Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 26 February 2013

Seramai 13,291,385 Orang Sah Jadi Pengundi PRU-13 Setakat Ini


Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.

“Sekarang ni dah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai (hari pengundian),” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini hari ini.

Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri.

Sementara itu, mengulas desas-desus ramai peserta Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) dari luar negara akan menarik diri jika Dewan Rakyat dibubarkan sebelum acara tersebut berlangsung, Abdul Aziz berkata secara peribadi, beliau merasakan tidak ada masalah untuk menganjurkan pameran tersebut sebelum PRU-13.

“LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari pada 26 hingga 30 Mac depan, dan perancangan untuk itu telahpun dibuat sejak dua tahun lepas. Tempoh masa Dewan Rakyat masih ada sehingga 30 April ini,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menjadi Menteri Pertahanan, jadi beliau lebih arif berhubung kepentingan pelaburan asing dengan penganjuran LIMA 2013.

Abdul Aziz berkata Perdana Menteri tahu masa yang sesuai untuk membubar Dewan Rakyat dan menganjurkan LIMA 2013.

“Perdana Menteri, dia dah biasa dengan LIMA ni, Perdana Menteri jugalah yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong bila nak bubar Dewan. Pandangan saya tidak mungkinlah (LIMA bertembung dengan PRU-13),” katanya

Lebih Baik Dianggap Haiwan Dari Jadi Hamba Abdi Pas Ditipu 23 Tahun – Fauzi



Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd Fauzi Ismail menyindir kenyataan Mursyidul Am Pas dengan mengatakan bahawa adalah lebih baik dianggap sebagai haiwan daripada menjadi hamba abdi Pas yang ditipu hidup-hidup lebih 23 tahun selama ini.

Menurut beliau,  apa pun yang mahu dikatakan oleh kepimpinan Pas terhadap bantuan kerajaan mahupun terhadap rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak akan memberi kesan  kerana selama ini rakyat khususnya di Kelantan sedar, bahawa mereka  tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan Pas Kelantan.

“Sudah lebih 23 tahun, kerajaan Pas tidak pernah bagi apa-apa pada rakyat Kelantan. Janji nak bantu warga emas dengan elaun RM100, janji nak buat jambatan, janji nak buat perlabuhan darat, dan macam-macam janji lagilah, tapi semuanya hanya tinggal janji. Satu janji pun Pas tak kotakan.

“Tapi bila kerajaan beri bantuan dan rakyat menerima baik bantuan tersebut, mereka kata macam-macam. Kata rakyat haiwanlah, bodohlah. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah nampak nak tolong rakyat. Di Kelantan sendiri, isu-isu asas seperti isu air pun kerajaan Pas tak mampu nak selesaikan,” tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau turut membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Hadi Awang yang menganggap rakyat yang menerima BR1M itu sebagai golongan rakyat yang bodoh.

“Memanglah dia anggap rakyat ni bodoh dan dia itu lebih cerdik dari rakyat. Kalau dia tak cerdik, macam mana dia nak tipu rakyat dan ahli-ali Pas selama ini. Sebab itu, dia anggap rakyat bodoh belaka dan hanya dia serta kepimpinan Pas saja cerdik dan bijak menipu daripada orang lain,” ujarnya sinis.
Beliau berpendapat, kenyataan-kenyataan yang menghina rakyat itu yang keluar dari mulut dua kepimpinan tertinggi Pas itu memperlihatkan Pas sudah mula seperti cacing kepanasan, apabila melihatkan respon serta sokongan sokongan rakyat terhadap dasar tranformasi kerajaan semakin positif dan meningkat.

“Mereka ini sebenarnya sudah menggelabah. Sudah tak tahu nak buat apa lagi. Itu yang sampai terkeluar kenyataan-kenyataan mengarut termasuk  menghina rakyat yang menerima bantuan dari kerajaan. Tak cukup dengan menghina serta mencerca pemimpin UMNO dan kerajaan, hari ini mereka hina rakyat pula kerana menerima bantuan kerajaan.

“Kita sebagai rakyat yang mempunyai pemikiran yang waras, sudah pasti dapat menilai sikap dan pemikiran yang ada pada diri kepimpinan Pas. Apa saja yang kerajaan buat semuanya salah. Tidak pernah ada yang betul.

“Tetapi apa yang mereka buat, apa yang pemimpin Pakatan buat semuanya betul. Walaupun ada benda yang pemimpin mereka buat salah, tetap mereka katakan betul. Inilah sikap pemimpin Pas yang sangat berat sebelah dan asyobiyah. Macam mana nak pimpin negara kalau awal-awal lagi sudah memperlihatkan sikap tidak adil dan berat sebelah?,” soalnya. -MediaUMNO

Bantuan Umpama Dedak, Hampas… Pembangkang Ludah Muka Sendiri

UMNO Bahagian Shah Alam  membidas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan pemberian BR1M oleh kerajaan kepada rakyat seperti memberikan dedak dan hampas kelapa kepada haiwan lantaran kerajaan Selangor di bawah pakatan Pembangkang turut melakukan perkara yang sama.

Ketuanya, Datuk Ahmad Nawawi Dato Zin berkata, di Selangor seumpamanya, apakah pemberian kerajaan negeri , sebagai contoh pemberian wang tunai sebanyak RM 100 kepada warga emas dalam program jom shopping juga boleh diumpamakan sebagai memberi dedak dan hampas kepada haiwan?

