Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak - GT-Puteri

Salam buat semua , sempena hari baik dan bulan yang mulia ini GT Puteri ingin mengucapkan selamat menyambut Ramdhan Al Mubarak dan mendoakan agar seluruh umat Islam dapat menjalankan amal ibadah dengan sempurna dan amalan kita akan diterima oleh Allah SWT.

Malam ini, seluruh umat Islam akan beramai ramai ke masjid untuk menunaikan solat tarawih, Semoga kita akan dapat menafaat sebaiknya Fadilah tarawih Salam dan Doa  daripada :

Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato' Rosnah Rashid  Shirlin
Naib Ketua Puteri UMNO : Shahanim Mohd Yusof
GT_Puteri :YB Nolee Ashilin : MAS Ermieyati Shamsuddin : DG Maimunah  dan seluruh krew Gt-Puteri.

Thursday, 28 July 2011

Salam Buat Wardina - You tak sokong PKR ya !!ooo Ok . Hubby You ??

Salam Wardina,
Harap ada peminat you yang akan foward ini kepada you lagi. Jika you anggap Puteri hanya buat kerja amal bantu sana bantu sini sahaja mungkin you salah. Puteri juga sudah berada seiring untuk membantu Perdana Menteri memperbetulkan persepsi rakyat yang sudah jauh lari dari erti kata sebenar. Yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang. Sepatutnya di lakukan oleh Cik Puan di Slot TV3.

Macam ada juga artis sekarang yang kecewa lakukan. Sedangkan mencari rezeki di pentas yang menyokong kerajaan.Sebenarnya kami tidak menghina , kami sayang cik puan yang cantik manis ini cuma kami mahu kejutkan cik puan sikit.Kami juga tidak ikut rentak pemuda mereka lebih hebat kerana telah lama dalam line ini.


Alhamdulillah bila tenguk SMS yang mengatakan Wardina ini sebenarnya sokong kerajaan , Eeeee Geramnya.Apa apa pun sendiri fikirlah....!!!! Wardina  understood lah kalau ada si Comel dalam program PKR , tentu lah you boleh harap orang kuat PKR datang. Ha kalau Anwar datang ....adeh.......Tentu tentu dah u boleh bertanding kat Lembah Pantai ganti  Nurul Ezzah.
sms ke apa ini saya petik dari blog
http://apakata.blogspot.com/

Sistem Biometrik VS Dakwat Kekal

Pembangkang berkeras menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan proses pengundian akan menjadi lebih telus menerusi perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tetap dengan pendirian menuntut SPR menggunakan dakwat kekal sambil mendakwa, sistem biometrik tidak praktikal kerana masih baru diguna di Malaysia dan dibimbangi banyak kecacatan.

Gila isim sudah puak-puak pembangkang nih. Macam ni lah bila otak dah kuning dah tak tau membezakan antara baik dan buruk.


Ini dakwaan pembangkang;

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata sistem biometrik memerlukan masa selain kos mencecah RM3 juta untuk diselenggara berbanding dakwat kekal yang lebih praktikal dan murah. 

“Sistem biometrik tidak praktikal kerana ia rumit. SPR perlu betul-betul bersiap sedia mengendalikannya kerana memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi banyak. Kita khuatir SPR tidak akan dapat mengendalikannya dengan baik. Lebih baik gunakan dakwat kekal kerana murah dan praktikal bagi mengelak penipuan,” katanya. 

Mengaku jerlah sudah kalah maaaa.., kenapa mau takut dengan teknologi terkini??

Ini jawapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.
"Pas jangan terlalu terburu-buru membuat penolakan sebaliknya memberi peluang kepada SPR untuk mengemukakan cadangan mereka dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pihak terbabit sebelum sistem itu betul-betul dilaksanakan.
Dia punya cara pemikiran itu terlalu ortodoks. Cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan hendak mengelakkan pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini.

10 Budak Hitam di Tangkap boleh digelar Pengkhianat Negara



Melihat adengan ini, mengingatkan kita kepada perbuatan cubaan membunuh 'Benazir Bhutto', bekas Perdana Menteri Pakistan (1993-1996) yang terbunuh Disember 2007 oleh pengebom berani mati dan pelbagai siri pembunuhan lagi.

