Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 28 February 2014

Fitnah SPR Gagal : Pembangkang Ugut Huru Hara Dengan Demo Jalanan?

BERSIH GANAS
Kegagalan pembangkang dalam cetusan provokasi fitnah yang mereka taburkan terhadap Barisan Nasional telah menyebabkan mereka menuduh sekali lagi sistem kehakiman negara tidak adil.   Bagi pembangkang ianya hanya  adil sekiranya sistem perundangan menyebelahi mereka sahaja.  Pembangkang seolah-olah mengugut akan melakukan siri demo jalanan yang menyusahkan rakyat lagi berikutan kegagalan mereka memanipulasikan sistem kehakiman dalam isu SPR.

Adakah pembangkang lupa bahawa mereka telah “tertangkap” dengan beberapa penipuan besar yang tidak bertanggungjawab sepanjang PRU13 yang lepas?  Perangai “buat-buat lupa” pembangkang dengan menyalahkan keseluruhan  kegagalan mereka di bahu  SPR dan Barisan Nasional menunjukkan sikap politik keji  “ Baling Batu Sembunyi Tangan Mereka “.

Sebelum ini mereka telah mengadakan siri himpunan Blackout kononnya  SPR dan Barisan Nasional telah menipu dalam  PRU13 yang lepas dalam insiden lampu padam. Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Rakyat perlu tahu bahawa  pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR, gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

Begitu juga dengan fitnah pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) ‘import’ pengundi Bangladesh adalah pembohongan tahap “gila”.  Kononnya terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tambahan pula  Ambiga dalam kenyataan terbaharu yang disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini, bertindak menyalahkan kerajaan di sebalik fitnah mereka apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mencipta helah.

Hakikatnya  40,000 Bangla telah dipropagandakan oleh Pembangkang  dalam masa yang agak lama semata-mata untuk menunjukkan wujud kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR. Malahan  mereka sibuk menangkap pengundi keturunan India dan Mamak semata-mata mahu membuktikan kewujudan 40000 pengundi Bangladesh semasa proses PRU13 berlangsung.  Media pembangkang juga turut  menyiarkan gambar Orang Asli yang sedang beratur  menunggu giliran mengundi  yang mereka tuduh  sebagai pengundi warga Bangladesh. Dan  penyokong PR sendiri yang keturunan Mamak ditangkap kerana disangkakan pengundi Bangladesh yang diupah mengundi BN.

 
Kini mereka  menyalahkan Barisan Nasional sepenuhnya  atas kegagalan pembangkang memenangi petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan di mahkamah. Mereka mahu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  kononnya untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan menjalankan persempadanan pilihan raya secara adil setelah siri fitnah pembohongan mereka gagal.



Kononnya mereka mahu memastikan SPR mengendalikan pilihan raya yang adil dan bebas bagi pihak pembangkang dan calon bebas terhadap calon Barisan Nasional  sedangkan rakyat tahu segala fitnah dan provokasi jahat yang mereka lakukan selama ini begitu menyusahkan rakyat dan kerajaan. Kononnya mereka akan megadakan kempen kesedaran yang padu dilancarkan untuk mendidik orang ramai bahawa pilihan raya mesti dimenangi melalui peti undi dan bukan membawanya ke mahkamah disebabkan amalan penipuan dan rasuah. Ini seolah-olah cuba menutup siri penipuan jahat pembangkang itu sendiri.

Kononnya juga pembangkang khuatir orang ramai akan mengambil tidakan lebih radikal pada masa hadapan apabila kononnya  menyedari bahawa akses kepada keadilan di mahkamah adalah mustahil sedangkan hakikatnya pembangkang sendiri seolah-olah sedang merancang untuk mengadakan siri demo jalanan lagi dengan isu ciptaan sesuka hati mereka sendiri.

Seperti biasa, segala tindakan pembangkang ini seolah-olah  dikuatkan lagi dengan “hasutan” dari Peguam veteran Karpal Singh, yang mewakili DAP dalam banyak petisyen pilihan raya sejak 35 tahun lalu mengatakan  mahkamah bertindak perlahan bagi keputusan berkenaan pengundian pada hari mengundi. Kerajaan perlu mengambil tindakan atas segala kenyataan yang berupa hasutan untuk mencetuskan huru-hara.

Negara perlukan keamanan demi memastikan transformasi  demi kesejahteraan rakyat dan negara dapat dilaksanakan. Tindakan pembangkang yang cuba  menghalang perlaksanaan rancangan kerajaan perlu dikekang dan dipantau sepenuhnya.

Thursday 27 February 2014

Keuntungan FGV Meningkat, Propaganda PAS Tersasar Lagi

FGVH2-565x436[1]
Pada 8 Februari 2012 kira-kira dua bulan sebelum Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia, PAS melalui Ahli 
Mazlan Aliman PAS - FGV
Jawatankuasa Pusat iaitu Mazlan Aliman pernah mempropagandakan FELDA akan mengalami kerugian besar disebabkan penyenaraian itu.


Mazlan yang juga adalah Pengerusi NGO tidak berdaftar Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata kerugian yang akan dialami FELDA bakal mencecah RM1.5 bilion sekaligus dakwanya lagi akan menjejaskan pendapatan peneroka setiap bulan.

Selain itu kesan penyenaraian FGV di BSKL juga katanya akan mendatangkan risiko terhadap tanah milik peneroka FELDA. Itu antara propaganda yang sering dilaungkan oleh Mazlan dan PAS dalam usaha jahat mereka menggagalkan penyenaraian FGV di BSKL.

Serentak dengan kempen propaganda itu, PAS juga mempelopori himpunan jalanan termasuk demonstrasi berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan yang rata-rata pesertanya bukan peneroka tetapi ahli dan penyokong PAS yang dikerah dari seluruh negara.