“Sebab itulah, apabila kita bercakap kita perlu melihat kepada diri kita sendiri dulu. Pastikan, apa yang kita nak kata, kita tak buat benda tu. Ini tidak, bila BN beri duit untuk bantu rakyat, mereka kata macam tabur hampas untuk haiwan makan.

“Tapi bila beliau sendiri bagi duit pada orang-orang asli di Kelantan, tak apa pula. Kalau program yang dibuat oleh kerajaan Pakatan, macam program pemberian wang tunai di Selangor kepada warga emas, kepada anak-anak tadika dan kepada ibu tunggal, tidak pula dianggap macam itu,” tegasnya.

Tambahnya lagi, sepatutnya kepimpinan Pas tidak perlu mempertikaikan pemberian kerajaan dengan pelbagai-pelbagai cerita dan tuduhan, sedangkan di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan ada yang tidak mampu menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.

“Kalau mereka tak mampu nak bagi pada rakyat, tak payah lah bising-bising. Diam-diam sudahlah. Tapi kalau mereka mampu, bagilah. Tak kiralah RM 500 ke, RM 1000 ke, tak kisahlah. Tapi apa kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, janganlah kritik dan janganlah syak wasangka,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa BR1M  juga merupakan salah satu bantuan subsidi daripada kerajaan yang diberikan secara tunai kepada kumpulan sasaran tertentu.

“Subsidi minyak, subsidi gula dan macam-macam subsidi lagi itu juga merupakan bantuan kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Cuma ia tidak diberikan secara tunai dan tidak ada sasaran tertentu. Subsidi minyak atau gula, semua rakyat dapat merasa tak kira mereka itu miskin atau kaya.

“Tapi berbeza dengan subsidi BR1M ini yang diberikan secara tunai kepada golongan yang berpendapatan rendah di dalam negara. Kenapa selama ini kerajaan bantu ringankan beban dengan menanggung subsidi pentrol, gula dan sebagainya mereka tak bising?

“Tetapi kenapa bantuan sebanyak RM500 ini mereka nak bising-bising? Sedangkan ia juga adalah subsidi  yang diberikan dalam bentuk tunai kepada golongan tertentu,” soalnya.

Bagi beliau,  apa yang dikatakan oleh Pakatan itu hanyalah retorik politik semata-mata. 

Pakatan Pembangkang akan sentiasa berusaha untuk memburuk-burukkan kerajaan, biarpun apa yang dilakukan oleh kerajaan itu baik dan bermanfaat terhadap rakyat di negara ini.

“Rakyat hari ini sudah bijak menilai. Biarpun kerajaan BN yang tidak berjanji untuk menghulurkan bantuan seperti BR1M sebelum ini, tetapi kerajaan bagi juga. Tetapi mereka yang macam-macam dijanjikan kepada rakyat, sampai hari ini banyak yang tak tertunai. Bila kerajaan bagi bantuan kepada rakyat, cakap macam-macam pula,” ujarnya. -MediaUMNO

Golongan Belia Nikmati Pelbagai Bantuan Di Bawah Pimpinan Najib – Shaziman

Golongan belia hari ini menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan, sama ada dalam bidang pelajaran atau perniagaan sekali gus menunjukkan kerajaan memahami kehendak dan keperluan mereka.

Anggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi golongan bujang, Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) untuk golongan muda merupakan bantuan yang tidak pernah diberikan sebelum ini apatah lagi oleh pemimpin pembangkang.

“Pada zaman Datuk Seri Mohd Najib (Tun Razak) ini yang menjadi Perdana Menteri, banyak perkara-perkara telah dilakukan untuk golongan muda yang tidak pernah dilakukan pemimpin lain,” katanya semasa berucap melancarkan Jentera Gerak Gempur dan Gelombang Biru Pemuda Barisan Nasional Bahagian Tampin, di Gemencheh, di sini semalam.

Shaziman yang juga Menteri Kerja Raya berkata pelbagai janji dan pujuk rayu sering dilontarkan oleh pihak pembangkang kononnya akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan muda sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Namun katanya, semasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, tidak ada pun bantuan-bantuan sedemikian diberikan kepada golongan muda seperti yang telah dilakukan Najib.

Shaziman berkata apa yang dilakukan oleh pembangkang sebenarnya hanyalah untuk menarik sokongan golongan muda walaupun mereka tidak mampu mengotakan janji membantu golongan itu.

“Beliau (Anwar) pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tapi apakah sumbangan beliau pada waktu itu untuk golongan belia. Tidak ada. Mengapa beliau tidak pernah fikir mahu bagi BL1M, bagi BR1M dan sebagainya.

“Apa yang dia fikir hanya mengenai hal diri dia sendiri sahaja. Sebab itu hari ini Pemuda Barisan Nasional berdiri lebih kukuh bersama Datuk Seri Najib yang banyak membantu generasi muda,” katanya.      Beliau berkata keberanian dan kebijaksanaan Najib memimpin negara hari ini seharusnya dijulang sebagai “hero negara” terutamanya oleh golongan muda.

Saturday 23 February 2013

Cadangan Kerajaan Selangor Henti Projek Persekutuan Rugikan Rakyat


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan cadangan kerajaan Selangor untuk menghentikan projek-projek kerajaan persekutuan hanya akan merugikan rakyat negeri itu.

Beliau berkata pertikaian sehingga menghentikan projek tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merugikan rakyat dan pembangunan juga akan terbantut di Selangor.