Adakah mungkin perkara ini boleh berlaku di suasana politik Malaysia hari ini setelah melihat siri kekacauan puak pembangkang kepada kerajaan melalui 'reformasi' jalanan yang ditaja oleh S. Ambiga? Apa pun, faktor keselamatan perlu dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan pemimpin nombor 1 negara.

Tak sudah-sudah nak buat kacau cara PKR, hari ini di KL Sentral sekumpulan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu bertindak luar batasan bila cuba menyerbu ke arah Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak dan rombongannya.

Saat-saat genting yang berlaku ke atas Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di KL Sentral hari ini amat mengejutkan apabila di serang oleh 10 orang berpakaian kuning sambil melaungkan 'reformasi' dan 'hidup rakyat' yang dikatakan mahu menghantar memorandum kepada beliau. Kesepuluh-puluh mereka di bawa ke balai polis Jalan Travel untuk di ambil keterangan.

Semoga perkara ini tidak akan berulang di masa akan datang. Tindakan dan kedegilan S. Ambiga dan Anwar Ibrahim melampaui batas kemanusiaan dan mengancam faktor keselamatan negara.

"Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tentang maklumat mengatakan sekumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau," katanya dalam satu kenyataan.


Tuesday, 26 July 2011

Tidur Sebantal, Hati Lain-Lain

Sakit Tengkuk Tipu, Cakap pun Merapu


Kebajikan PDRM yang diakui oleh Abd Hadi Awang

Apa nak jadi dengan 'Pakatan Roket' (PR)? Bila sekali dah menipu, berjuta kali kau menipu juga.

Anwar Ibrahim kena 'uji suara' sebelum mengata sesuatu yang tak pasti. Ni lah padahnya apabila terlalu bijak berkata-kata akhirnya ibarat pepatah; 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa diri'

Tahniah Anwar Ibrahim!!!! Gelaran 'Mulut Longkang' sangat sesuai!!!!

Sunday, 24 July 2011

Pelakon Pembantu Terbaik, Bonzar Anuar Ibrahim di tumbuk oleh mereka sendiri

Episod Penipuan Bonzar Pribadi Pula

 
Mata Lebam Anuar Ibrahim saling tak tumpah seperti bonzar pribadi Fayed

Saksikan satu lagi penipuan oleh puak-puak pembangkang bagi mengaburi mata rakyat.

Kali ini Fayed, pembantu pribadi Anuar Ibrahim yang ternyata setia dengan khidmatnya sanggup di kambing hitamkan bagi melakukan adengan 'serupa kisah benar' tetapi ternyata ianya satu 'konspirasi pembohongan' yang nyata!!!!

Teringat pula ketika Anuar Ibrahim yang satu ketika dahulu kecoh dengan isu mata lebamnya di tumbuk?? Siapa yang menumbuk dia?? Hanya dia yang mampu menjawab soalan itu.

Serupa juga dengan kes Fayed yang amat kasihan ini. Akibat dari mengikut telunjuk boss, akhirnya seperti dia ditumbuk dan di pukul oleh gang mereka sendiri. (Memang dia ditumbuk dan dipukul pun oleh kumpulan mereka sendiri)

Sangat pelik dan pintar tetapi satu pembohongan, mereka kata tidak mempercayai PDRM, tetapi mereka membuat aduan kepada PDRM pula.. Betul ke caranya??

Mari kita bongkar!! Walau pun umum sudah tau penipuan dan pembohongan bersiri mereka, bongkar tetap bongkar!!!

Di harapkan PDRM membuat siasatan ke atas siaran YOU TUBE ini.

A. Samad Said si Lebai Malang


Apa yang menyebabkan Pak Samad menyokong Pakatan Rakyat???

Ramai orang tertanya-tanya apa kaitan penglibatan beliau dengan rangkaian pertubuhan haram iniyang jelas bermotifkan politik pembangkang, sedangkan beliau sebelum ini dilihat sebagai neutral dalam sebarang isu. 