Mereka juga mengadakan kempen bergerak dengan cuba masuk ke kawasan FELDA semata-mata nak mengelirukan para peneroka bagi menanam kebencian dan bibit kemarahan dengan harapan hasilnya kelak membolehkan undi sebahagian besar peneroka memihak kepada PAS.
Mazlan Aliman PAS - FGV Untung

Namun takdir Illahi nyata berbeza dari pengharapan PAS bila mana kempen propaganda PAS dan gambaran negatif yang diwar-warkan oleh pemimpin PAS tersasar sama sekali. PAS gagal mempengaruhi majoriti besar peneroka dan BN pula kekal menguasai sebahagian besar Parlimen dan DUN yang mempunyai kawasan FELDA.

Baik sebelum dan selepas disenaraikan, FGV dan FELDA sendiri tidak hanya berjaya menepis propaganda PAS malah berjaya membuktikan usaha penyenaraiannya di BSKL adalah satu tindakan betul dengan mengambil kira kepentingan para peneroka.

Tiada tanah peneroka yang terjejas atau tergadai sebaliknya yang terjadi mereka berpeluang pula menjana pendapatan tambahan melalui pemilikan sejumlah 800 unit saham FGV. Tidak hanya itu, peneroka juga diberi imbuhan RM15,000 untuk satu keluarga – satu imbuhan yang langsung tak termimpi oleh pelabur PAS melalui KOHILAL.

Malah beberapa bulan selepas FGV disenaraikan dalam Bursa Malaysia para peneroka yang memiliki pegangan saham dalam FGV turut mendapat dividen interim 5.5 sen serta perolehan keuntungan dana amanah peneroka yang keseluruhannya berjumlah RM400.00.

Hampir setahun selepas disenaraikan FGV merekodkan keuntungan sebelum cukai RM1.13 bilion atau pun keuntungan bersihnya ialah RM905.058 juta, menjadikannya antara kaunter pelaburan yang aktif dan diminati pelabur BSKL.

Hasil keuntungan itu kemudiannya membolehkan para peneroka yang memiliki 800 unit saham FGV memperolehi dividen 8.8 sen seunit atau perolehan tambahan RM400 hingga RM500 dengan hanya goyang kaki sahaja.

Itu baru keuntungan atas angin untuk peneroka selaku pemegang saham yang memiliki 800 unit saham. Bayangkan pula keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat Kerajaan PAS Kedah yang waktu itu memiliki pegangan sejumlah 500,000 unit saham. Tentu lagi mencanak tinggi keuntungannya.

Hari ini selepas hampir dua tahun FGV disenaraikan di BSKL, Alhamdulillah sekali lagi FGV merekodkan keuntungan bersih yang meningkat sehingga mencecah RM1.107 bilion, jauh lebih baik berbanding keuntungan bersih RM905.058 juta tahun sebelumnya.

Peningkatan keuntungan ini sekali lagi membolehkan peneroka yang melabur turut sama meraih dividen 10 sen sesaham. Nilainya seperti nampak kecil tapi jelas lebih berbaloi dari melabur dalam pelaburan KOHILAL yang dikendalikan PAS yang sampai sekarang tidak tahu ke mana pergi wang pelaburnya.

Perkembangan terbaru ini jelas membuktikan hakikat bahawa propaganda jahat PAS dan Mazlan Aliman sejak sebelum PRU-13 hingga sekarang berkenaan FGV hanyalah omongan kosong yang semakin tersasar dari realiti semasa.

Tuesday 25 February 2014

Catu Air: Bakal MB S’gor Ligat Depan Kuil, Rakyat Tinggal Ternganga


Anwar-Ibrahim1
BILA kita kata Anwar Ibrahim ini jenis manusia yang cakap saja pandai, tapi hasil yilleekk, ramai yang melompat marah.  Diangkutnyalah semua cerita kejayaan semasa dia ...

Ini wolanggggg muka tara malu.. 

Presiden Telah Dihina, Tapi Penyokong Tetap Jilat PKR

surat
Para penyokong PAS semacam dilanda wabak penyakit nyanyuk kalau tidak pun mengalami sindrom sakit otak akut. Prinsip wala’ dan tsiqah yang selama ini cukup mereka bangga-banggakan, telah menukarkan mereka sebagai zombie atau mayat hidup yang matlamatnya hanya untuk memakan otak manusia yang sihat.

Sudah berjuta kali pendedahan dibuat bagaimana PKR sebenarnya tidak pernah ikhlas dengan PAS. PKR hanya mahu mempergunakan PAS. PKR hanya melihat jumlah ahli PAS yang ramai, bodoh, jahil dan buta perut yang boleh mereka tunjal-tunjalkan dan kemudian dikerah untuk melaksanakan perancangan jahat PKR.

Kita perhatikan sahaja. Sepanjang tahun 2008 sehingga 2013, berapa banyak demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS berbanding PKR. Demonstrasi-demonstrasi tersebut untuk siapa? Adakah untuk parti atau sekadar untuk memenuhi kehendak DAP dan Anwar Ibrahim (PKR) semata-mata?

Dan berapa banyak pula demonstrasi yang dikerahkan kepada ahli-ahli PAS agar hadir beramai-ramai dan dianjurkan pula oleh PKR dan DAP? Apa yang berlaku selepas itu ialah segala keburukan terpaksa ditanggung oleh PAS sedangkan PKR dan DAP pula tidak sahaja berlepas tangan, bahkan mereka berpura-pura tidak tahu.

PRU-13 mencerminkan niat sebenar PKR. PKR seperti tahun-tahun sebelumnya main cekup sesiapa sahaja yang menyokong mereka untuk dijadikan calon. Di Terengganu, PKR yang kemaruk hendak menguasai kerusi yang ditandingi telah meletakkan calon-calon yang pada pandangan PAS setempat sebagai mencacatkan. Akhirnya PAS turut meletakkan calon di situ, dan berlakulah pertembungan tiga penjuru yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada UMNO-BN.

