Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 31 January 2013

Isu pendatang Sabah: Dr Mahathir dakwa Anwar terlibat ...


pendatang-ok200 

Apa agaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim nak bersilat selepas ini? Ini bab isu pemberian warganegara dan kad pengenalan kepada pendatang di Sabah yang hangat jadi fokus semasa prosiding Suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) mengenainya sekarang.

Jangan lupa orang yang pernah berada di puncak kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa dalam barisan nasional dulu, itu baru-baru ini sudah 'tunjuk baik' konon tiada apa-apa kaitan langsung dengan hal berkenaan.

Senang cakap cuci tangan langsung.

Malah dalam rentak politik biasanya,penghulu pakatan pembangkang itu awal-awal bagi gambaran duga beliau akan dituduh terlibat.

Mungkin budak-budak yang baru kenal politik hari ini tidak tahu atau dapat bayangkan semasa Anwar Timbalan Perdana Menteri dulu namun rasanya ramai orang lama dalam UMNO boleh buka cerita.

Ini termasuk bagaimana ligatnya beliau semasa hendak tumbangkan Allahyarham Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun 1993.

Di zaman puncaknya Anwar juga dikatakan banyak tumpu perhatian di Sabah selepas UMNO baru melangkah baru ke negeri itu.

Betulkah Anwar tidak terpalit langsung dalam isu pemberian warganegara dan kad pengenalan kepada warganegara asing di Sabah?

Isu pendatang di Sabah sudah lama menjadi mainan pembangkang untuk membangkitkan rasa marah terhadap kerajaan pusat.

Jadi faham-faham sudahlah sebagai bos pakatan pembangkang sekarang,beliau pasti hendak jauhkan diri dari didakwa terlibat.

Memetik kata-kata popular Tun Dr Mahathir ' Melayu mudah lupa'...nampaknya bekas Perdana Menteri itu yang pernah jadi bos Anwar tidak mudah lupa.

Dan..Khamis semasa jawab soalan semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur,beliau mendakwa Anwar terlibat secara langsung dalam beri kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah.

Ini katanya berlaku semasa tahun 1990han.Waktu itu Anwar dalam kerajaan.

Dakwanya beliau ' ada pengetahuan' mengenai salahlaku Anwar itu sekalipun tidak mempunyai bukti untuk dikemukakan di mahakmah.

Beliau menjelaskan ini berlaku kerana Anwar kadang-kadang ambil inisiatif sendiri dalam hal berkenaan.

Katanya tindak tanduk itu adalah di luar arahan beliau.

Menurut Dr Mahathir beberapa pegawai yang terlibat dalam kes berkenaan sudah dikenakan tindakan.-31/1/2013

Wednesday, 30 January 2013

Dr. Mahathir : Nasha Pemimpin PAS Model Perpaduan Hamas & Fatah


alt
 
KUALA LUMPUR 30 Jan. - PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.

"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, semalam.

Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak menyekat malah tidak campurtangan terhadap sebarang tindakan PAS bagi menukar platform perjuangannya.

Nasharudin telah dilucutkan jawatan sebagai Anggota Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan.

Keputusan yang berkuatkuasa pada 13 Januari lepas menerusi mesyuarat Badan tersebut telah dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 

Mohon Rafizi Ramli bangkit menjadi wira kepada isu ini.. Selama ni wira kan??

alt
 
SHAH ALAM 29 Jan - Tanah milik orang asli Mukim Tanjung 12 daerah Kuala langat seluas 17900 ekar didakwa telah dipindah milik oleh Pejabat Tanah Daerah tanpa pengetahuan masyarakat tersebut selama lebih tiga tahun.
 
Wakil orang asli kawasan, Raymond berkata, tanah ini telah di pindah milik dan dijual kepada pihak yang lain tanpa pengetahuan orang asli.
 
"Pekara ini telah diberitahu oleh pegawai tanah Daerah Kuala Langat mengatakan fail-fail yang terkandung dokumen pindah milik telah disimpan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
'
"Saya mendapati satu penipuan yang dilakukan oleh pihak atasan di pejabat tanah bahagian SUK ini," katanya selapas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (IPD) di sini hari ini.
 
Turut hadir anak kepada penghulu orang asli, Jafrin Bin Malam dan wakil orang asli Ramli Untung.
 
Menurut Raymond, tanah yang seluas 17900 ekar itu telah diceroboh oleh beberapa syarikat untuk mengambil pasir dan tanah merah dikawasan tersebut.
 
"Kita telah menghantar banyak surat kepada SUK dan kepada ahli-ahli exco kerajaan negeri tetapi mereka tidak pernah balas dan tiada jawapan."
 
"Kebanyakan pencerobohan mahu mengambil pasir secara haram," katanya.
 
alt
 
Tambahnya, kawasan tanah tersebut adalah tanah adat dan tanah Rayau serta penempatan masyarakat orang asli yang telah diwariskan kepada mereka semenjak keturunan nenek moyang mereka.
 