“Kita akan bincang perkara ini dan tentukan apa tindakan yang patut kita lakukan sama ada kita minta perintah mahkamah atau apa-apa tindakan selanjutnya. Apapun mereka hendak lakukan, pokoknya rakyat akan rugi,” kata pengerusi BN itu pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin dan anggota Majlis Tertinggi parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Selangor yang menggantung semua projek jalan raya dan prasarana kerajaan persekutuan sebagai tindak balas keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Mahkamah memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tiada kuasa mengeluarkan notis meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES itu.

Dalam pada itu, Najib mencabar Pakatan Rakyat supaya turut menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.

“Selama ini mereka tuduh macam-macam terhadap BN. Kita sudah sanggup tandatangani Ikrar Integriti ini, sepatutnya kalau betul mereka perjuangkan soal salah guna kuasa dan rasuah, inilah masanya mereka buktikan pendirian mereka yang konsisten dan tegas dalam hal ini tetapi mereka enggan untuk tandatanganinya pula,” katanya.

Ikrar Integriti itu dapat membendung salah guna kuasa, membeli undi, salah guna wang dan juga sumbangan kepada parti politik yang sepatutnya masuk ke dalam akuan parti, yang boleh disabitkan di bawah Akta Pilihan Raya, kata beliau.

Perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang parti itu tidak akan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bersama Transparency International Malaysia (TI-Malaysia).

Kenyataan Nik Aziz Hina Penerima BR1M – Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat yang memerlukan bantuan.

“Saya hairan dan takjub bagaimana seorang menteri besar dan pemimpin Pas yang sepatutnya berpegang kepada prinsip agama Islam boleh membuat satu kenyataan yang begitu menghina penerima bantuan, yang saya tahu jumlahnya amat ramai,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pilihan raya umum (PRU) ke-13 oleh pengerusi-pengerusi penyelaras BN Sabah di sini hari ini.

Katanya, penerima bantuan tersebut merupakan kumpulan yang dikenal pasti kerajaan benar-benar memerlukan bantuan dan pemberian BR1M dapat membantu mengubah kehidupan penerima ke arah masa depan lebih selesa.

Baru-baru ini, Nik Aziz berkata pemberian BR1M tersebut mendapat sambutan rakyat dan mengibaratkan penerima “sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.”

Muhyiddin sedih golongan kurang mampu dipandang hina dan diperkecilkan oleh pemimpin Pas itu.

“Ini sesuatu (kenyataan) yang tidak harus keluar daripada (mulut) seseorang yang mengatakan dirinya tokoh agama. Lebih-lebih lagi agama Islam.

“Lepas itu, dia (Nik Aziz) mengeluarkan fatwa menghukumkan ini (pemberian bantuan) satu perbuatan yang haram dan bertentangan dengan agama,” katanya.

Muhyiddin berkata kenyataan Nik Aziz tersebut bercanggah dengan Islam dan harus disangkal oleh tokoh-tokoh agama lain.

“Amalan yang dibuat oleh kerajaan ini adalah sesuatu untuk membela, membantu, satu kerja amal yang patutnya didukung dan disokong oleh sesiapa pun.

“Jadi, dia (Nik Aziz) sudah membuat satu kenyataan yang sudah cukup bercanggah dengan hukum Islam sebenarnya, satu kesalahan dari segi agama,” katanya.

Kecelaruan Dalam Pakatan Pembangkang Isyarat Mereka Tidak Selari

Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan melihat kecelaruan di kalangan parti pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ini menunjukkan kepada rakyat mereka tidak serasi.

Menurut beliau apa yang berlaku itu juga menunjukkan masing-masing mahu menjadi juara dan bukannya meletakkan agenda untuk kepentingan rakyat sekaligus boleh dibuat kesimpulan bahawa mereka tidak bersedia untuk menerajui negara.

“Apa yang berlaku ini menunjukkan mereka tidak serasi. Masing-masing mempunyai agenda. Tidak ada hasrat mendahulukan rakyat selain membangunkan negara. Masing-masing mahu menjadi juara semata-mata.

“Untuk menutup segala yang terdedah itu pada kaca mata rakyat, mereka hari ini menggunakan pelbagai kaedah bagi menunjukkan kesatuan di kalangan mereka yang makin kucar-kacir,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu akan berterusan, beliau seterusnya menambah perkembangan mutakhir itu adalah satu petunjuk kepada rakyat bahawa apa sahaja boleh berlaku di dalam hubungan parti pembangkang terbabit.

“Saya percaya perkara ini akan berterusan bukan sahaja menjelangnya pilihan raya umum ke-13, malah selepas pilihan raya pun mereka akan terus celaru. Ini hanyalah sebahagian isyarat awal ke arah itu.

“Berbanding kita dalam Barisan Nasional (BN) segala-galanya adalah untuk rakyat dan negara dengan meletakkan agenda pembaharuan demi kepentingan bersama. Kita yakin rakyat akan melihat melihat dan membuat perbandingan mengenai soal ini,” katanya.

Anwar Dan Sifat Sesumpah Tidak Dapat Dipisahkan

Bagi mereka yang mengenali Anwar Ibrahim sudah pasti akan dapat menghidu sikap sesumpah ketua pembangkang ini malah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri pernah menyifatkan Anwar sebagai sesumpah.

Tun Mahathir melabelkan Anwar demikian ketika sidang media selepas majlis taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara pada Februari tahun lalu malah sebelumnya, gelagat ‘sesumpah’ Anwar pernah diingatkan oleh bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik ketika berucap di Jalan Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang pada 2008.