Sunday 23 February 2014

Pertikai Khutbah & Al-Quran: Kit Siang Panas Punggong

lim-kit-siang-dap-rasis-anti-islam-jakim-pmo-jpm-kerajaan-bn-umno-parti-agensi-agama-muslim
SI TUA bangka rasis dan ekstrimis, Lim Kit Siang semalam begitu cemas sekali bila kenyataannya mengkritik khutbah Jumaat yang di dalamnya terkandung ayat 120, Surah Al-Baqarah, sudah menjadi 2 fenomena besar di seluruh negara.

Fenomena yang pertama, bila kenyataan itu mengesahkan apa yang sering orang cakap mengenai DAP dan Kit Siang sendiri sebagai ekstrimis agama dan rasis sebenar. Fenomena kedua, bila ada di kalangan penyokong pembangkang yang menganggap kenyataan itu sebagai petunjuk bahawa khutbah Jumaat akan diharamkan, terutama di negeri yang mereka perintah.

Penulis tidak salahkan penyokong pembangkang yang percaya kepada anggapan itu (khutbah Jumaat akan diharamkan), siapa penyokong pembangkang yang baca kenyataan Kit Siang pada 1 Februari itupun akan buat anggapan yang sama.  Maklum sajalah, selepas Kit Siang pertikai, Tony Pua pulak sambung - isu berkaitan Valentine Day, pun petik dari khutbah Jumaat.

Kononnya kata Kit Siang dia tidak merujuk kepada mana-mana ayat Al-Quran, sedangkan hakikatnya, teks Khutbah Jumaat yang disediakan JAKIM itu memang merujuk kepada Al-Quran.  Pusing tang mana pun, tetap Kit Siang kena, tak boleh nak elak lagi. Kalau tak faham pasal ibadah orang Islam, jangan buka mulut komen, tapi dah buka juga, kenalah.

Ini bukan zamannya di mana rakyat mudah dibodoh-bodohkan.  Betul, ramai hari ini di Malaysia kelihatan bodoh apabila sokong Anwar Ibrahim yang terang-terang menipu dalam banyak hal, termasuk memanipulasi sistem pilihanraya, tapi itu kerana mereka percaya perubahan kerajaan perlu di Malaysia, maka itu, jadi bodoh pun jadi bodohlah.

Yang kita tak boleh terima sekarang, Kit Siang cuba mengambil kesempatan dari kecelaruan fikiran segelintir orang di negara ini dengan mempersoalkan khutbah Jumaat yang di dalamnya memetik ayat-ayat suci Al-Quran.

Maka itu penulis menggesa pihak berkuasa, jangan bagi muka dengan orang tua ini.  Kalau belum ada laporan polis dibuat, sila maklumkan, kalau dah ada, sila ambil tindakan dengan segera sebelum Kit Siang mengarut entah apa-apa lagi.

Friday 21 February 2014

NURUL IZZAH AKUI DIRINYA TELAH 'DICEROBOHI'!!!


Demikian pengakuan yang telah dibuat oleh Si Nurul Izzah tu dalam majalah Nona keluaran bulan Mac nanti. Seperti mana yang SH katakan, SH ada satu salinan majalah tersebut.

Biarpun majalah tu dijadualkan bulan Mac nanti, ianya dah mula dijual bulan ni. Jadi, kepada sesiapa yang tak percaya dengan apa yang SH tulis, pergi la baca sendiri kenyataan Si Nurul Izzah ni.

Dia mengaku kepada pihak editor bahawa dia terasa diri dia telah dicerobohi apabila cerita mengenai penceraian yang telah difailkan dimahkamah sebelum ini hangat diperkatakan dilaman media.

Pihak editor majalah tersebut bertanya mengenai respon dia terhadap isu tersebut dan bagaimana reksi dia bila cerita hangat tu mula tersebar serta menjadi bahan bualan dikalangan rakyat.
"Sudah semestinya saya terkejut besar kerana ini merupakan satu pencerobohan ke atas hal peribadi saya. 

Semestinya ini sudah melanggar batas privasi keluarga kami sedangkan saya dan juga suami bertungkus lumus bagi memastikan kelangsungan harmoni dalam ikatan kami sebagai suami isteri serta ibu bapa kepada kedua anak - anak yang sedang membesar," balasnya kepada penulis.
Nah!!! Kan betul Si Nurul Izzah tu mengaku bahawa hak peribadi dia telah dicerobohi oleh orang luar sehingga dianggap menganggu kelangsungan harmoni dalam hidup dia sekeluarga.

Tidak cukup dengan itu, Si Nurul Izzah tu juga menganggap tuduhan tersebut turut memberi kesan kepada dia sekeluarga termasuk anak - anak dia yang masih kecil.

Heh! Itu kata dia sebelum kes tuntutan fasakh tu didengar buat kali keduanya baru - baru ni. Kalau betul dia nak selamatkan perkahwinan dia, kenapa dia tak tarik semula tuntutan tu?

Kenapa dia masih jugak meneruskan tuntutan tersebut di mahkamah? Itu satu persoalan yang perlu dijawab. Kalau tidak, tak guna la dia setakat mengabihkan air liur tak tentu arah.

Soal seterusnya sudah tentu mengenai Hak Privasi dan Pencerobohan ke atas hal peribadi yang dia maksudkan. Jelas, apa yang dia cakap tu hanya RETORIK semata - mata. Dia cakap tak serupa bikin.

Selama hari ini, dia sendiri sering kali mencerobohi hak privasi orang lain dan mengheret keluarga orang dalam kancah Politik. Tapi dia tak anggap itu sebagai satu pencerobohan pulak?

Sebaliknya, dia hanya anggap itu satu agenda Politik, tidak ada kaitan dengan agenda peribadi sedangkan hal yang dia bangkitkan ada kaitan dengan keluarga orang lain.