"Tanah ini ada surat pengesahan kawasan dan penempatan orang asli daripada jabatan Hal Ehwal Orang Asli bertarikh 25 Januari 2010.
 
"Surat pengisytiharan oleh warta kerajaan negeri bertarikh 20 Januari 1994 di bawah akta seksyen 6 akta 134 serta beberapa surat lagi yang ada," jelasnya.
 
Tambah Raymon, masyarakat orang asli berharap pihak berkenaan dapat menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas syarikat-syarikat dan orang-orang yang terbabit.

Monday, 28 January 2013

Kajian UMCEDEL - Kenapa Kaum Cina mahu Anwar Ibrahim menjadi PM?




 
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden.  Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 – 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.

Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai ‘menyambung tugas’ Merdeka Center, iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.

Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi.  Selain itu, Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera.

Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya telahpun dijangka.  Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan  sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama.

Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN.

Manakala di pihak pembangkang, isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman.  Walaubagaimanapun, amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama, manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri.

Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya.  Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat.

Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali.

Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Lebih dari itu, PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT.

Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu.  PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak bendera DAP.  Itu saja.

Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan.

Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim, seorang Melayu Islam.   Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka.   Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang.

Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja.

Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.

Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya.  Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS.

Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu. Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu.

Friday, 25 January 2013

Kritik, Perlekeh Lawatan PM Ke Gaza – Penyakit Orang Dengki Dan Busuk Hati


KUALA LUMPUR, 25 Jan – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang itu dan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang memperlekehkan lawatan Perdana Menteri ke Gaza, merupakan kenyatan yang datang dari orang yang busuk hati dan dengki terhadap keberanian Najib melawat Palestin untuk meninjau sendiri keadaan umat Islam di sana.

Menurutnya, hari ini apa saja yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) dan juga kerajaan BN hari ini akan dipandang serong dan diputar belit oleh pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk memburukkan imej kerajaan di mata rakyat di negara ini.

“Ini semua kenyataan yang bersifat dengki dan iri hati. Jelas puak pembangkang ini tak dapat nak sembunyikan rasa dengki dan iri hati mereka terhadap keberanian PM kita bila beliau sendiri melawat Palestin untuk meninjau keadaan umat Islam di sana.

“Memang kita pelik melihat cara pemikiran puak pembangkang ini. Apa saja yang kerajaan lakukan semuanya  mereka kecam dan kritik. Sampaikan PM ke Palestin yang sudah pastinya dengan tujuan yang baik, bukan untuk berpolitik atau berkempen pun dikecam sebegitu rupa. Inilah sikap pembangkang yang ego dan merasakan diri mereka lebih bagus dari orang lain,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya, puak pembangkang juga  hanya tahu bercakap dan mengkritik tetapi dari segi perlaksanaan langsung  tidak ada.

“Mereka ini suka cakap bergegar-gegar, tapi takda perlaksanaan dalam tindakan. Bila bab isu Palestin merekalah konon-kononnya jadi juara, tetapi bila PM sendiri melawat bumi anbiya itu, mereka kecam dan tuduh macam-macam.

“Sepatutnya perkara-perkara  baik yang dilakukan oleh kerajaan, tak payahlah kondem. Apatah lagi dalam isu Palestin yang sudah tentunya merupakan isu umat Islam sedunia  dan bukan hanya di negara ini. Sepatutnya benda baik kita sokong, bukan kritik dan kutuk sana, kondem sini,” ujarnya lagi.

Justeru itu beliau menasihati kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama Pas dan PKR agar berfikiran lebih matang dan terbuka dalam memberikan sebarang kritikan dan komen terhadap kerajaan.

“Kita boleh lihat hari ini, apa saja kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan baik di dunia mahupun di dalam negeri, semuanya dikecam dan dikritik oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang. Seolah-olah apa yang mereka buat itu baik belaka dari orang lain.

“Jika beginilah sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang, bagaimana mereka mahu menjadi pemimpin negara yang adil dan bijaksana? Mereka sendiri hari ini jelas tidak tahu untuk menilai samada perkara itu baik atau pun tidak. Apa yang mereka tahu, hanyalah untuk membuat provokasi untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Itu saja…,” akhiri beliau. -MediaUMNO

Rakyat Kelantan Boleh Nilai Antara Janji Realiti Dengan Gimik Janji Selama 22 Tahun


KUALA LUMPUR 25 Jan – Rakyat Kelantan boleh menilai serta melihat bagaimana janji kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) berbanding dengan kerajaan negeri yang sekadar hanya gah pada gimik semata-mata walaupun setelah berpuluh tahun memerintah negeri itu.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan,  Annuar Safian berkata apa yang kerajaan Pas umum dan lancar sebelum ini seolah-olah tidak ada kesinambungan mahu pun isi yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat negeri berkenaan.

Justeru  beliau dengan rendah hati menyeru rakyat negeri terbabit memperhalusi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat secara menyeluruh dan untuk kepentingan rakyat Kelantan.