Selaras dengan itu, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam tidak hairan dengan Anwar Ibrahim yang sentiasa berubah pendirian mengikut keadaan dan situasi untuk mengambil kesempatan keadaan sekelilingnya.

“Anwar akan menukar dirinya mengikut setuasi. Kalau dia dengan kaum Cina, dia hentam Dasar Ekonomi Baru. Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam. Gelagat Anwar ini penuh tipu muslihat. Rakyat harus berhati-hati dengan sesumpah politik ini,” katanya.

Menyingkap antara sifat ‘sesumpah’ Anwar adalah perancangannya menukar kerajaan yang sah pada 16 September 2008. Ucapannya dalam satu majlis di Jakarta pada tahun berkenaan adalah mengumumkan dengan bangganya untuk merehatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirehatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar yang dipetik oleh wartawan akhbar republik itu. Namun semua maklum itu hanya impian dan pembohongannya sehingga hari ini.

Blog terkemuka Amerika, The New Ledger pernah melondehkan lagi tembelang Anwar di luar negara dan antara artikel dalam blog tersebut mendedahkan betapa Anwar sebelum ini yang dalam ‘pelarian’ ke AS telah mewujudkan hubungan baik dengan tokoh-tokoh ‘American Jews’ (Yahudi Amerika) seperti Paul Wolfowitz dan Al Gore. Anwar benar-benar ‘manis mulut’ ketika itu. 

Begitulah akrabnya Anwar dan Yahudi. Tapi itu adalah ketika Anwar di luar negara. Apabila dia kembali ke Malaysia, sikapnya berubah menjadi sebaliknya.

“Menyedari rakyat Malaysia tidak suka dengan Yahudi maka Anwar terpaksa bertukar warna seakan-akan anti Yahudi dan Amerika apabila berada dalam negara. Jangan kita lupa ketika Anwar aktif bersama ABIM, dia sebenarnya dijangka menyertai Pas kerana Anwar adalah anak angkat kepada Allahyarham Yusof Rawa, seorang tokoh Pas yang terkenal.

“Tapi bila Tun Mahathir mengundang Anwar masuk UMNO, dia dikatakan memujuk rakan-rakannya dalam ABIM dan Pas kononnya dia masuk UMNO sebab nak putihkan UMNO. Pada UMNO pula dia kata dia masuk UMNO sebab percaya pada perjuangan UMNO memertabatkan Islam, Melayu dan Malaysia. Lihatlah sifat Anwar ini,” ujarnya.

Tambah beliau, satu lagi contoh terbaik adalah pengakuan Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid berkenaan dakwaan Anwar mengawal lebih 20 akaun membabitkan nilai RM3 bilion semasa menjadi Menteri Kewangan. Sehingga kini Anwar tidak mampu untuk menjawab isu ini dan terus berdolak dalik untuk melindungi segala ‘warna’ yang ada pada dirinya.

“Kini, menjelang PRU-13, sifat sesumpah Anwar lebih ketara. Oleh itu, rakyat harus terus berwaspada dengan sifat licik Anwar yang suka menangguk di air keruh. Apatah lagi apabila isu kalimah Allah menjadi kontroversi.

Tambahnya, untuk mendapatkan undi orang Kristian, Anwar sanggup menggadaikan agama Islam.
 
“Kita rakyat Malaysia yang waras, janganlah meniru dan menyokong Anwar kerana agama Islam bukan untuk dipolitikkan dan jangan kerana mahu berkuasa, agama dipertaruhkan,” tambahnya lagi.

Najib Yakin Calon BN Diterima Rakyat Kerana Dasar Transformasi


Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat akan menerima sesiapa sahaja yang menjadi calon Barisan nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana rakyat percaya kepada dasar transformasi kerajaan yang baik.

“Saya melihat sambutan rakyat sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa oleh BN boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik,” kata perdana menteri yang juga pengerusi BN, pada sidang media selepas perjumpaan dengan pemimpin BN negeri dan Majlis Tertinggi komponen BN Sarawak di sini hari ini.

Najib, yang mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Sarawak, berkata BN harus mengambil kira penerimaan calon dalam kalangan rakyat atas faktor itu.

“Saya sudah sedikit sebanyak memutuskan tentang senarai calon. Tunggu dan lihat bila tiba waktunya nanti,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan terburu-buru dalam menentukan sama ada ‘calon terus’ BN akan dinamakan untuk bertanding di mana-mana 31 kawasan parlimen Sarawak.

