Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 28 April 2014

Bukan Saya Tidak Peduli Tentang Anwar - Obama

 
PUTRAJAYA: Tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bermaksud beliau tidak mengambil berat mengenai isu reformasi yang diperjuangkan pemimpin pembangkang itu, demikian menurut Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.
"Hakikat saya tidak bertemu dengan Anwar bukanlah bermaksud tidak peduli. Malah ada banyak pihak lagi yang saya tidak temui. Ia juga bukan bermasud saya tidak prihatin terhadap mereka," katanya.

Menurut Obama, isu mengenai kebebasan media, hak asasi manusia, kebebasan awam sentiasa menjadi agendanya ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin luar.

Obama berkata demikian bagi menjawab soalan Major Garrett dari CBS News, yang bertanya mengapa beliau tidak bercakap mengenai hak asasi manusia, hubungan antara kaum, akauntabiliti politik dan kebebasan bersuara yang menurut Garrett merupakan isu yang releven di Malaysia.

"Saya fikir apabila anda berkata bahawa semua isu berkenaan 'perlu dimenangi' di Malaysia, ia mungkin kesimpulan mengenai apa yang berlaku namun ia tidak sepenuhnya menggambarkan kemajuan yang yang dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Dan saya fikir, Perdana Menteri merupakan yang pertama mengetahui bahawa masih terdapat perkara yang perlu diselesaikan di Malaysia,” kata Obama sambil menambah bahawa Najib merupakan pemimpin yang komited.

Friday 25 April 2014

Golongan munafik menjadi wira dendangan Lim Kit Siang



Siti Kasim, wanita yang mendakwa sebagai Melayu dan Islam serta menyokong kalimah Allah diguna oleh semua pihak

Komen: Terasa ‘geli geleman’ apabila Lim Kit Siang menobatkan Ally Hazran Hashim, Siti Kassim dan Mohd Nor Izzat Johari sebagai wira tidak didendang melalui tulisan di blognya baru-baru ini.

Bagi yang kurang arif, Mohd Nor Izzat adalah guru yang mengkritik sistem SBA. Ally Hazran pula adalah antara orang-orang Melayu yang membawa bunga dan buah-buahan ke gereja Holy Family di Kajang sebagai tanda ‘memihak kepada Kristian dalam isu kalimah ‘Allah’. 

Manakala Siti Kassim adalah ahli Majlis Peguam yang menyatakan kekesalan terhadap Nurul Izzah kerana menafikan kenyataan sendiri yang menyokong hak murtad oleh umat Islam.

Kita yakin bahawa Kit Siang sendiri merasa geli untuk memuji mereka ini kerana bukan senang bagi beliau untuk memuji atau membela orang Melayu. Bukan kita tidak tahu bahawa selama ini Kit Siang dan partinya tidak pernah membela atau memuji individu Melayu kecuali jika mempunyai agenda politik tertentu untuk DAP.

Oleh itu, melalui artikel tersebut, kita dapat melihat bahawa Lim Kit Siang sebenarnya begitu terdesak untuk menepis imej rasis yang terpasak kuat di dalam salur darah keturunannya.

DAP terlalu bencikan orang Melayu dan tidak mungkin akan menerima, jauh sekali meletakkan Melayu di tempat yang tinggi tanpa agenda di sebalik batu.

Buktinya, DAP pernah membodohkan diri membela seorang wanita yang dipercayai warga Cina yang dipaksa berbogel dan ketuk ketampi ketika di dalam tahanan polis. Namun, apabila terbukti yang terlibat adalah seorang Melayu, DAP diam membisu dan tidak ingin lagi membela beliau.

Sikap rasis DAP bukan ilusi tetapi boleh dilihat secara jelas apabila mereka meroboh gerai dan merampas tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang tanpa belas kasihan.

Kemuncak rasisnya DAP ialah apabila parti itu sengaja mengenepikan perwakilan Melayu yang telah lama berjuang bersama mereka dan sanggup memanipulasi undi bagi memastikan seorang Cina yang memakai nama Melayu iaitu Zairil Khir Johari memenangi jawatan CEC semata-mata kerana enggan membiarkan seorang Melayu tulin memegang jawatan dan mewakili Melayu dalam parti itu.

Oleh itu, apabila DAP tiba-tiba mengangkat tiga orang Melayu di atas sebagai wira, kita melihatnya sebagai hipokrasi yang sungguh memualkan.

Apatah lagi apabila selama ini, DAP tidak pernah mengiktiraf wira-wira negara seperti Mat Kilau, Left. Adnan, Kanang Anak Langkau dan lain-lain. Malah, DAP mengangkat Chin Peng si komunis musuh negara pula sebagai wira.

Gelaran ‘wira’ merupakan gelaran yang diberi kepada manusia yang berjasa kepada negara. Jasa itu pula bukanlah alang-kepalang, tetapi selalunya melibatkan keselamatan dan nyawa, sebelum membolehkan seseorang itu layak digelar wira.

Nampaknya, ‘standard’ wira di kalangan Melayu bagi DAP amat rendah sekali di mana seseorang itu hanya perlu bersetuju dengan DAP, mengkritik kerajaan atau menentang undang-undang yang berkaitan Islam juga sudah dikira layak digelar wira. Lagi hebat penentangan terhadap kerajaan, lagi hebatlah keperwiraannya di mata DAP.

Pengiktirafan yang begitu tinggi dari Kit Siang terhadap ketiga-tiga Melayu ini membuktikan betapa Kit Siang tidak punya sedikit pun semangat nasionalisme dan hanya melihat dunia dari segi politik sempit perkauman Cina semata-mata. Kit Siang tidak mampu menghayati semangat keperwiraan sebenar para pahlawan negara tetapi memusatkan seluruh perjuangannya dan hidupnya demi kuasa politik DAP, yakni kaum Cina.

Berdasarkan hakikat ini, kita tertanya-tanya, apakah Melayu-melayu di atas bangga menerima pengiktirafan Kit Siang? Sedarkah mereka bahawa mereka sebenarnya bukanlah wira kepada sesiapa, melain alat untuk DAP mencapai matlamat mereka semata-mata? Sedarkah para ‘wira’ ini bahawa DAP tidak akan memuji sesiapa dari kaum Melayu jika pujian itu tidak boleh dipergunakan untuk kepentingan Cina?