Memang sah la yang Si Nurul Izzah ni jenis manusia yang tak sedarkan diri. Bila dah terkena batang hidung dia, baru la dia tau macam mana perasaan keluarga orang lain. Kalau dia tak nak terkena pada keluarga dia, jangan sibuk cerita pasal hal orang lain!!!

'Syabas membazir mahu saman saya' - Kenyataan angkuh Rafizi Ramli

  • Rafizi RamliRafizi Ramli
 1 / 2 
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membazir wang dengan membayar peguam untuk menyaman wakil rakyat yang mengkritik badan tersebut.

Menurutnya, wang berkenaan lebih wajar digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua loji pembersihan air (LPA) dapat dielakkan berlaku lagi.

"Saya dimaklumkan bahawa Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saya atas kenyataan yang saya buat mengenai masalah bekalan air yang melibatkan lebih 100,000 pintu rumah di sekitar Lembah Klang.

"...nampak dangkal apabila ia sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya, sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua LPA di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegas Rafizi, beliau telah mengambil semua langkah bagi membantu penduduk yang sering mengalami gangguan bekalan air, namun langkah tersebut tidak sedikit pun mengurangkan masalah yang dihadapi penduduk.

"Sebagai wakil rakyat, saya telah mengambil pelbagai jalan untuk membawa rasa tidak puas hati penduduk yang sering menjadi mangsa gangguan bekalan air terutamanya di kawasan Pandan.

"Malangnya, semua langkah-langkah ini baik yang bekerjasama atau berdepan dengan Syabas tidak sedikit pun membaiki prestasi bekalan air kepada penduduk," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan mengakui tidak dapat menerima alasan gangguan terbaru yang dikemukakan pihak berkenaan.

"Dalam gangguan terbaru, saya tidak dapat menerima alasan bahawa dua LPA itu ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di sedangkan sekiranya LPA itu dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

"Melalui semakan awam, saya mendapati bahawa kedua-dua LPA itu hanya boleh memproses air sungai yang mempunyai kandungan ammonia maksima sebanyak 1.5 miligram/liter.

"Pada masa yang sama, sisa air rawatan dari sistem kumbahan yang dilepaskan ke sungai-sungai oleh Indah Water Konsortium (IWK) mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi kerana piawai yang dibenarkan adalah maksima 15 mg/liter atau 25 mg/liter (bergantung lokasi sungai).

"Ini bermakna pengendali LPA sememangnya tahu bahawa wujud kemungkinan bahawa kandungan ammonia di dalam air sungai yang tinggi terutamanya apabila musim panas kerana kekurangan hujan," katanya.

Justeru beliau melihat sewajarnya pihak pengendali LPA boleh menduga tempoh tertentu yang mana kadar kandungan ammonia di dalam air sungai lebih tinggi yang boleh menjejaskan bekalan air.

"Persoalan yang saya timbulkan ialah kenapa tidak ada tindakan proaktif sebelum ini untuk menaiktaraf LPA sedia ada agar loji loji ini boleh mengambil air sungai yang mengandungi ammonia yang lebih tinggi?

"Saya difahamkan Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

"Masalahnya, pemasangan sistem penapis baru ini akan mengambil masa lebih enam bulan dari sekarang dan tidak akan menyelesaikan masalah bekalan air sekarang. Bukankah jika tindakan ini diambil lebih awal, dengan mengambil kira ramalan cuaca, masalah gangguan bekalan air yang kini menyusahkan rakyat di seluruh Selangor dapat dielakkan?," soalnya.

Tambah Rafizi, beliau akan terus menyuarakan bantahan kepada mana-mana pihak yang tidak meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan dalam memastikan bekalan air yang baik kepada penduduk meskipun akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Wednesday 19 February 2014

Peruntukan RM 4 Bilion dan RM 750 Juta Punca Waytha Moorthy Berhenti?

waytha
Seminggu selepas meletakkan jawatannya sebagai senator dan timbalan menteri, pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy muncul kali pertama dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunaikan janjinya kepada kepada komuniti India.

Dalam sidang medianya selama 20 minit hari ini, Waythamoorthy turut menggesa Najib (kanan) supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.
“Over the last eight months, I had at least 16 meetings with the prime minister at his office in Putrajaya,” Waythamoorthy explained.
“In each of these meetings, I kept pushing for the naming of the new unit that he promised I was to head, as well as for the budget that was agreed to.”
Pada Isnin lalu Waythamoorthy menyerahkan surat peletakan jawatan, lapan bulan selepas dia menandatangani memorandum kontroversi persefahaman (MoU) dengan BN beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13.

Apa yang gagal diterangkan kepada umum oleh Waytha Moorthy ialah beliau menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan berbanding NGO yang beliau ketuai belum ini. Jika dalam NGO beliau mempunyai kebebasan mengarah dan menguruskan dana, ia tidak akan boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam kerajaan.

Menurut sumber, Waytha Moorthy menuntut mahukan sebuah jabatan khusus yang dianggotai sekitar 50 orang pegawai dengan peruntukan antara RM 4-5 bilion.

Selepas pilihan raya, Kerajaan BN memberi RM750 juta kepada kaum India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian/agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

Malangnya, Waythamoorthy mahukan beliau menguruskan secara langsung dana RM 750 juta tersebut. Permintaan ini tidak mungkin dipenuhi oleh Perdana Menteri kerana ia bertentangan dengan prosedur kewangan kerajaan.

Selain itu, adalah mustahil untuk kerajaan memenuhi semua tuntutan Hindraf yang ada antaranya bertentangan dengan perlembagaan negara.

SOSMA: Kit Siang Bukan Saja Pertikai Khutbah, Tapi Al-Quran, Tangkap Cepat!!

