Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 29 October 2011

Wardina “Terbongek” Dibidas Anak TPM, Najwa! PADAN MUKA

Sebenarnya, saya pelik dengan kerenah seorang artis dan selebiriti wanita yang merasakan dirinya bagus, intelek, seolah-olah ‘berkasta tinggi’ dan sentiasa menganggap pandangannya itu betul. Siapa lagi artis wanita itu jika bukan Wardina Safiyyah.

Sebagaimana kita tahu, sejak Wardina mengubah imejnya dari tidak bertudung kepada imej yang lebih baik dan mengenakan tudung, identiti baru Wardina itu dipuji serta diakui sebagai satu tindakan yang sangat baik. Saya sendiri suka dan puji dengan tindakan Wardina tersebut.

Dijelaskan di sini, pujian dan sokongan tersebut adalah kerana penghijrahan dan penampilan imejnya yang lebih Islamik. Meskipun masih lagi mengenakan pakaian yang agak menampakkan bentuk tubuhnya dan menayangkan bentuk dengan menjadi model produk kelansingan badan, tindakan Wardina itu boleh dikira sebagai satu permulaan yang baik untuk menutup aurat. Itu saja.

Namun malangnya, penghijrahan identiti Wardina itu tidak sekata dengan penghijrahan minda dan sikap Wardina. Setelah bertudung, dia sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi yang mencetuskan kekeliruan serta dikatakan sering berlagak lebih bagus dari orang lain, termasuk rakan-rakan artisnya.

Suatu ketika dahulu, Wardina pernah mengeluarkan kenyataan berbaur politik terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan seolah-olah mencabar Menteri itu untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Komen “retweet”nya di laman twitter Shahrizat menggambarkan dia seolah-olah mahu menceburi bidang politik dengan bercita-cita untuk duduk ditempat Shahrizat di Parlimen.

Ekoran itu, dia “dibelasah” teruk oleh beberapa blogger politik semasa yang mempertikaikan tindakan bodohnya itu. Tidak tahan dengan serangan blogger tersebut, Wardina bertindak mengadakan sidang media menjelaskan bahawa dia tidak punya kaitan atau minat dengan dunia politik! Munasabahkah kenyataan Wardina itu jika dibandingkan dengan kenyataannya pada Shahrizat?

Setelah insiden itu reda, Wardina sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mengecam sebilangan artis yang ditanya wartawan mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kata Wardina, selain mengutuk wartawan yang berartis-artis tersebut tidak layak memberikan komen mengenai perkara itu kerana tidak berilmu.
Saya tertanya-tanya, dengan penghijrahan Wardina dari sudut pakaian, apakah dia berhak menghukum rakan-rakan artisnya sebagai tidak berilmu? Apakah semata-mata kerana Wardina kini bertudung maka dia berhak untuk menafikan rakan-rakan artisnya memberikan pandangan? Jika benar pun rakan-rakan artisnya itu tidak berilmu, apakah mereka diharamkan oleh hukum Islam untuk memberikan pendapat mengenai hudud dari perspektif mereka? Siapa Wardina untuk menafikan hak mereka bersuara?
Terbaru, Wardina yang sering rasa dia semua betul itu telah dibidas oleh anak gadis Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyiddin. Dalam insiden di twitter itu, Wardina sekali lagi turut campur soal politik dengan mengandaikan bahawa anak-anak Menteri tidak ada seorang pun yang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan.

Meskipun Wardina meletakkan tanda soal dalam andaiannya itu, kenyataan di twitter tersebut jelas cuba memburuk-burukkan keluarga Menteri-Menteri. Setelah di”terjah” Najwa, baru dia “terbongek” dan “cover” malu! Pada pandangan saya, jika Najwa tidak bersuara, sudah tentu Wardina akan tersenyum puas!
Begitulah Wardina Safiyyah. Seorang wanita cantik bertudung yang menafikan terlibat atau menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini.

Namun, dari gaya bahasa dan sikap yang ditunjukkan, rasanya budak mentah pun tahu dia berpihak kepada parti mana. Pada saya, Wardina tak perlu hipokrit untuk mengaku menyokong mana-mana parti pada ketika ini kerana ramai sudah nampak “belang” sebenar pendiriannya.
Tak payah takut, Wardina. Kalau berpihak kepada DAP sekali pun, saya akan hormati pendirian Wardina itu, tapi tak perlulah hipokrit untuk menafikan sesuatu yang kini menjadi “open secret”. Ramai yang dah tahu…

NOTA GT-Puteri : Minah ni memang rasa dia hebat, dalam mengacara pun nampak panas baran dan Wardina ini mahu orang setuju dengan dia selalu. Sikit sikit nak saman , style  Anwar Ibrahim. kalau berani bertendinglah lawan Sharizat di Lembah Pantai PRU kali ini. Jangan cakap saja. tentu Nurul Izzah akan bagi laluan. senang pula banyak kisah kisah lama boleh ditatap oleh pembaca internet.

sumber: Mykmu.net

Thursday 27 October 2011

Menunjuk pandai.. ADUN Seri Muda di 'sekolah'..

Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Pembangkang di bayar gaji untuk berlagak pandai.. apa pun tak boleh..
 
Saya merujuk kepada cabaran daripada Adun Sri Muda yang mempertikaikan insentif kepada petani yang gagal dibayar sebanyak RM110 Juta yang dibentangkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terlebih dahulu kita perlu faham bahawa ketirisan dan hutang adalah dua perkara yang cukup berbeza, malangnya tidak difahami oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie.Akibat mahu 'menunjuk pandai' dengan cuba menyalahkan pihak lain kononnya berlaku ketirisan dalam pembayaran insentif kepada petani, saya sarankan supaya beliau belajar makna ketirisan dan hutang terlebih dahulu.Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor perlu membaca lebih teliti Laporan Audit Negara sebelum membuat kenyataan tidak cerdik yang boleh memalitkan arang di mukanya sendiri.

