Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 31 December 2013

Polis temui bom buatan sendiri di Ampang


Post Pic

SHAH ALAM: Polis Selangor mendedahkan penemuan satu bom buatan sendiri dari seorang lelaki di Tasik Permai, dekat Ampang, kira-kira jam 10.30 pagi, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.

Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Monday, 30 December 2013

Lebih Baik Berhimpun Bersama Keluarga Daripada Sertai Himpunan Guling Kerajaan

Berhimpun dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga tersayang adalah lebih baik daripada menyertai Himpunan Guling Kerajaan yang nyata sia-sia dan membuang masa, kata Ketua Puteri Umno bahagian Alor Gajah Azniza Ahmad Khuzar.
najib-rosmah-kumpul-keluarga-makan-tahfiz-anak-yatim
Beliau berkata rakyat, terutama golongan muda, perlu memikirkan keluarga dan orang tersayang terlebih dahulu sebelum mereka terjebak serta terpengaruh dengan dakwaan penganjur perhimpunan itu.
“Golongan muda dari Institut Pengajian Tinggi banyak terjebak untuk mengikuti perhimpunan seperti itu namun mereka tidak tahu apa tujuan perhimpunan itu diadakan… mereka perlu faham dengan mendalam kenapa perhimpunan itu dibuat,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, beliau bersama-sama wakil 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan berhubung perhimpunan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Antara NGO terbabit ialah Yayasan Angin Ahmar Melaka, Gerakan Belia 4B, Majlis Gabungan Belia Melaka, Majlis Gerakan Belia Daerah Alor Gajah, Pahlawan Maya Melaka dan Persatuan Ibu Tunggal Kawasan Alor Gajah.
Azniza berkata polis perlu mengambil tindakan tegas dengan menangkap sesiapa sahaja yang menghadiri perhimpunan itu bagi menjamin keamanan negara dan rakyat di negara ini.

Malam 31 Disember: Majoriti VS Minoriti

fru
Sorotan bagi tahun 2013 diwarnai dengan pelbagai kisah suka duka di negara kita. Masing-masing punya cerita gembira dan sedih pada 2013. Dalam dunia politik, antara kenangan terbaik ialah apabila Allah SWT memenangkan BN pada PRU ke-13 yang lalu, sebuah kemenangan untuk rakyat Malaysia khususnya.

Selain itu, kemenangan BN Kedah merampas kembali Kerajaan Negeri Kedah dari terus dijajah PAS seolah-olah menyerikan lagi kepercayaan rakyat pada BN. Meskipun menang dengan majoriti mudah, menang tetap menang dan Allah SWT tetap memberikan kuasanya pada kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

Justeru itu, saya menjangkakan sambutan dan kemeriahan malam tahun baru pada malam esok akan berlangsung dengan lebih bermakna di seluruh negara.

Bagi sesetengah golongan, mereka lebih gemar menyambut malam tahun baru dengan bacaan surah Yaa Siiin beramai-ramai di masjid dan disusuli dengan solat hajat serta ceramah atau forum agama. Alhamdulillah, semoga keberkatan itu menyemarakkan rahmatNya di bumi bertuah ini…

Bagi sesetengah rakyat Malaysia pula, mereka memilih untuk sama-sama meraikan kemeriahan malam tahun baru dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan, konsert malam tahun baru dan sebagainya. Biasanya orang muda lebih memilih sambutan begini.

Apa yang penting, kedua-dua sambutan itu perlulah disesuaikan dengan batas-batas Islam dan adat ketimuran. Yang pasti, sambutan malam tahun baru pada malam esok tetap dijangka lebih meriah berbanding sebelumnya…

Namun apa yang dimusykilkan ialah tentang sabotaj segelintir anak muda yang mengaku kononnya mereka “mewakili” anak muda, mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia. Mereka nak gulingkan kerajaan? Mereka gunakan alasan “kenaikan kos sara hidup” untuk buat kecoh nanti…
Bersih Kereta Polis3
Antara puak yang nak buat kacau pada malam esok yang telah dikenal pasti pihak PDRM ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Turun, “Jinggay” 13, SAMM dan SMM itu fikir mereka siapa agaknya yang tidak perlu patuh pada undang-undang? Pohon permit berhimpun pun tidak, tiba-tiba ajak orang ramai berhimpun buat kecoh ditengah kemeriahan sambutan malam tahun baru? Mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang, kah?

Apakah mereka-mereka yang bercadang nak buat onar itu merupakan golongan majoriti rakyat Malaysia? Berapa peratus yang bersama mereka agaknya? Wakili anak muda dan mahasiswa? Saya pernah bertemu dengan majoriti anak muda mahasiswa yang menolak cara demonstrasi, keganasan, politik murahan dan propaganda jijik “segelintir” rakan mereka itu.