Adakah kerana beliau tertipu dan terpedaya dengan helah pembangkang sehingga turut sama menyertai BERSIH atau ada niat lain yang beliau cuba sembunyikan? Dalam dunia sastera Malaysia, tiada penulis yang tak kenal perangai A. Samad Said ini. 

Beliau sebelum ini banyak 'kondem' Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dengan pelbagai tuduhan hanya atas alasan DBP (kerajaan) tidak memberi layanan istimewa kepada beliau. Beliau mahu dibayar mahal dalam setiap acara yang melibatkan beliau, mahu disediakan segala kemudahan yang berkaitan seperti pengangkutan udara kelas bisnes, hotel bertaraf bintang serta kenderaan berserta pemandu. 

Itu tak termasuk permohonannya untuk mendapatkan kemudahan istimewa dalam aspek penerbitan karya-karyanya.Namun beliau masih lagi protes dengan alasan kerajaan tak jaga kebajikan beliau yang bertaraf Sasterawan Negara. 

Untuk makluman kita semua, sebelum ini Pak Samad ada buat permohonan dengan kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Ali Rustam untuk membantu beliau menerbitan karya-karyanya atas kapasiti beliau sebagai penulis berstatus Sasterawan Negara kelahiran Melaka. 

Permohonan itu dah diluluskan dengan nilai jutaan ringgit melalui satu MOU timbal balik, iaitu Kerajaan Melaka beri duit untuk beliau terbitkan buku dan buku itu kemudiannya akan diberikan kepada kerajaan Melaka dalam jumlah tertentu.                                                        

Katanya wang bernilai RM3 juta telah diserahkan kepada Pak Samad untuk tujuan itu. Pak Samad kemudiannya telah menubuhkan syarikatnya sendiri, Wira Bukit Sdn. Bhd. yang diuruskan oleh anaklelakinya, Helmy Samad. Namun projek ini dikatakan gagal mencapai matlamat untuk menerbitkan semua karya-karya beliau tetapi duit yang diperuntukkan telah habis digunakan. 

Pak Samad dikatakan minta lagi daripada kerajaan Melaka tetapi telah ditolak kerana peringkat pertama pun telah gagal dilaksanakan sedangkan duit dah habis dibelanjakan. Ini telah menimbulkan kemarahan Pak Samad.    

Kemudian penerbit PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim telah mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.   

Adakah penglibatan Pak Samad dalam BERSIH kerana marahkan kerajaan kerana mendakwa tidak memenuhi permintaan-permintaan beliau yang berlebihan itu? Atau adakah Pak Samad telahterhutang budi dengan Ainon Mohd yang telah memberikan 'nyawa' semula kepada beliau dalam projek penerbitan buku-bukunya?    


Mat Sabu Kantoi Terhebat

Filem Wajib Tonton


Surah Al Israa' [17] : 61-62

Allah berfirman (dituju kepada iblis (rujuk ayat 61-62)): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata."

Secara umumnya dapatlah kita ketahui berdasarkan ayat Al-Quran di atas bahawa iblis dan syaitan itu adalah dari golongan jin. Tipu daya iblis itu berbagai-bagai dan dikerahkan penyokong-penyokongnya untuk menyesatkan umat manusia keseluruhannya tanpa mengira keturunan, pangkat, bangsa apatah lagi agama, kerana memang itulah tujuan iblis yang menginginkan kesesatan seluruh manusia.

Di dalam hidup yang penuh cubaan dan dugaan, kita jangan sesekali memulakan penipuan dan fitnah. Apabila ianya sudah dilakukan dari mula, payah untuk si penipu dan si tukang fitnah berpatah balik dan akhirnya menjerat diri.

BERTAUBATLAH MAT SABU!!!!!! UDAH-UDAHLAH TU MENIPU..

