Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 28 November 2011

Sapa sesumpah??? Tempelak Anwar pada Chandra..


Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar hari ini meminta rakyat menolak pemimpin bersikap talam dua muka untuk meraih sokongan.

“Kita tidak boleh terima pemimpin yang bersikap seperti sesumpah ini yang sekejap jadi wira kaum Melayu dan sekejap jadi wira kaum lain. Ini akan menghancurkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Konsep wasatiyyah berasaskan politik keseimbangan. Inilah pendirian kita kena pegang. Dengan Malaysia pegang kepada konsep wasatiyyah, kita pertahankan rekod kita di kaca mata dunia,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada masa yang sama Dr Chandra yang juga Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia meminta pemimpin UMNO menjawab isu dan tuduhan yang dibangkitkan dengan segera agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Tegas beliau pendekatan tidak menjawab tuduhan dilemparkan kurang sesuai dalam masyarakat di negara ini yang mudah percaya terhadap pembohongan dan penipuan.
Jelasnya anggapan bahawa tuduhan yang tidak berasas dan ekstrem tidak akan dipercayai rakyat adalah salah.

“Seorang indvidu ini saya kenal telah dituduh dan memilih tidak menjawab tuduhan tersebut. Saya tanya kenapa tidak jawab masa itu, dia kata orang tidak percaya tuduhan itu.
“Pilihan Raya Umum 2008, ini (tuduhan itu) digunakan dan memberi kesan kepada Barisan Nasional.

“Sekiranya ada perkara tertentu benar-benar berlaku, kita harus bersikap jujur. Kita harus akui ini berlaku, mohon maaf dan kita betulkan. Sekiranya ia tidak berasas kita jawab serta merta,” katanya.

Mengulas mengenai konsep Malaysian Malaysia, Chandra berkata konsep itu bertentangan dengan konsep wasatiyyah kerana ia berat sebelah dan idea dangkal ini meminggirkan hakikat sejarah serta latar belakang politik di negara ini.

“Buku Malay Dilemma (dikarang Tun Dr Mahathir Mohamad) mengutarakan isu asal -usul negara identiti negara, cara beliau bahaskan isu itu berani. Keberanian itu yang kita perlukan, ini bukan soal perkauman, ini asal-usul negara,” katanya.

Seminar Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini menampilkan bekas Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr Syed Ali Tawfiq Al-Attas dan Profesor Pengajian Global, Universiti Sains Malaysia Dr Chandra Muzaffar bertujuan menghurai pendekatan Wasatiyah dan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Ia juga bermatlamat mencari metodologi terbaik bagi menerapkan kedua-dua pendekatan itu sebagai amalam harian, dan menggarap maklum balas untuk menambahbaik pelaksanaannya bagi melahirkan umat yang terbaik.

Seramai 1,200 peserta melibatkan pelajar, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan individu hadir telah memenuhi seminar tersebut yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 bermula 29 November hingga 3 Disember ini.

Transkrip wawancara dengan Presiden UMNO menjelang Perhimpunan Agung


Berikut adalah wawancara khas Bernama dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011 Kuala Lumpur pada Sabtu.

SOALAN (S): Apakah intipati amanat Datuk Seri kepada anggota parti berlatarbelakangkan transformasi politik yang Datuk Seri cadangkan baru-baru ini?

JAWAPAN (J): Sebagai sebuah parti, bila menjelang tiba cabaran yang sangat besar, yakni, pilihan raya umum maka parti mesti berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang sepenuhnya.

Kesiapsiagaan yang saya maksudkan ini ialah secara menyeluruh dan komprehensif sama ada dari segi latihan, keilmuan, logistik mahupun dari segi mindset kita, iaitu kerangka minda kita, untuk memberi tumpuan kepada sebarang usaha yang boleh mengukuhkan parti kita, dan sebaliknya untuk mengelak daripada malakukan sebarang perbuatan yang boleh melemahkan parti.

Jadi pendekatan kita mesti menyediakan barisan yang ampuh, kita mesti rapatkan barisan kita dan kita mesti menampilkan kekuatan yang boleh digeruni pihak lawan.

S: Adakah siapsiaga boleh dianggap sebagai menyediakan parti untuk berada dalam keadaan 'war footing' atau rentak perang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13?

J: Yalah, kalau kita gunakan analogi perang, maknanya sebelum tembakan pertama diletupkan maka sebarang angkatan tentera kena melalui proses latihan dan persediaan dari segi strategi dan persediaan dari segi logistik, kelengkapan.

Semuanya ini mesti kita lakukan dalam keadaan yang sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan yang kita harapkan.

Tidak kurang penting juga ialah nilai-nilai asas kita dalam menentukan kita boleh menang dalam sebarang peperangan iaitu nilai-nilai seperti ketaatan dan kesetiaan, disiplin, kesungguhan membuat kerja, semangat berpasukan.

Semua ini, nilai-nilai asas yang kita mesti hayati dan kita tidak boleh kompromi dalam hal ini. Kalau tidak parti kita boleh kecundang dalam kawasan yang berkenaan.

S: Kalau boleh saya gunakan analogi Harimau Muda yang tetap tabah walaupun berdepan penyokong Indonesia dan cabaran sengit (pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA di Jakarta minggu lepas)

J: Kita kalau ada "mental strength" (kekuatan mental) dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi.

Tetapi kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga.-26/11/2011 -Bernama

Sunday, 27 November 2011

Dulu Mat Sabu, hari ni Antony Loke pula.. May May laaaa..


Free Malaysia Today Malaysia melaporkan bahawa Datuk Zainal Abidin Ahmad (BN Sungai Lui) betanya pada May May ADUN Mambau , apakah beliau masuk bilik Anthony Loke tetapi dalam bahasa lebih halus, Mambau masuk bilik Lobak ke?

“Ketika itu Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) mencelah dengan bertanya pada May May “Mambau masuk bilik Lobak kah?”.

Pertanyaan yang berbaur lucah tersebut membuatkan wajah May May agak berang. Bagaimanapun May May tidak menghiraukan Zainal Abidin dan terus mengasak Mohamad dengan mendesak meminta maaf.” – petikan Free Malaysia

Ini yang May May faham. Tetapi kita tidak tahu apakah sebenar yang dimaksudkan oleh Zainal Abidin kerana dia saja yang tahu. Mambau masuk bilik Lobak ini besar pengertiannya.

Mungkin juga May May masuk Bilik Anthony Loke, mana kita tahu. Kalau tidak  angin berubah mana mungkin pokok bergoyang. Ini kita kena tanya  Anthony Loke. Jika benar maka ada skandal lah dalam DAP Negeri Sembilan .

Tetapi ini mungkin satu ungkapan nyang kita tidak tahu yang mungkin di maksudkan oleh Zainal adalah Mambau dan Lobak kini bersatu. Bukannya May May masuk bilik Loke hantar ubat macam Norma Masuk bilik Mat Sabu dulu.

Sendiri mahu ingat lah , kita tak tahu.

Friday, 25 November 2011

Apa kau buta lagi puak PKRasis oiiiiiiiii.. Kemonlahhhh..

PANAS : GOBALA TERSENYUM KERANA BERJAYA MALUKAN ANWAR





Memang tepat kena batang hidung Anwar. Konon dia tu pejuang kebebasan hak bersuara. Tapi dalam PKR sendiri tiada kebebasan bersuara. Mana-mana ahli parti yang lantang bersuara akan dipecat... gimik je lebih...

Pecat tak kena pecat.. pemimpin yang tinggal dalam PKRasis kini hanyalah patung-patung hidup sajalah.. Apa pun tak boleh!!!