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa kerajaan tidak membayar insentif berjumlah RM110 juta itu bukan bermaksud berlaku ketirisan.Ketirisan boleh dikelasifikasikan sebagai berlaku penyelewengan dalam sesuatu peruntukan yang akan diberikan kepada rakyat.Apa sebenarnya berlaku adalah wang peruntukan untuk petani tersebut telah habis dibayar selaras dengan bajet yang diperuntukkan kepada kementerian.


Malangnya jumlah insentif adalah melebihi jumlah yang yang diperuntukan oleh kerajaan dan ini bermakna kerajaan masih berhutang lagi dengan petani dan peruntukan telahpun diberikan oleh YAB PM pada bajet 2012 untuk menyelesaikan baki tersebut.Kita juga harus melihat lebihan permintaan insentif kepada petani adalah satu kejayaan Kerajaan Pusat yang bersungguh-sungguh mahu meningkatkan hasil pertanian melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang memperuntukkan sebanyak RM1.6 billion hanya untuk memastikan hasil petani semakin baik dari masa ke semasa.

Kerajaan juga mensasarkan peningkatan pada pada tahun 2010 iaitu sebanyak 2.95 juta tan berbanding 2.57 juta tan setahun pada tahun 2008. Maklumat lanjut berkenaan Dasar Jaminan Bekalan Negara boleh dirujuk di laman web rasmi kementerian.

KLIK DI SINI

Kerajaan juga telah membekalkan pelbagai jenis bantuan seperti baja-baja yang berkualiti,bantuan kapur,kawalan serangga perosak,menaik taraf sistem saliran dan sebagainya tidak termasuk bantuan subsidi lain untuk kemudahan petani di seluruh negara.


Ini jelas menunjukkan bahawa perancangan yang dibuat telah membuahkan hasil dan buktinya adalah peningkatan permintaan insentif petani melebihi daripada peruntukan yang dicadangkan oleh kementerian kepada Kerajaan Pusat.

Kenyataan dangkal Suhaimie itu jelas sebagai satu cubaan untuk menutup isu kenaikan elaun kepada wakil rakyat Selangor tetapi didakwa oleh MB Selangor sebagai insentif.Ini juga salah satu kenyataan hipokrit pemimpin PKR yang hanya nampak 'kuman di seberang laut tetapi bangkai gajah depan mata' buat tidak tahu sahaja.

Suka saya cadangkan kepada Suhaimie Shafei supaya membuat kajian terperinci sebelum mempetikaikan sesuatu yang akhirnya memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau kepada rakyat khasnya.

Pena Noh Omar
Kelana Jaya
 
p/s : mempedaya masyarakat dengan janji tinggal janji bolehlah.. 
GTP rasa macam nak bagi cermin kat puak pembangkang nih.. hipokrit lebih..

Wednesday 26 October 2011

FITNAH : Tuan Ibrahim Tuan Man si buta hati


Mungkin dia nih dipengaruhi oleh Penasihat Kewangan Seringgit. Cakap ikut suka seperti kebiasaan pemimpin lain di dalam PAKATAN HARAM

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu kelemahan pengurusan kewangan kerajaan adalah disebabkan oleh kerakusan Umno BN memerintah negara dengan secara boros, tidak berhemah dan berlaku penyelewengan kuasa yang serius sehingga menyebabkan kehilangan wang kerajaan.

“Kelemahan ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Katanya, Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kerajaan selama ini sememangnya tidak pernah mengambil peduli terhadap perjalanan sistem pengurusan kewangan yang berhemah dan telus.

Ini, katanya kerana budaya kerja Umno BN telah membarah dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme walaupun telah ditegur oleh Ketua Audit Negara tahun-tahun sebelum ini.

Selain itu, ujarnya disebabkan kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Pusat juga memberi kesan terhadap syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan yang mana 19 daripada 47 syarikat mengalami kerugian pada tahun 2009.

Jumlah kerugian bernilai RM0.71 billion iaitu penurunan RM3.83 billion berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 billion pada tahun 2008.

Terbaru, sebuah badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) melahirkan kebimbangan negara akan mempunyai hutang sebanyak RM1 trillion menjelang 2020 sekiranya kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaannya.

Ini adalah kerana defisit negara kini berada pada RM437 billion, dua kali ganda bajet defisit berbanding RM217 billion pada tahun 2004.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.
Justeru, kata Sany, pihaknya meminta supaya pihak kerajaan menghentikan amalan pengurusan yang tidak berhemah dan boros dalam berbelanja.

Ini kerana, ujarnya akan menyebabkan negara menanggung hutang yang banyak dan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar balik hutang tersebut melainkan dengan membebankan rakyat dengan pelbagai cukai yang tidak munasabah.

Oleh itu, tambah beliau Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia keseluruhannya supaya menolak Umno BN di dalam pilihan raya umum yang akan datang kerana Umno BN terbukti gagal di dalam mengurus kewangan negara, mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi dan kroni.

“Tolak BN untuk selamatkan Malaysia,” serunya.

Sumber : Harakahdaily (Portal penipu dan kaki fitnah kerajaan)

p/s : Sebaik-baiknya suluh pentadbiran diri sendiri di cermin yang besar. 
Memang benar kejayaan yang dimiliki oleh ahli-ahli professional yang berada di dalam PAS keseluruhannya hasil daripada bantuan kerajaan Barisan Nasional. Tetapi mereka ego dan angkuh tidak memperakui itu.