“Kita kira janji itu meliputi orang muda, dewasa, golongan pertengahan dan pelbagai peringkat lain. Itulah gambaran komitmen sebenar BN untuk sama-sama membawa perubahan dan kemajuan di negeri ini bersama rakyat Kelantan.

“Perumahan rakyat contohnya adalah keperluan terdesak yang memerlukan perhatian serius kerajaan….Begitu juga soal masalah air yang memerlukan tindakan secepat mungkin. 

Sampai bila keadaan itu berlarutan. Pembinaan stadium baru pula boleh dikatakan menjurus kepada kepentingan orang muda..tidak terkecuali ianya adalah untuk seluruh rakyat Kelantan yang hari ini rata-rata cukup minat dengan kebangkitan bola sepak pasukan Kelantan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterusnya menambah begitu juga soal pembinaan lain seperti masjid dan sebagainya.

“Kesimpulannya inilah masa terbaik untuk rakyat Kelantan bersama-sama membawa perubahan. Janji BN bukanlah sekadar janji dan hari ini boleh dilihat bagaimana keseriusan pucuk pimpinan mengotakan apa yang dijanjikan,” ujarnya. -MediaUMNO

Wednesday, 23 January 2013

Tabung Memali : Rakyat, Ahli Pas Masih Tunggu Penjelasan Majlis Syura Pas

Kemelut tabung memali yang kini dilihat menghantui kepimpinan Pas setelah didedahkan oleh ahlinya sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani menerusi bukunya Air Mata di Bumi Memali seharusnya menjadi keutamaan kepada Majlis Syura parti itu dalam usaha menangkis tohmahan terhadap parti berkenaan.

Setelah dilihat cukup lantang dalam isu penggunaan kalimah Allah, Majlis Syura sepatutnya terkedepan dalam soal berkenaan kerana ianya melibatkan soal integriti dan harta anak yatim dan mereka yang memerlukan.

Mengulas mengenainya, bekas Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata isu tersebut sewajarnya perlu dijadikan isu utama yang perlu diselesaikan oleh Majlis Syura Pas.

“Kalau urusan tabung pun tidak selesai hingga ditulis di dalam buku oleh ahlinya sendiri, bukan orang lain pun… bagaimana pula amanah untuk menjaga agama. Sekarang ini pun isu penggunaan kalimah Allah kelam kabut. Ini penting untuk difahami oleh masyarakat. Selagi tak diperjelaskan orang akan cakap macam-macam…. menyelewenglah dan macam-macam lagi. Tunjukkanlah akaun dan sebagainya lagi. Banyak orang bercakap soal ini…

“Sepatutnya jika dalam jumlah yang besar boleh tanggung anak sekolah..sampai ke universiti contohnya. Dan berapa ramai yang ditanggung pun kita berminat juga ingin tahu,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Datuk Zainal yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) seterusnya menambah penjelasan lanjut harus dibuat berhubung dakwaan CN Al-Afghani yang dibuat menerusi bukunya Air Mata di Bumi Memali.

“Saya bukannya nak bangga… YBK bina 1000 rumah orang miskin secara percuma. bukan nak tunjuk bangga tetapi ada nampak rumah itu. Ini kita tengok di sana itu macam-macam keluar oleh ahli mereka sendiri,” katanya. -MediaUMNO

Najib Tiba Di Gaza Dalam Kunjungan Bersejarah, Perdana Menteri Malaysia Pertama Lawat Palestin

GAZA,  – Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.

Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah. Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan.




Kabinet Bayangan Tak Akan Wujud Sampai PRU Ke-13, Takut Tembelang Pecah


Janji pakatan pembangkang untuk menamakan anggota dalam ‘kabinet bayangan’ sekiranya dapat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak pernah ditunaikan biarpun ia disebut-sebut sejak PRU yang lalu lagi.

Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat bahawa kabinet bayangan ini adalah antara gula-gula politik pakatan pembangkang dalam usaha mencari pengaruh dan menarik perhatian rakyat kepada mereka.

“Inilah pembohongan pembangkang yang hanya boleh bercakap tetapi tak mampu untuk melaksanakannya apabila diminta, malah sehingga ke hari ini yang ada hanya nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri namun apabila ada desakan dari anggota DAP dan Pas maka tiada kata putus dibuat,” katanya kepada UMNO-Online.

Soal beliau, bagaimana mungkin kabinet bayangan mampu diperlihatkan kepada rakyat sedangkan isu dalaman melibatkan pembahagian kerusi menjelang PRU pun masih belum lunas.

“Kalaulah mereka meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, maka jawatan timbalan nak beri pada siapa? Katakanlah nak letakkan jawatan timbalan untuk dua orang maka tentunya untuk DAP dan Pas tapi tak mungkin Lim Kit Siang hanya mahu menjadi timbalan perdana menteri saja sedangkan apa yang diinginkannya hanya boleh dibuat jika dia sendiri berkuasa.

“Benarkah mereka mampu berkerajaan bersama sedangkan baru saja diberi kepercayaan mentadbir empat negeri macam-macam masalah yang timbul. Sudahlah perkara-perkara berbangkit berkaitan rakyat gagal ditangani,” katanya.