Wednesday 23 April 2014

Tragedi Mamali : Musa Hitam Dibayar Putarbelit Fakta Atau Menyesal Keluarkan Arahan Bunuh?

mamali parang2 



Apakah motif Musa Hitam mempertikaikan tarikh Tun Mahathir berada di Malaysia pada hari tragedi Mamali dan dua tiga hari selepas kejadian tersebut? Musa telah berkata, “Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, “Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur.”

Kemunculan Musa Hitam secara tiba-tiba di arena politik negara seolah-olah cuba membantu pakatan pembangkang dalam mencetuskan provokasi dikala mereka ketandusan isu dilihat sebagai tindakan terdesak beliau “seperti dibayar”. Ataupun adakah Musa Hitam “dihantui” rasa bersalah memandangkan beliau merupakan orang yang mengeluarkan arahan pembunuhan ke atas Ibrahim Libya pada pagi 19 November. Dia sendiri yang menandatangani Kertas Putih.

Mengimbas kembali Peristiwa Memali yang berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Musa Hitam telah mengeluarkan arahan pembunuhan ke atas Ibrahim Libya pada pagi 19 November. Dia sendiri yang menandatangani Kertas Putih. Sebagai seorang bercita-cita amat tinggi Musa Hitam telah mengingkari nasihat Tun Mahathir supaya menangkap Ibrahim Libya hidup-hidup. Namun kini beliau cuba mengalihkan isu seperti mahu menyalahkan Tun Mahathir sedangkan Musa Hitam merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu.

Walaubagaimanapun Musa Hitam tidak pernah kita persalahkan memandangkan tindakan tersebut ekoran dari tindakan ganas para pelampau agama. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Sebenarnya tindakan Musa Hitam menuduh Tun Mahathir ada di Malaysia dua tiga hari selepas kejadian Mamali memang satu tindakan yang amat kurang cerdik. Pembohongan beliau telah dapat dikesan dengan begitu nyata.

Dalam ucapan Kit Siang pada 19 November 1985 jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir telah berada di China pada 20 November 1985. Kit Siang – “Tomorrow, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, will be leading a 250-strong delegation to China, the third Malaysian Prime Minister to visit China after the establishment of diplomatic relations between Malaysia and the People’s Republic of China 11 years ago.” kata Kit Siang, ketika itu menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka. Salah seorang delegasi ke China adalah Tan Sri Lee Lam Thye.

Manakala dalam Akhbar Singapura turut melaporkan Tun Mahathir Ke China. Akhbar Singapura, Straits Times pada 20 November 1985 bertajuk ” “Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier of the State Council of the People’s Republic of China”. Pada 24 November 1985, Straits Times memetik laporan Reuters bertajuk “I accept China stand on CPM: Mahathir”.

Dalam artikel tersebut menyebut, Tun Mahathir hadir pada 20 November 1985 untuk lawatan 8 hari dengan delegasi sejumlah 130 orang ahli perniagaan dan 20 orang diplomat. 

Lawatan itu termasuklah ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai. Dalam mukasurat sama, Straits Time turut melaporkan kejadian yang berlaku di Baling, “Baling incident: Law is supreme, says Musa.”

Tambahan pula Musa Hitam turut menghantar Mahathir Di Lapangan Terbang. Gambar dari NST bertarikh 20 November 1985 dengan tulisan bertulis “Datuk Musa Hitam and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad smile as seven-year-old Putri Mohamed Noh comes up to bid the Prime Minister farewell at the Subang Airport. The Prime Minister is leaving for China for a nine-day official visit.”

Selain dari itu juga ada bukti bergambar Kepulangan Tun Mahathir Dari China. Gambar dari NST bertarikh 28 November 1985, bertulis “The Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad being greeted by the newly elected MCA president Mr Tan Koon Swan and MCA youth leader Senator Kee Yong Wee (far right) upon arrival at the Subang Airport. Behind Dr Mahathir is MCA secretary-general Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir is returning from a visit to China.”. Ini membuktikan fakta bahawa Tun Mahathir memang berada di Cina pada 
20 hingga 28 November 1985.

Semasa Tun Mahathir di China beliau telah memeriksa Perbarisan dan gambar itu merupakan bukti Tun Mahathir di sana. Gambar dari NST yang menunjukkan Tun Mahathir memeriksa perbarisan di Peking, China ketika lawatan rasmi. Gambar tersebut bertulis “Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan setibanya di Peking untuk lawatan rasminya ke China.”. Gambar ini tidak bertarikh tetapi bertulis tahun sahaja iaitu 1985.

Arkib Ucapan Tun Mahathir juga merupakan bukti yang dapat menyangkal tuduhan Musa Hitam. Tun Mahathir menyampaikan 8 ucapan di China. Menerusi arkib ucapan Tun Mahathir pada 1985, satu ucapan bertajuk “The Welcoming Banquet Hosted by H.E. Zhao Ziyang, Premier of the State Council of the People” pada 20 November 1985. Kemudian pada 22 November 1985, Tun Mahathir memberikan satu lagi ucapan bertajuk “The Return Banquet Hosted in Honour of H.E. Premier Zhao Ziyang”. Pada hari yang sama Tun Mahathir memberikan ucapan yang ketiga bertajuk “Qing Hua University, Beijing, Regional Co-Operation: Challenges and Prospects”. Lima lagi ucapan Tun Mahathir disampaikan antara tarikh 23 hinga 27 November 1985 di Hangzhou, Xian dan Guangzhou China.

Tulisan Akademik lawatan Tun Mahathir ke China turut menjadi bukti. Dalam buku karya Joseph Chinyong Liow bertajuk “China and Southeast Asia” mukasurat 290, bertulis “Mahathir first visit to Beijing, in 1985, was also his only visit in the 1980s”. Artikel ini mengesahkan lagi lawatan Tun Mahathir pada era 1980an hanyalah pada tahun 1985 sahaja.

Pembohongan Musa Hitam turut terbongkar dengan Kajian yang mengesahkan Lawatan Tun Mahathir Ke China. Dalam buku tulisan Dr Pobzeb Vang bertajuk “Five Principles Of Chinese Foreign Policies” mukasurat 404 menyatakan “On November 20-28, 1985, Malaysian Prime Minister, Mahathir Mohamad visited China and he meet with Chinese Premier Zhao Ziyang and other Chinese government officials and leaders”.