1782315_600492096705130_1721711603_o
KENYATAAN Lim Kit Siang mempertikaikan Khutbah Jumaat yang disiarkan Roket Kini pada 2 Februari yang lepas (telah dipadamkan) bukan sahaja membawa maksud penasihat DAP itu mempersolkan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM, tapi juga ayat-ayat suci Al-Quran (Ayat 120 – Surah Al-Baqarah).

Itu jelas dan nak menafikan pun tidak berguna kerana walaupun sudah dipadamkan, caption dari artikel tersebut bersepah di Internet untuk dirujuk.  Tambah memudahkan kerja polis, artikel itu disiarkan oleh kesemua media pro pembangkang seperti Malaysian Insider dan Malaysia kini.

Apa layak cina tua itu nak pertikai ayat-ayat Al-Quran?  Siapa bagi dia tauliah itu?  Ini bukan cakap budak-budak SRJ(C), tapi veteran politik yang dah berpuluh tahun bergelumang dalam politik, tunggu mati saja baru nak letak jawatan.  Takkan nak kata tak tahu atau tak sengaja?

Justeru, penulis tidak nampak apa-apa alasan kenapa pihak berkuasa negara perlu berlengah lagi.  Tua keparat DAP itu sudah sepatutnya ditahan di bawah  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA seperti yang disebutkan Ketua Polis Negara semalam.

Lagi lambat orang tua ini dihantar ke dalam, lagi banyak masalah yang akan timbul.

Di Pulau Pinang, ketegangan dikatakan sudah sampai ke tahap membimbangkan.  Beberapa insiden seperti pemasangan poster yang mengaitkan nama Allah dengan agama Kristian, masjid yang dibaling daging babi dan sebagainya, adalah bukti kepada dakwaan tersebut.

Bercakap tentang itu, kita masih tidak pasti pihak mana yang mula, pihak dalam negara ni atau pihak dari luar negara yang sengaja nak melihat Malaysia ini bergolak supaya pelaburan asing masuk ke negara pulau mereka yang kebelakangan ini semakin merudum (FDI kita semakin meningkat).

Oopss..penulis sebut negara pulau ke tadi?  Takpelah, ada berpuluh negara pulau di dunia ini, tekalah mana satu yang dimaksudkan.

Tapi yang pasti, apa yang berlaku di Pulau Pinang itu dan beberapa elemen hasutan seperti kenyataan Kit Siang yang mempersoal khutbah Jumaat dan ayat-ayat suci Al-Quran, boleh mencetus keadaan yang tidak tenteram kalau tidak ditangani dengan segera.

Nak bagi hangat keadaan, Lim Kit Siang sendiri yang membakar perasaan orang Islam dengan mempertikaikan khutbah Jumaat dan ayat Al-Quran tersebut, dia tuduh UMNO pulak yang main sentimen keagamaan dan perkauman!!  Mengejutkan?  Tidak, ini memang permainan DAP dari dulu, dia yang mula, lepas itu tuduh orang lain – 13 Mei sebagai contoh.

Teresa Cock baru-baru ini macam itu juga, satira la, apa la, tapi bila orang Melayu dah marah, siap menyembelih ayam atas gambar dia, dah tuduh kita pulak ekstrim, eh, kalau kau tak mula dulu, boleh jadi macam itu ke?

Jadi nak tunggu apa lagi, tangkap dan penjarakan orang tua itu dengan segera, jangan sampai ada yang ambil tindakan sendiri.

Politik cara Kit Siang dan konco-konconya dalam DAP  ni kalau tak dihentikan, dia akan bawa lebih banyak keburukan kepada negara kita kalau tak dibendung.  Nasib baik ada ISA dan pemimpin macam Tun Mahathir dulu, aman keadaan, keluar Tun Abdullah bagi longgar sana sini, dah puak2 ni ambik kesempatan.  Nasib baik ada SOSMA dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib.

Maka itu, gunalah Akta itu untuk pastikan negara ini kekal aman dan harmoni.

Sunday 16 February 2014

BN Pengecut Jika Tidak Bertanding di Kajang – Ahmad Maslan

BN
Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) diharap dapat membuat keputusan segera sama ada akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, keputusan perlu dibuat untuk memudahkan perancangan gerak kerja jentera parti memandangkan setakat ini ahli akar umbi masih tertanya-tanya.

“Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

“Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Batu 10 dan mengunjungi rumah beberapa penduduk di sini hari ini.

Dalam program tersebut, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO diiringi Pengerusi MCA Hulu Langat, Lee Ban Seng; Ketua Wanita UMNO Hulu Langat, Azizah Saadin; Ketua Pemuda bahagian, Mohd. Halim Wahab dan Ketua Puteri bahagian, Helmi Fadilah Abd. Halim.

Beliau turut menyerahkan bantuan peribadi dan daripada UMNO Hulu Langat kepada beberapa penduduk yang mengalami masalah di Kampung Batu 10, Taman Shah Jaya dan Taman Damai Jaya.

Mengulas pendapat beberapa pihak yang meminta BN tidak bertanding dalam PRK DUN Kajang, Ahmad berkata, tindakan sedemikian adalah langkah pengecut malah memberi gambaran parti itu telah kalah sebelum berjuang.

“BN hanya memerlukan 3,500 undi baharu untuk memenangi kerusi ini malah kita pernah menang di sini. Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali turut serta dalam pilihan raya kecil.

“Jangan kalah sebelum berjuang, saya sendiri sudah tujuh kali datang ke kawasan ini dan melihat sambutan yang menggalakkan selain jentera parti sendiri yang penuh semangat,” tegasnya.

Friday 14 February 2014

MEMANG SAH PKR NI KETANDUSAN PEMIMPIN!!!


Memang itulah pendirian dan luahan yang diterima dari kalangan penyokong - penyokong Pakatan Haramjadah tu berikutan tersebarnya berita tersebut semalam.

