Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 30 December 2012

Sampai Bila Guan Eng Mahu Jadi Tikus Dalam Isu Rasuah Tunku Aziz?


Masa terus berlalu sejak bekas Naib Pengerusi DAP,  Tunku Aziz Tunku Ibrahim keluar dari parti DAP dan mendedahkan beliau cuba disogok dengan jawatan sebagai senior fellowship di Institut Pulau Pinang malah ditawarkan RM50,000.

Namun sehingga kini masih tiada sebarang jawapan atau penjelasan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mengulas mengenai isu ini, Pengerusi Sekreatariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Irfan Zaini Md Tahar berkata, ianya amat pelik kerana Guan Eng terkenal dengan sikap suka menyaman sekiranya ada pihak yang menentang atau bercerita buruk mengenainya atau DAP.

Malah tegas beliau pemimpin UMNO dan pihak media juga sering menjadi mangsa saman DAP tetapi Guan Eng mengambil langkah berdiam diri dan cuba mengalihkan isu apabila masih enggan membuka mulut memberi penjelasan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Tunku Aziz.

“Sebelum ini kan DAP memang juara saman menyaman. DAP juga lantang kononnya mahu membenteras isu rasuah. Tapi bila Tunku Aziz mendedahkan cubaan rasuah ini DAP terus diam.

“Adakah Guan Eng mahu biar isu ini terus berlalu dan berharap agar rakyat melupakannya? Rakyat sekarang bijak. Mereka masih tertanya-tanya apakah status sebenar perkara ini. Mengapa Guan Eng enggan menjawab…  Adakah isu ini benar kerana Tunku Aziz bukan orang UMNO jadi mereka tidak boleh menuduh UMNO dalang disebalik perkara ini.

“Saya mendesak untuk Guan Eng menjawab isu ini. Jangan hanya pandai menuding jari ke arah orang lain dan bila terkena hidung sendiri terus diam membisu… Sama la Tunku Aziz untuk membuktikan bahawa Guan Eng tidak bersalah dan Tunku Aziz hanya mereka reka cerita,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Irfan, di manakah ketelusan dan perjuangan DAP selama ini yang sentiasa dilaung-laungkan iaitu slogan Cekap, Akuntibiliti, Telus (CAT). Mungkin menyedari isu ini akan merosakkan kredibiliti DAP maka Guan Eng terus mengambil sikap membisu seribu bahasa.
 
“Saya sekali lagi mendesak agar Guan Eng mengambil tindakan segera dalam hal ini. Jangan permainkan keyakinan rakyat. Jangan pandang rakyat sebelah mata kerana rakyat tidak mudah lupa,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

Wednesday, 26 December 2012

Rujuk Sejarah, Tragedi 13 Mei Bukan Komplot UMNO – Tengku Adnan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merasa kesal dan amat terkilan dengan artikel yang disiarkan dalam Edge Financial Daily versi tempatan berkaitan tragedi 13 Mei 1969 yang membuat tuduhan bahawa kononnya tragedi tersebut adalah hasil daripada perancangan UMNO.

Menerusi artikel yang bertarikh 17 Disember 2012, didakwa tragedi 13 Mei 1969 adalah perancangan sekumpulan pemimpin-pemimpin UMNO yang mahukan Presiden parti ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Perdana Menteri Malaysia ditumbangkan.

“Perkara tersebut adalah tidak benar kerana fakta yang jelas tidak pernah dirahsiakan berkaitan punca utama berlakunya kekacauan pada tarikh tersebut malah ia menjadi iktibar kepada masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, ketika peristiwa 13 Mei 1969, beliau berusia 18 tahun dan tahu bagaimana peritnya kekacauan yang telah mengorbankan ratusan nyawa selain kemusnahan yang besar.


“UMNO juga tidak pernah bertindak meminggirkan apatah lagi menumbangkan mana-mana ketuanya malah parti ini mempunyai struktur kukuh dan organisasi yang mantap dengan setiap proses yang berlaku adalah berdasarkan kepada struktur yang ada sebagaimana digariskan dalam Perlembagaan parti.

“Peralihan tampuk kepimpinan daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak adalah satu proses penyerahan yang berlangsung selepas darurat ekoran tragedi 13 Mei 1969 ini dan ia dilaksanakan tanpa sebarang komplot sebagaimana yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab ini,” katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Tegasnya lagi, sewajarnya mana-mana pihak yang mahu menulis atau bercakap berkaitan tragedi 13 Mei 1969 akan merujuk kepada fakta sejarah dan bukannya melakukan kesimpulan berasaskan kepada pandangan peribadi atau ada kepentingan politik tersendiri.