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa kewujudan puak pelampau agama ini mengancam keselamatan negara. Namun tindakan pakatan pembangkang menabur fitnah tentang isu Mamali turut dilihat sebagai tindakan provokasi melampau untuk mengancam keselamatan negara. Anak-anak kecil dan ibu-ibu menjadi benteng di hadapan semasa peristiwa Mamali. Ini jelas mereka mempergunakan wanita dan kanak-kanak dalam agenda menentang negara. Gelagat makcik-makcik yang seperti dirasuk jelas dalam dilihat dalam video Mamali. Tindakan pihak polis sebenarnya lebih kepada tindakan mempertahankan diri.

Tambahan pula ayah Ibrahim Libya sendiri menceritakan kesesatan mereka. Sebelum ini timbul isu PAS “makan duit” Tabung Mamali disamping cuba mewujudkan ciri-ciri kurafat kononnya mangsa Mamali mati syahid sedangkan mereka telah mengganas. Kubur mangsa Mamali telah ditabur minyak wangi untuk mewujudkan unsur “syahid”. Sesungguh Islam mahukan kesederhanaan dalam kehidupan. Tindakan puak pelampau bukan tindakan Islam. Wasatiyyah iaitu kesederhanaan yang dituntut dalam Islam.


Tuesday 22 April 2014

RAFIZI SELAMBA JE MEMALUKAN AZMIN!!!


Nampak gayanya Si Rafizi ni dah makin besar kepala. Nak pulak bila dia duduk dalam kumpulan Si Siputdin tu dan bergandingan dengan Si Nurul Izzah.

Maka dengan selamba je dia memalukan Si Azmin tu dalam laman media dan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR tu sebelum ni.

Apa yang dilakukan oleh Si Rafizi ni jelas menunjukkan yang dia semakin merasakan diri dia lebih baik dari orang lain. Malah Si Azmin tu pun tak betul jadinya.

Si Rafizi tu kata, pembentukan trio yang diwujudkan diantara dia, Siputdin dan Nurul Izzah sebelum ini tidak menggugat mana - mana calon yang bertanding. 
"Saya tidak melihat itu sebagai kartel atau kumpulan atau apa-apa... Contohnya saya, Nurul Izzah dan Datuk Saifudin, kami berpendapat bahawa tumpuan parti mesti kepada kepimpinan muda. Itu pandangan kami. Kami berkempen atas platform itu.


"Kami berpendapat parti mesti lakukan lebih untuk membenarkan lebih ramai pemimpin muda untuk mengambil alih," katanya ketika ditemui pemberita.
Jauh sekali jika ianya bakal memecah-belahkan hubungan didalam parti dimasa akan datang. Walhal, selama ini pun, parti dia tu memang tengah mengalami konflik kepimpinan.

Tu pasal la dia yang cerdik pandai tu terpaksa buat rancangan untuk melaksanakan agenda 'Langkah Kajang' bagi menyelesaikan konflik yang melanda Parti Kecohkan Rakyat tu.

Malangnya, rancangan dia yang cerdik tu pun GAGAL jugak akhirnya. Sampai hari ini, konflik yang melanda PKR bukan sahaja belum selesai, malah ianya bertambah buruk.

Dengan wujudkan kumpulan - kumpulan tertentu dalam PKR sepanjang pemilihan kali ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa parti tu kini dah berpecah kepada 3 kumpulan.

Ada satu kumpulan tu Anti pada Azmin. Yang satu kumpulan Pro Azmin. Dan yang satu kumpulan tu pulak bertanding sebab nak memalukan Azmin.

Pokok pangkalnya, ahli dalam PKR ni sebenarnya dah menyampah dengan perangai Si Azmin tu sebagai Timbalan Presiden. Dia pulak yang melebih - lebih dari Presiden.

Jadi, sebab itulah dalam pemilihan kali ini, ramai yang menawarkan diri untuk merampas jawatan Timbalan Presiden tu dari dia. Kiranya, musuh utama Si Azmin ni bukan la dari kalangan orang UMNO atau BN. Sebaliknya, sesama dia sendiri!!!

Tuesday 15 April 2014

Pengundi Selangor : Air Percuma "Kerja Bodoh" - ADUN DAP

SHAH ALAM 14 April – Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP meminta kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat negeri ini.
 
Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) berkata, pemberian air percuma dilihat hanya satu dasar populis dan bukan keputusan yang paling bijaksana dan efisien untuk menguruskan air di Selangor.

Katanya, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM1 bilion untuk membiayai pemberian air percuma 20 meter padu bagi setiap rumah sejak dilancarkan pada 2008 dan dana itu sepatutnya dilaburkan kepada perbelanjaan modal (Capex) bagi menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) ketika ini yang berada pada kadar 35 peratus.

“Penurunan NRW akan menurunkan permintaan air mentah, menjimatkan wang melalui pengurangan kos rawatan dan pengagihan air, selain mengawal tarif air,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2014 dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Yeo berkata, jika empat tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan peruntukan negeri untuk Capex dan membina lebih banyak projek Hybrid Off River Augmentatiom System (Horas), beliau pecaya masalah air ketika ini mungkin tidak akan berlaku.

“Saya harap kerajaan negeri perlu mengkaji semula sama ada perlu terus menggunakan tujuh peratus daripada hasil tahunan negeri untuk membiayai air percuma ini atau melabur dalam Capex.

“Kita sepatutnya mengutamakan jaminan bekalan air kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mahu memberikan air percuma,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan mengenai rang undang-undang perbekalan tambahan berkata kerajaan negeri akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada hendak melanjutkan tempoh catuan air di negeri ini memandangkan kenaikan paras air di beberapa empangan.

Pelan catuan yang bermula sejak 2 Mac lepas melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. – BERNAMA

Penjara 5 tahun kerana meliwat memang tidak cukup

Anwar-liwat-Saiful

PEGUAM-PEGUAM pembangkang melompat sampai ke siling bila difahamkan bahawa barisan pendakwaraya dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari, memohon kepada Mahkamah Persekutuan nanti supaya hukuman penjara selama 5 tahun yang dikenakan ke atasnya, ditambah lagi kerana tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.

Tindakan pendakwaraya itu bukan luar biasa, malah memang berlaku dalam banyak kes pun sebelum ini tapi tak kecoh pun semua peguam-peguam itu.

Bila Anwar yang terlibat, tiba-tiba semuanya jadi tak kena dan jadi tak betul, seolah-olah pertama kali dalam sejarah negara ini pendakwaraya memohon kepada Mahkamah yang lebih tinggi untuk menjatuhkan hukuman lebih berat semasa proses rayuan.

Apa punya law beruk-beruk ini pakai pun tak tahulah.

Logiknya, bagi kesalahan yang diperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, 5 tahun yang dikenakan ke atas Anwar itu memang nampak terlalu ringan.  Dia main macam-macam wayang supaya kes ini ditangguhkan dari peringkat Mahkamah Tinggi lagi, dah menghampiri tempoh itu pun.

Mungkin Mahkamah ambil kira faktornya yang sudah tua dan nak mati tidak lama lagi, tapi itu pilihan dia sendiri.  Dia yang nak kes ini berlarutan lebih lama kan.

Orang lain menangguhkan kes juga, tapi langsung tak macam Anwar – lebih dari 60 kali (digabungkan semua sekali).

Dalam hal ini yang lebih penting ialah Saiful sebagai mangsa liwat yang terpaksa menanggung begitu banyak kesengsaraan sepanjang kes ini berjalan.  Tak termasuk fitnah dan penghinaan yang dilemparkan penganut Anwar yang tidak boleh menerima hakikat pemimpin mereka sememangnya peliwat.

Thursday 10 April 2014

ANWAR CERCA NEGARA SEBAB DIA TAK BUAT APA!!!


Sejak akhir - akhir ni, Si Ketua Penipu tu kuat pulak menyalak pasal kehilangan pesawat #MH370. Sebab apa dia tiba - tiba je menyalak tak tentu arah macam anjing gila ni?

Sebab dia prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga penumpang pesawat tu? Tidak!!! Kalau dia prihatin, dah tentu dari awal lagi dia akan ambik tindakan.

Malangnya, sampai hari ni satu hapah pun dia tak buat. Sebaliknya dia hanya tau menyalak tak tentu arah serta mempertikaikan itu dan ini. Nak suruh buat solat hajat pun susah.

Jadi, kenapa dia menyalak macam Anjing Gila? Sebab tak de orang beri tumpuan pada dia. Maka dengan cara dia bertindak sedemikian, ramai la orang akan ambik peduli pasal dia.

Ramai la orang yang akan tumpu pada apa yang dia cakap. Tu je tujuan dia menyalak tak tentu arah macam orang hilang akal. Yang pastinya Si Ketua Penipu tu bukan sahaja orang yang GILA KUASA. Tapi dia jugak GILA GLAMOUR!!!

Wednesday 9 April 2014

LIWAT SESAMA SENDIRI, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN PULAK!!!


Calon Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail menolak dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Exco Selangor untuk memancing undi menjelang pemilihan parti Mei depan.
Sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan percubaan membawa politik kotor, Rodziah menegaskan, bukti kukuh perlu dikemukakan jika terdapat pentadbir kerajaan negeri berbuat demikian untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan.
"Selagi tidak ada bukti, kita anggap itu fitnah. Kalau ada fakta buktikan. Ahli PKR dah matang, buktikan dan berani cakap perkara benar tetapi jangan bawa politik kotor.
"Saya ambil pendekatan JPP berkali-kali menasihatkan kalau ada bukti tampil ke hadapan bawa aduan dan Jawatankuasa Disiplin akan kaji untuk tindakan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga itu.
Semalam, penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin mendakwa pihaknya menerima aduan wujudnya salah guna kuasa kerajaan negeri menjelang Pemilihan PKR 2014, namun tidak mendedahkan nama calon yang terlibat sebaliknya mahu JPP menyiasat dakwaan tersebut.
Zuraidah berkata, pentadbir negeri tidak boleh menggunakan jawatan yang diletakkan parti untuk keselesaan mereka dalam pertandingan parti.
Rodziah berkata, kedudukannya sebagai Exco dan jentera pentadbiran negeri tidak pernah digunakan untuk berkempen bagi pihak dirinya.
Selain beliau, katanya, pemimpin PKR lain seperti Exco Selangor, Elizabeth Wong dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga tidak dapat lari daripada persepsi mereka merupakan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya tak gunakan cara tersebut. Kalau saya keluar berkempen sekali pun daripada sudut kewangannya itu daripada hasil tiitk peluh saya, gaji saya sendiri," tegasnya.
Tambahnya, sebagai ahli politik yang matang Zuraida tidak sepatutnya menimbulkan persepsi sedemikian di kalangan ahli.
"Persepsi tak semestinya betul. Memulakan persepsi negatif itu membimbangkan saya. Dalam tempoh kempen yang sihat ini membawa budaya negatif dan fitnah itu kita harap jangan dibudayakan dalam kempen pilihan raya kali ini," katanya.

PS: Jadi, bila Si Rodziah ni nak saman Si Zuraidah tu? Kenyataan Si Zuraidah tu dibuat secara terang - terangan. Kalau setakat bercakap je, apa guna. Tak mendatangkan faedah lansung!!!

PAS MASIH TAK PUAS BUAT FITNAH???


Masih tak serik - serik lagi ke puak - puak Parti Angguk Saja ni menabur fitnah yang bukan - bukan tanpa merujuk sebarang bukti yang saha terlebih dahulu?

Nama je diorang ni Parti yang KONONnya memperjuangkan Islam. Tapi hakikatnya, pemimpin semua suka menabur fitnah yang bukan - bukan terhadap orang lain.

Dari Presiden sampai la ke Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung. Semuanya dah kantoi belaka. Sekarang diikuti pulak oleh ADUN kawasan. Makin parah dah nampak gayanya. 

Tu punbelum kita cerita pasal kes saman fitnah yang dibuat oleh Naib Presiden PAS. Kalau termasuk yang itu, maka habis semua la kepimpinan PAS ni semuanya Kaki Fitnah belaka!!!
Islam mana la yang mengajar diorang ni buat fitnah gamaknya ye. Mungkin Islam dalam ajaran PAS boleh kot buat kerja - kerja fitnah macam ni dan dapat pahala. Maklum la, Islam dalam PAS ni pun main ikut suka hati diorang je. Bukan diorang kira Halal Haram!!!
Kita di gemparkan dengan dua saman fitnah yang telah melanda Adun PAS Terengganu iaitu Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Seorang lagi Adun PAS Batu Buruk Yb Syed Azman, kini satu lagi fitnah yang di keluarkan pula oleh seorang lagi Adun PAS Chukai.