Strategi dan perancangan mengenai perlantikan Bekas Menteri Besar Selangor tu telah pun kita bincangkan semalam. Respon dari Si Mat Tyson tu pun dah kita baca. 

Rata - rata memberikan pandangan bahawa tindakan sedemikian dilihat membelakangkan kepimpinan dalam PKR sendiri memandangkan Si Mat Tyson tu bukan orang PKR.

"Biar pun ianya strategi untuk menarik perhatian dikalangan penyokong - penyokong PAS, tetapi ianya memburukkan imej serta merendahkan kredibiliti pemimpin PKR di Selangor."

Jelas, pandangan tersebut diluahkan apabila mereka melihat seolah - olah memperlekehkan kemampuan yang ada pada kepimpinan PKR sedangkan PAS masih lagi dengan pendirian mereka.

"Buat apa nak bagi jawatan kepada orang PAS sedangkan diorang pun masih tak sepenuh hati menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor?"

Demikian persoalan dibangkitkan oleh mereka yang masih tidak dapat menerima pandangan sesetengah pemimpin PAS mengenai isu kerusi Menteri Besar di Selangor.

Isu mula dibangkitkan apabila terdengar desas desus dan khabar angin mengatakan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai MB akan berubah selepas tamat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Malah, beberapa orang pemimpin PAS masih teguh disebalik kenyataan mereka untuk menolak perlantikan Si Ketua penipu tu sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid.

Diantara yang lantang menyuarakan pandangan dan membantah tindakan tersebut adalah Setiausaha Dewan Ulama, Ketua Pemuda PAS Selangor serta Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pendirian PAS berkaitan dengan perlantikan Si Ketua Penipu tu telah mendapat tentangan dan kecaman secara terbuka dari ahli serta pemimpin Angkatan Muda Keadilan sendiri.

Sebelum itu, PAS juga turut mengecam tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang dan menganggap tindakan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan pengundi di kawasan tersebut.

PS: Ibarat Gajah bergaduh sesama sendiri, pelanduk jugak tersepit ditengah - tengah. Diorang yang sibuk berebut jawatan, penyudahnya rakyat jugak yang sengsara. Inilah padahnya bila pemimpin Pakatan tu semuanya GILA KUASA!!!

Thursday 13 February 2014

Anwar Sahajalah Tumpuan Dunia… Semua Orang Nak Aniaya Dia

3315782a706b631c13e04233f3bf81e6
Dalam ceramahnya di Taman Cuepacs malam tadi, Anwar Ibrahim mendakwa, SPR sengaja memilih 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon bagi menghalang dia berhujah di Dewan Rakyat ekoran Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 10 Mac 2014. Manakala dalam ceramah-ceramahnya yang lain, Anwar Ibrahim terus menekankan tentang betapa takutnya UMNO dan Kerajaan Malaysia terhadapnya sehingga segala usaha dibuat untuk menganiayainya.

Dalam apa juga keadaan pun, Anwar terus mendakwa, dia dianiayai, dizalimi dan ditindas oleh undang-undang, agensi kerajaan dan Kerajaan Malaysia kerana terlalu takut kepadanya.

Menariknya, para penyokong Anwar Ibrahim langsung tidak dapat berfikir secara waras dan secara membuta tuli menuduh pihak berkuasa dan Kerajaan Malaysia menganiayai Anwar. 

Sehinggakan Anwar Ibrahim tidak dapat masuk ke Jepun pun, disalahkan UMNO dan Najib Abdul Razak. Malah sehinggakan Sasakawa datang ke Malaysia pun, Anwar Ibrahim dan para penyokongnya cuba menimbulkan persepsi bahawa kedatangan tersebut adalah untuk membuktikan, Anwar Ibrahim telah dianiayai oleh Najib Abdul Razak dan Wisma Putra.

Ironinya, Anwar Ibrahim dengan bangganya menyatakan bahawa Sasakawa datang ke Malaysia untuk meminta maaf kepadanya dan berjanji akan membenarkan Anwar masuk ke negara tersebut. Sekaligus memberikan bayangan kononnya Sasakawa akan mengatasi kuasa Najib Abdul Razak dan Kementerian Luar.

Yang tidak ada otak, terus akan menerima kenyataan Anwar Ibrahim dengan kembang punggung dan lubang hidung. Yang ada otak pula, akan mula berfikir, Sasakawa bukannya pihak berkuasa Imigresen Jepun. Justeru, dia hanya mungkin boleh memohon maaf apatah lagi memohon maaf adalah budaya Jepun sebagaimana yang ditunjukkan dalam hal yang membabitkan Perang Dunia Kedua.

Malangnya, budaya itu kemudiannya digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk cuba membersihkan namanya dan kemudian mengenakan tuduhan kepada Kerajaan Malaysia, Najib Abdul Razak dan Kementerian Luar. Hakikat sebenar bahawa Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun adalah kerana statusnya selaku bekas banduan yang telah menjalani hukuman penjara lebih dari setahun, dan halangan tersebut tidak sahaja jatuh kepada Anwar Ibrahim tetapi juga beberapa nama besar lain.

Sebenarnya kalau hendak disenaraikan, terlalu banyak kisah Anwar Ibrahim cuba menempatkan dirinya sebagai puncak dunia. Semuanya akan menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim dianiayai, didengki, dicemburui, dizalimi, ditindas malah dihalang daripada memperjuangkan nasib rakyat.

Namun semua itu hanyalah kata-kata Anwar Ibrahim semata-mata. Atau sekurang-kurangnya itulah yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk menimbulkan persepsi kepada dirinya. Cerita bagaimana Anwar Ibrahim tersorong-sorong pipi mendapatkan bantuan media asing, khususnya Barat untuk menunjukkan kononnya dia sangat terkenal di seluruh dunia, terutama sekali pada tahun 1998, tentu masih diingati, khususnya oleh mereka yang terlibat dengan media cetak dan elektronik pada tahun berkenaan.