Tegasnya lagi, pakatan pembangkang gagal menunjukkan kabinet bayangan kerana masing-masing mempunyai agenda dan impian tersendiri untuk parti-parti sendiri dan bukannya seperti BN yang menjurus kepada semangat 1Malaysia.

“Tak usahlah Pas, PKR dan DAP  nak teruskan lakonan kononnya mereka sepakat dalam pakatan pembangkang sedangkan apa yang tergambar sekarang amat berlainan, dan rakyat tidak pernah lupa apa yang telah dijanjikan,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat keseluruhan agar tidak terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang yang sanggup menyatakan macam-macam janji sedangkan ia hanyalah bayang-bayang bagi mengaburi mata pengundi. – MediaUMNO

Isu Kalimah Allah – Tindakan Anwar Sembunyi Tengkuk, Berdiam Diri Dibidas


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendiamkan diri menyembunyikan tengkuk dari memberikan sebarang komentar mengenai  polemik  isu kalimah Allah yang ditimbulkan oleh Lim Guan Eng baru-baru ini, dilihat merupakan jalan selamat bagi beliau apatah  lagi kepimpinan Pas akhirnya menukar  pendirian mereka  berhubung isu tersebut.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman beranggapan bahawa Anwar kini teperangkap di dalam permainan politiknya sendiri apabila kepimpinan Pas baru-baru ini, termasuk Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang yang sebelum ini bersetuju dengan isu kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, akur dengan keputusan majlis syura ulama Pas.

“Bila kepimpinan Pas ambil keputusan tidak mahu bersubahat dalam isu ini, jelas Anwar mati akal. Sebab itu kita lihat tidak ada sebarang kenyataan berhubung isu ini yang dikeluarkan oleh beliau. Ini merupakan jalan selamat bagi beliau agar tidak dipandang serong oleh kepimpinan Pas mahupun DAP.

“Begitulah sikap Anwar. Jika sesuatu isu itu dilihat tidak mendatangkan keuntungan pada kepentingan politiknya, beliau akan mengambil jalan berdiam diri. Tetapi jika ada sesuatu isu yang dilihat akan memberikan keuntungan politik bagi dirinya, beliau akan hebohkan satu dunia, biarpun isu tersebut belum tentu lagi sejauh mana kebenarannya,” tegas beliau kepada UMNO-Online hari ini.

Tambah Satim, beliau yakin bahawa Anwar akan terus mendiamkan diri dalam isu ini untuk menjaga hati pengikut dan penyokong Pas dan juga DAP.

“Anwar tahu kalau beliau menyatakan pendiriannya sekali lagi berhubung isu ini, sudah tentu ada diantara dua parti tersebut, samada Pas atau DAP akan membidas beliau. Jadi, mahu tak mahu beliau terpaksa mendiamkan diri daripada membuat sebarang komen tentang isu tersebut kerana bimbangkan retak di dalam Pakatan akan menjadi belah.

“Dan secara umumnya rakyat sehingga ke hari ini sudah jelas dengan pendirian  Anwar, bahawa beliau masih lagi tetap dengan keputusannya yang  bersetuju bahawa kalimah Allah boleh diguna pakai oleh orang bukan Islam, seperti mana yang diumumkan beliau bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang sebelum ini.

“Tapi tak tahulah kalau esok lusa beliau juga pusing kenyataannya, namun saya yakin Anwar akan terus berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan tentang isu ini sebagai jalan selamat demi kepentingan politiknya di dalam Pakatan Pembangkang,” ujarnya. -MediaUMNO

Wednesday, 16 January 2013

Presiden PAS Bakal Bersara

 

Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.

Hasan cabar Anwar buat kenyataan rasmi terima keputusan Majlis Syura Ulama PAS

Share
hasan-pc1xx
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam.

Dalam kenyataannya Isnin, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.

"Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas (setiausaha agung DAP) Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS.

"Sekali lagi dalam isu kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura Pas malam semalam memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Tuesday, 15 January 2013

Pembangkang Guna Talian Hayat Untuk Selamatkan Maruah HKR





Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.

Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya.

Ada yang kata HKR #KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung.

Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terdapat sejumlah 76,000 komen positif yang membicarakan HKR #KL112.

Bagaimanapun keesokan harinya, 13 Januari 2012 komen-komen positif turun mendadak kepada hanya 12,300 komen sahaja. Keghairahan para penyokong PR seperti terbantut. Kenapa dan mengapa?

Berkemungkinan besar kerana tiada insiden besar seperti rempuhan oleh peserta himpunan ataupun tindakbalas keras dari pihak polis. Mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan tinjauan di Stadium Merdeka, banyak kedengaran keluhan para penyokong PR yang merasakan acara kali ini agak membosankan dan tidak mencabar.

Tambahan pula bila mana selepas perhimpunan berlangsung pelbagai angka kehadiran yang tidak munasabah dikeluarkan yang akhirnya memalukan PR sendiri. Semangat penyokong yang sudah sedia tergugat terus jatuh setangga demi setangga dan akhirnya merudum.