Dalam kes pertama, merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu baru-baru ini yang mengarahkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang supaya membayar saman RM2 juta kepada Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu kerana membuat fitnah terhadap calon tersebut ketika pilihanraya ke 13 yang lepas.

Manakala kes kedua pula melibatkan fitnah Adun PAS Batu Buruk Yb Syed Azman yang memfitnah Menteri Besar Terengganu, Mahkamh NCVC 8 Komplek Mahkamah Jalan Duta, Kula Lumpur, Hakim Yang Arif Rosilah binti Yop memutuskan bahawa YAB MB Terengganu berjaya membuktikan kes fitnah terhadap dirinya dalam kes saman fitnah MB terhadap YB Syed Azman, Harakah dan 2 yang lain.


Kini seorang lagi YB PAS di Terengganu iaitu YB PAS Chukai mengakui dirinya terlibat dengan fitnah jahat apabila menerbitkan surat layang yang diakui beliau kandungannya adalah tidak benar, palsu dan dengan jelas berniat jahat dan serta tidak berasas yang bermotifkan untuk memburuk-burukkan nama baik EPIC iaitu sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Monday 7 April 2014

Hudud: 90% Undang-undang Malaysia Memang Berteraskan Hukum Islam?

 undang-undang

Niat untuk melaksanakan hudud itu perlu ikhlas. Sebarang manipulasi sistem Allah ini akan memberi kesan yang buruk terhadap perlaksanaan Hudud. Selama ini orang yang bukan Islam mempunyai pandangan yang cukup negatif dan buruk terhadap perundangan Islam. 

Mereka anggap Hudud sebagai undang-undang yang cukup zalim dan tidak berperikemanusiaan. Salah siapakah ini? Hakikatnya 90% perundangan Malaysia yang ada sekarang adalah menepati hukum Islam.  Namun disebabkan sikap PAS yang terlalu taksub cuba memanipulasikan Islam untuk kepentingan politik telah menyebabkan isu hudud dipergunakan untuk menimbulkan keraguan dikalangan umat Islam di Malaysia.

Perlu kita ingat bahawa semua umat Islam bertanggungjawab untuk memastikan perlaksanaan hukum hudud. Hukuman hudud  adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah s.w.t  di dalam Al Quran dan  Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Hukuman potong tangan ke atas pencuri antara perkara yang amat digeruni oleh bukan Islam dan dianggap melampau dan tidak adil sedangkan hukuman tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya dilaksanakan. Ianya perlu memenuhi tujuh syarat utama iaitu :-

Pertama: Menepati definisi mencuri
Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab
Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki
Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan
Kelima: Bukan harta syubahat
Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam
Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil

Walaupun begitu ianya juga tertakluk kepada sebab perbuatan mencuri tersebut. Sekiranya seseorang itu mencuri kerana kebuluran maka pemerintah bertanggungjawab untuk membantu pencuri tersebut kerana perbuatan beliau bukanlah satu perbuatan yang disengajakan.

Hudud tidak boleh dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa. Ianya perlukan perancangan dan kajiselidik yang cukup teliti. Rasulullah sendiri mengambil masa sebelas tahun semasa di Madinah sebelum dapat melaksanakan undang-undang hudud sepenuhnya.  Ketidak ikhlasan PAS dalam melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu telah terbongkar dengan sendirinya. Sebelum dapat merampas Kelantan, Nik Aziz pernah berkata bahawa beliau akan melaksanakan hudud sebaik sahaja beliau dapat merampas Kelantan dari UMNO. Namun setelah lebih dari dua puluh tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih belum berjaya melaksanakan hudud. Kini UMNO ingin membantu mereka tetapi dengan syarat hudud mereka perlu telus mengikut hukum Allah bukannya manipulasi hukum demi kepentingan peribadi  pemimpin PAS itu sendiri.

Tambahan pula walaupun kedudukan Kelantan dan Terengganu sebelah menyebelah namun draf hudud mereka berbeza sedangkan hukum Allah tidah sepatutnya berbeza mengikut negeri. Ianya tidak boleh dimanipulasikan sewenang-wenangnya.

Menurut hudud Kelantan terdapat 6 jenis kesalahan manakala dalam hudud Terengganu pula ada 7 jenis kesalahan. Ini merupakan bukti ketara draf hudud PAS telah dimanipulasikan.

6 Jenis Kesalahan Hudud PAS Kelantan
  1. Sariqah (mencuri)
  2. Hirabah (merompak)
  3.  Zina
  4. Qazaf (tuduhan zina tanpa 4 saksi)
  5. Syrub (minum arak)
  6. Irtidad atau Riadah (keluar dari Islam)
7 Jenis Kesalahan Hudud Terengganu
  1.   Sariqah (mencuri)
  2.  Hirabah (merompak)
  3. Zina
  4. Qazaf (tuduhan zina tanpa 4 saksi)
  5.  Syrub (minum arak)
  6. Irtidad atau Riadah (keluar dari Islam)
  7. Bughah
Ketelusan dan keikhlasan dalam perlaksanaan hudud yang merupakan hukum Allah bakal menaikkan mertabat Islam di mata dunia. Namun sebarang sabotaj dan pengkhianatan bakal menyebabkan Islam terus dilabel sebagai agama yang melampau dan zalim.

Rakyat Malaysia juga perlu tahu bahawa hebatnya kerajaan Barisan Nasional dalam meneraju Malaysia sejak sekian lama, telah mengubal undang-undang negara sehingga 90% perundangan kita berdasarkan perundangan hukum Islam. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pernah menyatakan bahawa sekiranya Malaysia melaksanakan undang- undang Islam sepenuhnya, lebih daripada 90 peratus undang- undang sedia ada tidak akan berubah. Persoalan sama ada Malaysia sebuah negara Islam atau sekular sebenarnya tidak perlu diperbincangkan kerana dalam Perkara 3(1) Perlembagaan jelas memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuan.

Niat terletak dihati. Sekiranya hati telah keras dan hitam segala tindak tanduk akan menjadi satu pengkhianatan terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan negara.  Ingatlah perpaduan umat Islam disaat kita diprovokasi dengan satu tujuan untuk menjatuhkan bangsa Melayu dan agama Islam kita perlu bangkit bersatu dan kembali ke pangkal jalan.

Pemfitnah Di Facebook Dah Kena Tangkap… Melayu Lagi!

1607095_224406774433417_3944769252267081861_n

Kalau kita perhatikan trend penangkapan mereka yang disyaki melakukan jenayah atau ancaman siber, rata-rata mereka adalah berbangsa Melayu-Bumiputera dan beragama Islam. Sedangkan kalau kita perhalusi pula di dunia siber, majoriti pelaku bukannya Melayu-Bumiputera, malah sesetengahnya menulis dalam Bahasa Melayu pun, tahap penguasaan mereka mengalahkan Bangla baru turun dari kapal dan mendarat di Tanah Melayu.

Hari ini seorang lagi suspek ditangkap ekoran laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentul dua hari lepas. Laporan polis dibuat berhubung postingnya dalam Facebook yang memaparkan mayat seorang wanita yang telah diedit dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor.

Suspek juga berbangsa Melayu dan dipercayai beragama Islam.


Pada 25 Mac lalu, seorang ahli DAP bernama NG KOK TEONG juga menulis di Facebook dan mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Malaysia dan para penyokong Barisan Nasional. Tulisan yang dibuat dalam Bahasa Cina, kurang dipopularkan dan seperti biasa TIADA SEBARANG TINDAKAN diambil terhadapnya.

Ketua Penerangan dan Publisiti DAP, Hew Kuan Yew yang cukup biadap dan berulang-ulang kali membayangkan kematian Rosmah Mansor, Perdana Menteri dan para penyokong Barisan Nasional, sehingga ke hari ini masih lagi bebas dan terus berceramah sana sini dengan gaya yang serupa. TIADA SEBARANG TINDAKAN diambil terhadapnya.

Paling ketara, pada tengah malam 31 Ogos 2012, seorang gadis Cina yang telah didedahkan gambarnya, datang ke balai polis untuk menyerah diri kerana dikehendaki setelah menghina gambar pemimpin bersama-sama gerombolan peguam termasuklah Ahli Parlimen DAP. 

Berbanding dengan seorang pemuda Melayu yang menunjuk punggung kepada gambar Perdana Menteri yang terpaksa merengkok dalam lokap, gadis Cina itu dibebaskan setelah keterangannya diambil. Manakala beberapa orang yang lain turut ditangkap dengan kebanyakan daripada mereka adalah Melayu, manakala yang berwajah Cina pula, hilang tanpa dapat dikesan sehingga ke hari ini.

551610_430943380285137_699584681_n

Ini adalah fenomena yang sedang berlaku dalam dunia siber Malaysia. Kalau anda menulis dan bertutur serta berwajah bukan Melayu, khususnya Cina, anda akan terlepas daripada sebarang hukuman, bahkan tidak akan ditangkap, ditahan atau dibicarakan. Kalau ditangkap pun atau datang menyerah diri, mereka hanya perlu memberikan keterangan tanpa perlu disimpan di dalam lokap.

Sudah ramai yang membuat andaian berdasarkan kepada kes-kes lepas, penangkapan Syed Saifullah yang menyiarkan poster menunjukkan ‘mayat Rosmah’, hanyalah tindakan mengkambinghitamkannya memandangkan lebih ramai yang tidak menulis dalam Bahasa Melayu, terus bebas dan terus bermaharajalela mengeluarkan pelbagai kenyataan-kenyataan palsu, bersifat subversif dan menipu.

Majoriti rakyat sebenarnya mahu pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah perkara yang lebih buruk dari berlaku. Manakala para penyokong Pakatan Rakyat pula, mahukan semua undang-undang di negara ini dihapuskan bagi membolehkan mereka berbuat sekehendak hati sepertimana mereka amat menentang matapelajaran Sejarah diajar di sekolah kerana menurut mereka Sejarah yang ada sekarang adalah pembohongan walaupun sebenarnya, merekalah yang cuba membohongi sejarah. Motif sebenarnya ialah supaya rakyat terutama sekali generasi muda tidak akan tahu mengapa perjuangan Pakatan Rakyat sebegitu rupa, sekaligus melupakan atau tidak tahu apa-apa tentang kedurjanaan yang telah dilakukan oleh parti-parti politik yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Contoh terbaiknya ialah DAP yang cukup gusar sekiranya Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 disebut dalam matapelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. PKR pula cukup gusar sekiranya catatan dan pengisytiharan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan tentang amalan seks songsang Anwar Ibrahim juga tercatat dalam buku teks sekolah. Manakala PAS amat bimbang sekiranya matapelajaran Sejarah mencatatkan bahawa parti itu menentang kemerdekaan Malaysia, sebaliknya menyeru penyatuan dan kemerdekaan di bawah Presiden Sukarno Indonesia.

Majoriti rakyat Malaysia yang memberi mandat kepada Kerajaan sedia ada sedang melihat adakah tindakan menangkap penjenayah siber akan terhenti kepada Syed Saifullah semata-mata, manakala yang menulis dalam Bahasa Cina akan lepas bebas begitu sahaja seperti dalam kes-kes yang lepas.

Cukupkah dengan hanya Melayu sahaja yang ditangkap dan itu dianggap sebagai satu kejayaan besar sedangkan perbuatan golongan yang menulis dalam Bahasa Cina pula, jauh lebih besar natijah dan kesan buruknya kepada negara sepertimana yang dilakukan oleh RBA dalam memomok-momokkan sentimen kemarahan rakyat China dalam kes MH370?

Saturday 5 April 2014

Tiba Masanya Kuatkuasakan Undang-Undang Pencegahan Jenayah Baru Dan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber PDRM

 zairil
Ada sebab mengapa Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya, Christopher Ross Lim beria-ia menentang kewujudan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber PDRM (CIRC) dalam usaha mencegah, memantau dan menahan pelaku-pelaku jenayah siber. Dan sudah tentulah, DAP menerusi Zairil tidak mahu melihat tentera-tentera siber DAP yang cukup berkesan, Red Bean Army terperangkap dengan aktiviti CIRC yang turut menguatkuasakan Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) yang telah dipinda.

DAP seperti yang diketahui, amat takut dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dan sama seperti perangai kaum kafir lain, mereka amat takut dengan kematian dan kesusahan. Disebabkan itulah, DAP sanggup melabur sejumlah besar wang agar ada Melayu-Bumiputera yang sanggup berperang dengan Kerajaan demi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta pencegahan lain kerana tanpa akta-akta berkenaan, barulah mereka boleh bergerak dengan bebas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah NEGARA CINA dengan hasutan dilakukan untuk memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan seperti yang mereka lakukan selepas ISA dimansuhkan.

