Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 7 July 2014

Khalid Ibrahim jelak dengan mainan Anwar Ibrahim?

Campur tangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ke atas pentadbiran Kerajaan Selangor telah disambut dengan tempelak kritikan oleh Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.
"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.
"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.
"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian.
Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.
Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.
Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.
"Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.
Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.
"Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.
"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.
Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin PKR yang pro-Anwar telah mengutuk dan mencaci tindakan Khalid Ibrahim yang dilihat kini banyak bekerja demi rakyat dengan bekerjasama dengan Kerajaan BN Pusat.

Ramai pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang berpendapat kerjasama sebegini banyak merugikan Pakatan Pembangkang sebaliknya memberi kelebihan kepada BN biarpun projek ini memberi keuntungan kepada rakyat.

Friday 4 July 2014

PUTAR BELIT ISU GELANDANGAN..MOHON SEBARKAN FAKTA INI.

KENYATAAN MEDIA
YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
 
"KERAJAAN SERIUS TANGANI MASALAH PENGEMIS DAN  GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR"





Merujuk kepada masalah gelandangan dan pengemis yang masih berterusan di ibukota Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menjelaskan beberapa perkara iaitu:


Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.

Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial; keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong. 

Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis;
Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing . Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka adalah pendatang asing.

Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan diantara mereka;

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin, masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan dan warga emas.

Kawasan "Hot Spot" masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka.
 
Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses "pungutan" terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.

Pihak DBKL juga akan melaksanaan Perundangan Di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2.0 km radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan.

Di samping itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama rapat dengan Agensi Kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan masalah ini dapat ditangani secara berkesan.

Sehingga kini, pihak DBKL telah mengenalpasti 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini.  

Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.

KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep "Anjung Singgah" yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;

Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini;
 
Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;

Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;

Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri; dan

Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebaliknya tindakan tersebut adalah bagi membantu golongan gelandangan dan pengemis ini dengan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara serta aktiviti-aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras.

Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiauasaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada hari Selasa (8 Julai 2014) bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN

Thursday 3 July 2014

Ini ker yang dinamakan transformasi MCA?

Apalah nasib Barisan Nasional setelah bersetuju membawa masuk MCA semula kedalam saf Jemaah Menteri untuk berada dalam Kabinet....?
 
Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang baru mengambil alih Kementerian Pengangkutan telah menunjukkan kebodohan dan kebangangan beliau sememangnya TAK layak menjadi seorang Menteri....!

Woi Apek...!
 
Apa hat lu manyak molo woi...?
Lu tala bikin "homework" ka Apek...?
 
Mana lu belajar itu SPAD luluk bawa lu punya kementelian maaa...?
Haiyaaa....! Apek lu satu Plesiden MCA lu manyak hansabb

Lihatlah betapa kurang cerdiknya seorang Presiden MCA bertaraf Menteri....
Liow tak tahu bahawa kejadian dan tragedi tanah mendap yang menyebabkan 'tunnel' runtuh adalah dibawah tanggungjawab Dewan Bandaraya KL [DBKL] sekaligus ianya tugasan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Disamping itu turut terbukti Liow Tiong Lai tidak memiliki pengetahuan yang bertaraf seorang Menteri apabila beliau tidak tahu bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia [SPAD] adalah sebuah badan berkanun yang di tubuhkan di bawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010.  SPAD ditubuhkan secara rasmi pada 3 Jun 2010.
 
Bagi memastikan SPAD dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya secara lebih efisyen dan efektif, SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri, Jabatan Perdana Menteri.  
 
Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.
 
Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan  Jalan.
 
Oleh itu dan memang sah sebagai seorang Menteri Pengangkutan Liow TAK Ada HAK langsung untuk "instruct" SPAD buat apa apa....!

WOI Apek....!
 
Apa lu mau klitik sama kelajaan la apek woi...?
 
Lu sendili pun manyak molo, manyak hansab...! Lagi mau ciakap manyaak...?
Sumber : http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/07/bodoh-punya-menteri-mca-yang-baru.html

Tuesday 1 July 2014

Kit Siang bertemu Hadi Awang sejurus PM Najib Razak untuk apa?

Hasrat PKR yang didakwa mahu menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menerusi ‘Langkah Kajang’ dijangka gagal apabila jawatan tersebut dikatakan akan dituntut oleh PAS.

Menurut sumber dalaman kerajaan nege­ri, keadaan itu mungkin berlaku apabila PAS di negeri ini dikatakan mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan Menteri Besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN.

Malah, sumber terbabit turut difahamkan Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada PAS.

"PKR difahamkan mahu menggantikan Klid dengan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang juga ADUN Kajang sebagai Menteri Besar. Namun, hasrat PKR itu mungkin sukar untuk diterima oleh Pas.

"Malah, ada desas-desus kuat bahawa PAS kali ini akan mengambil alih jawatan Menteri Besar dan melantik seorang calon yang berkelayakan daripada ADUN mereka di negeri ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Isu pertukaran Menteri Besar Selangor sekali lagi dibangkitkan apabila wujud dakwaan bahawa Pas Selangor sebulat suara menolak Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar kerana kononnya ADUN Pelabuhan Klang itu sering membuat keputusan secara bersendirian tanpa merujuk parti dalam pakatan pembangkang.

Dakwaan itu turut disiarkan menerusi sebuah portal berita www.themalaysianinsider.com pada 20 Jun lalu yang memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman.

Dalam laporan itu, Jaafar menyatakan keputusan itu buat dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor dengan kesemua 22 Yang Dipertua PAS kawasan ne­geri ini bersetuju agar Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Sebelum ini, Khalid dilaporkan turut menerima kecaman daripada pemimpin PKR sendiri apabila didesak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Sela­ngor sehingga wujudnya ‘Langkah Kajang’ yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan pada 23 Mac lalu.

Sementara itu, sumber berkenaan melihat ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi calon yang sesuai mengisi jawatan Menteri Besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Mingguan Malaysia difahamkan, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin PAS yang dipertimbangkan.

Utusan Online

Ohhhh betul ker cerita ni?

 
Pada pukul 11:30 nanti, ada satu sidang media oleh sebuah NGO bergelar PMSP yang akan menyerahkan bukti dokumen rasuah bernilai ratusan ribu ringgit melibatkan ADUN Kuala Kubu Baru dari DAP, YB Lee Kee Hiong kepada SPRM.
Ia akan berlangsung di Ibu Pejabat SPRM, Putra Jaya .Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Ramesh Rao 0123560105
Berkenaan Lee Kee Hiong, wanita badan cekeding hampir menyerupai jantan ini adalah dalam faction Theresa Kok. Baca SINI
Dia pernah menajdi bekas setiausaha politik Lim Kit Siang.
Nama dia pernah timbul sebagai penerima cek bawah nama syarikat WSK Enterprise dalma kes salahahu rasuah melibatkan kematian Teoh Beng Hock pada tahun 2010. Lee dan Ronnie Liu merupakan mentor kepada ADUN DAP Ean Yang Wah.
Baca seterusnya, di SINI