Kebanggaan utama Anwar Ibrahim adalah kamera, wartawan dan perakam suara. Lebih mengembangkan hidung dan punggungnya ialah jikalau wartawan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri orang Malaysia. Dia akan bercakap apa-apa sahaja, termasuklah perkara-perkara yang boleh menyebabkan dia diketahui bodoh dan bangang, khususnya apabila dia bercakap tentang ekonomi dan kewangan.

Namun Anwar Ibrahim melakukannya segala kebodohan tersebut, bukanlah untuk dunia. Dia melakukannya untuk para penyokongnya di Malaysia memandangkan dia sangat tahu, para penyokongnya terdiri daripada golongan bodoh yang akan menyumbat apa-apa sahaja yang dikeluarkan dari mulutnya tanpa mahu berfikir.

Dan kerana itulah, Anwar Ibrahim sentiasa menunjukkan kononnya semua orang mahu menganiayainya. Semua orang mahu menghalangnya dan semua orang takutkannya. Anwar mahu membuktikan bahawa dialah tokoh dunia, dialah tokoh antarabangsa dan dialah Imam Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu. Itulah pun modal yang digunakan dalam kempen-kempen dan ceramah-ceramahnya… dari dulu sampailah ke Kajang!

Menariknya, para penyokongnya yang bodoh tolol KESEMUANYA, terlalu percaya dengan mitos yang Anwar Ibrahim ciptakan untuk dirinya!

Monday 10 February 2014

STRATEGI DAJAL PADAM SEJARAH BANGSA MELAYU DI MALAYSIA


Pada akhir 1970-an, kita masih boleh mengenali tempat berdasarkan nama Melayu di Kuala Lumpur. Keadaan ini berubah apabila memasuki tahun 1990-an dan alaf baharu 2000. Nama-nama taman, bangunan dan gedung beli-belah kian hilang ciri-ciri kemelayuannya, sebaliknya nama kebaratan dan kecinaan lebih ditonjolkan.

Bukan sahaja perubahan ini berlaku di Kuala Lumpur yang ditadbir oleh orang Melayu sendiri tetapi di bandar-bandar besar lain di negara ini.

Baru-baru ini tersebar cadangan menukar nama Kampung Pantai Dalam kepada Pantai Sentral yang mengundang beberapa reaksi orang ramai di media sosial.

Ada sahaja idea pihak tertentu untuk menghilangkan identiti budaya bangsa Melayu secara halus.

Takkan kerana beberapa perubahan dan pembangunan dijalankan di kawasan Kampung Pantai Dalam maka namanya pun hendak ditukarkan kepada Pantai Sentral. Caca marba jadi nama Melayunya.

Pejuang bahasa dan cendekiawan Melayu sudah berkali-kali menyuarakan rasa kecewa kepada pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Pusat tentang nama-nama taman perumahan, kondominium dan bangunan pejabat serta gedung beli-belah.

Sehingga hari ini, teguran dan pandangan mereka bagaikan tak berkesan. Sebab itu keluar nama seperti Tun Razak Exchange, Fahrenheit88, Acuvue @ Campbell Shopping Complex, One Metro Pudu, Velocity, Southgate, Kenanga Wholesale City, Solaris Dutamas, Pavilion Kuala Lumpur, The Peak, dan Vista Millennium.

Bandar raya Kuala Lumpur pada 1 Februari lalu menyambut ulang tahun ke 42, dan sama ada sedar atau tidak kian terhakis tempat-tempat yang asalnya dibuka oleh orang Melayu.

Kawasan yang dahulu dihuni oleh orang Melayu sejak puluhan tahun, menjelang tahun 2020 bakal lenyap kerana diganti dengan penghuni yang lebih kaya dan mampu. Khabarnya kota Kuala Lumpur sesuai untuk orang yang ada kelas.

Kelas orang Melayu

Golongan ada kelas itu tentunya tak ramai orang Melayu, yang ramai golongan bukan Melayu dan pedagang.

Untuk menyesuaikan status elit itu maka nama-nama bangunan kediaman, pejabat dan gedung beli-belah pun kena ikut nama Barat atau ala kecinaan.

Jangan kita berasa terkejut sebab asal ada bangunan baharu komersial yang naik di kota ini, namanya tak ada lagi ciri-ciri kemelayuan. Kalau ada pun nama Melayu, dicampur dengan nama Barat.

Kuala Lumpur menjadi tonggak pembangunan negara kita menjelang 2020. Apakah kita boleh berbangga kemajuan kota ini dengan nama-nama pelik sedangkan ini tanah tumpah negara kita yang dipimpin oleh orang Melayu.

Kalau kita melawat kota Seoul, Taipei, Beijing, Hanoi, Bangkok, Jakarta dan pusat pentadbiran baharu Myanmar, Naypyidaw - tak ada pun mereka bangga-banggakan nama ala-Barat. Tapi di Malaysia, nama-nama tempatan agaknya sudah habis digunakan, sebab itu dicedok nama Barat.

Kadang-kadang timbul rasa malu bila melihat terlampau banyak nama Barat pada bangunan komersial dan kediaman di bandar-bandar raya kita. Orang luar pun mungkin persoalkan, kenapa tidak diagung-agungkan nama tempatan sendiri.

Tak diketahui dalam fikiran pentadbir Melayu, nama-nama yang dicadangkan oleh pemaju bukan Melayu itu lebih bernilai ekonomi daripada nama Melayu.

Adakah penyakit guna nama Barat oleh pentadbir kota KL dan bandar-bandar lain seperti Ipoh, Johor Bahru, George Town, Kuching dan Kota Kinabalu boleh dirawat?

Entahlah, kalau 20 tahun lagi, semua kawasan baharu yang dimajukan menggunakan nama Barat, maka sesuaikah lagi nama bandar di negara kita ini dikekalkan atau perlu juga ditukar kepada nama ala Barat?