Sunday 17 February 2013

Majlis Syura Pas Hanya Lakon Sandiwara, Hakikatnya Tiada Nilai Dalam Pembangkang



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Harun menyifatkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah bagaikan satu sandiwara memandangkan keputusan tersebut tidak langsung memberi kesan terhadap sebarang keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang.
Menurut beliau, Majlis Syura Ulama hanya dilihat sebagai penyedap cerita bagi mengekalkan pengaruh di kalangan ahli akar umbi sedangkan hakikat sebenarnya, Majlis Syura Pas itu tidak mempunyai kekuatan dan pengaruh untuk mempengaruhi keputusan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang lain terutama dalam isu kalimah Allah baru-baru ini.
“Saya lihat, keputusan Majlis Syura berhubung isu kalimah Allah baru-baru ini seolah-olah satu sandiwara hanya untuk menyedapkan hati penyokong dan ahli yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan keputusan Mursyidul Am Pas dan Presiden berhubung isu kalimah Allah itu.
“Saya beranggapan demikian keputusan Majlis Syura Ulama itu tidak langsung sedikitpun memberi kesan atau membuatkan kepimpinan Pakatan Pembangkang membincangkan semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah.
“Bahkan Presiden Pas sendiri pun sehingga ke hari ini tidak buat sebarang kenyataan untuk menarik balik apa yang telah dipersetujuinya sebelum ini bersama kepimpinan Pakatan yang lain berhubung isu ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Justeru itu kata beliau, Majlis Syura Ulama Pas perlu menjadi satu institusi yang lebih berpengaruh kerana pada hari ini, ia dilihat hanya menjadi alat politik kepada Pas dalam mencari jalan untuk menghalalkan cara dan pendekatan politik parti tersebut.
“Majlis syura tidak boleh jadi pak turut yang tunduk kepada kehendak pemimpin Pas dan Pakatan. Bagaimana mahu dikatakan kepimpinan ulama di dalam Pas, apabila sebarang keputusan atau pendapat majlis syura dipandang sepi, malah dikritik dan ditentang oleh kepimpinan Pakatan yang lain.
“Malah lebih parah lagi, apabila kepimpinan tertinggi Pas sendiri membuat keputusan berhubung isu umat Islam dan syariat Islam seperti mana isu kalimah Allah baru-baru ini,  tanpa berbeincang terlebih dulu dengan Majlis Syura? Jadi apa fungsi sebenar majlis syura dalam Pas sekiranya suara dan keputusan mereka tentang isu agama tidak diendahkan?,” soalnya. -MediaUMNO

Cukuplah Penipuan 16 Sept, Orang Sabah Sudah Cukup Kenal Politik Anwar



Pakatan pembangkang telah terkenal dengan janji-janji palsu mereka sebagaimana penipuan 16 September yang dicanang  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terkini mereka membawa berita kononnya Sabah akan beralih kerajaan apabila kepimpinan pembangkang akan beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Mejar Datuk Samsudin Yahya membidas khabar angin yang disebarkan sebagai cuba mempengaruhi masyarakat dan mengelirukan para pengundi di negeri terbabit sedangkan realitinya pakatan pembangkang tidak mendapat tempat di Sabah.
“Pakatan pembangkang di Sabah ibarat angan-angan Mat Jenin, mempunyai impian yang tinggi tapi semua cita-cita tersebut tidak mungkin menjadi nyata apatah lagi pelbagai kemelut dalaman yang berlaku dalam pakatan pembangkang tidak dapat disembunyikan selain kepimpinan BN telah terbukti kemantapannya,” katanya kepada UMNO-Online.
Dalam hal ini, masyarakat Sabah memperlihatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) sebagaimana semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah disambut dengan puluhan ribu rakyat dalam lawatannya ke negeri terbabit.
“Ini amat bertentangan dengan pakatan pembangkang yang semakin meruncing menjelangnya PRU dengan khabarnya pembahagian kerusi d ikalangan mereka juga berlaku percanggahan misalnya antara SAPP dan STAR yang terbukti masih tidak ada persefahaman.
“Ini belum lagi diambil kira dengan janji-janji ketua pembangkang terhadap pemimpin tertentu. Kemudiannya Datuk Lajim Ukin yang menubuhkan parti Sabah People Front (SPF) tentunya turut mendapat janji untuk bertanding tetapi bagaimana pula dengan kepimpinan PKR sendiri yang telah lama mempelopori kepimpinan pembangkang di Sabah, tidak mungkin mereka akan mengalah begitu sahaja.”
Ujar beliau lagi, berdasarkan perkembangan politik semasa, pertelingkahan dan kegagalan mencapai persefahaman telah membawa kepada perpecahan melibatkan dua atau tiga kelompok yang masing-masing enggan mengalah untuk mencapai persetujuan dalam pembahagian kerusi.
“Kedatangan Anwar ke Sabah hanya mencetuskan kemarahan masyarakat kerana sikapnya yang sering membawa isu-isu sensitif misalnya hal-hal perkauman dan adat budaya yang sememangnya Anwar sendiri gagal selami.
“Apabila kumpulan pembangkang di Sabah menobatkan Anwar sebagai ‘Huguan Siau’ maka ini sebenarnya adalah satu penghinaan terbesar kepada orang Sabah terutamanya Kadazan, Dusun dan Murut (KDM). ‘Huguan Siau’ adalah pemimpin agung kepada masyarakat KDM dan hanya untuk etnik ini sahaja tetapi Anwar telah mencemarinya.”
Tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, ketidakprihatinan pemimpin pakan pembangkang telah menghiris hati masyarakat malah janji-janjinya ditabur di semua tempat dengan agenda memberi jawatan dan kedudukan yang pelbagai.
“Rakyat Sabah tahu apa yang terbaik untuk masa hadapan dan sesekali tidak akan termakan dengan janji-janji pembangkang yang lebih bersifat mengapi-apikan antara satu sama lain dan mengundang kepada perpecahan,” tegasnya lagi. 

