pandan, Gombak dan Serdang pada bulan-bulan yang akan datang. Proses saman tuntutan ini mengambil masa kerana pihak gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memerlukan masa untuk mengumpul data dan maklumat dari pengguna air di kawasan parlimen berkenaan,” ujarnya lagi. -MediaUMNO