Mungkin menyedari populariti HKR #KL112 dilihat gagal menandingi Bersih 3.0, maka datanglah seorang bekas professor kangkung yang terlebih cerdik dengan talian hayat baru untuk menyelamatkan maruah HKR #KL112.

Katanya perarakan yang memanjang 7 kilometer menghala ke Stadium Merdeka bersamaan di hadiri 700,000 orang, itu dakwanya selepas melihat beberapa keping gambar secara sepintas lalu. Seketika bekas professor itu bangga ada yang percaya congak kiranya yang logik kebenaran hanya orang gila sahaja yang mengiakannya.

Maka berkokok gembiralah pemimpin PR mendabik dada dengan gah dan bangganya. Padahal tiada pun perarakan memanjang 7 kilometer dipenuhi peserta HKR #KL112, sebaliknya yang wujud ialah jarak perjalanan perarakan yang jauhnya sekitar 7 kilometer dari KLCC ke Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka yang berkapasiti cuma 30,000 ditambah lagi kapasiti maksima atas padang 10,000 orang serta 5,000 orang lagi di luar stadium tiba-tiba boleh dibanjiri 700,000 orang? Makin bengong dan kelu jadinya penyokong PR mahu mencerna angka fantasi yang tak masuk dek akal.

Sia-sia penyokong PAS bawahan yang datang dari jauh mematuhi kerahan tenaga termasuklah ada yang tidur bermalam dalam van dan kereta ketika pemimpin peringkat cawangan, kawasan dan negeri lena selesa di bilik hotel, alih-alih kecelaruan pula yang terus menghantui kepala.

Entah apa lagi usaha PR untuk menaikkan semangat penyokongnya tika ini, satu demi satu serba tak menjadi.

Lagi bertambah parah bila mana malam Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS yang hanya sesekali saja bermesyuarat itu tiba-tiba pula mengubah keputusan parti apabila tidak bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible.

Jatuh lagi semangat penyokong PR khususnya PAS, makin busuk nama HKR #KL112 jadinya.

Punca Cina Jauhkan Diri Dari HKR


Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal.   Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.  

HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%.   Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu.   Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina. 

Kaum Cina dan India, terutamanya, jelas enggan terlibat lagi dalam kegilaan ini.   Lebih dari itu, kaum Cina DAP juga lebih suka terlibat dalam himpunan yang hanya mengumpul kaum mereka sahaja seperti Himpunan Hijau.  Manakala kaum India pula telah serik ditipu oleh PR dalam isu-isu yang membabitkan kaum itu di Selangor dan Pulau Pinang serta enggan mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan PR. 

Bagi memahami situasi ini, post-mortem himpunan BERSIH 3.0 yang lalu mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih tepat tentang keengganan kaum Cina untuk turut bersama balaci mereka dari PAS dan PKR di dalam HKR. Himpunan BERSIH 3.0 menyaksikan 30% penyertaan dari kaum Cina dan 7% dari kaum India. 

Dapatan dari post-mortem tersebut menunjukkan yang kaum Cina sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dan Azmin setelah mereka didapati mengarahkan rempuhan sewaktu BERSIH 3.0 sehingga menyebabkan kekecohan.   Dan kaum Cina, terutamanya, enggan mengambil risiko terperangkap dalam kekecohan lagi.  

Selepas BERSIH 3.0, ramai dari kaum Cina mula menyedari bahawa tuntutan pilihanraya bersih yang dilaungkan hanyalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, pembangkang hanya ingin membuat kecoh. 

Bermula dari situ juga ramai di antara mereka mula belajar mendengar penjelasan kerajaan dan mencari maklumat lebih mendalam mengenai sistem SPR serta jawapan-jawapan yang SPR dan kerajaan diberikan terhadap semua tuduhan BERSIH. 

Bertitik tolak dari itu, lebih separuh dari mereka nampaknya sudah mula faham.  Biarpun agak terlambat sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar.   Dari situ juga, lebih separuh dari mereka ini mula menyedari bahawa selama ini mereka telah termakan hasutan pembangkang sehingga tidak mampu lagi menghadamkan maklumat secara rasional.  

Justeru, PR wajar menilai semula apa yang dilaporkan oleh media sebagai ‘berjaya’ mengenai HKR.  Ini kerana, sesungguhnya, tiada apa yang mereka berjaya capai selain berjaya menipu diri sendiri sahaja.   Segala tuntutan yang konon dibuat di dalam HKR juga hanya mengundang ketawa bagi mereka yang arif mengenai politik Malaysia. 

Mana tidaknya, jika antara tuntutan yang dibuat termasuklah mendaulatkan bahasa kebangsaan serta menuntut pilihanraya bersih.   Sedangkan, apakah layak bagi PR untuk menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak bersih jika pemilihan parti mereka sendiri juga sudah lintang pukang menipu secara terang-terangan?    Dan apa pula ini, yang dibebelkan mengenai bahasa kebangsaan sedangkan DAP begitu beria-ia ingin menghapuskan daulat bahasa tersebut dengan mengangkat Mandarin sebagai lebih tinggi lagi kalaupun tidak sama tinggi melalui nama-nama jalan di Pulau Pinang dan kepala surat kerajaan Selangor. 