Belum Tentu Menang Sudah Berbalah Isu Jawatan PM Sesuatu Yang Memalukan



Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin membidas kemelut perebutan jawatan Perdana Menteri antara ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang yang dianggap sesuatu yang amat memalukan ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang dan sangat jelas memperlihatkan kedangkalan kepimpinan gabungan parti tersebut dalam soal pemilihan pemimpin.
Menurut beliau, polemik tentang jawatan PM ini merupakan satu bukti betapa singkatnya pemikiran kepimpinan Pakatan Pembangkang sekaligus memperlihatkan bahawa perjuangan Pakatan bukanlah untuk rakyat, sebaliknya untuk kepentingan politik dan agenda peribadi dan parti tertentu.
“Saya sebagai ahli Pakatan Pembangkang merasa amat malu bila lihat pemimpin Pakatan  tidak habis-habis berbalah siapa mahu jadi PM sehingga jadi isu antara mereka sendiri. Sepatutnya mereka ini tumpu untuk menang pilihanraya dulu, barulah fikir siapa yang layak untuk jawatan itu.
“Ini pilihanraya pun belum tentu menang, sudah kalut berkelahi siapa nak jadi PM. Nampak sangat kepimpinan Pakatan sudah mula tamak dan berebut jawatan, terutamanya DAP. Saya sebagai ahli merasa kecewa dengan sikap kepimpinan yang separuh masak tetapi bercita-cita tinggi untuk mentadbir negara,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah lebih 55 tahun, isu siapa yang patut menjadi PM tidak pernah timbul dan ini membuktikan bahawa kepimpinan parti-parti komponen di dalam BN lebih bijak bermuafakat dan menjadikan agenda nasional lebih utama daripada kepentingan politik parti masing-masing.
“Selama 55 tahun BN memerintah, isu seperti ini tak pernah timbul. Tapi Pakatan, belum pun tentu menang pilihanraya akan datang nanti, mereka sudah mula berbalah siapa yang patut jadi PM. Inilah bezanya antara kematangan BN dan kedangkalan Pakatan.
“Bagi pendapat saya, Pakatan memang tak layak jadi pemerintah. Mereka tidak ada calon yang berpengalaman. Katakanlah jawatan PM ada calon, tapi bagaimana pula jawatan-jawatan lain, seperti timbalan dan sebagainya? Siapakah pemimpin yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk pegang jawatan itu dalam Pakatan,?” soalnya.
Jelasnya lagi,hakikatnya  Pakatan Pembangkang sebenarnya amat ketandusan pemimpin yang berpengalaman dan berkalibaer untuk mentadbir negara.
“Saya yakin rakyat boleh menilai sendiri siapa diantara kepimpinan Pakatan Pembangkang yang layak dan berpengalaman untuk mentadbir. Macam Karpal, biarpun dia seorang ahli politik veteran, tetapi kadang-kadang sikapnya dan pendapatnya seperti budak-budak.
“Datuk Seri Haji Hadi sendiri pun tidak punya pengalaman tadbir negara, cuma ada pengalaman jadi MB saja. Itu pun tak lama, sepenggal saja. Mungkin Anwar sajalah yang dilihat ada pengalaman. Tapi rasa malulah sikit, sebab pengalaman mentadbir yang Anwar ada pun bukannya dikutip dalam Pakatan, sebaliknya semasa dia memegang jawatan dalam UMNO.
“Jadi, saya tidak nampak ada pemimpin dalam Pakatan yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk tadbir negara. Sebab itu saya tegaskan, Pakatan Pembangkang hari ini tidak layak lagi untuk memerintah negara,” ujarnya. -MediaUMNO

BN Bukan Parti Umpan Janji Kosong, Juara Fitnah



Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhammad Khairun Aseh percaya rakyat akhirnya akan tetap memilih parti yang boleh membawa kemanan, kemakmuran dan kemajuan walaupun pembangkang ketika ini ghairah untuk memanipulasi pelbagai isu terutama mencipta fitnah bagi memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Malah katanya lagi dengan peluang yang diberikan rakyat kepada pembangkang untuk mentadbir beberapa buah negeri ternyata ia sebenarnya cerminan terbaik untuk rakyat membuat pertimbangan dengan lebih adil, matang dan bijaksana.
Ini kerana katanya pembangkang tidak boleh lagi mendakwa kononnya tidak diberi peluang dan setelah hampir lima tahun berlalu jelas bahawa pembangkang lebih ghairah bermain politik sempit dari membuktikan kemampuan mereka lebih baik dari BN.
“Janji kita adalah janji dikota. Kita tidak pernah berjanji kosong. Saya tidak nafikan memang terdapat kelemahan di sana sini malah ada sikap pemimpin kita yang memalukan parti tapi kita sentiasa bersikap telus. Kita tidak menyorokkan sebarang keburukan.
“Apa sahaja tindakan yang dikenakan kepada pemimpin UMNO mahupun parti komponen, kita akan telus. Kita bukan seperti pembangkang sering mendabik dada kononnya terbaik dengan menyembunyikan keburukan mereka di bawah karpet,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Khairun yang juga Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO seterusnya berkata UMNO khususnya BN tidak akan sama sekali terikut atau terperangkap dengan taktik-taktik pembangkang menjelang PRU 13 ini yang akan menaburkan peluru-peluru fitnah mereka.
“Dari dulu BN akan meletakkan rekod pentadbiran dan perkhidmatan sebagai senjata berdepan rakyat.  Kita bukan parti umpan janji kosong atau parti cari salah orang lain.
“Kalau pembangkang nak guna fitnah, hina pemimpin itu memang cara politik mereka.  Biarkan mereka dengan cara sebegitu kerana kita dari dulu percaya akhirnya rakyat akan memilih parti yang benar-benar bertanggungjawab bukan saja untuk membina negara tetapi yang lebih penting membawa kemakmuran, kestabilan dan kemajuan rakyat”, ujarnya.- MediaUMNO

Sunday 10 February 2013

Guan Eng belum dapat sahkan kehadiran rumah Terbuka 1Malaysia


GEORGETOWN, 10 Feb : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih belum dapat mengesahkan kehadirannya ke Program Rumah Terbuka 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang berlangsung di Kolej Han Chiang di sini, esok.

