Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 29 February 2012

Lim Kit Siang terima pelawaan Dr. Dzul



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sebagai 'langkah terbaik'.

Sehubungan itu beliau menyindir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.

Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya.

Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno menegaskan, sekarang pemimpin bukan Islam belajar mengenai agama Islam antaranya boleh memberikan syarahan dengan menggunakan ayat al-Quran.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
 
Dzulkefly berkata, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah perkara politik.

Ditanya mengenai kenyataan Dzulkefly, perpecahan Melayu memberikan hikmah, Mahathir menegaskan perpecahan baik untuk Pas.

“Saya sokong, Pas mesti berpecah. Sudah cukup Melayu berpecah, kita pecah semua parti.
Pas patut berpecah lagi,” katanya.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perpecahan undi di kalangan Melayu dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah malah mampu menjadikan rakyat di negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.

Menurutnya, sebelum ini, rata- rata pemimpin politik dan penganalisis mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Tolonglah cari mana isteri ostaz


Dalam perkembangan terkini mengenai isu berkaitan dengan kes khalwat Si Badrol tu, timbul satu lagi persoalan. Ke mana hilangnya isteri Si Badrol?

Dari kenyataan Si Badrol sebelum ini, dia kata dia datang ke Kuantan sambil ditemani oleh isteri pertamanya. Tapi, ke mana perginya isteri dia pada hari kejadian?

Sewaktu Si Badrol kata bilik dia diserbu oleh sekumpulan geng samseng (yang dah dibuktikan tak betul), dia hanya didapati berduaan dengan wanita terbabit dengan anaknya.

Jadi ke mana perginya isteri Si Badrol ni? Bilik siapakah yang suami wanita tu serbu? Adakah Si Badrol tu ada dua bilik di hotel berkenaan?

Maklumat yang Semut terima, katanya, wanita terbabit bukan datang jumpa dengan Badrol pada jam 2 pagi seperti mana yang didakwanya sebelum ini.

Wanita tersebut dah mula memasuki bilik di hotel berkenaan sejak jam 12 malam memandangkan dia dah 3 hari jumpa Si Badrol ni.

Bilik di hotel berkenaan telah didaftarkan atas nama Si Badrol sendiri. Jika hotel tu jadi tempat penginapan dia, ke mana hilangnya isteri Si Badrol ni pada pukul 2pagi???

Dari maklumat yang disampaikan itu mengatakan bahawa isteri Si Badrol ni tak tinggal di hotel yang sama. Sebaliknya dia duduk di hotel lain dikawasan yang berhampiran.

Maka, terlerai la misteri dimana isteri Si Badrol sewaktu serbuan dibuat oleh suami wanita tersebut. Dan sebab itulah masa JAIP datang, isteri dia tak ada!!!

Dengan adanya maklumat seperti inilah yang mengukuhkan lagi persoalan mengapa Si Badrol ni tak buat laporan Polis mengatakan yang dia diserang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.

Mungkin dia takut nanti pihak Polis akan pergi mengambil bukti CCTV di hotel berkenaan dan mendapatkan masa wanita tu sampai melaluinya. Dah kantoi pulak!!!

Apa - apa pun, kita tunggu la siasatan yang akan dilakukan nanti. Katanya, banyak lagi benda yang akan didedahkan nanti.

Tapi, Si Badrol tu tak boleh nak salahkan orang lain. Siapa suruh dia gatal sangat buat kerja yang bukan - bukan. Sekarang, siapa yang malu? Itu pun masih ada hati orang nak panggil dia Ustaz lagi ke? Korang fikir la sendiri!!!
 

Tuesday 28 February 2012

AMARAN!!!!! Tipu Rakyat berdosa

Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan Umno atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Beliau berkata, BN dan Umno merupakan pertubuhan politik yang berlandaskan prinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduh oleh pakatan pembangkang.

"Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan Umno adalah pertubuhan yang tidak baik," katanya secara ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya Umno dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Ahad lepas.

"Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita. Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong pun dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat pun salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?," katanya. - Bernama

Sumber : #SH

Anwarinas gagal di Kedah

LIMA orang Exco Kerajaan Negeri Kedah yang hadir pada raptai mengangkat sumpah pelantikan Exco dari kanan Abd Ghani Ahmad, Lim Soo Nee, Mohamed Taulan Mat Rasul, Ir. Amiruddin Hamzah dan Tan Joon Long @ Tan Chow Kang di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam.


Usaha golongan ‘Anwarinas’ untuk menggugat kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak tercapai apabila lapan penyandang Exco bersetuju dilantik semula sebagai Exco.

Dalam itu, Mohamed Taulan berkata, sebagai orang parti para pemimpin Pas perlu taat dan setia kepada pucuk pimpinan serta akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pemimpin parti.

Sesiapa yang masuk dalam dunia politik memang impian dia nak jadi Perdana Menteri, Menteri Besar ataupun Menteri. Tetapi jangan lupa kita kena akur kepada takdir yang telah ditentukan oleh Allah,” katanya.

Sumber : Utusan Online


Bila Dr. sakit otak bercakap.. habis semua halal..




“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.

“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,” katanya.

Sumber :  Jawatan No. 2: Pas sedia terima bukan Islam

Bukti PAS terdesak dan tersepit. Parti jenis kencing berlariiiiiiii.. Segala haram jadi halal..

Monday 27 February 2012

Isu Lynas, PM pentingkan penyelesaian rakyat dari layan Kumpulan Hijau Kuning


Datuk Seri Najib Razak mengetepikan kebimbangan yang dibangkitkan peserta demonstrasi anti-Lynas, menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan saintifik”.Perdana Menteri mendakwa pembangkang menggunakan isu itu untuk mendapatkan sokongan politik dengan menyerang kerajaan.“Tetapi apa yang mereka lakukan ini tidak menemui sebarang penyelesaian.
 
Kita mahu mencari penyelesaian yang boleh diterima tetapi pada masa sama tidak akan menjejaskan pelaburan kita,” kata beliau.

Ribuan peserta anti-Lynas menyertai perhimpunan aman pembangkang di Kuantan hari ini, bantahan terbesar terhadap pembinaan kilang nadir bumi yang dijangka memulakan operasi hujung tahun ini.

“Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan.

Kumpulan anti-Lynas, Himpunan Hijau memberikan tempoh 24 jam kepada Putrajaya untuk menutup kilang Lynas di Gebeng atau akan berdepan demonstrasi yang lebih besar.

Perhimpunan ini sebagai bantahan terhadap keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) pada 20 Januari, yang memberikan lesen kendalian sementara kepada syarikat perlombongan dari Australia itu, yang mana akan memulakan operasinya.
Pengkritik mengatakan Lynas tidak memberikan jaminan yang secukupnya untuk mengendalikan sisa radioaktif tahap rendah yang akan terhasil di kilang itu, yang melahirkan kebimbangan sekiranya loji nadir bumi itu akan mendedahkan penduduk terhadap radiasi.

Tetapi Najib mengatakan kerajaan telah mengkaji semula operasi Lynas Corp dan syarikat itu telah diberikan garis panduan ketat untuk dipatuhi.

Kita tidak akan memberikan lesen kendalian melainkan kami berpuashati bahawa penduduk tempatan boleh menerima projek ini selamat,” katanya.

Beliau berkata salah satu syarat yang dikenakan terhadap Lynas Corp adalah sisa toksik yang dihasil ditempatkan di satu lokasi yang jauh dari penempatan penduduk.

Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.

Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian.

“Kita (kerajaan) nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan,” katanya.

Che Rosli Che Mat setuju dengan PM Najib, tak caya klik tengok

Editor : Ikhwan Nain[pandangan peribadi penulis dan hanya sesuai untuk ahli PAS sahaja]





Di dalam kenyataannya (Dr Che Rosli Che Mat) atas kapasiti seorang pakar nuklear telah menafikan kenyataan yang mengatakan projek loji nadir bumi Lynas di Pahang adalah berbahaya kepada orang awam sebagaimana yang didakwa oleh ahli Parlimen Kuatan, Fauziah Salleh (PKR).

Mungkin dari segi disiplin parti pasti ada segelintir yang mengatakan apa dilakukan Che Rosli itu sudah boleh dianggap bersalah dan PAS boleh memberi teguran atas perbuatan Che Rosli itu. Kerana sebagai ahli Pas dan ahli Parlimen beliau kena mengutamakan parti daripada kepentingan-kepentingan atau profesyen yang lain. 
 
 
 
GTP senyum lebar.., tidak perlu berkata apa-apa.. senyum.. 

Berjuta tabur janji, 0.000000000001 pun takleh pakai

Anwar berjanji lagi, tutup kilang Lynas jika tawan Putrajaya. 

 

Sudah menjadi lumrah pembangkang menabur janji kepada rakyat dan terbaru mereka berjanji akan menutup kilang memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng di sini jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan itu berkata, pembangkang tidak akan mempertahankan mana-mana dasar yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.

"Saya mewakili kawan-kawan dalam pakatan pembangkang dengan ini mengumumkan kalau kita ambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan.

"Kami juga ingin memberi jaminan semua tindakan yang merosakkan alam sekitar, menindas rakyat, merompak harta rakyat, pembalakan di Sarawak, semuanya akan kami pertahankan," katanya.

Anwar berkata, beliau akan menyampaikan mesej kepada rakyat dan kerajaan Australia yang mereka perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia ekoran pembinaan kilang Lynas.

"Kami (rakyat) tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini (Lynas)," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, pembangkang akan membawa satu usul tergempar bagi membatalkan pembinaan kilang Lynas pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 12 Mac ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga berkata, 'kumpulan kuning' hari ini bersama dengan kumpulan hijau untuk sama-sama menentang dan menolak mereka yang menyokong Lynas terutama pada pilihan raya akan datang.

"Kita (Bersih) lancarkan kempen 'Jom 100' yang mana kita mahu 100 peratus rakyat keluar mengundi. Kita tolak calon sokong Lynas, tolak calon tidak berintegriti," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Wong Tuck memberi tempoh 24 jam kepada kerajaan untuk menutup kilang Lynas atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0. 

 
GTP kata, mereka ni kaya dengan konsep dan propaganda.

Kelakarlah, apa janji mereka selama ini semuanya ditunaikan?? Cakap sajalah..

Berdepan dengan Melayu jadi Melayu, 
berdepan Cina jadi Cina,
berdepan India jadi India,
Berdepan Karpal Singh, jadi Karpal Singh
Berdepan Israel jadi Israel..

Berdepan dengan lelaki, jadi jantan..
Berdepan dengan Cina Doll, jadi Samdoll

Nak sangat pemimpin macam ni??  Macam Sesumpah!!!!

Jom Tolak Parti 'Suka sama suka'



Pas tidak masuk mencampuri isu Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrolamin Bahron, yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, kelmarin.

Pas menyerahkan sepenuhnya kepada PKR untuk menyelesaikan perkara itu.


"Biarlah PKR yang selesaikan. Pas tak mahu masuk campur.
 

Banyak persamaan pemimpin berada di Pakatan Pembangkang nih yer?? Semuanya tidak lari dari masalah pribadi yang melibatkan kaum hawa.

Khalwati agenda utama PR ker?? Siapa nak jawab tu??

Kenapa tu tidak menghormati kaum wanita?? Rosak dah.. 

Hancur... hancur.. hancur PR
Hancur... hancur.. hancur PR
Hancur... hancur.. hancur PR
  

Mat Sabu jiwa kacau


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan tersebut atas alasan ia tidak melibatkan isu pokok bagi menentukan sama ada kes boleh didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana ia melibatkan isu sejarah.
“Menurutnya, kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad boleh dihukum mengikut seksyen tersebut semata-mata berdasarkan intipati kesalahan dan tidak berasaskan fakta sejarah.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa hak membuat pendakwaan adalah terletak di tangan pendakwa raya, justeru hanya pihak pendakwaan boleh menarik balik, menolak atau mengetepikan pendakwaan.
“Mohd. Amin memutuskan demikian selepas mendengar hujahan peguam-peguam, Mohamed Hanipa Maidin dan Aminuddin Zulkifli yang mewakili Mohamad serta Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bagi pihak pendakwaan.
“Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

“Ahli politik pembangkang itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam, 21 Ogos tahun lalu.
Mohamad mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pak Lah kata, Bai'ah Hadi takut PAS hilang kuasa..

 Tun Abdullah Ahmad Badawi (Mantan Perdana Menteri)

Tokoh agama yang juga pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menyifatkan, bai'ah Pas adalah bai'ah palsu dan sekiranya dilanggar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Beliau berkata, ini kerana bai'ah itu hanya bermotifkan politik dan dilakukan kerana pemimpin Pas takut kehilangan kuasa apabila ada dalam kalangan wakil rakyat mereka berkemungkinan lompat parti selepas pilihan raya umum nanti.

Katanya, Pas kini semakin tertekan melihat sokongan rakyat semakin meningkat kepada UMNO yang dilihat lebih komited dalam menegak dan mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.

"Mereka membuat bai'ah kerana menganggap mereka betul dan benar.  

Bai'ah Pas bai'ah palsu dan kata-kata celaka dunia akhirat sekiranya melanggar adalah kata-kata kosong, tidak memudaratkan dan tidak perlu gusar.

"Pas membuat bai'ah kerana mereka tertekan sokongan terhadap UMNO semakin gagah (kuat) dan Pas takut UMNO menang, maka akan ada wakil rakyat Pas lompat parti," katanya.

Abdullah berkata, benar bai'ah dibenarkan dalam Islam dan para sahabat Rasulullah SAW juga pernah berbai'ah kepada nabi kerana baginda jelas memperjuangkan kemuliaan agama Islam.

"Apa yang perlu dibuat ialah Pas dan UMNO kena berbai'ah untuk mempertahankan kemuliaan Islam dan orang Islam," katanya.

Abdullah Sa'amah (Paklah sebenar)

GTP terus sahaja bersetuju dengan pandangan Pak Lah. Tetapi mahukah penyokong-penyokong PAS bersetuju dengan pandangan GTP bahawa bai'ah itu lebih baik di syariatkan kepada memelihara, meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam.

Bukan berbai'ah kerana takut hilang kuasa di dunia. Kerana angin pokok bergoyang, Apalah susah sangat nak faham kan??

GTP selamanya dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Hanya pandang, tak campur, strategi dipasang untuk menang

UMNO tidak campur tangan sebaliknya akan memantau secara dekat kemelut yang melanda Kerajaan Pas Kedah apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 28 Februari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak hairan dengan krisis dalaman parti itu kerana ia dikesan sejak beliau masih mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO negeri itu lagi.

Menurutnya, segala masalah yang timbul dalam parti itu tidak ada hubung kait dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana ia membuktikan keretakan yang ada di dalam kerajaan negeri kini semakin besar.

UMNO tak akan campur tangan dalam krisis itu namun kita akan memantau keadaan yang berlaku kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan UMNO di negeri itu.

Kemelut yang berlaku adalah cerita lama yang semakin membesar dan kita biarkan kepada Pas sendiri untuk menyelesaikannya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat negeri Pulau Pinang di Pasar Aneka Taman Selat di sini hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, permuafakatan antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang adalah permuafakatan yang rapuh.

Sumber : UMNO tak campur kemelut Pas

Friday 24 February 2012

MB Kedah tutup pekung EXCO letak jawatan. Barulah MB kan??

Azizan Abdul Razak


MB: 'Tunggu 28 Feb, saya pun ada kejutan'

Di sebalik spekulasi dua Exco Kerajaan Kedah dikatakan akan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai tanda protes kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, beliau sendiri membayangkan akan ada kejutan pada hari angkat sumpah Exco baru 28 Februari ini.

"Tunggu 28 Februari, saya pun ada nak buat kejutan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sama ada berlaku rombakan ataupun tidak, semua persoalan akan terjawab pada hari itu.

Mengenai isu dua anggota Exco disebut-sebut akan menolak jawatan sebagai tanda protes terhadap beliau, Azizan mengaku hairan kerana surat tawaran pelantikan belum lagi dihantar.

"Surat lantikan belum dihantar, macam mana pula boleh ada yang tolak," katanya.

Menurutnya, selagi pelantikan tidak dibuat, tidak wajar untuk mendedahkan senarai nama anggota Exco, sama ada yang sedia memegang jawatan akan dikekalkan ataupun diganti dengan muka baru.

Mengulas desas-desus mendakwa kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri menyifatkan itu hanya khabar angin.

Sementara, Penolong Setia­usaha Kerajaan (Pengurusan Korporat), Noor Akmar Mohd Omar mengesahkan senarai anggota Exco penggal 2012 belum dikeluarkan.

Sehingga hari ini, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri belum menerima senarai siapa yang dilantik sebagai Exco. Senarai itu akan diberikan kepada media, sebelum bermulanya majlis pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit, 28 Februari ini,” katanya.
Phahrolrazi ketika dihubungi, berjanji membuat kenyataan apabila tiba masanya.

“Buat masa ini, lebih elok saya tidak buat sebarang kenyataan. Sampai masa nanti saya sendiri akan berikan kenyataan,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu lebih elok dijelaskan sendiri oleh Menteri Besar, bukannya melalui spekulasi atau sumber tidak rasmi.
Ismail pula mengakui tidak tahu menahu mengenai spekulasi itu kerana beliau tidak tahu
apa yang berlaku.

Sumber : Sinar Harian

GTP kata, game dah panas.
 

PAS Kedah, retak menanti belah

Dr Ismail Salleh (kiri) dan  Phahrolrazi Zawawi.
Dr Ismail Salleh (kiri) dan Phahrolrazi Zawawi.



Seorang lagi Ahli EXCO Kedah dikatakan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadualkan diumumkan Selasa depan.
Perkembangan terbaru itu menjadikan dua Exco kanan kerajaan PAS Kedah enggan dilantik semula kerana dikatakan tidak berpuashati dengan corak pentadbiran Azizan. 
Dua nama yang disebut-sebut berbuat demikian adalah Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Phahrolrazi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, berkata beliau akan mengadakan sidang media berhubung isu terbabit jika ada keperluan berbuat demikian.

“Buat masa ini, adalah lebih wajar saya tidak membuat sebarang kenyataan. Insya-Allah, sampai masanya nanti saya sendiri akan berikan kenyataan dan ia mungkin diadakan dalam masa terdekat, bergantung dengan kesesuaian masa,” katanya.

Sementara itu, Dr Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan, berkata buat masa ini beliau belum bersedia memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Ditanya mengenai dakwaan beliau sudah menghantar surat kepada Menteri Besar, Dr Ismail berkata: “Tanyalah pada Menteri Besar, mungkin beliau lebih tahu. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi.”

Selain dua EXCO kanan berkenaan, seorang lagi EXCO yang disebut-sebut akan berbuat demikian adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib. Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan perkara itu.

Difahamkan, mereka bertindak demikian kerana kecewa dengan sikap dan kepemimpinan Azizan berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini. Surat kepada Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dikatakan dihantar sejak seminggu lalu dan Azizan sudah memaklumkannya kepada kepemimpinan tertinggi PAS Pusat.

Menurut sumber, mereka juga sudah dinasihatkan oleh kepemimpinan PAS Pusat supaya menimbang semula hasrat itu kerana bimbang akan menjejaskan peluang pembangkang kekal berkuasa di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, kepemimpinan Azizan dipertikaikan pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dan PAS, khususnya isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dilaksanakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Isu lain, tindakan kerajaan PAS Kedah yang bertegas mahu merobohkan Madrasah Salihiah di Kanchut, bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah mendapat perhatian kerana menyentuh sensitiviti umat Islam di negeri ini. 

Sumber : Berita Harian 

GTP kata, buat apa nak salahkan UMNO dalam isu nih??? Hahaha.. Marah Penyokong PAS kat GTP.. UMNO tak ada kena mengena langsung dalam isu nih.

Menang lagi UMNO kalau macam ni.. Alhamdulillah, Amin. 

PM Jawab Khalid Gagap

 

Tak jemput bukan isu – PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan Persekutuan tidak menjemput menteri besar dan ketua menteri negeri yang ditadbir pembangkang dalam mesyuarat penyelarasan kelmarin, bukan satu isu kerana ia merupakan amalan biasa sejak sekian lama.
 
Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut hanya terhad kepada menteri besar dan ketua menteri negeri ditadbir Barisan Nasional (BN) sahaja dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi mesyuarat yang membabitkan Majlis Tanah Negara, Kerajaan Tempatan dan Jawatankuasa Kewangan Negara, semua menteri besar dan ketua menteri termasuk dari negeri pembangkang dijemput.

“Ini amalan sejak dahulu lagi. Saya telah lama dalam kerajaan, apa masalahnya. Soal jemputan tidak perlu berbangkit. Mereka (pembangkang) pun banyak mesyuarat tetapi tidak pernah jemput kita. Itupun hendak dipersoalkan,” katanya sinis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan soal jemputan ke mesyuarat penyelarasan tersebut, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Sementara itu Dato Seri Najib berkata, mesyuarat ini menetapkan 1 April hingga 15 Jun sebagai tarikh diadakan persidangan tahunan cawangan manakala persidangan perwakilan bahagian pula ditetapkan pada 1 Julai hingga 15 September depan.

Mesyuarat juga memutuskan sambutan ulang tahun UMNO ke-66 pula buat pertama kalinya akan disambut secara meriah di Stadium Merdeka pada 11 Mei akan datang.

“Mesyuarat juga dimaklumkan keahlian UMNO sehingga 31 Disember tahun lalu bertambah seramai 113,116 orang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 3,335,878 orang,” 
 
Sumber : Utusan Online
 
Kenyatan Perdana Menteri di atas, mengatakan PRU-13 mungkin akan berlaku pada hujung tahun ini. Haaaa?? Jeng.. jeng.. jeng..

GTP menyatakan Dato' Seri Mohd Najib seorang yang bijak menangani isu penantian oleh semua pengundi 1 Malaysia.