Maka, nampak sangat bahawa senarai tuntutan HKR dibuat dengan cara ‘hentam sajalah’.   

Lagipun, jika HKR dikatakan berjaya, ia seharusnya bermakna bahawa segala isu tuntutan itu juga telah selesai dengan jayanya. 

Kini semua orang dapat melihat bahawa HKR tidak ada motif jelas, selain dari cuba membuat huru-hara di samping cuba menunjuk pada dunia kononnya rakyat menyebelahi pembangkang. 

Namun, dengan jumlah rakyat yang hadir begitu sedikit, iaitu kurang dari jumlah ahli UMNO yang berhimpun ketika Ulangtahun UMNO,  maka tiada alasanlah lagi bagi PR untuk mempersoalkan keputusan PRU-13 nanti, sekiranya ia tidak menyebelahi mereka. 

 

Malaysiakini Patut Pecat Jurugambar


Portal pro pembangkang, Malaysiakini yang terkenal mendabik dada kononnya telus, bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak berkepentingan politik patutnya malu apabila menyiarkan foto Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang mengelirukan pembacanya.

Malaysiakini dalam salah satu artikel Bahasa Melayu dan Inggeris telah menyertakan beberapa keping foto dalam usahanya untuk menyokong dakwaan wujudnya kehadiran 100,000 orang penyokong PR dalam himpunan yang diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas.

Sedangkan umum maklum kapasiti Stadium Merdeka hanya berupaya menampung kapasiti 30,000 tempat duduk dan ruangan untuk berdiri (22,000 tempat duduk + 7,000 ruang berdiri), manakala ruangan padang bola sepak serta kawasan sekelilingnya pula hanya mampu menampung lebihkurang 10,000 orang pada satu-satu masa.

Justeru itu jika ruangan dalam stadium benar-benar penuh dan padat, jumlah keseluruhan hadirin ialah 40,000 dalam stadium, yang mana sekiranya senario ini berlaku ia bermakna para pengunjung berada dalam keadaan agak rapat dan saling bersentuhan diantara satu sama lain.

Namun senario sebenar yang berlaku di stadium bersejarah pada 12 Januari 2013 itu, ruang tempat duduk masih banyak yang kosong, sementara di tepi-tepi padang bahagian kiri dan kanan jelas kelihatan lopong kosong. Di bahagian tengah padang pula ruangan di antara individu yang duduk mahupun yang berdiri ada jarak dan ruang kosong.

Berdasarkan senario itu, jumlah sebenar pengunjung HKR #KL112 di dalam stadium tentulah kurang dari 40,000 orang. Di luar stadium kawasannya tak begitu besar, tapi masih ada kira-kira 5,000 orang penyokong PR.

Untuk mudahkan pengiraan kita anggap saja jumlah 40,000 ada di dalam stadium dicampur dengan baki sekitar 5,000 orang diluar stadium maka jumlah keseluruhannya 45,000 orang. Itu angka yang hampir tepat bersandarkan luas kawasan dalam dan luar stadium.

Bagaimanapun berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Malaysiakini jelas berbeza dengan suasana sebenar. Foto yang disiarkan cuba memperlihatkan keadaan serba padat tanpa sebarang ruang kosong.

Ia boleh dilakukan melalui dua cara, sama ada menggunakan teknik superimposed ataupun dengan memanfaatkan teknik fotografi dari sudut tertentu bagi menutup ruangan kosong.

Mana-mana cara di atas yang digunakan, ia tetap tidak boleh menutup realiti bahawa angka 100,000 adalah melampaui kemampuan kapasiti dalam stadium dan luas kawasan di luar Stadium Merdeka.

Kita faham Malaysiakini yang sahamnya turut dimiliki oleh beberapa orang pemimpin PR terdesak untuk mempotretkan 'kejayaan' HKR #KL112, namun menyembunyikan kebenaran dengan teknik fotografi mahupun superimposed bukannya satu etika yang baik untuk satu portal yang mendakwa dirinya telus dan bebas.

Lagipun cubaan Malaysiakini yang berterusan mahu memaksa pembacanya percaya wujudnya kehadiran 100,000 orang di sebuah stadium yang kecil dan kawasan diluarnya yang tidak berapa luas itu, semakin membunuh sedikit demi sedikit reputasi portal itu.

Dulu semasa demonstrasi Bersih 3.0 April 2012 yang lalu, portal yang sama juga mendakwa demonstrasi itu dihadiri 300,000 orang peserta.

Tiba-tiba sahaja untuk laporan HKR #KL112 ini, Malaysiakini mengisytiharkannya sebagai yang terbesar walaupun didakwa kehadiran di himpunan terbaru ini disertai 100,000 orang.