Tiada perubahan dan kemajuan sejak dulu pentadbiran kerajaan PAS. Mereka cuma mendabik dada kerana itulah yang di didik oleh Musyidul AmPAS.

Mereka memperakui di dalam sedar tetapi sedang memesongkan keyakinan masyarakat kepada kerajaan Barisan Nasional.

Tepuk dada tanya selera apa yang kerajaan PAS telah buat.

Lagi persoalan yang bermain di fikiran, dengan pergolakan dalaman PAS hari ini, mampukah Datuk Hasan Ali dan Nasrudin Hasan mengembalikan PAS kepada ajaran Islam yang sebenar atau PAS sendiri akan dikuburkan oleh mereka yang tidak mahu melihat Islam hancur di tangan kafir.

Sudah ternyata dan terbukti yang PAS sebenarnya yang perlu ditumbangkan dan dijadikan sebagai persatuan kebajikan untuk kaum kafir sahaja.


Tuesday 25 October 2011

Bangsa Cina sudah banyak lupa..


Sumber : Nanyang Siangpau m/s A14 - 23 Oktober 2011 (Ahad)

Ke Manakah Arah Tuju Gerakan
Loh Hon Chew/ pengkritik semasa

Pada 5 September 2005 dalam rencana akhbar ruangan ketandusan, artikel Gerakan bertajuk “Ke mana arah panduan Gerakan” menyebut, Gerakan berslogankan sebagai parti untuk pelbagai kaum, itu adalah pegangan yang amat berat bagi mereka, kerana orang-orang Melayu tidak perlukan mereka sebagai mewakili orang-orang Melayu, kerana orang-orang Melayu ada UMNO ataupun Pas, orang Cina ada MCA dan DAP, orang-orang India pula ada MIC, sebab itu slogan mereka mahu menjadi wakil untuk pelbagai kaum, sebenarnya Gerakan tidak dapat mewakili mana-mana kaum, tidak ada satu kaum pun yang anggap Gerakan boleh mewakili mereka.

Hanya Tu Gan Huan (Terjemah Mandarin) Keluar BN

Selepas PRU 2008, saya sekali lagi menulis satu rencana, dalam rencana itu menyebut, selain daripada Gerakan laungkan slogan untuk pelbagai kaum, pemimpin-pemimpin Gerakan tidak langsung faham sikap orang-orang Cina yang boleh menggugat itu, menteri dari UMNO mahu hapuskan sejarah menenteng Jepun, sebaliknya Gerakan bertindak senyapkan diri, di satu perhimpunan pelajar Koh Tsu Koon bersama Hishamudin mangangkat dan menghunus keris. Tentang isu sekolah wasasan dan mata pelajaran menggunakan bahasa Inggeris mereka membelakangi masyarakat Cina, selepas itu baru berpatah balik.

Dalam beberapa artikel saya telah sentuh tentang sikap Koh Tsu Koon yang begitu lemah dan lembut, berkali-kali asyik beri muka kepada UMNO Pulau Pinang, ini menyebabkan perjalanan parti Gerakan semakin pudar, melangkah ke hadapan yang agak susah dan berat, laluan yang dihadapi oleh Gerakan amat getir.

Hari ini mereka laungkan mahukan perubahan, cara apa pula yang mereka mahu ubah, bentuk apa pula yang mereka mahu ubah, sedangkan mereka sendiri tidak boleh nak utarakan apa yang mereka mahu ubah.

Ketua wanita Gerakan Tan Lian Hua juga menuding Koh Tsu Koon lembik, menyebabkan parti berlaku kekeliruan, sepatutnya Koh letak jawatan, dan tidak sepatutnya bertanding pada PRU akan datang.

Walaupun serangan ini amat getir, namun Koh Tsu Koon tetap sebagai pengerusi Gerakan, masih berkuasa tentang kedudukan dan kerjaya Tan Lian Hua dalam politik, dengan itu Tan Lian Hua berpatah balik sejukkan keadaan, bersenyum-senyuman dengan Koh Tsu Koon, membersihkan suasana tegang itu.

Selepas PRU 2008 tamat, Tu Gan Huan dan Tan Lian Hua kemukakan keluar daripada BN, selepas itu Tan Lian Hua diberi jawatan Timbalan Menteri, tutup mulut tidak keluar BN, dia dapat jawatan dalam kabinet, akhirnya hanya Tu Gan Huan (terjemah Mandarin) yang bertindak keluar dari Gerakan.

Sebab itu ramai orang berkata, orang yang bijak melihat keadaan akan kekal dalam politik, orang-orang yang mahu tegakkan fakta biasanya akan kecundang dalam politik, Tan Lian Hua dan Tu Gan Huan adalah satu contoh yang nyata.

Masuk BN Seperti Terjerat Dalam Sangkar

Kelembutan sikap Koh Tsu Koon tidak pula kerana desakan Tan Lian Hua menjadi keras, dan tidak mungkin Koh Tsu Koon boleh jadi keras dan tegas.

Pada masa silam dahulu, Lim Chong Eu kerana tegas pendiriannya sehingga dapat menguasai kerajaan Pulau Pinang, itu kerana orang-orang Cina di Pulau Pinang amat sukai sikap Lim Chong Eu yang tegas semasa memimpin MCA itu, berani menentang Tunku Abdul Rahman, dia berani melawan arus mengumpulkan orang-orang Cina untuk menyokong parti Gerakan.

Sebaliknya pada masa itu Gerakan masuk BN, dengan itu sikap Lim Chong Eu beralih dan berubah menjadi kesederhanaan, tidak lagi jadikan UMNO sebagai musuh yang bertentangan, UMNO Pulau Pinang tidak berani usik kewibawaan Lim Chong Eu, tidak berani meminta yang bukan-bukan dari Lim Chong Eu.

Koh Tsu Koon Kehilangan Kubu Kuat

Masuk ke dalam BN seperti masuk ke dalam sangkar penjara, kerana kerusi negeri dan parlimen dikuasai dan diarah dari BN, tidak boleh bergerak secara bebas, termasuk penghormatan orang-orang Cina pada Lim Chong Eu tidak lagi seperti dahulu, kemajuan parti Gerakan seperti telah dihadkan oleh BN, tidak dapat melangkah keluar dari Pulau Pinang.

Selepas Lim Keng Yait menggantikan Lim Chong Eu, Lim Keng Yait hanya mengekalkan apa yang diturunkan oleh Lim Chong Eu sahaja.

Akhirnya sesiapa sahaja yang termasuk ke dalam sangkar penjara BN tidak dapat peluang untuk bergerak dengan bebas, dikatakan mereka dapat kekalkan apa yang ada di kawasan itu pun sudah cukup memadai. Tetapi dia telah tersilap langkah kerana tersilap memilih penggantinya.

Selepas Koh Tsu Koon ambil alih parti Gerakan, secara terang telah menunjukkan bahawa beliau bukan seorang pemimpin yang bijak untuk menguruskan parti, dan juga bukan orang yang bijak dalam pertahankan kedudukan parti, beliau tidak dapat melangkah keluar ke negeri-negeri lain untuk memperkukuhkan penguasaan parti Gerakan, di Pulau Pinang pula beliau tidak dapat pertahankan jawatan-jawatan kaum Cina dalam kerajaan, apabila beliau terima tekanan dari pihak UMNO, beliau terpaksa ubah organisasi Jabatan Air Pulau Pinang yang mengecewakan orang-orang Cina Pulau Pinang, UMNO Pulau Pinang di hadapan bekas Perdana Menteri Pak Lah memerli Koh Tsu Koon, Koh hanya gunakan kemahirannya yang bersikap berdiam diri, akhirnya pada PRU 2008 keseluruhan kubu Gerakan di Pulau Pinang terbungkas dan tersungkur.

Sekarang ini, pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan di Pulau Pinang sendiri tidak yakin mereka boleh rampas kembali kerajaan Pulau Pinang.

Jika perkara ini berterusan, ini bukan cara dan gaya Gerakan untuk terus bergerak ke hadapan, ini bersabit masalah berapa lama lagi parti Gerakan boleh bertahan.

Sunday 23 October 2011

REVISION : Seperti inikah yang kita mahukan???


p/s : Apa yang ada dalam fikiran anda??

'Handling Domestic Inquiry' - Aziz Bari (Orang Kena Tuduh), UIAM yang layak membuat keputusan

ANTARA PROSES PERUNDANGAN, DUNIA AKADEMIA DAN POLITIK


Persoalan kebebasan dunia akademia, perjuangan menuntut keadilan oleh mahasiswa dan campur tangan politik nampaknya berkumandang sekali lagi. Demonstrasi acap kali dilakukan selepas sembahyang Jumaat. 
Sebab utamanya sudah pasti untuk mendapatkan bilangan penonton yang ramai selain daripada bilangan penggerak sebenar demonstrasi tersebut. Kali ini, ia bertempat di Gombak, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 
Demonstrasi hari ini adalah bertujuan membantah penggantungan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang merupakan seorang pakar perundangan bidang Perlembagaan. Kisah penggantungan ini bermula selepas beliau menegur DYMM Sultan Selangor yang telah menyampaikan titah berkenaan isu murtad Damansara Utara Methodist Church(DUMC).  
Rentetan daripada isu tersebut, Professor Dr Abdul Aziz Bari dihantar surat tunjuk sebab, dimaklum bahawa beliau digantung sehingga 25hb Oktober untuk mendapatkan penjelasan bertulis beliau serta tidak dibenarkan masuk ke kampus universiti tanpa kebenaran Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim. 
Sebagai seorang pelajar undang-undang di universiti ini, ingin saya memaklumkan bahawa proses penggantungan Professor Dr Aziz Bari bukanlah suatu hukuman tetapi ia lebih kepada memberi masa kepada beliau membela diri dan menjawab tuduhan-tuduhan terhadap beliau. Barang kali atas sebab pentadbiran salah menggunakan istilah, sifat marah masyarakat terbina. 
Jika diteliti, proses penyiasatan memang secara lumrah kadang-kala menyebabkan seseorang pekerja digantung. Mereka akan dihalang bekerja supaya pekerja tersebut boleh menumpukan diri dalam membela diri beliau. 
Ia juga berfungsi untuk tidak menyalahkan pekerja tersebut jika tidak dapat menjalankan kerja beliau apabila sibuk mendapatkan bukti-bukti membela diri.  
Oleh itu sebagai masyarakat yang mempunyai nilai yang tinggi, kita sepatutnya menunggu penjelasan daripada Professor Dr Aziz Bari dan alasan sebarang keputusan pihak pentadbiran sebelum kita sendiri membuat keputusan muktamad. 
Walau bagaimanapun, seperti satu adat atau tradisi dalam isu-isu sebegini, maka mula pula proses tuduh-menuduh tanpa bukti bahawa ada tangan-tangan ghaib yang menekan pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah ini.  
Dalam kehangatan ini semua, maka lahirlah demonstrasi selepas solat Jumaat pada hari ini. Mahasiswa-mahasiswi diseru untuk bangkit memperjuangkan keadilan seorang guru yang menurunkan ilmu kepada sebilangan daripada mereka termasuklah saya. 
Aneh sekali dalam suara lantang pembahas kelompok mahasiswa tertentu ini mengecam pihak pentadbiran dan menyatakan penentangan kehadiran tangan-tangan ghaib dalam proses pentadbiran universiti, tidak jauh daripada mereka berdiri pula pemimpin-pemimpin parti politik yang tiada kaitan dengan universiti. 
Mereka tidak pernah pun menuntut di Taman Budi dan Ilmu ini. Hanya seorang saja daripada pemimpin parti tersebut yang hadir merupakan alumni universiti ini. 
Kehadiran mereka ini kemudiannya cuba dijustifikasikan. Terdapat pihak mengatakan bahawa individu-individu politik ini sebenarnya mengambil berat akan dunia akademik. Soalnya adakah mereka ini benar mengambil berat atau mahu mengambil kesempatan akan bilangan pelajar yang turun menyatakan pendirian mereka? 
Inilah projeksi imej yang dimahukan ahli-ahli politikus ini. Soalan yang muncul dibenak hati saya adalah, jika benar mereka mengambil berat tentang universiti mengapa mereka tidak boleh hormat akan sifat neutraliti dunia akademia yang tidak mahu kehadiran watak-watak politik yang tidak diundang?  
Rakan-rakan ahli politikus mereka yang lain yang pernah menuntut di universiti ini tidak menghadirkan diri kerana tahu bahawa dunia akademik tidak patut dicemari oleh tindakan politik, mereka pula tanpa malu melakukan sebaliknya.  
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tiada pensyarah-pensyarah berkaliber mahupun pemikir-pemikir matang di kalangan mahasiswa-mahasiswi? Ini hanya menunjukkan bahawa orang seperti ini langsung tidak hormat akan universiti yang akan menjadi 'alma mater' kami. 
Secara amalan di universiti, ahli politik sepatutnya hanya menghadirkan diri jika dijemput untuk memberi perspektif mereka agar ia boleh diselidik dan dipelajari oleh penuntut dan pensyarah. 
Ahli politik yang hadir pada demonstrasi ini walau bagaimanapun tidak dijemput dan pendapat mereka juga tidak diminta. Dalam isu ini, dunia akademik tidak mahu melihat sesuatu isu dari kaca mata sentimen tetapi kebenaran. 
Saya pasti ahli politikus yang hadir hari ini akan mengatakan bahawa lawan mereka tidak mengendahkan hal ehwal dunia akademik. Ini jelas mengambil kesempatan untuk kepentingan parti politik mereka. Sebagai tindak balas, lawan mereka pula akan masuk ke pentas universiti bagi setiap isu dan peluang yang ada.  
Kesemua ahli-ahli politikus berkejar-kejar masuk ke universiti. Akhirnya sebuah universiti yang menjadi gedung ilmu dan pembelajaran akan menjadi lagi satu ruang debat orang-orang ini. Tidak cukup dunia di luar kampus, di sini juga dikotorkan dengan fitnah, retorik dan sentimen. 
Sebagai rakan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain, saya seru marilah kita bersama-sama terus memikul tanggungjawab membina negara kita sama ada dari segi fizikal, rohaniah mahupun mental.  
Dalam sifat berkobar-kobar kita mahu menegakkan keadilan jangan pula kita dipermainkan untuk kepentingan tertentu. Mahasiswa -mahasiswi perlu terus berpendirian, melihat dan menyiasat sesuatu isu secara adil dan saksama. Maka dengan ini, barulah masyarakat tahu bahawa Malaysia masih mempunyai harapan cerah di masa hadapan.

           Akmal Saufi 
Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

p/s : GTP tertanya-tanya kenapa pula pembangkang ni yang lebih-lebih dalam isu berkaitan Aziz Bari. Undang-undang universiti pun nak dilanggarnya. 

GTP tertunggu-tunggu juga apa tindakan Aziz Bari seterusnya kerana ini lah masanya dia membela diri atau sekurang-kurangnya meminta maaf kepada Sultan Selangor. Jika tak, semakin ramai akan mengganggap dia pengkhianat negara walaupun bergelar professor.


Apalah sangat dengan tindakan Aziz Bari tu jika nak dibandingkan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri kan??

Siapa nak jawab tu??


Di atas merupakan catitan pelajar UIAM yang khuatir penglibatan setengah-tengah pihak yang berkepentingan politik di dalam dunia universiti. 


Saturday 22 October 2011

EZAM MOHD NOR : Saya cabar, saman saya!!!!

MELOYAKINI,ADA BERANI KER ???

RENUNG-RENUNGKAN


Senator Ezam Mohd Nor menegaskan dana awal penubuhan portal Malaysiakini adalah tajaan Open Society Institute (OSI) milik penyangak matawang Yahudi, George Soros. Menurutnya, ketika aktif sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN) yang kini Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau bersama-sama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Elizabeth Wong pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk melancarkan kempen membebaskan Anwar. Apabila sampai di AS, Wan Azizah, Azmin dan Elizabeth Wong telah menemui Soros untuk membincangkan soal dana, antaranya penajaan media alternatif di Malaysia iaitu Malaysiakini.