Kita sudah mula mendengar laungan KEBEBASAN BERSUARA dan KEBEBASAN MEDIA dari kem Pakatan Rakyat, walhal dari segi amalannya, Pakatan Rakyat merupakan pihak yang paling kuat mengekang kebebasan bersuara dan kebebasan media sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi tindakan mereka menghalang wartawan-wartawan dari media-media yang mereka labelkan sebagai PERKAKAS UMNO. Sedangkan pada masa yang sama, mereka memperolok-olokkan UMNO dan Barisan Nasional jikalau portal-portal serta pasukan media yang condong kepada mereka tidak dibenarkan membuat liputan.

Perhatikan juga tindakan Lim Guan Eng yang mengerahkan PDRM Pulau Pinang menghalang sebarang demonstrasi yang dibuat ke atasnya kerana dikatakan mengganggu lalu lintas, tetapi apabila Pakatan yang membuat kekacauan di jalanraya, dia mengecam PDRM kerana tidak memberikan permit dan tidak membenarkan mereka beraksi seperti beruk. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang cukup galak bercakap tentang kebebasan media dan kebebasan bersuara, tetapi dia tidak akan menerima kritikan terus menerusi media sosial kecuali menghalang mana-mana orang yang boleh memalukannya atau menutup mulut dan aksi mereka dengan tindakan saman.

rba-sial1

Akta baru PCA membolehkan individu-individu yang ditahan, boleh ‘disimpan’ selama 70 hari tanpa perbicaraan berbanding ISA selama 60 hari. Manakala Pusat Tindak Balas Siasatan Siber PDRM pula boleh melakukan pemantauan, pengesanan, siasatan siber dan yang berkaitan dengannya bagi mengekang mana-mana subversif yang cuba menimbulkan huru-hara di negara ini menerusi hasutan melampau dan fitnah seperti dalam grafik yang ditunjukkan di atas.

Facebook merupakan antara medium yang paling digemari oleh para penyokong Pakatan Rakyat untuk menyebarkan fitnah dan dakyah kotor mereka. Mereka tidak segan silu berbohong dan memusingkan fakta asalkan bersesuaian dengan selera pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan harapan, rakyat Malaysia yang kurang membaca, kurang mengkaji dan enggan mengulangkaji sejarah, mudah termakan dengan pembohongan yang dilakukan.

Setakat ini, tidak banyak kejayaan yang dicapai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media dalam usaha mengekang budaya fitnah dan hasutan di dunia maya. Diharapkan dengan Undang-Undang Pencegahan Jenayah baru dan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber PDRM, mereka yang selama ini cukup angkuh dan bermaharajalela di media siber, dapat ditakal dan dipamerkan kepada rakyat Malaysia agar boleh dijadikan teladan.

Ketiadaan penguatkuasaan undang-undang yang tegas, menyebabkan lebih ramai yang berasakan mereka lebih bijak dan lebih kebal kerana kononnya mereka boleh berhelah yang mereka berada di luar negara dan tidak tertakluk kepada undang-undang di negara ini. Namun pada masa yang sama, SKMM dan CIRC boleh mengambil tindakan dengan menutup terus akaun terbabit dengan menggunakan kemudahan undang-undang pencegahan.

Justeru, tidak hairan mengapa DAP beria-ia benar menentangnya kerana mereka sedar, kekuatan mereka selama ini adalah daripada pembohongan dan pendustaan yang dilakukan tanpa segan silu dan tanpa malu-malu!

Friday 4 April 2014

Nurul Izzah Tolak Hudud?

 NURUL IZZAH MURTAD3

Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berlapik seolah-olah menolak hukum Hudud. Nurul Izzah berkata isu pelaksanaan hudud bukannya satu perkembangan baru di peringkat negeri Kelantan. “Bagi saya ini adalah tentang ‘faith of priority’ (keutamaan). Apa yang penting dan yang harus diberi keutamaan (sekarang) adalah perkara-perkara seperti ‘good governance’ (urus tadbir baik), menghapuskan rasuah dan mengurangkan kadar kemiskinan.“Ini adalah fokus saya sebelum beralih ke isu pelaksanaan hudud,”

Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:
 وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya : “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. ” (Surah al-Maidah (5) ayat 44)

Hukuman hudud merupakan hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah s.w.t di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T. Ianya tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Persoalannya sekarang adakah draf hudud PAS dan Kelantan menepati erti kata hudud yang sebenarnya? Perlu kita ingat bahawa hukuman hudud tidak boleh diubahsuai dan dipinda mengikut kesesuaian pemimpin PAS dan sekutu mereka. Hudud adalah hak Allah s.w.t.

Isu yang paling ketara dalam hudud PAS yang jelas bertentangan dengan hukum Allah adalah Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS. Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan  namun pengikut PAS harus terima itulah hakikat hudud yang mereka bangga-banggakan.

Manakala  di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 pula , iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

“Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur”.

Peruntukkan ini menyatakan dengan jelas bahawa  persetubuhan melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS. 

Di dalam hukum Allah jelas menyatakan bahawa liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan.  Mengapa PAS membezakan persetubuhan dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud? Peliknya kerana walaupun Hudud PAS Terengganu menerima bantahan yang hebat ketika bahas, rang undang-undang itu diluluskan juga oleh Kerajaan PAS yang memerintah Terengganu semasa itu.

Apabila manusia memakai topeng Islam untuk tujuan politik kotor mereka maka kesucian Islam telah dipertaruhkan dan bakal diperjudikan demi secebis sokongan. Ketaksuban PAS mempermainkan hukum ALLAH dengan menulis hukum sendiri dan memanggilnya  sebagai hukum ALLAH sebenarnya amat keji. Rakyat perlu tahu bahawa enakmen PAS itu bukanlah 100% hukum daripada ALLAH, undang-undang Islam yang sebenarnya.