300,000 dengan 100,000 mana satu angka yang lebih besar? Nampaknya Malaysiakini pun terkeliru dengan propaganda dan dakyah sendiri, andainya Malaysiakini masih mempunyai sekelumit kredibiliti yang mahu dipertahankan, eloklah bertindak sekarang.

Jika dek kerana jurugambar punya angkara menyebabkan berita dilaporkan menjadi songsang dan mengelirukan pembaca, lebih bagus dipecat sahaja. Tapi sekiranya kaedah pemberitaan songsang dan fakta bercelaru sudah sebati sebagai amalan Malaysiakini, baik teruskan sahaja perbesarkan angka 100,000 itu.

Harakah Kelentong 200,000 Hadir HKR




 
Dengan kapasiti tempat duduk stadium yang hanya 30,000 dan luas padang stadium yang hanya lebih kurang 50 ribu kaki persegi, masihkah ada yang percaya bahawa hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat mencecah 200,000 orang seperti yang didakwa Harakah?   
 
Malah, laporan media-media pembangkang serta laman sosial penyokong-penyokong mereka juga ada yang mendakwa lebih lagi, iaitu sehingga 700,000! 

Jumlah ini dikira kononnya berdasarkan stadium yang padat, ditambah dengan peserta diluar yang merangkumi perimeter sejauh 7km sekeliling stadium.    Adakah sesiapa yang akan percaya dakwaan pembangkang ini? 

Jika dakwaan mereka benar, tentulah Kuala Lumpur menyaksikan kesesakan lalulintas yang teruk serta rungutan para peniaga sepertimana yang berlaku dalam himpunan-himpunan yang didalangi PR sebelum ini.   Tetapi, ini semua tidak berlaku.   Malah, peserta juga tidak menghadapi masalah atau halangan untuk ke lokasi perhimpunan kerana tiada sekatan jalanraya secara besar-besaran.  

Hakikatnya, walaupun keadaan begitu longgar, PR masih tidak mampu mengumpul 1 peratus pun dari jumlah sasaran 1 juta, apatah lagi 200,000 hingga 700,000.  Jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis iaitu 30 ribu di tempat duduk stadium, 10 ribu di padang stadium dan lebih kurang 5 – 7 ribu di luar stadium adalah lebih munasabah untuk diterima di akal.   

Ini kerana, logik PR yang mengambil kira perimeter sejauh 7km tidak boleh dipakai kerana adalah mustahil untuk peserta berada di sekeliling stadium.  Hanya satu jalan sahaja yang dipenuhi mereka iaitu di hadapan pintu stadium, itupun hanya menyaksikan barisan peserta sejauh 1km atau kurang.   Keadaan di jalanraya di kawasan lebih dari 1km dari stadium adalah lengang, aman dan tenteram.  Hanya kelihatan beberapa peserta yang mungkin balik awal, atau terlambat datang yang mundar mandir, berjalan santai dalam beberapa kumpulan. 

Mungkin kerana telah mendapat maklumat lebih awal bahawa keadaan akan mudah dikawal, maka pihak mengambil keputusan untuk bersikap tidak begitu tegas sepanjang perhimpunan berlangsung.   Maklumat dan tindakan pihak polis terbukti tepat apabila peserta juga tidak membuat provokasi dengan mencabar polis atau bertindak ganas. 

Maknanya, polis telah dapat mengagak jumlah peserta sebelum perhimpunan bermula lagi tetapi PR masih tidak dapat menganggarkan jumlah tepat peserta walaupun perhimpunan telah selesai.

Perbezaan besar di dalam jumlah yang dilaporkan media pro-PR dengan sendirinya membuktikan yang PR hanya ‘hentam’ sahaja dalam membuat laporan mengenai sambutan terhadap HKR.   Yang sebenarnya, PR cukup maklum yang HKR telah gagal dan tiada sambutan.  Ia dapat dihidu sejak malam sebelumnya lagi di mana hanya mampu mengumpul seribu orang.   

Ada juga peserta yang berkata bahawa HKR adalah jauh lebih hambar dari BERSIH 3.0.  Terdapat ramai yang pulang awal dan kaum Cina dan India juga sudah tidak ambil peduli lagi. 

Yang terus dibuai mimpi, percaya bermati-matian bahawa gambar-gambar superimpose serta stadium kecil dengan ruang di luar yang terhad itu mampu menampung sehingga 200,000 – 700,000 orang adalah benar, hanyalah puak-puak balaci PAS dan segelintir remaja-remaja haprak dalam PKR.   Mereka inilah saja harapan PR untuk meneruskan langkah menuju pilihanraya. 

Mahu tidak mahu PR perlu terus menjaja gambar superimpose tersebut untuk menyedapkan hati penyokong mereka.  Manakala, media seperti Harakah pula perlu terus memainkan peranan menjaja pembohongan demi menutup malu. 

Lagipun, bukanlah Harakah namanya jika melaporkan yang benar iaitu bahawa HKR gagal kerana peserta yang hadir tidak sampai pun 50,000 orang?    Tidak mungkin Harakah mampu menjelaskan bahawa jika stadium tersebut menampung lebih sedikit daripada jumlah itu, maka kita pasti menyaksikan tragedi stadium runtuh dengan kecederaan atau kematian para peserta HKR.   