“Pilihanraya kampus pun depa kalah teruk, lepas tu nak mengaku mereka wakil kami? Buat malu kami (mahasiswa) saja. Mahasiswa sebenar tak berperangai macam depa..” kata mereka yang setuju dengan ungkapan “matlamat tidak menghalalkan cara”…

Justeru itu, saya tidak pernah menganggap puak-puak yang nak buat kecoh itu mewakili suara majoriti rakyat. Suara majoriti rakyat berpihak memilih BN pada PRU ke-13 tempohari. Membanggakan, suara majoriti dari seluruh negara tampil membuat laporan polis terhadap pihak minoriti yang cuba menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat sebenar.

Bila disebut perkataan “gulingkan”, maka saya teringat tentang nasib Morsi yang menang pilihanraya melalui saluran demokrasi pilihanraya. Beliau digulingkan tentera dan segelintir minoriti rakyat yang kecewa akibat tewas pilihanraya. Hasilnya, majoriti rakyat yang memilih Morsi bangkit membantah “coup de tat” tersebut.

Saya yakin, sekiranya Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya digulingkan puak-puak minoriti itu secara kekerasan bermula dengan gerakan malam ini, seluruh majoriti rakyat yang memilih BN akan bangkit sebagaimana rakyat Mesir yang berjuang demi pemimpin dan parti yang mereka pilih.

Pun begitu, saya juga yakin bahawa pihak berkuasa di negara kita, sama ada pihak PDRM mahupun ATM, yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong tidak akan memeluk tubuh membiarkan kekecohan “coup de tat” jijik mencemarkan negara. Saya cukup lega dengan status ini…

Dengan amaran pihak PDRM semalam, saya tertunggu-tunggu detik malam esok. Apakah mereka akan “turun” tunjuk perangai buruk mereka di jalanan? Siapa yang akan disumbat ke lokap malam esok? Cubalah “turun” buat kecoh kalau mahu bertemu “buku dengan ruas”. Kalau ada yang masuk ke “dalam” atau bengkak sana sini, jangan salahkan pihak berkuasa pula ya…

Apa Barang Keperluan Yang Dah Naik Harga?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
DALAM kelam kelibut isu barang naik harga yang disebutkan di sana sini oleh pihak pembangkang sekarang, para macai yang terlalu teruja dah lupa nak sertakan bukti barang keperluan apa yang dah naik harga.

Dalam Facebook, dalam Twitter, dalam blog dan sebagainya, penulis puas tunggu bukti beras naik harga ke, tepung naik harga ke dan sebagainya tapi hampa.

Penulis sendiri baru saja beli barang keperluan, nampaknya semua macam biasa lagi, takda apa yang berubah pun.

Jadi apa isunya yang nak berkumpul sangat nanti tu?  Budak-budak penyokong himpunan malam Rabu nanti, majoritinya budak Universiti, depa ni nak hidup pun harap bantuan mak bapak dan pinjaman PTPTN, tau apa pasal kos sara hidup?

Tapi penulis dengar di Selangor, peniaga dah banyak naikkan harga barang bukan keperluan sebab mereka terpaksa tanggung kos tinggi untuk jalankan perniagaan.  Manakan tidak, kalau caj lesen pun dah naik sampai 400%, nak jual barang murah macam mana?

Malah ada juga dengar barang keperluan seperti gas memasak yang dah sampai ke tahap tak masuk akal - bukan kerana harga asas bahan itu yang naik, tapi sebab peniaga menaikkan caj penghantaran sesuka hati.

Hal macam itu sepatutnya masalah dengan kerajaan negeri tersebutlah, apa yang nak dibabitkan kerajaan persekutuan sebab setahu penulis belum ada apa barang keperluan yang naik setakat ini.  Subsidi masih berjalan, kawalan harga masih berjalan, takde apa yang berubah.

Tak tahulah kalau yang berhimpun di Dataran Merdeka malam tahun baru nanti menunjukkan himpunan tersebut kepada kerajaan Selangor, tapi malu nak sebut, buat-buatlah salahkan kerajaan persekutuan.

Maka tidak hairanlah kenapa alasan nak berdemonstrasi di Dataran Merdeka nanti dah mula kelam kabut.

Asal ceritanya, hanya ada satu NGO (TURUN) – menumpu kepada penurunan kos sara hidup, sekarang dah wujud beberapa NGO lagi (semuanya haram dan tidak didaftarkan) yang disebut akanturut serta dalam himpunan pada hari itu.

Dari maklumat yang penulis dapat, sekurang-kurang 3 NGO lain (selain TURUN)akan turut berdemo pada hari tersebut seperti SAMM, Jinggay 13, dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).  Satu NGO baru, Gerakan 3112 pun dilaporkan akan turut serta.

Semua NGO ini dilaporkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur akan bawa unsur-unsur keganasan pada hari itu nanti dan kita semua menantikan tindakan tegas pihak berkuasa kalau dakwaan itu ada kebenarannya.

Takkan nak tunggu benda tak baik berlaku baru nak ambil tindakan, tak gitu?

Demo Guling Kerajaan 31 Disember Dan Tangan Ghaib Yang Berkepentingan


Fenomena demo jalanan yang berterusan sebenarnya telah dicetuskan oleh “tangan ghaib” yang mengaut keuntungan dari siri huru hara yang berlaku di seluruh dunia. Mereka yang memanipulasikan harga saham dan tukaran wang asing yang sentiasa berubah dengan senario politik sesebuah Negara itu.  Percaturan yang mereka laksanakan dibantu oleh watak-watak sokongan yang “dahagakan” kuasa dan mempunyai banyak kepentingan peribadi.