“Fakta sejarah tidak pernah menipu malahan secara jelas bahawa tragedi tersebut tercetus ekoran perarakan yang dibuat oleh parti pembangkang selepas berjaya memperolehi kerusi yang banyak dalam pilihan raya pada tahun terbabit sehinggakan mereka ini melakukan provokasi dan menghina bangsa lain di Ibu Kota.

“Tragedi 13 Mei 1969 ini menjadi sejarah pahit dan tauladan kepada rakyat dan kerana itu jugalah maka kerajaan sedar bahawa perpaduan adalah kunci utama dalam kesejahteraan sebagaimana digariskan dalan gagasan 1Malaysia untuk dimanifestasi dengan masyarakat negara ini atas kerukunan kesatuan dalam kepelbagaian.”


Katanya, antara faktor lain yang menyumbang kepada peristiwa 13 Mei adalah Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969 ekoran keterbukaan kerajaan yang membenarkan parti-parti politik berkempen secara terbuka yang kemudiannya dimanipulasi oleh pembangkang sehingga mewujudkan sentimen kebencian dalam masyarakat.

Dilaporkan dalam pilihan raya tersebut, secara teknikal parti pembangkang iaitu DAP telah menang besar lantas pada 11 dan 12 Mei 1969 mereka telah meraikan kemenangan dengan berarak di Kuala Lumpur dan Kampung Baru yang didiami lebih 30,000 orang Melayu termasuklah rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

Menurut rujukan oleh Ramlah Adam (dipetik oleh Ramlah Adam dalam Democartic Action Party,1969, Dap General Elactions Manifesto, Out Triple objektif Toward a Malaysian Malaysia), DAP berarak sambil mengeluarkan kata-kata yang menghina orang Melayu seperti Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang Cina punya, ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu.

Pada ketika ini dikatakan mereka telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.

Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan ’menyapu’ (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut sementara dalam masyarakat Melayu pula penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Lebih teruk lagi, dilaporkan ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Ekoran tragedi tersebut, bukan hanya darurat diisytuharkan malah angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan selain 211 kenderaan musnah. – MediaUMNO

Larangan Terima Gelaran Hanya Retorik Cara Halus DAP Perlekeh Raja Melayu

Salam Pengarang.. Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.

Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.

DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.

Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.

Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.

Hatta Hj Ahmad Kilau

Rasuah Tanah Balak : Pas Jangan Ghairah Ugut Saman, Patut Perjelas Dengan Fakta

 
Kerajaan Pas Kelantan disaran memberikan penjelasan lebih lanjut dengan tampil ke depan bersama bukti-bukti yang lebih kukuh agar isu pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP yang didakwa kerana kepentingan politik pembangkang dapat dinilai dengan lebih jelas.

Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof percaya rakyat rata-rata masih keliru dan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum ini dan mengharapkan penjelasan lebih lanjut kerana ianya melibatkan dakwaan yang cukup berat.

Menurut beliau dengan keluasan yang cukup luas dan nilainya yang cukup tinggi, kerajaan negeri perlu membentangkan fakta-fakta yang lebih konkrit supaya imej sebuah kerajaan negeri terpelihara.

“Saya pun nak tahu cerita lanjut dalam soal ini dan saya penuh yakin ramai rakyat Kelantan pun ingin tahu fakta yang lebih kukuh supaya ianya tidak menjadi tanda tanya. Saya pun bukanlah mahu membuat sebarang tuduhan.

“Walaupun penjelasan sudah diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum ini, tetapi ianya masih lagi keliru. Kita mintalah agar pihak kerajaan negeri memberikan penjelasan yang lebih lanjut kerana sepertimana yang saya katakan tadi, isu ini agak berat dan melibatkan maruah sebuah kerajaan negeri yang didakwa memperjuangkan Islam.

“Saya bukanlah menuduh kerajaan negeri terlibat dan benar atau tidak apa yang didedahkan oleh blog pisau.net berhubung perkara itu saya sendiri pun tidak tahu. Sebab itulah kita minta penjelasan lebih lanjut,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ustaz Afandi seterusnya mengalu-alukan langkah kerajaan Kelantan untuk mengambil tindakan undang-undang dalam isu berkenaan.

“Cumanya janganlah sekadar ugutan….Ambil tindakan undang-undang segera kerana rakyat Kelantan pun ingin tahu apakah benar atau tidak apa yang didedahkan oleh blog pisau.net itu. Lagi pun perkara ini melibatkan khazanah negeri,” ujarnya. -MediaUMNO

Isu Calon PM, Pembahagian Kawasan Pilihanraya, Sabotaj Buat Pembangkang Makin Haru Biru

Pembangkang terbukti bukan pilihan alternatif kepada Barisan Nasional (BN) yang terbukti dengan track record yang kukuh dan padu.