“Saya pergi, saya pergi... masa itu Wan Azizah ada, Azmin Ali ada. Elizabeth Wong (ada). Elizabert Wong lah, dia punya wakil George Soros di Malaysia. Sekarang dia (Elizabeth Wong) jadi exco Selangor. Ini kepala dia ejen (dia) saya tahu, sebab kita pergi New York, pergi Washington. Nak bagi bebas Anwar Ibrahim masa itu.Tapi bila sampai sana, ada pula mesyuarat dengan Soros. Saya tak pergi... hang pa pergi lah jumpa penyangak. Elizabeth Wong, boleh bawa Wan Azizah. Boleh bawa Azmin masuk bincang (dengan Soros) nak bagi fund (dana) antaranya ialah untuk bagi fund kepada Malaysiakini”, katanya ketika berceramah Majlis Penerangan Isu Semasa, di Danau Kota,Wangsa Maju pada 19 Oktober lalu.

Ezam berkata beliau bertanggungjawab di atas dakwaannya itu dan mencabar portal itu menyanggah atau menyamannya, jika tuduhannya tidak benar.

“Sebab itu kerja Malaysiakini bukan hari ini sahaja bukan (dalam kes) Aziz Bari sahaja Aziz Bari ini adalah perkakas dan alat terbaru Malaysiakini. Dari awal penubuhan Malaysiakini kerjanya, kerjanya adalah untuk merosakkan setiap institusi-institusi yang menjadi tunjang kepada negara ini. Dia (Malaysiakini) serang semua apa dia (yang diserangnya) ??? Raja dia serang. Perlembagaan dia serang. Pengasas negara dia serang. Institusi agama (dia serang). Institusi polis (dia serang).

“Dia serang satu demi satu kerana apa ??? Kerana dia mahu hancurkan negara”, katanya.

Sumber : Badut Rakyat

Tahniah Nasrudin Hj Hassan at-Tantawi

Mustafa Ali vs Nasrudin Hj Hassan at Tantawi 

"Apa salahnya jika kami menyertai Perhimpunan Sejuta Umat ini? Bukankah Perhimpunan ini bakal mengumpulkan seberapa ramai Umat Islam di Negara ini? 

Bukankah Himpunan ini bakal menyaksikan kekuatan dan kekebalan Islam? Kenapa setiapkali bercakap soal tindakan dan penganjuran yang membawa kepada kekuatan Islam dicantas pihak Pemimpin Atasan Pakatan? 


Tak kisahlah jika ada di kalangan Pemimpin UMNO atau Parti2 lawan yang lain sertai sekalipun, apa salahnya? Yang salah kita tetap kritik. Takkan yang membawa kebaikan kita harus maki juga? 

Ana lihat Gabungan Pakatan ini seolah2 semakin takut dengan sebarang tindakan perlaksanaan mahupun penganjuran program2 yang membawa kekuatan Islam. Apa yang ditakutkan sangat dengan DAP? 

Sebelum ini di Negeri ana di Kedah bila hendak melarang Pusat Hiburan beroperasi pada bulan Ramadhan, dilarang juga. DAP Kedah marah. La ni belum sempat DAP kritik Pemimpin PAS Mustafa Ali yang mewakili suara parti ini? 

Sepatutnya PAS yang ana sertai sejak sekian lama kerana membawa suara Islam bukan sahaja menyokong, malah turut berkempen bagi muhasabah diri dan mengembalikan kekuatan Islam yang semakin dipijak dan dipandang rendah beberapa buah Negara di Dunia. 

Perhimpunan ini bakal mempamerkan kekuatan Islam pada dunia luar, jika ada umat Islam yang melarangnya, maka hati dan jiwa mereka membantu golongan Yahudi yang sememangnya tidak suka aura kekuatan Islam dipertonjolkan. 

Jikalau benar sekalipun hendak berpolitik, janganlah 'berselimut dengan kain yang diperbuat daripada kulit babi.' Kalaulah takut sekalipun dengan DAP, jangan halang umat Islam untuk berkumpul membina kekuatan Agama suci Allah. 

Bukankah tindakan tersebut benar2 sinonim dengan pendekatan yang diamalkan Zionis Yahudi yang mendakwa Palestin sengaja mengumpul seberapa ramai Umat Islam tidak kira dari puak Hamas dan Fatah demi memperkuatkan Politik mereka?" 

Ini email yang Melayu CinDia perolehi dari wakil AJK Dewan Pemuda PAS Gombak yang malu, berang dan rasa terhina dengan larangan Mustafa Ali, seorang Pemimpin PAS yang menjadi jurucakap DAP bagi menghalang Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini yang bermatlamat mengumpul seberapa ramai Umat Islam di Malaysia bagi membina semula kekuatan Agama di samping memberi mesej jelas kepada Dunia bahawa Islam masih releven dijadikan Agama paling kukuh di peringkat nasional mahupun globalisasi.

Sumber : Gelombang Rakyat

Friday 21 October 2011

Hudud Pas Boleh Meliwat Isteri Buat Pembangkang Jadi “Histeria”

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin bukan sahaja tidak menjangka ucapannya di Parlimen hari ini akan menimbulkan isu besar, malah bersimpati dengan sahabat-sahabatnya di barisan kerusi pembangkang apabila menjadi ‘histeria’ dan boleh menyebabkan ‘kawan-kawan di Zoo Negara’ terkejut dengan tindak balas mereka semasa ucapannya petang tadi.
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila Datuk Zulkifli Nordin mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.
Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.
“Mereka (Pas) sering kali sebut yang kami nak laksanakan Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir Kelantan 1993, Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu). Jadi kita kena tunjukkan kepada rakyat, adakah ini Hudud yang dimaksudkan oleh Islam.
“Kebetulan, saya ada kedua-duanya, satu drafnya dan satu lagi yang telah diluluskan, yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu sendiri.
“Yang jelas di sini ialah Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu) yang diluluskan oleh DUN Terengganu ketika Pas memerintah Terengganu,” ujarnya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Antara contoh yang didedahkan Zulkifli bagi membuktikan ini bukan Hudud Islam sebaliknya ianya hudud Pas ialah di dalam seksyen 14, dia sebut jelas bagi tafsiran liwat, liwat adalah satu kesalahan merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain, ataupun antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang lain yang dilakukan di luar tabii (yang dilakukan melalui dubur).
“Liwat di dalam enekmen Hudud Pas ini, bermakna lelaki dengan lelaki main ikut belakang, lelaki dengan perempuan ikut belakang. Itu dianggap liwat kecuali melalui dubur isterinya.
“Bermakna kalau dia main dubur isterinya, tak dianggap liwat. Jadi saya kata, ini Islam ke? Takkan liwat isteri, tak dianggap hudud kerana prinsip liwat ialah main ikut belakang. Ini perkara yang mereka simpan cukup lama, mereka takut ianya akan dibongkar,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, apa yang hendak dibangkit dan didedahkan beliau hari ini ialah soal agama ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dijadikan bahan politik murahan hanya untuk meraih undi. Ini yang berlaku hari ini.
“Antara yang saya sebut, dahulu nakkan Negara Islam, hari ini Negara Islam dah tak jumpa dalam Al-Quran. Saya baca ucapan Presiden Pas sendiri, dahulu dan sekarang nak menunjukkan ada perubahan.
“Jika kita nak bercakap soal hudud, qisas dan takzir mesti dilaksanakan dalam konteks Negara, kena ada Negara baru boleh melaksanakan undang-undangnya.
“Jadi bagaimana Pas nak menjadi juara tentang hudud sedangkan dalam masa yang sama, mereka telah meninggalkan perjuangan Negara Islam. Keduanya, bagaimana Pas nak jadi juara dalam hudud, qisas dan takzir sedangkan dia berketuakan seorang yang berfahaman pluralisma.
“Pluralism telah disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kalau baca pendapat mana-mana ulama pun, semua berpendapat ianya satu fahaman yang sesat,” ujarnya yang juga bekas Peguam Bela Anwar Ibrahim.
Dalam konteks tersebut, bagaimana Pas nak menjadi juara Hudud? Inilah yang digambarkan sebagai mainan politik semata-mata termasuk hudud yang Pas nak laksanakan.
Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.
“Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud Pas. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi,” katanya.
Menurut Zulkifli keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu. :-
(MediaUMNO)

REVISION : Mana pergi askar maya pembangkang nih?? 2008 bukan main dia.. dah pencen ker??



Wahhh, senyum abang-abang nih.. gembira yer?? Salam perkenalan..

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ketua Penerangan, Ketua IT dan Penggerak Media Baru serta jawatankuasa berkenaan dijemput menyertai Persidangan ICT dan Media Baru (PIMB2011) pada 22 Oktober ini di Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar.

Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan perasmian dan penutup program itu.

Pengarah Media Baru Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadli Shaari yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan mengesahkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menyampaikan amanat dan bertemu dengan pimpinan PAS yang menjadi penggerak Media Baru di semua peringkat.

Persidangan bertemakan “Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU-13” melibatkan tiga pembentangan kertas kerja berkaitan dengan ICT dan Media Baru iaitu Dr Muhammad Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Ismail Salleh, Exco Kerajaan Kedah dan Datuk Kamaruddin Jaafar, Pengarah Urusan Harakah dengan ucaptama oleh Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin.

Paling menarik adalah diskusi yang melibatkan tokoh akademik dalam bidang komunikasi dan media, Prof Dr. Azmuddin Ibrahim bersama penggiat media, Ahmad Lutfi Othman dan blogger Cina Islam, Drs Khalil Idham Lim sebagai moderator.

Dijangkakan kurang lebih 1,000 orang penggerak ICT dan Media Baru PAS akan berkumpul di Taman Melewar untuk membincangkan persiapan berhadapan dengan cybertrooper Umno bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ini.

p/s : GTP di maklumkan ini antara sebab muktakhir kenapa pemuda PAS dilarang menyertai HIMPUN esok di Stadium Shah Alam, Selangor.

Pembangkang dah mulai 'SERUN' - Seram dan Gerun untuk menghadapi cyber troopers dari Barisan Nasional. Buat jer lagi kerja fitnah ko yang tak kunjung habis tu.. hehe..Dah sedar kan??? dah terkedu kannnn?? 

Jadilah pembangkang yang berkualiti.. bukan pembangkang yang tunduk kepada kuasa DAPig.. Masih tak sedar lagi tuh.

Buat deklarasi Hudud ada banyak faedah nya Pok Nik oiiiiiiii.. 

Thursday 20 October 2011

Peserta BERSIH 2.0 kata, HIMPUN di dokong oleh pihak berkepentingan politik.. Astagfirullah 'hal azim, bawak mengucap umat Islam



Gerbang Tempur Puteri tertarik dengan hasil tulisan dari pendakwah mualaf yang di sifatkan sebagai mengormati bangsa majoriti di Malaysia ini.

Biarpun beliau berbangsa Cina, tetapi apabila menyentuh tentang agama Islam, beliau lah yang lebih kehadapan. Sepatutnya, perasaan malu ini perlu ada dalam diri Melayu Islam yang suka sangat bertelagah. 

10 orang Nik Aziz, 100 orang Hadi Awang mahupun sejuta Mohd Sabu sekali pun tidak sekali terfikir untuk bersetuju terlibat di dalam perhimpunan seumpama ini melainkan perhimpunan yang mempunyai agenda tersendiri umpama BERSIH 2.0.

Biarpun 99.9% bukti menyatakan Anwar Ibrahim juga tidak bersetuju dengan HIMPUN dengan mandat mewakili PAKATAN HARAM malah perlu pula menghormati rakan sekutu yang lain. Kerat dua sekali pun badan Karpal Singh, siapa sekutu PAKATAN HARAM berani melawan?

Akhirnya, jemputan berjemaah bagi mengimarahkan syiar Islam pun di salah tafsir. Masya Allah.

Bekas peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 sepatutnya menyedari bahawa HIMPUN tidak sekali akan melahirkan seorang Suhardi Isa. Namun, tidak mustahil akan munculnya Khalifah Abdul Aziz seperti yang impikan oleh Lim Guan Eng, bukan?

Oleh yang demikian, berilah masa untuk Tan Sri, Dato' Seri, Dato', Datin, Tuan/Puan, para ilmuan berkongsi rasa tulisan mualaf yang dimaksudkan sebentar tadi.

Sila baca dengan hati yang redha..



Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah. Percubaan untuk menghimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT. 

Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan. 

Perhimpunan yang bertemakan “Selamatkan Akidah”, secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka. Saya difahamkan bahawa sekretariat HIMPUN telah berjumpa dengan beberapa orang mufti untuk memohon restu. Para mufti bersepakat bahawa keperluan persoalan aqidah perlu ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

Kita sebagai umat Islam mesti memberikan sokongan padu ke atas niat murni ini, jika kita benar-benar sayangkan agama Islam dan negara tercinta, yang berasaskan sistem kenegeraan Melayu. Jangan biarlah negara ini menjadi Singapura yang kedua. Begitu juga dengan Pulau Pinang. Ia mesti dipertahankan sehingga titisan darah yang terakhir. Jika tidak, kita akan menyesal dan dikutuk oleh generasi akan datang kerana gagal mempertahankan kalimah yang mulia ini. 

Tujuan HIMPUN amat murni untuk mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam. 

Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan. Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.

Namun, sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun sebelum nasi menjadi bubur. 

Menurut statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang. Menurut Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan. Gerakan memurtadkan umat Islam telah lama berlaku. Apa yang penting bukannya angka, tetapi percubaan dan keberanian mencabar kedaulatan agama Islam. Kita tahu, tetapi buat-buat tidak tahu. 

Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.

Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan plan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda, adalah gereja terbesar di Asia. Itupun mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka amat minoriti. Apakah kita masih buta? Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukuplah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar sebagai sebagai Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat raja-raja Melayu itu? 


Sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu. Antara intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa. 

Dengan mengambil contoh bagaimana warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, para akademia dan pelbagai organisasi, telah bersatu suara dan tindakan, atas nama mempertahankan maruah dalam isu novel Interlok yang dianggap menghina kaum mereka. Hasil kesatuan ini, tuntutan mereka berjaya membuahkan hasil dan semangat bersatu padu inilah yang wajar dijadikan iktibar. Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama menjadi ‘hak eksklusif’ kepada umat Islam.

Menurut Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.

Ingatlah wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya survival parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri. Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan mem¬bina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti. 

Menurut Pahrol Juoi, parti yang kuat tidak menjamin bangsa yang kuat, kerana perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara, tidak boleh berhenti walau apa pun masalah yang melanda parti. Ambillah iktibar dengan apa yang telah berlaku di sekeliling kita kerana Allah SWT mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa yang berlaku. 
Misalnya, Parti Kongres boleh ditinggalkan apabila rakyat India melihat Kongres hilang upaya oleh masalah dalamannya. Parti Kao¬mintang yang begitu berjasa, ditinggalkan oleh rakyat Taiwan apabila dilihat kurang demokratik terhadap pandangan generasi baru negara. Begitu juga Golkar di Indonesia, Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun dan di mana-mana jua. Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat. 

Di sinilah terletaknya ke¬matangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerja¬sama dengan mana-mana pihak, sama ada pihak NGO, parti politik (kerajaan atau pembangkang), organisasi kor¬porat dan sebagainya tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Yang penting matlamat tercapai, survival bangsa terjamin. Apabila mereka menjadi kuat, amat sukar untuk tergugat dan digugat. Akibatnya, kita terpaksa tunduk disebabkan oleh kekuatan mereka. 

Titah Raja Nazrin agar Majlis Agama Islam di bawah payung naungan Raja-Raja Melayu berada di barisan hadapan bagi memenuhi peranan kritikal ini perlu dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Begitu juga titah Sultan Selangor yang mahukan peneraju dan kakitangan penguatkuasaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya jangan terus bersikap “mengalah” atau apologetik ketika berhadapan dengan sebarang percubaan untuk melunturkan akidah orang Islam. 

Bukan Islam sengaja mahu mencabar Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 dipayungi oleh Fasal (1) dan (4) Perkara 11 perlembagaan persekutuan tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada umat Islam. Sesungguhnya, tiada kompromi dalam soal akidah. 

Pun begitu langkah preventif pada masa sama mesti diambil. Umat Islam tidak boleh terlalu dilekakan dengan hiburan. Akidah mereka mesti diperkemaskan dan diperhebatkan. Baru-baru ini saya menghadiri taklimat sebuah pertubuhan HIV/AIDS. Nampaknya, kita terlalu tunduk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sehingga soal istilah pun kita masih mengalah. Misalnya, istilah pelacur tidak boleh digunakan tetapi digantikan dengan pekerja seks. Seks selamat menggantikan istilah seks bebas atau seks luar nikah. Apa erti semuanya ini? Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita. 

Ayuhlah, tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi. Selamatkan akidah umat Islam!

Utusan Malaysia 17 Oktober 2011
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahan
an Nasional Malaysia