Guan Eng ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di sini, berkata beliau akan memaklumkan sendri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata: “Saya akan beritahu sendiri (kehadiran) kepada Perdana Menteri, awak (wartawan) tunggu sidang media selepas ini kerana saya perlu melayan tetamu,”katanya.

Guan Eng berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (PISA) di sini, hari ini.

Kira-kira 3,000 tetamu hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Bagaimanapun, kumpulan wartawan yang menunggu Guan Eng untuk sidang media dijanjikan kecewa selepas Ketua Menteri itu enggan berbuat demikian.

Difahamkan, BN Pulau Pinang sudah menghantar surat jemputan Isnin lalu kepada Guan Eng dan barisan EXCO kerajaan negeri pimpinan DAP untuk menghadiri Program Rumah Terbuka 1Malaysia yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 tetamu esok.

Thursday 7 February 2013

SPR Jamin Senarai Daftar Pemilih Bersih


KOTA KINABALU –  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi jaminan senarai daftar pemilih adalah bersih dan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan menjadi yang terbaik.

Beliau berkata SPR membersihkan senarai daftar pemilih dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara.

“Daftar pemilih yang kita ada sekarang iaitu sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah) sehingga Disember tahun lepas, adalah bersih. Pilihan raya umum ke-13 mungkin panas, mungkin mencabar tetapi tidak terkotor,” katanya.

Beliau berkata meskipun timbul pelbagai persepsi ekoran pendedahan baru-baru ini dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, namun SPR yakin proses PRU-13, terutama di Sabah akan menjadi yang terbaik.

Persepsi itu tidak seharusnya wujuh hanya semata-mata berdasarkan kenyataan satu atau dua orang saksi kerana terdapat lebih 100 orang yang akan memberikan keterangan kepada RCI, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati tempatan pilihan raya umum ke-13 bagi negeri Sabah dan Labuan di sini, Rabu.

Tiga NGO itu ialah Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Sabah, Majlis Belia Sabah dan Gabungan Persatuan Cina Sabah.

Abdul Aziz berkata empat pegawai SPR akan dipanggil menjadi saksi dalam sesi pendengaran RCI itu termasuk daripada bahagian komputer, pengurusan, pendaftaran dan pengarah SPR Sabah.

“Bila mereka dipanggil nanti mereka akan beri penerangan sejelas-jelasnya,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang kesimpulan tentang perkara yang disebut dalam prosiding RCI itu.

Katanya SPR telah memperkenalkan pembaharuan dalam usaha mengemaskini serta memperbaiki proses pilihan raya, termasuk penggunaan dakwat kekal, undi awal, wujudnya akses media bagi parti-parti politik, pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan.

“Banyak lagi pembaharuan yang kita lakukan termasuk kemudahan undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara (tetapi ada syarat) bagi elak kemungkinan berlaku penipuan…berasaskan itu takkan lah pilihan raya ke-13 akan jadi yang terkotor,” katanya.

Katanya SPR akan membelanjakan kira-kira RM52 juta bagi mengurus pilihan raya umum di Sabah yang mempunyai pengundi berdaftar seramai 969,497, dan menurutnya RM400 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di seluruh negara.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berharap NGO yang dilantik sebagai pemerhati pilihan raya dapat menjalankan tugas dengan jujur dan profesional, sekali gus menjadikan pilihan raya tersebut terbaik daripada segi sistem, proses dan pembaharuan pilihan raya.

Katanya sebanyak 16 NGO dilantik sebagai pemerhati pilihan raya di seluruh negara iaitu lima di Semenanjung, lapan di Sarawak dan tiga di Sabah.

Abdul Aziz berkata kesemua NGO yang dilantik memenuhi syarat ditetapkan, antaranya mempunyai keupayaan bertindak sebagai pemerhati, tidak berpihak kepada mana-mana parti dan menerima syarat lantikan, selain dibenarkan masuk ke pusat mengundi, dewan penamaan calon dan bilik pengiraan undi.

Pas Tidak Akan Berani Keluar Pakatan Pembangkang – Dr Mahathir


KUALA LUMPUR –  Pas tidak akan berani keluar daripada pakatan pembangkang kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Pas khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu.

“Saya ingat Pas tak berani keluar kerana dia bergantung kepada DAP. Dia keluar dia kalahlah, dia akan kekal dengan DAP pasal dia cukup sayang kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP).

“Dia (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sambut harijadi pun dengan Karpal Singh, jadi tak kan nak bercerai, dengan Nasha (bekas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa) dah bercerai,” katanya mengulas desakan Nasharudin supaya Pas bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku bergambar “Antarctica: Malaysia’s Journey to the Ice” di Universiti Malaya di sini, hari ini.

Mengulas mengenai isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang di Sabah, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa ia dilakukan kerana mereka berhak dan layak mengikut lunas undang-undang negara.

Beliau berkata terdapat juga penerima kad pengenalan itu yang memberi undi kepada pembangkang sehingga memberi kemenangan kepada pembangkang.

“Mereka tidak selalunya menyokong BN (Barisan Nasional), mereka menyokong pembangkang. Jika tidak, kenapa BN kalah dalam pilihan raya di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas supaya mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesaknya meletak jawatan.