Dalam fikiran saya yang kurang pandai bisnes dan politik ini, mungkin ada agenda ahli perniagaan yang tidak dibaca dan difahami oleh pentadbir Melayu iaitu usaha untuk mengubah landskap bandar raya bercirikan nama Melayu ini kepada nama asing.

Fikirkanlah, lama-kelamaan satu hari nanti sejarah pembukaan tanah dan kawasan yang dahulu diterokai oleh orang Melayu akan dipadamkan secara tersusun.

Barangkali jika terlaksana pembangunan di kawasan di Kampung Baru seperti dirancangkan, tidak pelik kalau nama kawasan ini pun ditukar demi tarikan komersial. Hal ini sedang berlaku di kawasan Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi dan Kampung Datuk Keramat.

Apa yang telah diluluskan oleh pentadbir Melayu selama ini adalah satu kesilapan, sudah tidak boleh dibuat apa-apa. Tetapi pentadbir Melayu boleh lakukan sesuatu selepas ini iaitu perbetulkan kesilapan dan pertahankan ciri-ciri Melayu di bandar daripada dipadam secara halus.

Ini tanah air kita yang dahulu namanya Persekutuan Tanah Melayu. - Utusan Malaysia

CERAMAH KUTUK ORANG BOLEH, MAI KULIAH SAKIT BELAKANG???


Hek-Eleh!!! Apa punya wayang la Si Ketua Penipu tu ek. Kot ye pun nak bagi alasan tak nak datang dengar ceramah agama, jangan la bagi alasan yang bukan - bukan.

Katanya, Si Ketua Penipu tu tak dapat menghadirkan diri dalam satu program kuliah agama yang diadakan oleh ABIM secara berkala di Kajang baru - baru ni. 

Kononnya sebab dia sakit belakang. Itu kata dia. Tapi dalam masa yang sama, Si Ketua Penipu tu boleh pulak berceramah menghentam Kerajaan selama berjam - jam.

Tak de pulak nampak dia sakit belakang sewaktu menyampaikan ceramah tersebut. Kot sakit belakang dia tiba - tiba datang masa orang ajak pergi dengar kuliah agama, tak tau la pulak.

Itu saja sudah mampu membuktikan bahawa Si ketua Penipu tu memang tak layak nak jadi wakil rakyat bagi penduduk di Kajang. Belum apa - apa lagi dah mengadu sakit itu ini.

Korang bayangkan. Kalau satu ketika nanti, penduduk di Kajang tu nak mintak bantuan dia, mintak dia turun ke kawasan untuk jenguk mereka, senang - senang je dia boleh bagi alasan.

Dia boleh kata yang dia ada urusan di mahkamah sebab kes dia masih bertimbun - timbun masih belum dapat diselesaikan. Dia jugak boleh guna alasan kata sakit belakang.

Tu belum dia bagi alasan kata dia perlu hadir ke Permatang Pauh atau ke luar Negara atas urusan dengan puak - puak Yahudi yang menyokong dia selama hari ni.

Jangan cerita la pasal hal - hal lain yang perlu dia uruskan. Mana dia ada masa nak ambik tau pasal rakyat. Paling tidak, dia akan lantik seorang pegawai untuk uruskan kerja dia di Kajang.

Apa jadi pada orang di Kajang jika dapat pemimpin yang banyak memberi alasan macam ni? Tak ke menyusahkan diorang je bila dapat pemimpin yang jelas tak terurus macam ni? Dah tau diri tu sibuk dan tak mampu nak bahagikan masa, jangan sibuk nak menyusahkan orang!!!

Friday 7 February 2014

JIMAT RM 7JUTA LAGI BAIK DARI JAGA 22 ORANG???


Itulah persoalan yang sewajarnya dijawab oleh Si Khalid Ibrahim ni sebenarnya. Dia jelas memang sengaja nak membunuh diri bila dia keluarkan kenyataan tersebut hari ini.

Kata Si Khalid Ibrahim tu, tindakan PKNS memecat 22 orang kakitangan mereka tanpa sebab musabab yang tertentu adalah untuk menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM 7juta.

Untuk apa penjimatan sebanyak RM 7juta tu dibuat? Supaya Khalid dapat bayar gaji dan elaun ADUN termasuk diri dia sendiri yang dah dinaikkan sebanyak 300 peratus sebelum ini?

Kiranya, Si Khalid tu lebih mementingkan duit perbelanjaan PKNS daripada nak menjaga Kebajikan Rakyat terutama dikalangan 22 orang kakitangan PKNS tu sendiri.

Korang bayangkan. 22 pekerja PKNS tu mewakili 22 buah keluarga yang hidup di Selangor. Katakan satu keluarga ada 4 orang ahli. Apa yang diorang nak makan bila kerja diorang dah tak de?

Maknanya, Khalid dah menganiayai 88 orang sedangkan dalam masa yang sama diorang sibuk mendabik dada kata diorang nak menjaga Kebajikan Rakyat di Selangor.

Sebelum ini, diorang jugak yang sibuk menuduh pihak kerajaan pusat sengaja nak menyusahkan rakyat dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Adakah dengan cara memecat kakitangan PKNS tu tanpa sebarang sebab musabab yang sah boleh dianggap sebagai satu langkah yang wajar bagi menangani kenaikkan kos sara hidup tu?

Inilah masalahnya dalam kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang ni setakat pandai bercakap dan buat dakwaan je yang diorang taunya. Nak suruh diorang buat kerja, jangan harap la!!!

Nak uruskan pentadbiran Negeri pun diorang tak mampu lakukan, inikan pulak diorang nak bermimpi untuk mentadbir Negara dimasa akan datang. Kalau inilah caranya diorang nak memerintah, memang malang la nasib kita. Alamatnya, memang jahanam la Negara!!!