Tetapi, tidak mustahil juga inilah sebenarnya yang diharapkan pemimpin PR, iaitu tragedi berlaku bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan…  malangnya, untuk tujuan ini juga mereka telah gagal.

ANWAR KECEWA 'KEBANGKITAN RAKYAT' JADI KEMENANGAN BN

 
Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.


Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.

Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini.

Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh Dap untuk menjayakan agenda politik mereka.

Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam Pas dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan Dap yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.

Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong Pas dan Dap tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.

Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan.

Sunday, 13 January 2013

Himpunan Kelentong Rakyat 112 ; Nasi Bungkus Dari Gereja ?

Nasi Percuma
Benarkah seperti yang di dakwa bahawa makanan berupa nasi bungkus polister ini disediakan oleh 2 gereja yang berdekatan ?

MI pernah keluarkan artikel tentang gereja yang iklankan khidmat penyediaan makanan dan tempat tinggal bagi peserta Himpunan Selamatkan Samsidar semalam. Baca iklan itu di SINI malah di SINI.

Tak salah bagi orang makan dan ianya bukan satu jenayah pun. Cuma hairan bagaimana gereja yang kita tahu tiada unsur politik juga ambil bahagian dalam Himpunan Selamatkan Shamsidar ini. Apakah mereka juga sokong kononnya himpunan aman ini ? Apakah gereja tahu apa maksud tersirat yang terselindung oleh penganjur Himpunan yang tidak mempunya mesej yang jelas ini ?

Apakah si penerima tahu bahawa makan yang dimakannya itu halal atau sebaliknya ? MI diberitahu bahawa sesetengah polister makanan itu ada tanda nama gereja dan hingga saat ini MI masih menunggu gambar tersebut.
 

Gereja Sediakan Makanan & Penginapan Untuk Peserta Demo

Kali ini tidak seperti sebelumnya. Dijangka bakal lebih hebat dari Himpunan Bersih 3, bukan sekadar aksi yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan demo jalanan malah turut disertai oleh rumah ibadat Kristian yang menawarkan makanan dengan tempat tinggal percuma.

Diberitakan dan disebarkan dalam media maya termasuk Facebook bahawa Wisma Methodist dan gereja Gospel Hall Church menawarkan makanan dan tempat tidur bagi peserta demostrasi yang datang dari jauh atau yang ingin rasakan pengalaman santai rehat disamping melihat sendiri bagaimana organisasi mereka membantu 'rakyat jalanan'.

Menurut sumber dalaman, pihak gereja berbuat demikian adalah sebagai ingin melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan pendemo yang berjuang bermati-matian untuk menuntut hak Kalimah Allah supaya dapat dimasukkan dalam kitab suci mereka.

Sebagai ucapan terima kasih maka pihak gereja bersedia membalas budi dengan menawarkan khidmat kesihatan percuma juga.

Lokasi kedua gereja hanya 5 minit dari Stadium Merdeka dan ianya amat selesa serta selamat bagi pendemo yang ingin bermalam di sana.

Menurut sumber kumpulan Himpunan Shamsidar, mereka agak kecewa bila masjid dan surau yang berdekatan tidak membuka ruang untuk mereka gunakan tandas dan tidur di ruang solat. Kenapa Gereja sanggup bersama kita dan masjid menolak kita ? Itulah luahan hati pendemo yang kecewa kerana tidak dapat bermalam di masjid Negara.

Saturday, 12 January 2013

HKR112 ; Gambar Pelajar Terima Upah RM 100 Seorang



Akhirnya dapat juga gambar sebagai bukti bahawa ada unsur UPAH dalam himpunan yang dianjurkan pakatan haram.

Kononnya yang datang ke KL untuk menyertai himpunan anjuran pakatan haram semuanya ikhlas, kononnya nak gambarkan bahawa mereka datang dengan duit sendiri dan kononnya pakatan haram tidak pernah terlibat mengupah mana-mana pelajar U atau orang kampung.

Kini segala penipuan dan pembohongan mereka terbongkar. Malam tadi MI mendapat gambar ini dari kawan yang kebetulan ada di tempat kejadian rasuah ini. Terima kasih MI ucapkan kepada AP di atas gambar yang berjaya dirakam beliau.

Apa yang bakal Anwar jawab ?
Apa yang bakal Mat Sabu jawab ?
Apa yang bakal penganjur jawab ?

Semuanya dah terbukti bahawa pakatan haramlah yang banyak tabur duit untuk nampakkan kepada rakyat bahawa setiap perhimpunan haram mereka mendapat sambutan yang hebat dan ramai yang hadir untuk berdemostrasi di jalanraya demi kononnya nak tuntut keadilan dari kezaliman kerajaan BN.

Mana Hadi Awang ?
Mana Nik Aziz ?

Apa hukum yang bakal mereka buat ?
Apa ayat quran dan hadis yang bakal mereka baca demi nak halalkan yang haram ?