Katanya keputusan untuk meletak jawatan tidak boleh dilakukan tergesa-gesa kerana mungkin ada masalah dan perkara yang tidak dapat dipersetujui sebelum ini.

“Sebelum kita menyingkirkan seseorang itu, kita perlu membuat kajian mengenai masalah itu,” kata Dr Mahathir yang merupakan Penasihat Petronas.

Baru-baru ini, media melaporkan Shamsul dan kepimpinan baharunya berdepan dengan desakan gabungan 42 NGO ekonomi Melayu dan 101 NGO ekonomi bersekutu, mahu mereka disingkirkan daripada menerajui syarikat minyak Negara itu.

Tuduh BN Zalim, Masuk Neraka.. Nik Aziz Lupa Cermin Diri Sendiri

KUALA LUMPUR – Orang yang tidak bertanggungjawab akan mudah menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada orang lain sebagaimana yang berlaku di Kelantan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri terbabit, Datuk Dali Husin.

“Orang yang menuduh individu lain masuk neraka sebenarnya adalah yang mula-mula masuk ke dalamnya apatah lagi dia sendiri tak lakukan apa yang sememangnya wajib dibuat sebagai pemimpin,” katanya yang mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas tersebut telah dipetik berkata, “Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW’ yang dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan berkaitan agihan royalti minyak kepada negeri kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

“Sebagai Menteri Besar di Kelantan lebih 20 tahun apa yang telah dibuatnya…? Isu air tak selesai, tanah-tanah pun jadi isu, peluang pekerjaan pada rakyat tak ada dan macam-macam lagi kerumitan rakyat. Ini semua tanggungjawab siapa?

“Mereka menuduh kerajaan Pusat zalim sebab royalti minyak tapi persoalannya siapa yang lebih zalim sehinggakan kehidupan rakyat pun tak berubah-ubah sejak lebih 20 tahun lalu? Apabila mereka gagal lakukan perubahan maka yang dipersalahkan adalah kerajaan Pusat sedangkan mereka sendiri hanya pentingkan agenda politiksemata-mata.”

Katanya, kepimpinan kerajaan Negeri Kelantan lebih mudah menyalahkan orang lain daripada bercakap soal amanah dan tanggungjawab sendiri sebagai cara terbaik bagi mengelirukan rakyat.
Soal royalti minyak diketengahkan menjurus kepada kepentingan agenda politik mereka sendiri dan bukannya memberi penjelasan berkaitan janji-janji yang sepatutnya mereka penuhi untuk rakyat.
Mereka ingat rakyat boleh diperbodohkan lagi setelah sekian lama mereka ditipu atas perjuangan yang tidak ada matlamat, rakyat sudah sedar dan mahukan perubahan bersama-sama BN,” tegasnya lagi. - MediaUMNO

Friday 1 February 2013

Anak Muda Berdepan Masalah 4P Hasil Kegagalan Kerajaan Selangor Tunai Janji


Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) hari ini mengakui anak muda di negeri Selangor berhadapan dengan masalah janji “manifesto” kerajaan pakatan Selangor di bawah pimpinan DAP, PKR dan Pas.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, masalah ini dikenali sebagai 4P iaitu perumahan, pekerjaan, pendidikan dan perniagaan.

“P yang pertama, ialah tiada perumahan disediakan untuk anak muda di Selangor terutamanya rumah kos rendah seperti yang dijanjikan manakala P berikutnya, kebanyakan anak muda di Selangor masih menganggur dan terpaksa pulang ke kampung kerana ketiadaan peluang pekerjaan di sini.

“P seterusnya ialah pendidikan di mana dua buah institusi pendidikan penting di Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) tidak ditadbir dengan sempurna dan kredibilitinya diragui.  Akhir sekali P keempat iaitu perniagaan, bantuan dan inisiatif perniagaan kepada belia dan wanita muda seperti yang dijanjikan seperti di dalam manifesti PRU12 yang lalu, tidak dilaksanakan,” ujarnya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, anak muda di negeri Selangor merasa tertipu dan kecewa kerana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa `manifesto’ PRU12 yang lalu sebenarnya bukanlah satu janji.

“Tentunya bukan sedikit anak muda yang terpedaya dan tertipu dengan manifesto kosong yang bersifat janji manis ketika PRU yang lalu.

“Hari ini, anak muda di Selangor bangkit dan bertekad dengan mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat bagi mendapatkan pandangan mereka dan berkongsi masalah yang dihadapi selain mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah tersebut,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Sehubungan dengan itu, tegas beliau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor juga akan bergerak ke seluruh negeri Selangor untuk tujuan tersebut.

“Kita akan bergerak bersama Majlis Belia Selangor yang mempunyai 28 badan gabungan serta 9 buah Majlis Belia Daerah dalam masa dua minggu mendekati orang muda di akar umbi dan hasil dari cadangan mereka akan dikumpulkan dan bakal dibentangkan kepada Barisan Nasional negeri Selangor sebagai cadangan manifesto pada PRU13 nanti,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Terima Kasih Bubarkan DUN Awal, Bukti Daftar Pemilih SPR Bersih


SHAH ALAM, 1 Feb  - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.

Noh berkata, kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.

Beliau berkata, pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.

“Kita mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih,” katanya kepada Sinar Harian, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh hujung bulan ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, jentera BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

“Kita berharap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN.

“Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang,” katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun, Noh berkata, itu membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat.

“Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, ini menunjukkan pakatan pembangkang sdebenarnya sebuah parti yang cacamarba. Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara,” katannya.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela.