Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 31 December 2011

SUMPAH!!! Saya tak rela diperlakukan sebegini.. Auuuuwwwwwww..

Anwar Nak Bersumpah 8 Januari 2012?

 
Hebat. 

Khabarnya, sebagai strategi akhir bagi mendapat simpati rakyat, Anwar sedang menyusun agenda untuk bersumpah di dalam masjid, bagi kononnya membuktikan dia tidak bersalah. Anwar sedang mengumpul nama senarai alim ulama’ yang dijangka akan hadir di acara 

SUMPAH KERAMAT bahawa anu Anwar tidak pernah hadir secara paksa atau rela di dalam dubur Saiful.

Banyak cadangan yang sedang dipertimbankan oleh Saifuddin Nasution dan  Biro Politik. Ini termasuklah tempat dan kaedah bagaiman acara sumpah akan dilakukan. 

Malaysiakini, The Malaysian Insider, TV Selangor, TV PAS turut bersedia menyiarkan acara sumpah tersebut secara langsung ke dalam media baru. Hebat susunan Anwar. 

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Biro Politik PKR, kesediaan Anwar bersumpah dikatakan akan merubah semula RATING KEPERCAYAAN Rakyat mengenai kes liwat. 

Bio Politik amat yakin bahawa usaha ini perlu bagi menyelamatkan PKR daripada kekalahan teruk dalam PRU akan datang.

Ada beberapa cadangan tempat yang dikemukakan kepada Biro Politik:-
  • Masjid Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar
  • Masjid Negara
  • Masjid Jamek KL
  • Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
  • Masjid UIA
Tempat masih belum dipastikan lagi. Tapi menurut sumber, ianya akan diadakan di dalam Lembah Kelang bagi memastikan IMPAK ‘BebasAnwar901′ dapat dimaksima sebaik mungkin. 

Khabarnya, sumpah ini akan dijalankan di hadapan tiga orang ulama’, seorang daripada Mesir, seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri. Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.

Anwar dikatakan akan bersumpah dengan kaedah yang dikatakan SE-ISLAMIK mungkin. Siap dengan bacaan Al-Quran yang akan dibacakan oleh seorang Qari jemputan daripada UIA. 

Semua faktor keselamatan sedang dikaji, khususnya dalam memastikan ia tidak menyusahkan kumpulan demonstran yang sudah mula berkumpul di KL pada tarikh yang sama.

Agenda SUMPAH ini akan mengakhiri siri lawatan Anwar ke seluruh Negara.

Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.

Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.

Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.

Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.

Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya.

Menurut perancangan, selepas sembahyang hajat di rumah – Anwar akan bergerak ke salah satu lokasi yang dicadangkan kepada Biro Politik. 

Kemudian daripada itu, Anwar akan hadir ke Kelab Sultan Sulaiman.

Friday 30 December 2011

Apo nak buat lagi tu???

Anwar pusing keliling dulu...siapa tahu kalau 'tak lepas' dia cabut...


alt 
Ibarat Sivaji The Bos...dari 3 hingga 8 Januari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat' pusing keliling ke 18 bandar di semenanjung untuk bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari ini.

Apapun para penjenayah tegar - tak kira pembunuh, perompak, penyangak, perogol, peliwat atau perasuah - sila ambil ingatan jangan teragak-agak tiru macam Anwar buat roadshow untuk kasi gempak dan pertikaikan mahkamah ikut suka hati,jika ditakdirkan pakatan pembangkang tawan Putrajaya nanti.

Alasan mudah, main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.

Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Di celah-celah kekalutan Anwar dan gengnya itu mengelupur nak hadapi penentuan 9 Januari, di kalangan bekas panglima perang Anwar semasa reformasi kes liwat pertama tahun 1998 dulu tertawa melihat gelagat ini kerana sudah dapat baca gerak langkah mereka.

Antaranya Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan. Beliau menduga Anwar akan ‘all out’ untuk meracuni fikiran rakyat bagi bersimpati terhadap beliau dalam menjelang keputusan kes liwat ini.

Beliau tidak hairan jika roadshow itu disertai oleh isteri dan anak-anaknya yang menampilkan wajah sedih di seluruh negara bagi meracuni fikiran rakyat.

Katanya nanti ramailah khususnya 'pendatang baru' dalam PKR yang hendak menonjol diri jadi tukang memekak dengan nawaitu untuk jual nama nak jadi calon PKR dalam pilihanraya.

"Saya tahu kebanyakan yang buat kerja ni nanti budak-budak baru.Ini semua kerja bodoh kami sudah buat masa kes liwat pertama dulu jadi macai Anwar.

"Budak-budak baru ni semua tahu apa cerita pasal Anwar kecuali jadi kuda dia untuk selamatkan diri. Nak buat macam mana ramai yang suka diperbodohkan,"katanya.

Zahid sendiri tidak fikir kerajaan dan kehakiman gentar dengan perang saraf mereka nak mengugut cara begini.

"Negara kita ada undang-undang. Kalau setakat nak tuduh konspirasi siapa pun boleh tuduh.Pokok pangkalnya kamu liwat atau tidak Saiful. Keputusan itu ditentukan oleh mahkamah berasaskan hujah kes dan bukti yang ada," ujarnya.

"Apa mereka fikir mereka boleh huru harakan negara kalau Anwar didapati bersalah...kita sama-sama tengoklah nanti," tambahnya.

Zahid tersenyum bila berkata modus operandi Anwar dan gengnya sama saja sejak dulu.

Beliau tertawa dengan gelagat Anwar dan pasukan peguamnya lambat siang nak tuduh orang hina mahkamah kalau cakap tentang kes liwatnya."Ini nak buat roadshow..nak jelajah bukan cakap pasal kesnnya...bukan hina mahkamah ke...inilah bapak hipokrit besa,"tegasnya.

Zahid juga menduga nanti akan ada 'lakonan-lakonan' semasa roadshow atau demonstrasi." Apabila polis bertindak lebih sikit mulanya bising sedangkan  mereka sendiri yang langgar undang-undang dan engkar arahan polis supaya bersurai.

"You berani buat salah berhimpun secara haram segala macam ...you tanggunglah sendiri.Ini nak merengek dan nak mengadu pada NGO antarabangsa bila kena gas pemedih mata...ini lawak macam pondan,"katanya.

Sementara itu, bekas ketua PKR Pematang Pauh, Anuar Shaari pula berkongsi cerita menarik mengenai Anwar.

Katanya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada tahun 1998 itu, bekas bosnya itu bukan tabah sangat ketika dipenjara kali pertama pada tahun 1999 sehingga 2004.

“Pada satu peringkat, beliau merayu-rayu kepada ramai sahabatnya di luar untuk berusaha bebaskan dia dari penjara. Anwar kata dia dah tidak tahan duduk dalam penjara,”cerita beliau.

Menurut Anuar, antara yang ‘dirayu’ sampai hampir-hampir menangis adalah Ezam Mohd Nor yang ketika itu Ketua Pemuda Keadilan dan baru bebas dari Penjara Kajang.

“Ezam pernah cerita pada saya, Anwar terdesak untuk keluar penjara dan mahukan dia lakukan apa sahaja untuk tujuan tersebut,”kata beliau.

Kerana itu menurut Anuar, penasihat PKR pasti tidak akan sanggup dipenjara lagi kali ini.

“Dia akan cuba sedaya upaya untuk bangkitkan rakyat, guna mahasiswa, guna pekerja, road show seluruh negara, tetapi pada akhirnya, jika semua itu tidak sampai objektif yang dikehendaki, Anwar mungkin akan lari,” ramal beliau.

“Perkara ini akan semakin jelas seminggu sebelum 9 Januari, kita bakal saksikan bagaimana Anwar akan sehabis tenaga untuk memastikan jalan raya dipenuhi penyokongnya ketika keputusan dibacakan.

“Tapi jika tak jadi macam dia rancang, dia mungkin lari dan untuk mengelakkan diri digelar penakut, dia akan beritahu penyokongnya, melarikan diri itu sebahagian dari strategi jangka masa panjang… itu telahan saya berdasarkan pengalaman bersama Anwar,” katanya.-


Sumber : AgendaDaily

Thursday 29 December 2011

Siapa Imam Mahdi???

Imam Mahdi ialah Anwar , Pemujaan Badrul Amin sangat bahaya - Dr Asri

 
Selepas Nik Aziz di katakan sebagai serupa nabi.. isu mamat GAY ni pulak yer sebagai Imam Mahdi?? Kelakar pulak GTP rasa bila Anwar Gay di perumpamakan sebagai Imam Mahdi.. hihi

Sejak dua menjak nih.. naik betul taraf kedudukan pempimpin PAKATAN HARAM dalam Malaysia menurut pandangan jumud pengikutnya yang berhati kaldu.. Ketawa lagi.. hihi..

INI kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membebaskan Masjid Aqsa.

 
Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.

Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkin baru sedar karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.


Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi... Tidak ada sama sekali.


Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.


Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.


Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.


Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:


Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."


Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.


"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.
Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya

 "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini...padan patutlah...-
AGENDA DAILY

Kredit : Generasi Pejuang Bangsa (TQ bro)

Wednesday 28 December 2011

31 Dis 2011, Malaysian Book Of Record by Adam Adli. Congratulation boy..


Sekumpulan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan menuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata, mereka akan berkampung selama 16 jam di hadapan UPSI bermula 9 malam pada 31 Disember sehingga jam 1 petang keesokan harinya.

"Malam itu kita namakan sebagai 'Malam Talkin untuk AUKU' (Akta Universiti dan Kolej Universiti. Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik.

"Akan ada juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri," kata Ahmad Syukri (kiri).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Syukri berkata, sepanjang tempoh tersebut pihaknya merancang beberapa aktiviti, antaranya meletakkan bunga di hadapan pintu masuk UPSI.

Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin UPSI dan berdepan dua pertuduhan, iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Komen GTP
Mahasiswa jenis apa Adam Adli ni? Sudah terang lagi bersuluh. Menegakkan benang yang basah lah pulakkkkkk.. 

Dah terbukti engkau mencemar nama universiti pendidikan terunggul di Malaysia. Ni lah pepatah jambu yang di gunakan oleh Anwar Gay Brahim Boy iaitu 'kalau tak di pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.'

Anwar Gay Brahim Boy bakal sambung Phd. di University of Sungai Buluh sesi Januari 2012 nih.. Sementara akan sambung belajar, amanah baru di pegang oleh Adam Adli, jejaka jambu Malaya terhebat.

Tak sangka nak buat Malaysian Book Of Record tahun baru ni yerrr?? Bermula tahun baru sudah bikin onar. Apa punya orang.. busuk punya orang.. hati longkang!!!

GTP memang benci mahasiswa akal keldai macam Adam Adli!!!

GTP juga akan sentiasa menyokong tindakan UPSI dalam menangani isu Adam Adli ini. UPSI, institusi bermaruah sejak dahulu. Sudah melahirkan beribu cendikiawan, tenaga pendidik dan cerdik pandai dalam masa yang sama berfungsi melahirkan tenaga muda sebagai pembangunan modal insan yang hebat.

Isu hari ini, tidak salah UPSI dalam menghukum Adam Adli. Sudah tentulah UPSI layak menghukum Adam Adli. Sekiranya 1 UPSI boleh menjadikan berjuta rakyat Malaysia bijak pandai, tak kan lah UPSI bodoh tidak menghukum Adam Adli yang berhati longkang nih.

Renung-renungkanlah.. apalah layaknya SMM dan Adam Adli dalam memperjuangkan isu AUKU nih..

GTP juga rasa terpanggil, kan mahasiswa sudah di beri kebebasan di dalam berpolitik, apa tidak cukup hebat lagi ke idea menteri kita yang di dalam rangka mewujudkan Parlimen Belia sedikit masa lalu. Cuma tunggu masa saja ia berlaku.

SMM dan Adam Adli sedang membuat segmen mahasiswa bodoh dan bingai!! Itulah yang paling layak dalam cita-cita nak buat Malaysian Book Of Record. Tahniah!!!

Tuesday 27 December 2011

KENYATAAN YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI ISU BEBAS


Pergerakan Puteri UMNO kecewa dan mengecam tindakan kurang ajar, biadap dan tidak menghormati orang lain oleh sekelompok mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember 2011 yang  lalu.

Tindakan kumpulan mahasiswa yang berhimpun di PWTC kononnya kerana menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta itu juga amat beremosi dan terbukti sangat tidak matang.

Biar pun mereka yang terlibat dalam Himpunan BEBAS itu tidak ramai namun ia cukup untuk mengambarkan imej buruk mahasiswa secara keseluruhannya.

Pergerakan Puteri UMNO dan semua pihak menghormati hak mahasiswa untuk bersuara dan kerajaan sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyatakan pendapat, pandangan dan apa juga idea menggunakan saluran yang betul seperti konvensyen, dialog, debat terbuka, forum dan seminar.

Malah mereka juga dibenarkan berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum, namun tindakan menurunkan bendera semata-mata kerana ingin menunjukkan bantahan terhadap AUKU tidak sepatutnya dilakukan oleh mahasiswa kerana ia tidak rasional dan tidak bertamadun.

Pergerakan Puteri UMNO juga telah melihat senarai tuntutan BEBAS dan mendapati ia kurang berasas antaranya kerana:

1. Memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta 174 dan Akta 555. Tuntutan ini sama seperti menutup terus Kementerian Pengajian Tinggi. Saya bersetuju pindaan bagi Seksyen 15 dan ia adalah lambang keterbukaan kerajaan dalam memperkasa suara mahasiswa.

2. Bebaskan Ilmuwan untuk Berakademik. Adakah selama ini Ilmuwan kita tidak bebas untuk berakademik? Menyatakan pandangan dan pendirian politik atas topi parti bukan kebebasan untuk berakademik tulen. Saya percaya isu ini timbul akibat sentimen terhadap kes Prof Aziz Bari di UIA dan halangan pembentangan buku Datuk Saifudin Abdullah (buku berjudul Kalau Saya Mahasiswa) dan ini dijadikan modal untuk menghentam kerajaan tanpa asas.

3. Bebaskan Mahasiswa Bersuara Kebebasan bersuara yang bagaimana lagi yang mereka mahukan? Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang seluas-luasnya untuk mendengar suara mahasiswa melalui pelbagai pendekatan. Kenapa tidak menggunakan saluran disediakan?

4. Bebaskan Mahasiswa Mengurus Pilihanraya Kampus. Mahasiswa sendiri tidak bersifat berkecuali seandainya mereka diberi tanggungjawab ini dan akan terdedah kepada pelbagai agenda yang tidak bersesuaian dengan tujuan asal pilihan raya kampus. Tuntutan untuk menggunakan SPR dalam mengurus pilihan raya kampus juga agak pelik kerana kelompok pro mahasiswa inilah yang menyatakan kononnya SPR tidak telus.

5. Bebaskan Mahasiswa Mengurus Tadbir Persatuan dan Aktiviti HEP hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya program dan aktiviti pelajar tidak terpesong dari maksud asal program. Apa yang dikatakan sebagai kebebasan urus tadbir? Persatuan dan aktiviti tidak berdaftar sememangnya akan dihalang kerana setiap aktiviti perlu membawa manfaat kepada mahasiswa secara keseluruhan dan bukan sekadar sebagai alat pihak tertentu. Tuntutan ini tidak lebih sekadar provokasi dan usaha awal untuk menutup terus HEP sebagai jabatan yang mengawal dan mengurus tadbir aktiviti pelajar.

6. Bebaskan Mahasiswa mengambil bahagian dalam Politik. Perdana Menteri sendiri bersetuju meminda Seksyen 15 AUKU yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk menjadi ahli parti politik dan ia sedang diproses. Kebebasan bagaimana lagi mahasiswa mahukan?

Pergerakan Puteri UMNO percaya, kesemua tuntutan ini hanya bersifat retorik. Bagaimanapun kelompok seperti ini harus didekati sebelum mereka semakin hanyut dalam taktik kotor pembangkang yang hanya memperalat mahasiswa untuk memenuhi keperluan politik mereka yang terdesak.

Sekian, terima kasih.

Sunday 25 December 2011

Jika Anwar Ibrahim Menteri Pelajaran Pengkhianat Negara, dia nilah guru besarnya

Chegu Bard bermimpi jadi MB Negeri Sembilan

Ni lah orangnya yang beriya-iya menyokong Adam Adli yang pengecut tu

Bertambah kuat penyakit Chegu Bard. Lebih kurang sama dengan penyakit  Anwar Ibrahim,  gila kuasa.

Malam ini Chegu Bard dah sebuk berangan angan nak jadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika PR berjaya merampas Negeri Sembilan.

Dalam satu program ceramah yang diadakan di Taman Angsa Mas dengan dihadiri tak lebih dari 120 orang malam tadi Chegu Bard dibuai mimpi dengan memberi tahu orang hadirin kononnya dialah  yang akan menjadi menteri besar jika PR menang dalam PRU13 nanti.

Ketika Tsunami melanda politik tanah air dan ramai pemimpin PR yang menang dalam pilihanraya umum yang kedua belas itu Chegu Bard kecundang dan tersungkur tewas kepada Khairy Jamaluddin.

Tak malu ke  Chegu Bard ini yang suka mencari publisiti murahan menjelang PRU13 ini apabila namanya pasti tidak disenaraikan oleh PKR.

Dalam  ceramah Chegu Bard , seperti biasa dan mengulangi perkara yang sama , usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Negeri  yang banyak membantu rakyat dan usaha kebajikan yang dibuat oleh kerajaan tidak akan di sebut cuma fitnah fitnah ditabur agar rakyat membenci kerajaan.

Turut hadir dalam ceramah malam tadi ialah  Bob Lokman yang baru merasakan dirinya masuk Islam, Kolonel Bersara Rosli dari DAP  , Fauzi Abd Rahman dan Bob Mokhtar.

Seperti biasa pemimpin PKR Negeri Sembilan tidak akan hadir  pada program Chegu Bard, Bob Lokman seperti biasa akan bercerita bahawa dia kini seorang Islam bagaikan bertaraf wali dan hidup dalam kerajaan yang tidak Islam.

 
Jam 9 malam, keadaan tapak ceramah yang masih lengang dan ceramah terpaksa di tangguh seketika.

 
Bard (bulat merah) kelihatan gelisah menanti kehadiran yang masih tidak ramai. 

 
Akhirnya, majlis terpaksa juga di mulakan walaupun ketika itu kehadiran tak sampai 30 orang pun.

Sumber : N9kini.net

Saturday 24 December 2011

Budak ni betul-betul gila dan keterlaluan

PKR serang UPSI , tindakan Adam Adli turunkan bendera Najib tak salah ! 

KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

“Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi.

“UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara,”

“Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara,” katanya.

Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu.Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan.

GTP
PAKATAN HARAM ni kalau di layan memang mereng. Ada ker tahap pemikiran mereka serupa ini?? Tidak pintar tahap cipan betullah.

Sudah terang lagi bersuluh..

Agaknya Institusi kehakiman mahupun Dewan Bahasa dan Pustaka perlu membuat sesuatu ketetapan dan peradapan berkaitan dengan tingkah laku dan adab.

Biarpun perlakuan tidak termaktub dalam hukum dan undang-undang sebuah negara yang bertamadun,  tak kan lah tak faham soal budi bahasa dan adab sopan.

Jangan bermain dengan api. Nanti merana diri..

Kami ahli UMNO dan Barisan Nasional ada tahap kesabaran. Jika tak mahu mengaku Perdana Menteri jagalah tata susila tu.

Apa ada pada gelaran Mahasiswa sekiranya perangai macam 'beruk mak ye'..

Kami pernah menjadi pelajar juga. Tapi kami tidak di lahirkan sebagai biadap!!!

Kami masih ada akal untuk berbincang dengan ruang yang telus dan lurus kerana kami yakin, setiap pemimpin punya keistimewaannya sendiri.

PAKATAN HARAM dan ADAM ADLI jangan bikin onar!!! 

Anwar Ibrahim, sejarah dan bukti telah menyatakan anda pengkhianat. Jangan cabar kami.

Kami juga Melayu yang sejuta lebih kali sayang terhadap negara yang kami cintai.

Friday 23 December 2011

Tak perlu minta maaf DAM.. Kau dah jadi sejarah pengkianat negara.

Adam Adli: Turun bendera PM tanda kemenangan
Pemimpin pelajar, Adam Adli berkata tindakannya menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno dilakukan sebagai satu simbol kemenangan kepada siswa pada hari tersebut. (Kurang Ajar dan memang biadap)

Dalam temubual disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini, Adam berkata,  perhimpunan dan perarakan pelajar itu pada hujung minggu lalu – dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra – berlangsung dengan terkawal tanpa kekecohan. (Tahniah membawa resolusi akal pendek!! Biadap!!!!)

NONEBeliau juga tidak menyangka bahawa perkara berkenaan akan menjadi perhatian media kerana tindakan menurunkan bendera berkenaan, yang digantikan dengan bendera berslogan kebebasan akademik, juga hanya satu ekspresi dirinya. (Apa dia fikir dia sorang sahaja mahasiswa yang Maha Genius??? Hampeh!!!)

Bendera itu juga hanya digantikan untuk beberapa ketika sebelum beliau menaikkan semula bendera asal. (GTP nak pergi rumah bobo Boy Adam ni, nak turunkan gambar keluarga dia dan pasangkan gambar Dato' Najib dan Datin Rosmah. Apa perasaan mak bapak dia pula?? GTP nak kata, itu adalah bentuk espresi GTP pula tanda gembira tindakan bodoh dia.)

"Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan," katanya. (Ini dia contoh yang nak kita ikut?? Apa akan berlaku pada negara di masa akan datang sekiranya ada pemimpin yang tak sabar?? Memang produk baru Bro Anwar bin Ibrahim (B.A.B.I) la..)

student handing memo to suhakam on academic freedom Bebas chairperson Muhammad Safwan AnangApabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, kata pelajar tahun tiga Universiti Pendidikan Sultan Idris itu.

"Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi," katanya. (Ehem ehem ehem.. Persoalannya, adakah semua mahasiswa itu menyokong perbuatan Adam Adli?? Jeng jeng jeng..)

Tambahnya, kumpulan pelajar dianggar seramai 350 orang itu sebelumnya bersungguh-sungguh melaungkan slogan kebebasan akademik. (Ehem lagi.. ehem ehem ehem.. Nampaknya Adam Adli terperangkap dengan agenda tersorok milik individu pemimpin tertentu dan secara tidak langsung, dah tentulah tembelang sudah pecah. Sudah terang lagi bersuluh. Rejim yang sebenarnya bukan lah Dato' Najib. Tetapi rejim ini datang dari propaganda B.A.B.I. Tidak kisah lah berapa kerat pun yang mengusung memorandum tu.. Ha ha ha.. kantoiiiiii, sejumlah mahasiswa sebenarnya tidak menyokong tindakan Adam Adli. Good Job Boboboy...)

student handing memo to umno on academic freedom crowd"Tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya.

"Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik

"Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan kemenangan, bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang," katanya yang berniat supaya "kemenangan" itu dirasai oleh siswa yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Adam turut mengulas kritikan dan ugutan oleh pemimpin Umno, yang antara lain menyifatkan beliau tidak matang kerana menurunkan bendera berkenaan. (Cubalah baca dan fahami kenyataan milik Adam ini? Apa maksudnya??? Cuma Adam Adli saja yang beriya-iya melakukan demostrasi niiii. Tahniah kepada rakan-rakan Adam Adli yang menunjukkan protes tidak bersetuju perbuatan Adam Adli dengan mendengar penuh tekun dan khusyuk Pak Menteri. Cuma kau sajalah yang terhegeh-hegeh Adam oi...)

"Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. (Kenyataan kau pun tak matang Dammmm.. haha..)

NONE"Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?," soalnya. (Ohhhhh.. rupa-rupanya Adam mewakili Lim Guan Eng juga lah yerrrrr??? Adam, itu pun bentuk mereka meluahkan ekspresi dia apabila Ketua Menteri Pulau Pinang tu tidak adil kepada rakyat Pulau Pinang tauuuuuu.)

"Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. (Biadap)

"Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya," tambahnya. (Kenyataan retorik yang tidak matang. Kau sapa Dam orang nak kenal kau.. Dah tau orang tak kenal, kelakuan tu biar senonoh..)
 
NONEDitanya lanjut, Adam, 22, yang mendapat sokongan penuh ibubapanya dalam tindakan itu berkata, beliau secara khusus tidak akan meminta maaf kepada perdana menteri walau digesa berbuat demikian.

"Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. (Hebatlah dia.. tak perlu minta maaf.. Adam Adli hebatttttttttt.. Anwar Ibrahim membuatkan Adam Adli rasa hebatttttttt.. bangganya Anwar dapat melahirkan pewaris seperti dia. Ehsan anak lelaki tunggal Anwar pun tidak mendapat layanan hebat serupa Adammmm.. Huhu.. Sangat hebat kannn??

"Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf," katanya. (Eceh!!! Hahahahaha.. GTP tak perlu kata apa-apa. Cuma nak copy and paste kenyataan Adam sendiri.. : "Tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya."Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik. Fikir-fikirkan lah adakah 'rakan-rakan saya' yang dimaksudkan tu bersetuju dengan perbuatan bodoh Adam Adli??? Kantoi lagi..)

Namun, Adam menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak meminta maaf buat selama-lamanya.

"Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini," katanya lagi. (Bercakap dah bersimpang siur dan dalam erti kata lain Adam dah 'kecut barang' dengan ketegasan ahli UMNO yang melihat perbuatan Adam Adli ini sebagai mencemar maruah dan tidak sopan. Mungkin dia boleh ego setinggi langit. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga. Tunggggggggggguuuuuuuuuuuu..)


Datuk Saif :Jangan bermain api.. kami tidak sokong kenyataan itu



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah  sedang bermain dengan api ketika ini apabila beria ia mempertahankan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri dan seolah olah Saifuddin mempertahankan perbuatan ini.

Katanya beliau tetap mempertahankan Mahasiswa walaupun mereka mendesak beliau meletakkan jawatan dan ini  jelas  beliau tidak prihatin dengan perasaan ahli UMNO  malahan  rakyat Malaysia yang mengutuk tindakan menurunkan bendera Perdana Menteri oleh Mahasiswa yang kurang ajar itu. Jelas Saifuddin pertahankan mahasiswa ini dan memukul gendang perang berperang dengan penyokong PM dan UMNO.

Jika ini pinta  Saifuddin , kita tidak ada pilihan lain melainkan mengistiharkan Saifuddin sebagai musuh kita dan kita sedang berperang dengan beliau.

Kata Saifuddin  , "mereka mempunyai hak berkumpul dan bersuara, saya akan pertahankan hak mereka." Apakah Tim Menteri ini tidak tahu akan perkembangan  masa  tentang  perhimpunan. 

Sumber : Tepak Bersulam

p/s : hmmmmmm.. GTP pun pernah jadi mahasiswi.. ketika itu ibu bapa cuma mengharapkan kejayaan dari anaknya tanpa ada sebarang kekhuatiran. Ketika itu tidak terfikir langsung tentang pemberontakan mahasiswa. Fokus utama kepada segulung ijazah. Kami mahu jadi modal insan yang menghargai keringat ibu bapa dan Falsafah pendidikan Negara.

Adam oh Adam, 1 lagi produk reformasin berjaya dikeluarkan oleh pengilang Bro Anwar bin Ibrahim (B.A.B.I) 

Tuesday 20 December 2011

Adam Adli yang dilahirkan Anwar di dalam beberapa hubungan intim





Melahirkan seorang Adam Adli di kalangan mahasiswa yang merupakan pembangunan modal insan di masa akan datang, akan menjadikan maruah Melayu semakin tiris di bumi Malaysia ini.

Walau pun ketidakwajaran tingkah laku 'hingusan' Anwar Gayboy ini, perkara ini tidak boleh di pandang ringan dan Melayu perlu bersatu untuk sentiasa memperkasakan maruah Melayu yang lain.

Nampaknya, regim Anwarinas semakin hilang punca dengan mewujudkan pelapis seperti Adam Adli. Benarkah keluarga merestui perbuatan Adam Adli???

Apa pun, Adam Adli cuma 1 dari berjuta Melayu yang masih punya adap dan ketatasusilaan.

Monday 19 December 2011

Mari belajar sesuatu dari Cikgu Adam Adli.. Pelajaran 'Rusuhan'.. Tuan Guru Besar :Anwar Ibrahim..

PANAS : ADAM ADLI , PENDIDIK ANAK BANGSA MASA DEPAN??




Tahukah anda siapakah Adam Adli Bin Abd Halim? MU (Mahasiswa Utara) terbaca pertanyaan rakan-rakan siswa yang prihatin tertanya-tanya tentang siapakah insan ini sehinggakan dunia alam maya ini mula dibanjiri dengan artikel tentang insan ini. 


“Adam” ? Indah sebenarnya maksud nama ini. “Ikutan”, “Teladan”, di samping nama Nabi dalam Islam. Namun sayang, MU tidak merasakan insan seperti ini layak dijadikan ikutan, apatah lagi teladan.

Kenapakah? Siswa ini, bakal pendidik kelak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah menurunkan bendera gambar Perdana Menteri yang kemudiannya digantikan dengan bendera kebebasan akademik. Jawapan diterima, "itu tindakan di luar kawwalan". Sekiranya benar sudah matang, perkara seperti ini TIDAK sepatutnya berlaku.






Adakah tindakan-tindakan ini wajar bagi seorang mahasiswa? Wajarkah? Tidak cukup mengetuai demo, bendera Perdana Menteri kita diturunkan seterusnya diganti dengan bendera mereka? 


Terjumpa pula gambar-gambar ini.


(Tinggalkan persoalan ini buat kalian)


Kata mereka, berhimpunnya mereka adalah untuk menyerahkan memorandum. Tetapi, MU masih mencari rasionalnya menurunkan bendera Perdana Menteri tersebut? Kenapa ya? *buntu*. Syukur insan seperti ini dapat dikesan lebih awal supaya virus-virus nya tidak terus merebak. 

Andai bicara MU ini mungkin sekadar picisan, ingatlah kata-kata ini,

Waktu kita berdemonstrasi, tak mungkin kita belajar..
Tak semestinya pandai berdemonstrasi, pandai berpolitik..
Ibu bapa sanggup berkorban duit beri pelajaran demi masa depan mereka, masa depan masyarakat, masyarakat orang Melayu..
Esok dah keluar universiti, dah dapat apa yang kita kejar, nak berpolitik, berpolitikla..
Duit orang lain, kita belanja buat politik? Tak nak la…

-Tun Dr Mahathir Mohamad-


Terbaca juga status FB seorang rakan, mahasiswa di UPSI:

salam... 
Mencelah seketika...
Renungan untuk semua..
UPSI megah dgn kelahiran pendidik yang membentuk perkembangan negara.
Saya dan sahabat UPSI tetap dengan pendirian tidak bersama ideologi Adam Adli. 
Kami sayang UPSI.. kepada bloger2 luar.. hentikan cemuhan keatas UNIVERSITI kami.. kami pelajar biasa yang tidak terlibat dengan Adam Adli tidak patut menerima cercaan yang sama..

p/s: Kepada Adam Adli Bin Abd Halim dan yang berkenaan, “tidak salah” rasanya kamu memohon maaf bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri bahkan kepada rakan-rakan siswa yang lain khususnya dari UPSI kerana tindakan itu. 

Kepada bakal-bakal pendidik, buktikanlah anda layak menjadi pendidik anak bangsa kita kelak. Tidak selesa rasanya kalau MU sendiri di tempat rakan-rakan khususnya rakan-rakan siswa di UPSI. Betullah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.