Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 16 March 2011

Kak Wan takut juga ke ? - Segalanya di tangan Wan Azizah

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.
Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini. 

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.
Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

Bukti Pembohongan Saifuddin Nasution - Gobala nak saman 12 juta jika tidak minta maaf !!

wajah penipu...
Saifuddin Nasution membuat pendedahan kononnya MP Keadilan dibeli oleh UMNO  dengan harga 1.4 juta berdasarkan wang yang dimilki oleh ahli MP Keadilan itu  untuk membeli  tanah. Bukti adalah apabila MP berkenaan mampu melunaskan bayaran tanah itu dengan membuat dua bayaran.

 Kedua dua bayaran dibayar menggunakan cash cek sebuah bank di Ipoh. Beliau juga berkata ada surat perjanjian  yang menyatakan bahawa MP ini perlu membayar baki wang berkenaan dalam tempuh yang ditentukan.Saifuddin mendedahkan di sebuah web TV.

Di manakah MP ini mendapatkan wang ini? tanya Saifuddin. sepatutnya Saifuddin tanya lah MP ini atau tanyalah Anwar Ibrahim. Apa bukti  Saifuddin mengatakan wang ini UMNO yang bayar.? Saifuddin jangan jadi bodoh dan jangan  ingat orang lain juga bodoh macam dia. Kenapa Saifuddin tak cerita pasal siapa yang punya  cek. tak kan Saifuddin tak tahu cek tentu bertuan. tentu ada pembayarnya. Kenapa Saifuddin tak dedahkan siapa pemilik cek berkenaan
.
Lihat lah betapa liciknya cara Saifuddin mahu menipu rakyat. Dia tidak langsung menyebut pasal siapakah pembayar cek berkenaan.Namun Saifuddin ada berkata alamat syarikat  berkenaan di bawah  nama  individu  iaitu nama MP itu sendiri. Mungkin Saifuddin rujuk kepada surat perjanjian berkenaan bukan cek berkenaan.

Jelas di sini Saifuddin cuba mengelirukan rakyat. jika UMNO yang bayar sudah tentu Saifuddin sudah dapat bukti yang lengkap kerana salinan cek ada dengan Saifuddin dan ianya memudahkan kerja Saifuddin. Bawalah lampiran dan laporkan kepada polis .Apa gunanya jikalau setakat menyeru SPRM menyiasat . Ianya tidak laku. Pergilah buat laporan. Kenapa  Saifuddin tidak membuat laporan.

MP berkenaan Gobalakrisnan bercakap kepada pemberita bahawa beliau memberi tempoh tujuh hari mulai hari ini kepada Saifuddin untuk meminta maaf dan jika Setiausaha Agung PKR itu gagal berbuat demikian beliau akan menyamannya RM12 juta lihat sini

Oleh: Puteri Rangbulan

Tuesday, 15 March 2011

KENAPA NIK AZIZ MEMBISU SERIBU KATA DENGAN NAMAWEE ???


"Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orang hendak memesan mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, hendak kuih pau besar pula! "

Ini terjemahan , vedio Namawee menghina Azan. Mana ulamak Pas , kenapa tak ada fatwa? cuba kalau orang UMNO yang berkata apa apa pasal agama, yang betul pun akan disalahkan dan akan keluar lah fakta yang mahu mengharamkan.

Apa PAS tak perjuang Islam lagi ke??? Kalau Paa tak perjuangkan Islam apa yang diperjuangkan lagi. Kalau Pas perjuangkan Islam kenapa dia membisu seolah olah tidak ada apa yang berlaku. Buta ke Tuli ke pekak ke????

Babewee ini sudah mula hina Melayu - Hina Azan Pula.



Datuk Nazri perlu menjawab isu ini kerana Dato'Nazri yang berbaik baik dengan Babewee ini atau nama samarannya Namawee. Eloklah Dato' panggil babewee ini dan selesaikan dengan mereka sebelum badan NGO Melayu , orang Melayu mengamuk. Jangan mainkan Azan. Jangan jolok kita sampai kita tak tahan, Kita tak jolok agama dia. Jangan cabar kita. Ini semua adalah kerana Pakatan Rakyat yang memberikan mereka ruang untuk menjadi kurang ajar. Jom kita tolak pakatan rakyat.

Dato' Nazri tolong setelkan babewee ini.