Ekonomi sesebuah Negara yang hancur menjadi wayang yang begitu seronok ditonton oleh “tangan ghaib” ini.  Maka Negara yang hancur ekonominya terpaksa “berhutang” dengan kuasa besar untuk membina semula Negara mereka. “Tangan Ghaib” yang akhirnya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda apabila mereka berperanan sebagai “Ah Long” ataupun “ceti” tahap dunia.  Dengan ini hutang sentiasa bertambah dengan bunga yang terpaksa dibayar oleh Negara tersebut. Ini merupakan cara penjajahan dan penaklukan alaf baru.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan siri pengeboman dan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan yang berlaku di Negara jiran kita iaitu Thailand.  Namun ironinya apabila Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra  tunduk kepada tekanan penunjuk perasaan antikerajaan apabila bercadang membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum pada Februari tahun depan telah dibantah pula oleh para penunjuk perasaan antikerajaan kerana menyedari parti pimpinan Yingluck akan menang besar sama seperti Pilihan Raya Umum 2011. Ini bermakna penunjuk perasaan ini sebenarnya diupah oleh “tangan ghaib” untuk mencari pasal dan menghuru harakan Negara.  Mereka akan memastikan Negara itu akan berterusan mengalami masalah.

Peralihan kerajaan dalam tempoh yang singkat yang singkat dan kerap yang berlaku di Thailand berpunca samada diguling oleh pihak tentera atau pun tindakan puak penentang yang mengadakan demonstrasi di jalan raya sehingga memaksa pilihan raya baharu diadakan. Rampasan kuasa terakhir oleh tentera Thailand berlaku pada 19 September 2006 apabila Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra digulingkan ketika berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Walaupun Thaksin telah memenangi setiap pilihanraya yang diadakan namun mereka tetap tidak berpuas hati. Mereka akan menggunakan dan mencipta apa sahaja alasan untuk menumbangkan kerajaan. Tentera Thailand telah menuduh jutawan telekomunikasi itu telah menghina Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dan terlibat dengan skandal rasuah apabila melantik ramai sanak saudara dan rakan sekolah dalam pasukan tentera, polis dan syarikat kerajaan.

Kita juga perlu belajar dari sejarah Thailand.  Rampasan kuasa oleh tentera dan demonstrasi jalanan bukanlah satu kaedah terbaik untuk menukar kerajaan. Proses kudeta seperti di Indonesia, Myanmar dan Pakistan memang sukar untuk kembali kepada era demokrasi kerana tentera enggan melepaskan kuasa dengan mudah. Oleh itu  sistem demokrasi hendaklah dikekalkan bagi memastikan tidak   berlaku campur tangan tentera.

Persoalannya adakah rakyat faham akan akibat setiap demonstrasi jalanan yang merupakan cara pakatan pembangkang. Mereka perlu tahu akibat-akibat yang terpaksa ditanggung oleh anak cucu dan cicit dari tindakan bodoh demo jalanan tersebut.  Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat bebas meneyrtai mana-mana himpunan selagi selari dengan perjuangan PR.Oleh itu himpunan membantah kenaikan harga barang  pada 31 Disember ini akan disertai oleh mereka. Ini bermakna pakatan tetap dengan cara “kotor” dan menyusahkan rakyat dan Negara  seperti dulu juga, dalam himpunan Bersih dan himpunan lain maka mana-mana pemimpin PR bebas untuk turut serta selagi ia selari dengan perjuangan PR.

Jelas  perjuangan pakatan pembangkang  sebelum ini untuk kebebasan hak Lesbian, biseksual, gay dan transgender berterusan hingga melacurkan Kalimah Allah untuk kegunaan Kristian dengan tujuan “tersembunyi” hingga mereka  membenarkan tindakan murtad sedangkan kebebasab beragama itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam.
 
Mereka tetap akan berdemo jalanan itu adalah pasti. Kononnya himpunan aman kononnya rakyat bebas menyertai perhimpunan aman di bawah Akta Perhimpunan Aman.Kononnya himpunan itu adalah hak mana-mana rakyat Malaysia untuk turun. Kononnya  Akta Perhimpunan Aman, janji kerajaan, pihak berkuasa termasuk polis adalah untuk menghormati kebebasan himpunan itu.Sedangkan kita tahu bahawa mereka berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan dengan himpunan demo jalanan dengan bersiri  dan berterusan untuk manusia rakus dan tamak pada kuasa  dan berkepentingan peribadi.

Sunday, 29 December 2013

Himpunan Jalanan Hanya Wayang Hipokrasi PR

selangor naik
Sibuk betul para gerombolan pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang berkempen mengajak khalayak meramaikan himpunan jalanan anjuran mereka di Dataran Merdeka pada malam tahun baru sempena bantahan terhadap isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Untuk lebih sensasi lagi maka saban hari ada sahaja kalangan pemimpin PR yang galak bercakap perihal kenaikan harga barang sambil menekankan segala yang berlaku adalah akibat kesilapan rakyat memberi kemenangan kepada BN dalam PRU-13.

Seimbas lalu nampak seperti gerombolan ini begitu prihatin dengan permasalahan rakyat dan amat mengambil berat soal kebajikan khalayak marhaen. Di masa yang sama mereka cuba menggambarkan seolah-olah jika PR yang memerintah negara maka segala-galanya akan turun harga. Benarkah begitu?

Sudah tentu tidak, kerana semua ini hanyalah wayang propaganda PR yang memanfaatkan isu kenaikan yang hangat diperkatakan ramai untuk kepentingan politik, sedang hakikatnya mereka sendiri tidak ambil peduli isu kenaikan harga dan caj yang berlaku di Selangor tika ini.

Tiada kalangan mereka yang berkeras membantah peningkatan kadar bayaran untuk 90 jenis lesen perniagaan yang naik dari 20% hingga 400%, begitu juga mereka senyap sunyi tanpa keluh kesah bila mana cukai pintu dan premium tanah naik saban tahun sejak PR menjajah Selangor.

Peliknya bila heboh isu cukai pintu di Kuala Lumpur mahu pula mereka terpekik terlolong membantahnya. Macamlah cukai pintu di Selangor makin menurun semenjak 5 tahun lepas. Hipokrit sungguh.

Demikian halnya dengan sewa rumah PPR yang turut mengalami kenaikan meskipun kemudahan perumahan kelas itu disediakan sewaktu Kerajaan BN untuk didiami rakyat yang kurang berkemampuan. Tiada yang ambil kisah sebaliknya ramai penyokong PR menuduh pula Kerajaan Pusat yang menaikkan kadar sewanya.

Begitu juga dengan kenaikan sewa petak parkir untuk kegunaan restoran-restoran terutama dalam kawasan seliaan MBSA yang khabarnya naik sehingga ada yang mencecah 100%. Ada peniaga restoran mendakwa jika dulu cuma perlu bayar RM10,000 untuk sewa 6 bulan sekarang terpaksa bayar RM20,000 untuk tempoh yang sama. Gila punya naik.

Inilah sebabnya bila gula naik 20 sen tempohari ramai macai PR sibuk buat hiruk piruk membantah rupa-rupanya ada muslihat bertujuan mengalih tumpuan umum dari isu sebenar perihal kenaikan sewa tempat parking untuk restoran yang banyak mempengaruhi kenaikan harga minuman dan makanan di restoran sekitar Selangor terutama di Shah Alam.

Bab kenaikan harga barang & perkhidmatan melibatkan Kerajaan PR masing-masing si penyokong dan pemimpinnya bersikap diam seribu bahasa demi nak mengelakkan imej PR dari tercalar. Bila membabitkan BN, laju mereka membantahnya atas nama perjuangan untuk kepentingan rakyat.

Patutnya, bila mahu mengetengahkan isu kenaikan yang mencengkam kehidupan rakyat biarlah menyeluruh mencakupi semua isu, barulah betul. Jadinya tak salahlah bila dibuat kesimpulan himpunan jalanan yang  dicanang untuk membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan itu hanyalah wayang hipokrasi PR sahaja.

Video : Shasha 'Macam Cantik Jer' & Bobo Bergabung Dalam Iklan Kak Ton !



Kes Anak Tiri Pun PM Nak Kena Tanggung, Parahlah

Fei Low 2 Son
PENULIS tidak melihat bagaimana dakwaan anak tiri Perdana Menteri membeli hartanah di Amerika Syarikat tahun lepas boleh memberi apa-apa kesan kepada lanskap politik di Malaysia.

Buktinya, baru saja pulang dari kampung, nampak orang disitu tidak terkesan dengan apa cerita mengenai kes tersebut.  Di kawasan penulis tinggal pun (kawasan bandar), nampak macam orang tak kisah saja.

Cerita kat internet ni jangan dibandingkanlah, ia boleh disimulasikan dengan macam-macam cara seolah ramai sangat yang benci, walhal takdak apa pun.

Jangan salahkan sesiapa, salahkan pembangkang juga yang berkempen semua orang di Malaysia agar tidak menjadikan isu peribadi sebagai bahan kempen politik, demi untuk melindungi Ketua Umum yang terlibat dengan kes meliwat.

Isu ini jelasnya melibatkan isu peribadilah, apa kena mengena dengan politik?

Lagipun dalam kes yang melibatkan anak kandung Datin Seri Rosmah dari perkahwinan terdahulu ini, ia tidaklah seberapa dibandingkan dengan dakwaan pemimpin-pemimpin PKR bahawa beliau terlibat dalam pembunuhan Altantunya.

Malah ada juga dakwaan Rosmahlah orangnya yang menekan picu pistul ke perut Altantunya, dakwaan ini dibuat oleh orang yang baru-baru ini meroyan Hadi Awang kemukakan bukti yang mendakwa dia penjual pil kuda.

Dia tuduh Rosmah, tak pula kecoh minta bukti.

Maka itu penulis menggesa pembangkang buat laporan terhadap pihak-pihak berkaitan mengenai salah laku yang didakwa mereka berlaku dalam kes anak tiri Perdana Menteri membeli rumah ini.

Tak guna melalak sana sini kalau tidak ada sebarang kesalahan dilakukan disitu.  Persepsi yang mengatakan Rosmah bermewah-mewah dan menyalahgunakan harta negara ini bukan cerita baru, cuma kali ini membabitkan anaknya sahaja.

Kalau ada bukti wang untuk membeli hartanah itu diperolehi dari apa penyelewengan yang berlaku di negara ini, penulis tidak rasa sesiapa pun nampak sebarang halangan supaya tindakan di ambil kepada siapa yang patut.

Tapi kalau nak mengatakan Perdana Menteri terlibat dalam hal ini, itu adalah satu fitnah yang terbesar – melainkan disertakan dengan bukti-bukti sahih.  Setakat cakap-cakap, agak-agak, kita pun boleh buat lebih dari itu.

Haram bagi orang Islam percaya fitnah dan dakyah macam ini.  Penulis pun tak akan berani kata Anwar Ibrahim peliwat kalau bukan fakta Mahkamah mengatakan air maninya dijumpai dalam dubor Saiful Bukhari.

Saturday, 28 December 2013

SEBARKAN : Pra-Demontrasi Tahun Baru: Tersebar E-mel Modus Operandi Untuk Salahkan Polis

sarahidup


Sebuah e-mel yang kononnya memaparkan perhubungan antara Rahim Ghouse dengan Rafizi Ramli membabit modus-operandi kumpulan yang akan mengadakan demontrasi pada malam tahun baru ini sedang tersebar luas di alam maya.

E-mel tersebut secara tersirat menyatakan mereka telah bersedia untuk mewujudkan beberapa senario bagi menampakkan keganasan Polis dan memuat naik (upload) ke dalam media sosial.

Justeru kita pohon Rafizi dan Rahim tampil menafikan emel ini?

rahimghouse

Friday, 27 December 2013

Letih tengok gelagat macam YB ini....

fuziah4
Kalau cakap lebih kurang nanti tentu Ahli Parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh tidak begitu senang.Cuba baca kenyataan yang disiar di akhbar Sinar Harian Khamis 26 Disember.Kita akan tertanya apakah secetek itu mentalitinya.
Ini berkaitan kisah Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan hulur sumbangan US$10 juta bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia baru-baru ini.
Apapun adalah tidak mengejutkan mengapa tiba-tiba Fuziah 'sungguh berminat' pada sumbangan itu.
Harap-harap tidaklah terselit nawaitu nak tumpang semangkuk tunjuk kepada orang kawasan di Kuantan jika dapat sama sumbangan itu nanti...beliaulah yang memperjuangkannya.
Entah lah...namun kenyataan itu jelas mengambarkan bagaimana puak pembangkang tidak boleh lari dari tabiat hendak mencetuskan prejudis pada apa jua yang beri markah kepada kerajaan.
Sebelum membuat kenyataan itu Fauziah sepatutnya merenung jauh kenapa agaknya Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan tersentuh hendak menghulurkan bantuan sebanyak itu kepada mangsa banjir di Malaysia khususnya di negeri Pahang.
Apakah ini mungkin kerana baginda ada hubungan peribadi yang erat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Bukankah puak pembangkang yang selama ini mengutuk sakan bila Rosmah menghadiri sidang di Qatar dan kemudiannya membuat kunjungan peribadi keatas kerabat diraja UAE di Dubai.Itu bukanlah kunjungan pertama.
Antara yang dipersoalkan ialah pengunaan jet eksekutif kerajaan.
Hubungan peribadi yang erat antara para pemimpin dan para isteri mereka secara langsung dan tidak langsung terbukti memberi manafaat yang adakalanya di luar dugaan.
Bukankah Najib sendiri pernah menceritakan bagaimana hubungan erat antara isterinya dengan isteri bekas Presiden Hosni Mubarak telah merungkai kerumitan membantu usaha memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir sewaktu negara itu sedang bergolak.

Hasil dari hubungan yang erat itu juga mereka diberi kemudahan istimewa yakni tidak perlu visa semasa transit di Jeddah dalam operasi besar-besaran itu.

Fauziah mungkin malu sendiri merengek dalam kenyataanya jika dikenang balik cemuhan yang dibuat oleh pembangkang terhadap isteri Perdana Menteri.
Ibarat kata...bab nak mengata orang sudah tidak tengok kiri kanan...bila dengar orang dapat dia dulu ke depan nak tunjuk juara.
Lagi pun kalau Fauziah baca betul-betul berita kenyataan yang dibuat oleh Kedutaan UAE kepada Bernama mengenai sumbangan itu ia sudah jelas tertera kepada siapa sumbangan Presiden UAE itu hendak ditujukan.Bukankah Kuantan turut disebut.
Jadi kenapa harus persoal dan mendesak Perdana Menteri agihkan sumbangan itu secara adil.
Prejudis yang cuba Fauziah tonjolkan agak keterlaluan.
Cukuplah setakat memekak tentang bab Lynas.
Selepas buat bising seolah penduduk Kuantan berdepan dengan ancaman bahaya radiasi dari kilang itu...kini bab banjir pula.
Sebelum itu Fuziah nak tunjuk garang dalam Parlimen macamlah bantuan lambat turun ke kawasan banjir di Kuantan.
Malah beliau desak isytihar darurat di beberapa kawasan banjir di Pahang.
Inilah kelakuan kalut YB pembangkang seolah inilah pertama kali negara ini timpa musibah banjir dan kerajaan hanya goyang kaki.
Jangan nanti ada yang kata beliau pakar memekak nampak macam nak tunjuk dirinya seorang sajalah YB yang buat kerja dan prihatin pada mangsa banjir.
Hairan juga Fuziah tidak pula kedengaran merengek batang hidung bosnya,Ketua Umum PKR tidak nampak pun bersama mangsa banjir waktu itu....kerana sedang bercuti nun jauh di Amerika.

Thursday, 26 December 2013

Bendera PAS menyelubungi keranda wanita India !!






Semalam, hangat tersebar di laman-laman maya berita mayat Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Cawangan Taman Sentosa, Letchumany a/p Maniam yang mati akibat kemalangan motosikal di Kelang kerandanya dibalut bendera PAS semasa upacara pengkebumian dijalankan.

Macam macam versi dapat kita dengar, namun apa sudah jadi dengan PAS yang kini begitu menyeleweng pembawakannya. Tak ada ke pemimpin pAS yang dapat menerangkan apa faedahnya membalut keranda dengan bendera PAS. Mujur lah yang mati ini si tangachi , kalau lah orang Islam tentu akan menjadi bahan perbualan.

Ibdillilah Lifestyle macam mana pun nampak macam Tambi juga !!



Kita menghormati pendirian Pengerusi UMB yang mahu meneruskan cara pendekatan beliau dalam dunia siber ini dengan memaparkan "Lifestyle" dalam aksi perperangan siber dengan pihak pembangkang di laman maya melalui Instagram. Walaupun ramai yang mengrkitik namun beliau tetap dengan pendirian beliau sehingga Mazidul Akmal juga bersuara bertanya  di mana kah Ibdillikah pengerusi UMB ketika kerajaan dan pemimpin UMNO diserang oleh pembangkang.


kata Mazidul : dai ada jani temu dengan Nedim untuk menghisap cigar. tapi kawan ku kata dia ni kalau paai fesyen terindah di dunia pun tetap macam tambi juga.


Wajah pembunuh yang di buru polis !

Awas jika anda tahu dan pernah melihat mereka ini, sila laporkan di balai polis yang terdekat tetapi jangan mengambil sebarang tindakan sendiri.

Kalau ini orang UMNO apa agaknya jumud PAS akan cakap ??




CUMA NAK TANYALAH ,kalau Rani Osman ini seorang pemimpin UMNO yang memberi ucapan dan mengucapkan MERRY CHRISTMAS di dalam sebuah gereja, agak-agak apa yang akan orang PAS kata sekarang ni?

Wednesday, 25 December 2013

Tun M nasihat Najib jangan Boros , Najib jangan tersinggung pula !!!

Seharusnya  Najib faham akan nasihat Tun Mahathir Mohamad yang berbunyi Kerajaan Jangan Boros. Katanya kalau boleh potong dan kurangkan elaun tetap menteri. Kurangkan elaun minyak menteri dan hadkan majlis keramaian.

Majis keramaian juga mencecah ratusan ribu ringgit yang biasanya di hadiri oleh orang yang sama dan bukan rakyat yang benar benar  mahu menafaatkan pertemuan dengan Menteri.

Elakkan lah guna jet peribadi kerana perbelanjaan itu amat mahal sekali.

Tuesday, 24 December 2013

Demo Ambang Tahun Baru: Polis tahan aktivis pembangkang


Difahamkan Azan disiasat mengikut seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.
Polis menahan seorang aktivis pembangkang Azan Safar di Kuala Lumpur malam tadi dipercayai ada kaitan dengan rancangan demontrasi di Dataran Merdeka 31 Disember ini.
Beliau ditahanmalam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.
Azan yang sebelum ini mengadakan flash mob hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Perhimpunan 31 Disember untuk tutup pembohongan pembangkang

demo-dataran31
Rancangan menganjurkan perhimpunan haram pada 31 Disember ini hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat kepada beberapa pembohongan yang pembangkang tabur setelah gagal menawan Putrajaya 5 Mei lalu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau tidak menolak orang yang sama dengan penganjuran perhimpunan Black 505 dan Bersih sebelum ini turut terbabit dalam rancangan perhimpunan itu.
"Rakyat tidak tertipu lagi, hanya untuk memenuhi nafsu mereka yang ingin berkuasa di negara ini dan mereka cuba memadamkan dosa mereka menipu rakyat dengan mencari isu lain pula seperti kenaikan harga barang dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata daripada mengajak rakyat berhimpun adalah lebih baik penganjur mengajak golongan itu pergi membantu mangsa banjir dan bencana alam di negara ini.
Telah banyak pembohongan yang ditabur kepada rakyat oleh pihak pembangkang semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka kepada kerajaan sedia ada, katanya.
Sebelum ini, kata Ahmad Shabery, rakyat dibohongi tentang isu kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan banyak yang percaya sehingga turut menyertai perhimpunan.
"Ramai rasa tertipu bila yang kata tak iktiraf pilihan raya, mereka sendiri angkat sumpah dan mereka gagal bawa sebarang bukti kononnya ada rakyat Bangladesh yang mengundi," katanya.
Beliau berkata pihak terbabit seharusnya menghentikan pembohongan kepada rakyat negara ini dan mereka juga perlu sedar dunia pun sudah jemu dengan pembohongan pembangkang di negara ini.
"Sekarang ini mereka nak tarik perhatian dunia, rasanya dunia pun ada had dari segi kesabaran mereka, berapa kali mereka nak tipu dunia, saya mintak mereka menjelaskan isu Black 505, kononnya PRU dulu tidak sah, dibuat secara penipuan, dimenangi dengan import orang luar, cuba buktikan," cabar beliau

Monday, 23 December 2013

Buang sampah tepi MRR2...siapa yang perlu ambil tindakan??

sampahmrr2

Kejadian seperti ini belum pernah berlaku.Jika ia dibiarkan begitu saja mungkin perbuatan yang tidak bertanggongjawab ini boleh berulang.Ramai yang geram melihat kontraktor sampah melonggokan sampah di di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kepong Sabtu.
Perbuatan itu bukan saja mengakibatkan bau busuk pada kawasan sekitar tetapi telah mencetuskan kesesakan teruk di sepanjang jalan yang sibuk itu selama beberapa jam.
    
Ia berlaku gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup awal pada Sabtu kerana kerosakan mesin pemampat.

Para kontraktor mengangkut sampah mendakwa mereka tidak ada pilihan selepas tidak dimaklumkan mengenai penutupan pusat pemindahan itu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan turut berkongsi rasa marah dengan perbuatan itu.
Dalam satu kenyataan beliau menegaskan tindakan akan diambil terhadap pihak yang melonggok sisa pepejal itu.
Katanya perbuatan itu melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selain menjejaskan imej Kuala Lumpur.
Beliau memberitahu kerja pembersihan longgokan sampah terbabit telah dilaksana dan selesai pada pukul 5 petang Sabtu.
Selain itu katanya bagi menangani masalah penutupan sementara pusat pemindahan sampah di Taman Beringin, Jinjang, sampah yang dikutip akan dihantar terus ke tapak pelupusan di Bukit Tagar.

Saturday, 21 December 2013

Jangan fikir kerajaan tidak prihatin - Najib

najib-rakyat513

Kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.
“Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya,” kata Perdana Menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar di sini  Jumaat.
Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.
“Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan)yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini)semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan),” kata Najib.
Perdana menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.
Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion.
Sebelum ini berbagai pihak menggesa kerajaan tidak meneruskan rancangan menaikkan kadar tol.
Ini termasuk Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang mahu kerajaan menunaikan janji dalam manifesto PRU13 untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat daripada menaikkan kadar tersebut.
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kerajaan belum mengumumkan sama ada kadar tol akan dinaikkan, BNBBC berpendapat mereka harus memenuhi janji pada PRU-13 yang lalu.
“Perkara penting di sini adalah manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan oleh itu, BNBBC berharap tidak akan ada sebarang kenaikan,” kata Shahrir.
Bagaimanapun, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, BNBBC tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membantah kenaikan tersebut kerana kerajaan sebenarnya belum mengesahkan mengenai perkara itu.
“Isu itu masih dibincangkan oleh kerajaan, pemimpin-pemimpin BN yang terdiri daripada Ahli Parlimen di pelbagai kawasan tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai perkara ini kerana tidak semua di kalangan kami mempunyai tol di kawasan masing-masing,” katanya

Friday, 20 December 2013

Anwar gagal kali kedua gugurkan Shafee...

anwar-shafie
Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwatnya kerana permohonan itu dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rayuab Aziah Ali, seorang daripada tiga panel hakim. Dua hakim lain Rohana Yusof dan Mohd Zawawi Salleh pada Jumaat.
Pada 21 November lalu, panel lima hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Md Raus Sharif menolak permohonan Anwar untuk menghilangkan kelayakan Shafee sebagai pendakwa dalam kes itu.
Pada Khamis Muhammad Shafee berhujah bahawa rayuan Anwar wajar ditolak kerana permohonan itu dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.
Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan pendakwaan berhujah di Mahkamah Rayuan, permohonan Anwar yang berpandukan kepada akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mengandungi banyak pertikaian dan tidak sepatutnya dilayan.
Hujah peguam tersebut, akuan bersumpah bekas pegawai polis itu yang mengaitkan beliau dengan pelbagai pihak berhubung beberapa isu sensitif melibatkan Peguam Negara, tidak wajar dipercayai kerana kesahihannya tidak dapat dibuktikan di mahkamah.
‘‘Bolehkah panel ini menerima afidavit Anwar dan membenarkan permohonannya berdasarkan kepada akuan berkanun Mat Zain sedangkan kredibiliti bekas pegawai polis itu penuh keraguan?’’ hujah beliau.
Muhammad Shafee selanjutnya menghujahkan, beberapa semakan yang dibuat terhadap status Mat Zain menunjukkan dia seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan.
Menurut beliau, semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.
Hujahnya, Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Ketua Pembangkang itu sebagai asas dalam permohonan hari ini.
Sehubungan itu, Muhammad Shafee meminta agar permohonan baharu untuk menggugurkannya daripada mengetuai rayuan kes liwat Anwar ditolak atas alasan tindakan itu hanya melengahkan-lengahkan pendengaran rayuan tersebut.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali yang bersidang bersama-sama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh menetapkan esok bagi keputusan permohonan tersebut.
Sebelum permohonan itu didengar, mahkamah turut menetapkan 12 dan 13 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 9 Januari tahun lalu yang melepas dan membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.
Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Thursday, 19 December 2013

Nak tunjuk ramai... tumpang 'crowd's' Dataran Merdeka....

postertukartiub513
Adalah menjadi tradisi di Malaysia, Dataran Merdeka, Dataran KLCC, Bukit Bintang, Dataran Putrajaya dan beberapa tempat lagi menjadi tumpuan ramai ketika malam menjelang tahun baru mahupun malam sambutan kemerdekaan.
Orang kata menmang dah 'ready crowd's' iaitu mereka yang datang untuk meraikan acara-acara tersebut. Samada tengok bunga apai atau sebagainya. Yang bujang bawa kawan, yang berkeluarga datang dengan anak bini sebagai satu cara meraikan tarikh-tarikh penting.
Sebab itu seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini. Tidak ketinggalan 'macai'  mereka turut menyebarkan poster, risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu.
Yang menghairankan ialah, mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut? Pelik bukan!
Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini. Sekiranya kita imbau kembali, sejurus selepas pakatan pembangkang GAGAL merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses pilihan raya umum ke-13 lalu, beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan.
Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya GAGAL mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, demonstrasi jalanan #Black505 yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini.
Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga GAGAL memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut.
Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang.
Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Malangnya, program yang diadakan itu sekali lagi GAGAL mendapat sambutan.
Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu. Walaupun sebelum ini, pihak penganjur begitu bersungguh-
sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi? Jawapannya mudah, pakatan pembangkang nampaknya telah mula belajar dari kesilapan.
Mereka memilih malam tahun baru kerana, pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahunbaru.
Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik, beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api.
Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahunbaru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran.
Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini. Malah merekajuga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat, namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai.

Saturday, 14 December 2013

KDN senarai bukti Mat Sabu pengikut Syiah termasuk kerap lawat Iran

mat-sabu-513xx
Kalau sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hanya menyebutnya sebagai ' orang nombor dua PAS' yang terlibat fahamam Syiah...kini sah yang dimaksudkan itu ialah Mat Sabu.
Ketua Setiausaha kemeterian itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas petang Khamis yang menyenaraikan 10 bukti penglibatannya dalam fahaman itu secara spesifik menyebut sabjek yang dimaskudkan Zahid ialah Mat Sabu.
Dakwaan Mat Sabu pengikut ajaran Syiah disebut Zahid semasa mengulong perbahasan di hari akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember lalu.Waktu itu beliau tidak sebut nama Mat Sabu.
Pada sidang akhbar yang dihadiri ramai wartawan itu, Rahim berkata berdasarkan maklumat Mat Sabu penah beberapa kali menghadiri kes pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua Ustaz faham Syiah.
Beliau juga telah membuat lawatan ke sebuah amsjid di Kampong Aluar,Wilayah Satun,Selatan Thai pada tahun 2011.Selain itu beliau membuat kunjungan keatas pemimpin Syiah di situ dan menghadiri majlis ramah mesra mereka.
Dalam ucapan sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011,beliau menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak peikirannya.
Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisnya di akhbar Harakah pada 15 Julai 2008.

Pada 28 Disember di Harakahdaily,ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia,beliau telah mengunakan  Khomeini sebagai terma untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam penghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran.
Ini berdasarkan temuramah pegawai KDN dengan C N Afghani rakan karib Mat Sabu selama hampir 20 tahun pada 9 Disember 2013.
Berdasarkan temuramah dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2013 pula diberitahu Mat Sabu pernah mefazkan salawat sebagaimana diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah,Arau,Perlis pada 2005.
Tuan Guru Haji Abdul  Rahim dari Sungai Jagung ,Pendang,Kedah mendakwa Mat Sabu adalah seorang penganut Syiah. Beliau mendakwa pernah beberapa kali melihat Mat Sabu tunai solat guna sebiji batu kecil keper di tempat sujudnya