Ini jelas dapat dilihat apabila apabila mereka gagal untuk mencapai kata sepakat terhadap isu siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

“PKR dan DAP mahu Anwar menjadi Perdana Menteri manakala Pas mahukan Hadi Awang.

“Mengapa DAP menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri? Ini kerana DAP hanya inginkan kuasa untuk pengaruh dari belakang walaupun semua tahu Lim Guan Eng amat berminat untuk menjadi Perdana Menteri. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, sudah pasti Guan Eng mampu menjadi Perdana Menteri di belakang tabir.

“Jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sudah pastilah Guan Eng tidak akan mampu untuk ‘pegang tengkuk’ Hadi kerana Pas dan DAP sentiasa bercanggah pendapat. Di sini dapat kita lihat betapa carca marbanya pakatan pembangkang,” ujar Ahli Majlis Tertinggi Dr. Wan Norashikin Wan Nordin.

Tambah Norashikin, ini amat berlainan dengan apa yang terjadi dalam parti BN di mana semua parti dalam BN bersatu hati mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Tiada yang bercanggah ataupun berlainan pendapat.

“Kami semua bersatu hati bahawa Datuk Seri Najib adalah orang yang paling layak dan terbaik menjadi Perdana Menteri. Lihatlah apa yang telah beliau lakukan kepada kehidupan rakyat. Pelbagai insentif telah diberi contohnya BR1M, KR1M, PR1MA, NKRA, ETP dan pelbagai lagi.

“Adakah pembangkang mampu melakukan seperti apa yang Perdana Menteri lakukan? Janji yang dibuat pada PRU lalu pun tidak mampu ditunaikan sehingga kini. Janji mereka hanya tinggi ke langit…

“Sudahlah gagal menunaikan janji, kini mereka bertelagah pula sesama sendiri. Dek kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi maka wujudlah rasa tidak percaya kepada rakan sendiri. Mereka ibarat penagih yang khayal dengan narkotik. Mereka tidak sedar tanah sudah berubah dari kaki mereka. DAP dah bersuara nak kerusi lebih untuk PRU akan datang. Saya yakin Pas dan PKR tidak akan memberikannya kerana masing-masing gila kuasa,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, pakatan pembangkang hanya mementingkan isu kerusi daripada isu masalah rakyat.

“Mereka ini tamak haloba. Mereka ini tidak akan sedar sehinggalah rakyat yang bertindak. Mereka hanya faham apabila rakyat menolak semua calon mereka. Ketika itulah baru mereka sedar bahawa bukan Pas, DAP atau PKR yang akan putuskan siapa yang layak jadi Perdana Menteri tetapi rakyat.

“Insyaallah.. rakyat kita bijak dan akan mengundi untuk mengekalkan BN dalam PRU akan datang., ujarnya lagi. – MediaUMNO

Saturday, 22 December 2012

PANASS!! Bekas Polis MENYESAL Sertai Pas Disebabkan Baiah Talak 3!!


Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi.

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”

Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3.

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,

Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.


Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS.

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah tangga suaminya dan juga anak-anaknya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah sudah memerintahkan kaum suami untuk menjaga keluarganya agar selalu berada di jalan yang lurus, menghindari jalan menuju neraka. Allah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka....”(at-Tahrim: 6)

Sumber

 McTheory:
Cuma nak gelak saja.. ha ha ha..

Friday, 21 December 2012

Alahai Tuan Ibrahim ...muncung senapang dihala ke muka sendiri!


Tergelak tengok Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man halakan senapang kepada UMNO dalam isu Amanat Haji Hadi.

Kononnya serangan terhadap Presiden PAS itu sebab ura-ura nama Hadi dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu kaitkan semua itu adalah usaha UMNO kononnya akan sekat sesiapa saja yang digambarkan bakal jadi PM.

Tuan Ibrahim beri contoh dengan mendakwa kerajaan tentang habis-habisan pengasas Al Arqam, Ashaari Muhamad yang mengamalkan Aurad Muhammadiah.

Menurutnya,walaupun diakui  ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita Ashaari untuk menjadi Perdana Menteri.

Itu cerita Tuan Ibrahim...tetapi sesiapa yang ikut perkembangannya, beliau sudah banyak berubah sejak kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar parti itu.

Beliau lebih banyak jadi ‘yes man’, ikut dan akur serta sokong saja apa isu berkaitan DAP dan PKR.

Kalau dulu namanya tiada dalam geng Anwarinas, sekarang mungkin top ten. Sepatutnya, Tuan Ibrahim fikir panjang-panjang sebelum nak hala senapangnya pada UMNO.

Beliau patut tahu, antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi, tentunya UMNO lebih rela terima Presiden PAS itu jika ditakdirkan pembangkang menang PRU ke 13.

Inilah tunjuk Tuan Ibrahim tidak cerdik tetapi kerana sudah jadi Ketua Penerangan PAS Pusat, itulah tiket untuknya bercakap.

Mungkin nak tunjuk beliau bela bossnya Haji Hadi.

Namun sayang, muncung senapang kini betul-betul menghala ke mukanya, Hadi,  Musyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib yang beria-ia pertahan Amanat Haji Hadi.

Kalau ya pun, cari lah alasan lain kerana modus operandi menyalahkan UMNO dalam semua hal sudah tak laku dan tak boleh pakai lagi.

Sepatutnya, Tuan Ibrahim risau peluang Hadi yang semakin nipis untuk jadi PM jika terus berkeras enggan menarik balik amanat itu.

Sebagai orang agama, Tuan Ibrahim patut tahu, mengakui kesilapan dan memohon maaf adalah sifat terpuji dan dituntut dalam Islam.

Justeru itu, tidak salah Hadi menarik semula amanat itu kerana sudah macam-macam perkara babitkan perpecahan antara orang PAS dan UMNO padahal ke semuanya Melayu dan beragama Islam.
 
Ingatlah, soal amanat ini bukan soal tentukan siapa jadi PM tetapi untuk tentukan umat Islam di negara ini tidak terus berpecah atas sebab politik suku –agama suku!

Misi Tawan Pasir Puteh Makin Cerah, 396 Ahli Pas Di DUN Semerak Sertai UMNO

 
PASIR PUTEH, 21 Dis – Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat ‘Haji Hadi’ yang mengkafirkan UMNO.
 
Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai PAS sejak 30 tahun lepas.

“Kami mula terpengaruh dengan amanat Haji Hadi yang disampaikan oleh penceramah Pas menerusi masjid dan kempen pilihan raya dalam tempoh 30 tahun lepas,” kata Che Ngah yang juga bekas anggota Pemuda Pas Tahan Lasak pada satu majlis penerangan Amanat Haji Hadi di Kampung Lembah di sini, semalam.

Che Ngah berkata sekarang beliau dan rakan-rakannya sedar amanat itu hanya retorik politik dan bukan ajaran Islam sebenar, sehingga Pas sanggup mengeluarkan hukum kononnya tidak sah jika bersolat berimamkan orang UMNO dan terpaksa menikah dua kali (dinikahkan semula) jika dinikahkan oleh imam UMNO.

Beliau berkata Pas juga gagal menyediakan infrastruktur yang sempurna kepada rakyat seperti masjid, jalan dan jambatan sebagaimana yang dijanjikan walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama kira-kira 22 tahun.

Rakannya, Ahmad Abu Bakar berkata beliau merasa kesal dan bersalah kerana turut terpengaruh dengan amanat itu antara lain orang UMNO yang meninggal dunia tidak boleh dikebumikan di kawasan perkuburan orang Pas sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di kampung.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata kini semakin ramai anggota dan penyokong Pas ingin menyertai UMNO kerana mereka sudah sedar dengan tipu daya Pas.

“Perkembangan terbaru itu luar biasa dan hasrat UMNO untuk menawan empat DUN dan Parlimen Pasir Puteh yang kini dikuasai Pas semakin cerah pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Baru-baru ini pelbagai pihak mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti itu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden Pas itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak.

Lebih Sebulan Kerajaan Selangor Tutup Mulut Isu Rumah Kos Rendah


Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) tersu menuntut penjelasan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor setelah lebih empat minggu mereka mendedahkan mengenai perbezaan angka rumah kos rendah yang kononnya dibina oleh pihak Kerajaan negeri.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, sehingga ke hari ini, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan masih lagi tidak memberikan sebarang penjelasan.

“Sehubungan dengan itu, sekali lagi kami mewakili anak-anak muda di Selangor mendesak kerajaan negeri terutamanya Exco yang terlibat supaya memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat antara yang dikeluarkan di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini dengan apa yang diucapkan di dalam sidang DUN pada 26 Mac 2012.

“Kami juga nak tahu lokasi 6,470 rumah kos rendah yang didakwa dibina di zaman pemerintahan kerajaan DAP-PKR dan Pas? Apakah syarat-syarat permohonan dan berapa ramai anak-anak muda di Selangor hari ini yang benar-benar berpeluang mendapatkan rumah tersebut?,” katanya di sini.

Tambahnya, di zaman pentadbiran kerajaan BN sebelum tahun 2008, mereka telah mewujudkan Skim Perumahan Pasangan Muda. Apakah status skim ini sekarang? 

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebidang tanah di Seksyen 24 Shah Alam sudahkan diperuntukkan untuk tujuan Skim Perumahan Pasangan Muda ini.

“Jadi, apa status tanah itu sekarang. Kita juga hari ini akan menziarahi sebuah rumah anak muda yang mengalami masalah dalam memiliki rumah kos rendah, di mana mereka terpaksa tinggal bersama dan berkongsi rumah dengan tiga pasangan yang lain.

“Ini merupakan contoh sebahagian dari permasalahan anak-anak dan pasangan muda dalam memiliki rumah kos rendah. Perkara ini berlaku kerana anak muda tersebut tidak berkemampuan untuk memiliki rumah kos rendah sebagai permulaan memulakan kehidupan. Tentunya sesuatu yang menyedihkan apabila kerajaan negeri selangor tidak memberi respon terhadap persoalan yang dilontarkan,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Tuesday, 18 December 2012

1.9 Juta Permohonan Baharu BR1M 2.0 Setakat 12 Dis



KUALA LUMPUR, 18 Dis – Sebanyak 1.9 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 12 Dis lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata jumlah itu meliputi 1.4 juta pemohon bujang dan 435,232 pemohon isi rumah (keluarga).
Pengagihan BR1M 2.0 akan bermula pada awal 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion,” katanya menjawab soalan Senator Chew Lee Giok.
Lim berkata pendaftaran BR1M 2.0 telah bermula 1 Nov lepas dan akan berakhir 31 Dis ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sehingga November lepas, seramai 1,811 pelajar dibuang sekolah.
Beliau berkata tindakan buang sekolah merupakan langkah terakhir dilakukan pihak sekolah kepada seseorang pelajar yang melakukan kesalahan berat berdasarkan salah laku disiplin sekolah.
“Antara tindakan yang dilakukan sebelum langkah buang sekolah dilaksanakan adalah seperti amaran, berbincang dengan ibu bapa atau penjaga, dirujuk kepada guru disiplin untuk nasihat dan motivasi,” katanya menjawab soalan Senator Noriah Mahat.
Beliau menegaskan pihak sekolah tidak membuang pelajar sewenang-wenangnya.
“Daripada segi teknikal, kalau hendak membuang seseorang pelajar, kita kena melalui proses tertentu termasuk pelajar diberi amaran, dan jika kesalahan itu diulangi, hukuman termasuk gantung sekolah selama 14 hari dikenakan,” katanya.
Wee berkata beliau turut menasihatkan supaya ibu bapa mengawal tingkah laku pelajar terbabit sekiranya anak mereka diberi peluang kedua untuk bersekolah setelah membuat rayuan di Pejabat Pelajaran Daerah.

PAS Pulau Pinang pula tuntut kerusi lebih dari DAP...



Sikit saja Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng gempak pasal minta  partinya diberikan tambahan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri  (DUN) pada PRU ke 13, sudah ada pemimpin PAS pening lalat dan jadi gabra.

 

Seronok juga tengok gelagat pemimpin PAS kelam kabut pasal tuntutan  DAP kerana nampak sangat PAS sudah tidak sepakat lagi dalam isu itu.

 

Di Selangor, PAS kata tak ada kerusi tambahan untuk DAP dan status quo  PRU ke 12 kekal.

 

Di Pulau Pinang lain pula ceritanya apabila Pesuruhjaya PAS negeri  sebaliknya tuntut DAP tambah kerusi untuk PAS bertanding pada PRU ke  13.

 

Datuk Mohd Salleh Man dalam temubual dengan Antarapos  menegaskan DAP  perlu memberikan lebih kerusi kepada PAS atas dasar semangat kerjasama  dan setiakawan.

 

Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding di enam kerusi DUN  namun tewas.

 

Bagaimanapun dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009, Mohd  Salleh berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Hamdan  Abdul Rahman.

 

"Masih enam kerusi (bertanding), kita berhasrat untuk seimbangkan  (jumlah kerusi) walaupun kita bertanding tidak banyak tapi atas dasar  semangat kerjasama seharusnya rakan kita boleh mempertimbangkan

 keputusan kita buat.

 

Justeru beliau berharap hasrat itu dapat dipertimbangkan Pakatan Rakyat negeri.

 

Mohd Salleh berkata selaku parti yang mendominasi jumlah kerusi di  Pulau Pinang, DAP perlu memberikan lebih kerusi kepada PAS atas dasar  tersebut.