Begitu juga dengan isu cukup umur. Dalam Seksyen 1 didalam Enakmen  Hudud PAS memperuntukkan bahawa”mukallaf itu maknanya seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna aqalnya”. Ini bercanggah dengan hukum syarak. Hukum Islam telah menetapkan bahawa mukallaf itu adalah mereka yang sudah mencapai umur aqil baligh, iaitu datang haid bagi perempuan atau datang mimpi bagi lelaki, atau dalam ketiadaannya, sudah mencapai umur 15 tahun hijriah.

Selama ini UMNO menolak Hudud PAS yang jelas amat bertentangan dengan hukum Allah. Insyaallah sekiranya mereka dapat memperbaiki kelemahan ketara yang jauh terpesong dengan hukum Allah maka UMNO akan bekerjasama dengan PAS untuk melaksanakan hudud di Malaysia.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob pada Rabu lepas mengumumkan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri yang mahu menyiapkan dua rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen bagi merintis kepada pelaksanaan hudud dan qisas di Kelantan. Keputusan itu katanya adalah sebagai menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.

Walaubagaimana pun tentangan dari  DAP  dan PKR berkenaan perlaksanaan hudud ini bakal menyaksikan pertelingkahan dalam pakatan pembangkang. DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Manakala bagi PKR ianya bukanlah keutamaan mereka. Insyaallah UMNO akan bersama PAS dalam menegakkan hukum Hudud yang sebenarnya bukan hudud yang mengikut selera dan citarasa pemimpin PAS dan sekutunya.

Tarif Air Naik Di Pulau Pinang Vs Barang Naik

 air pp1

Langkah “drastik” Lim Guan Eng untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang secara tidak langsung menggambarkan Pakatan Pembangkang ini merupakan pemerintah yang akan menaikkan harga barangan sesuka hati dan membebankan rakyat tanpa sebab yang cukup kukuh. Ini amat berbeza dengan Kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah dengan sengaja menaikkan sebarang harga barangan melainkan terpaksa. Rakyat juga perlu ingat bahawa kenaikan harga barangan yang berlaku sekarang adalah akibat dari provokasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan bantuan “tangan ghaib” yang memegang ekonomi negara kita. Namun kenaikan tarif air di Pulau Pinang jelas memang disengajakan oleh DAP.

Isu kenaikan tarif air di Pulau Pinang  menjadi topik hangat ketika ini memandangkang dalam PRU13 baru-baru ini dalam manifesto mereka menegaskan untuk memastikan kerajaan negeri dan Persekutuan mengurangkan tarif air. Pakatan pembangkang turut menyatakan penetapan tarif air pada kos rendah akan mengurangkan beban kos hidup orang ramai. Pembohongan mereka terbongkar kali pertama apabila  selepas PRU13 kerajaan Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj pemulihan air (WSC)  pada 1 September 2013. Kini kerajaan Pulau Pinang sekali lagi memungkiri janji kepada rakyat dengan mengumumkan kenaikan menaikkan tarif air pada tahun ini pula.

Bayangkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional membuat kenyataan bahawa KENAIKAN HARGA barangan adalah untuk mengajar rakyat berjimat cermat. Maka pihak pakatan pembangkang tanpa membuang masa akan terus “menjerit” “melolong” macam orang gila “menghentam” kerajaan Barisan nasional.  Namun apabila perkara yang sama dilakukan oleh Lim Guan Eng @ DAP maka mereka pun memberikan justifikasi betapa praktikal dan berhemahnya keputusan mereka itu dan ironinya penyokong pakatan pun dengan “redha” menerima keputusan tersebut.

Dalam kekalutan rakyat menghadapi krisis air, tiba-tiba Lim Guan Eng @ DAP telah mengumumkan kadar tarif air Pulau Pinang akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Beliau turut menyalahkan penduduk negeri Pulau Pinang kononnya tidak bijak menguruskan penggunaan air sehingga menyebabkan negeri ini menjadi negeri tertinggi penggunaan air dalam kalangan penduduk.

Isu air merupakan antara topik hangat dalam negara ketika ini. Dalam keadaan Selangor melaksanakan pencatuan air akibat dari keputusan “bodoh” Khalid Ibrahim yang sebelum ini bermati-matian menolak  pembinaan “Langat2” maka rakyat Selangor terpaksa menanggung akibatnya. Rakyat perlu tahu bahawa keputusan menolak projek Langat 2 sebelum ini bukan merupakan keputusan Khalid Ibrahim seorang. Ianya seolah-olah merupakan “ARAHAN” dari pihak tertinggi Pakatan Pembangkang. Dengan ertikata lain tidak ada satu pun kebaikan yang disumbangkan oleh pakatan pembangkang melainkan kesengsaraan kepada rakyat.

Hakikatnya keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air kononnya bagi mengawal penggunaan bahan itu di kalangan rakyatnya adalah tidak wajar sama sekali. Ianya merupakan satu  tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab dalam keadaan syarikat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kini meraih keuntungan.  DAP ternyata tidak mementingkan rakyat yang terpaksa menanggung kos kenaikan itu.  Dalam keadaan PBAPP meraih keuntungan DAP masih mahu menekan rakyat.

Mentaliti DAP sebenarnya amat gagal sebagai pemerintah. Mereka lebih mirip kepada organisasi yang berteraskan keuntungan. Percaturan hidup rakyat Pulau Pinang sudah menjadi transaksi perniagaan buat DAP.  Dengan itu sebarang unsur yang mengganggu perancangan memaksimakan keuntungan bakal mengalami mimpi buruk tidak lama lagi.  Dengan erti kata lain kos hidup di Pulau Pinang bakal melambung tinggi sepertimana Singapura yang merupakan antara negara yang kos sara hidupnya merupakan yang tertinggi di dunia.

Tanggungjawab mereka untuk menjaga kebajikan rakyat seolah-olah menjadi agenda terakhir dalam “list” DAP. Hakikatnya mereka dipilih untuk rakyat untuk menjaga kebajikan bukannya membentuk komuniti rakyat Pulau Pinang sebagai perniagaan. Alasan yang cukup tidak bertanggungjawab DAP kononnya langkah kerajaan negeri untuk menaikkan tarif air merupakan suatu usaha untuk mengelak catuan air terpaksa dilakukan di Pulau Pinang. Kerajaan negeri terpaksa menaikkan tarif air untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan kadar penggunaan air agar generasi akan datang mempunyai lebih banyak peluang untuk tidak mengalami catuan air. Betapa hipokrit dan tidak bertanggungjawabnya kenyataan Lim Guan Eng@DAP.

air pp2