 

"Saya sebut dan nyatakan hasrat itu...saya harap hasrat itu jadi  kenyataan," kata Mohd Salleh.

 

Kelmarin, Guan Eng menuntut tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di  Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak akan dibincang  bersama dalam pembahagian kerusi.

 

Untuk rekod, DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN serta  menawan Pulau Pinang daripada BN.

 

Di Pulau Pinang, DAP mempunyai 19 kerusi DUN, PKR (9) dan PAS (1)  manakala BN 11 kerusi.

 

Bagaimanapun, lain pula ceritanya bagi  Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pasal tuntutan kerusi ini amat berbeza jika dibandingkan  dengan pemimpin PAS Selangor dan Pulau Pinang.


Beliau semacam cuba untuk downplay isu berkenaan.Mungkin takut sengketa dalaman membara.


 Katanya, pendirian DAP yang mahukan kerusi tambahan untuk bertanding  dalam PRU ke 13 tidak wajar dianggap sebagai satu pendirian "tamak".

 

"Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi, contohnya DAP  itu adalah tamak.

 

"Semua parti mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada  Umno, MCA dan MIC, jadi adakah mereka juga tamak?


 "Soal penambahan kerusi ini kita masih belum berbincang," katanya.


 Pelik juga dengan Tuan Ibrahim ni, betul ke masih belum bincang  sedangkan pemimpin PKR,DAP malah PAS sendiri kata sudah selesai pasal  agihan kerusi ini.


 Kalau adapun hanya bilangan kecil mungkin kerusi di Sabah dan Sarawak sahaja.


 Kenyataan Tuan Ibrahim ini hanya jadi bukti PAS tunduk dan akur saja  apa DAP hendak. Tak gitu?

DAP bukan saja dikuasai satu kaum tetapi dinasti keluarga - Najib



Mudah cerita, slogan DAP selama ini, dari 'Malaysian Malaysia' sampailah 'middle Malaysia' hanyalah slogan tanpa makna. Boleh tuduh UMNO dan Barisan Nasional macam-macam, tapi tidak ada sekalipun dalam sejarah baik UMNO mahupun BN, anak beranak jadi pemimpin tertinggi, nombor satu dan dua.

Bahkan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti pembangkang itu semalam jadi bukti ahli Melayu dalam DAP hanya seperti kata perpatah 'melukut ditepi gantang, ada tak menambah, pergi tidak luak,".

Sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berkata DAP tidak mewakili 'middle Malaysia' atau semangat perpaduan semua kaum di Malaysia apabila semua pemimpin Melayu DAP tidak memperoleh cukup undi untuk duduk dalam CEC DAP. 
    
Menurut Najib berkata perkara seperti itu tidak akan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pendekatan adil kepada semua kaum di Malaysia dan mempunyai hala tuju jelas untuk negara.

"Kita juga menyaksikan DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di Sandakan Ahad.
    
Najib menyeru rakyat agar terus menyokong BN yang mengamalkan perpaduan di bawah konsep 1Malaysia dan ini juga dibuktikan dalam barisan Kabinetnya.

"Malaysia berada dalam perkongsian baik dikenali sebagai Barisan Nasional. Percayalah, kami (Malaysia di bawah kerajaan BN) akan berusaha keras, ekonomi kita akan meningkat dan pelabur akan lebih yakin," katanya.
    
Perdana menteri juga berkata kerajaan BN akan terus menyalurkan bantuan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan perniagaan untuk membolehkan negara terus makmur.
    
Najib berkata BN amat serius dan jujur dalam menunaikan janjinya kepada rakyat tidak sepertimana sesetengah pemimpin seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    
Katanya semasa Anwar sekejap menjadi pemangku perdana menteri pada 1997, bekas timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mempunyai banyak peluang untuk membuktikan kewibawaannya, tetapi telah mengambil jalan mudah dengan membiarkan Tabung Matawang Antarabangsa mengawal Malaysia semasa krisis ekonomi pada tahun itu.

"Beliau (Anwar) tidak melindungi kedaulatan negara...Beliau tidak pernah bertanya pada dirinya sendiri kenapa beliau tidak layak menjadi perdana menteri," katanya.
    
Najib juga meminta rakyat untuk tidak mempertaruhkan masa depan Malaysia di bawah pakatan pembangkang.

Beliau berkata pakatan parti-parti pembangkang tidak mempunyai ideologi bersama dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas mengenai masa depan negara.
    
"Malahan pemimpin mereka Anwar (ketua umum PKR) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang saling bersaing untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
    
"Kita (negara) tidak boleh mempunyai (ditadbir) satu pakatan yang asasnya pincang," katanya.
    
Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zakarshi pula berkata keputusan pemilihan (CEC) DAP jelas membuktikan kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa Melayu tidak mempunyai tempat dalam parti itu adalah benar.
    
Katanya, walaupun calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan itu bukan calang-calang orang, namun mereka tetap tewas kerana parti tersebut mengamalkan perkauman.
    
"Mereka yang bertanding bukan calang-calang orang seperti Senator Ariffin SM Omar, yang merupakan seorang tokoh akademik dan merupakan seorang profesor.
    
"Saya tahu beliau tidak terpilih kerana beliau bangsa Melayu, dan orang DAP tidak pandang pun kelulusan dia. Kalau sekiranya ahli biasa DAP yang mengundi, saya tidak risau, tetapi yang mengundi ini ialah perwakilan yang merupakan pemimpin akar umbi," katanya.
     
Beliau berkata mereka bukan sahaja tidak menang malah semua lapan calon Melayu juga mendapat undi yang amat sedikit, membuktikan dengan jelas Melayu memang tidak mempunyai tempat dalam parti cauvinisme itu.

Sehubungan itu, Puad yang juga timbalan menteri pelajaran, meminta orang Melayu termasuk PAS membuka mata melihat perkara ini, dan tidak hanya bersikap tidak endah dengan apa yang berlaku.

Manakala ketua Umno Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang secara terbuka mahukan dua sekutunya, PAS dan PKR, memberi parti itu 13 kerusi tambahan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, bakal menjadi punca pergolakan pakatan pembangkang.
    
Katanya, keadaan itu menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.
    
"Saya percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka merupakan parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut.
    
"Ini akan menjadi asas kepada perbalahan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang Ahad.
    
Lim membuat permintaan itu ketika berucap di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang semalam atas alasan semangat setiakawan.
    
Dalam pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.

Tambah kerusi: DAP mahu luaskan pengaruh, pendekatan cauvinis - Muhyiddin



Tindakan DAP yang mahu menambah bilangan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan sikap angkuh mereka untuk mengepalai pakatan pembangkang.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai usaha parti itu untuk meluaskan pengaruh dan pendekatan cauvinis yang hanya tertumpu ke arah kepentingan satu kaum sahaja.


"Hasil daripada keputusan dalam pemilihan (Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang majoriti dimenangi anggota dari kaum Cina) semalam, kalau itu (DAP dapat menambah kerusi) berlaku, mungkin kesannya tidak baik bagi kita dan bagi masyarakat.


"Ini kerana mereka akan memperluaskan pengaruh dan pendekatan yang cauvinis dan tidak memberi penilaian lebih kepada masyarakat Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Perdana sempena tamat kursus latihan asas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2012, di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di Port Dickson Ahad.


Bernama melaporkan beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu tambahan 13 kerusi bagi parti itu iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13, kononnya atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada sekutunya PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Dalam ucapan dasarnya bertajuk "Perubahan Di tangan Mu" pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang semalam, Lim juga berkata PAS dan PKR diharap dapat mengiktiraf semangat dan kesetiaan yang ditunjukkan DAP dengan membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi.


Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pendekatan cauvinis yang cuba dibawa DAP dilihat tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.


Beliau juga tidak pasti sama ada PAS dan PKR bersedia untuk bertolak ansur dengan membernarkan DAP bertanding di lebih kawasan dengan kerusi-kerusi yang telah sedia terbahagi sejak pilihan raya yang lalu.

Wednesday, 12 December 2012

Buang Sikap Tidak Puas Hati Terhadap Calon Pilihan Parti – Dr Mahathir


Anggota UMNO perlu kikis sikap tidak puas hati terhadap calon pilihan parti jika mahu melihat parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan membentuk sebuah kerajaan yang kuat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap anggota  perlu  memberi sokongan kepada calon yang bertanding atas nama UMNO dan tiket BN supaya kemenangan besar untuk membentuk kerajaan yang kuat boleh dicapai.
“Jangan terlalu cepat menolak mana-mana calon yang diputuskan bertanding,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat Daerah Sik, yang disertai lebih 2,000 orang, di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Hanipah, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.
Dr Mahathir berkata tindakan tidak menyokong calon yang dipilih parti berpunca daripada sikap cepat lupa di kalangan orang Melayu, yang akhirnya akan mengundang masalah lagi jika UMNO dan BN tidak mendapat majoriti yang secukupnya di Parlimen.
Katanya anggota dan penyokong UMNO serta BN perlu sedar bahawa tindakan tidak menerima calon yang dipilih oleh pimpinan parti dalam PRU-13 sebenarnya membawa kesan buruk kepada parti dan anggota parti itu sendiri.
Beliau berkata masalah itu boleh dielakkan jika semua ahli dan penyokong UMNO dan BN mengenepikan hal-hal yang timbul dengan memberikan sokongan padu kepada semua calon Umno dan BN dalam PRU-13 nanti.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Dr Mahathir mahu semua ahli dan penyokong UMNO dan BN memberikan keutamaan kepada perpaduan dalam parti.
Katanya mereka perlu berazam membantu calon yang bertanding supaya menang bagi memudahkan pucuk pimpinan membentuk sebuah kerajaan yang kuat untuk membela rakyat serta melaksanakan pembangunan negara secara lebih drastik.

Taktik Pembangkang Berpaksikan Fitnah Ditolak Rakyat




Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan bahawa rakyat mahukan pemimpin dan kerajaan yang telus dan jujur dengan melaksanakan tanggungjawab tanpa agenda jahat.
“Pakatan pembangkang ini tidak ada kerja lain yang dilaksanakan apatah lagi dalam usaha mereka untuk meruntuhkan BN dengan cara bercakap bohong dan membuat fitnah pada kerajaan pusat dan pemimpinnya,” katanya kepada UMNO-Online.
Dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berakhir 1 Disember lalu, para perwakilan dan anggota parti sepakat menyahut slogan ‘1Malaysia Tolak Fitnah’ bagi menghadapi kerenah pakatan pembangkang yang banyak melemparkan tuduhan-tuduhan palsu.
“Benarlah apa yang kita laksanakan kerana fitnah pembangkang bukan sedikit malah di Pulau Pinang sendiri pelbagai kata-kata bohong diberikan kepada rakyat dengan pemimpin pusat dituduh dengan perkara yang tidak benar.
“Namun sampai bila mereka boleh berbohong dan terus melemparkan fitnah kerana semuanya sudah nyata yang mana benar dan yang mana salah,” katanya.
Dalam hal ini beliau merujuk kepada pelbagai agenda yang telah dilaksanakan oleh pakatan pembangkang sebagaimana pembohongan 16 September bahawa kononnya ada ahli-ahli BN yang telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan akan beralih sokongan kepada pembangkang untuk membentuk kerajaan baru.
“Kita buat kerja, jalankan tanggungjawab tanpa peduli dengan apa yang mereka taburkan tapi dalam masa yang sama kita berdepan dengan rakyat, memberi penerangan, menjawab semua tuduhan-tuduhan palsu serta memberi penjelasan berkaitan kesungguhan kerajaan kepada kemajuan negara dan rakyat,” katanya.
Ujarnya, pakatan pembangkang tentunya sedar bahawa sokongan kepada mereka semakin pudar dan pasti akan ada tuduhan serta fitnah baru untuk dilemparkan sebagaimana isu kapal selam scorpene, peribadi pemimpin tertinggi dan juga badan beruniform dipolitikkan.
“Rakyat sudah mula sedar dan dapat membezakan antara kebenaran kerana ketika fitnah dan pembohongan berleluasa sebagaimana menjelangnya pilihan raya 2008 lalu tentunya rakyat keliru hingga beralih menyokong pembangkang.
“Tetapi hari ini situasinya berbeza dan sokongan rakyat kepada kepimpinan BN sudah semakin menyerlah.”
Dalam hal ini beliau menyorot bagaimana sambutan masyarakat Pulau Pinang yang sememangnya sudah muak dengan pembangkang menyambut kedatangan Perdana Menteri Sabtu lalu dalam majlis pelancarkan Karnival Jelajah Janji Ditepati bagi negeri terbabit.
“Dalam program tersebut lebih 40,000 masyarakat Pulau Pinang berkumpul dan mendengar ucapan PM yang mengingatkan mereka tentang pencapaian BN untuk rakyat dan negara serta apa yang akan dilaksanakan untuk masa depan rakyat.
“Ini bukan pembohongan, bukan fitnah dan penipuan tetapi realiti telah dibuktikan bahawa yang benar-benar bekerja untuk rakyat adalah BN sedangkan yang pandai bercakap dan membuat tuduhan adalah kerajaan pimpinan pembangkang.”
Namun demikian, beliau menyeru masyarakat khususnya jentera parti agar tidak bersikap lewa dan berasa selamat dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat kepada kepimpinan tertinggi dalam parti.
“Kita perlu terus bekerja dan berusaha dengan memastikan setiap fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepada BN/UMNO dan pemimpin-pemimpinnya dijawab selain ketulusan dan keikhlasan dalam bekerja.” – MediaUMNO