Tuesday, 19 July 2011

NIZAR BAHALOL PAKAI SALAH BAJU SALAH TEMPAT- BUAT MALU PAS AJA

MALU LAH , X ADA SAPA PAKAI BAJU BERSIH KLAT KUBUR
PATUT NIZAR BERARAK DENGAN GAY NI.
Alhamdulillah , selamat sudah pengebumian Ahli Parlimen Titiwangsa Allahyarhamah Dr Lo'Lo' yang berlangsung dia suasana yang damai dan tenang yang di hadiri oleh rakan taulan dan sahabat . Suasana yang sungguh  murung dan kesedihan dapat dirasakan oleh semua orang baik penyokong mahu pun bukan penyokong parti pembangkang PAS.

Cuma ada yang kesal apabila  belas Menteri Besar  Perak yang cuba mahu membakar suasana yang  harmoni dengan pakaian baju BERSIH nya yang mungkin tidak juga disukai oleh ramai penyokong PAS yang mahu mengekalkan keadaan harmoni yang berlangsung itu.

Kelihatan juga  Sharizat Jalil yang turut menziarahi Allahyarhamah di saat terakhir jenazah mahu disemadikan.

Yang paling terharu adalah apabila kematian  Dr Lo'Lo' Jadi bahan mainan twitter dan juga blog, walaupun rata rata   FB  dan juga blog Pro UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga  Allahyarhamah tetapi banyak yang keliru apabila  Anwar Ibrahim dan Che Gu Badrul mengumumkan kepulangan  Allahyarhamah pada jam 3 petang . Di mana Allahyaramah hanya kembali ke Rahmatullah pada jam 10 lebih malam berkenaan.

Macam tak sabar sahaja mereka mahu mengucapkan takziah,  BACA SINI JUGA

Drama King Terhebat

Saya Suka Lagu


Kasihannya dia... 
Tang mana yang sakit sangat tu En Anwar Ibrahim

Amacam??? Tak sakit ke anak tekak tu memfitnah??
Susahlah pelakon Malaysia nak carik makan sekarang nih..
Sian.. Sian.. Sian...

Tu dia.. bapak punya penipu, pembohong, kaki kencing!!!

Rakan Kencing yang dulu mengelar Anwar Ibrahim al-Juburi 
sekarang pun dah pandai berlakon juga..
Yerlah.. Hmmmmmm..

Sebelum ajal tiruan memanggil-manggil
Hebatlah kau Suhardi Mohd
Mengalahkan pelawak tersohor Malaysia!!!


Monday, 18 July 2011

Nak tutup tempat hiburan masa Ramadan pun takut dengan DAP macam mana nak buat HUDUD ?????

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP dan nampak sangat  PAS kini begitu mudah untuk DAP jinakkan, PAS boleh pula berkompromasi hukum hukum tuhan dengan DAP dan nampaknya  DAP lebih bijak dari DAP dalam memimpin secara Islam.

PAS yang sering mendesak akan sesuatu implimentasi mengenai hukum dan larangan Islam sewaktu zaman  kerajaan BN dahulu kini lebih memikirkan  akan keadaan negara majmuk sedangkan dahulu mereka langsung tidak memikirkan tentang negeri  ini yang di damai oleh rakyat yang berbilang bangsa.

Amat memalukan apabila menteri besar PAS , mahu  membuat perubahan dan mahu memerintah ala ala kerajaan islam PAS tetapi  terpaksa menarik balik arahan nya kerana di tentang oleh DAP. Ini semua adalah sebab mahu menjaga  hati pengundi Cina dan kini  pengundi Cina tidak takut  lagi dengan PAS kerana mereka tahu PAS adalah parti kuda kayu yang ditunggang oleh DAP.

Namun Haji Hadi tetap mahu menyembunyikan kelemahan nya dengan mengatakan bahawa “Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh di selesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini."

Haji Hadi mungkin lupa tentang isu arak dan judi yang  mana ianya  adalah hak orang bukan Islam di Malaysia tetapi ditentang oleh PAS. Mereka juga lupa  bila mereka menentang hub  hub kawasan hiburan untuk bukan Islam yang ditentang oleh PAS.

Haji Hadi enggan mahu mengakui bahawa Karpal sememangnya  menentang apa juga hukum hukum yang berkait dengan Islam yang mahu di laksanakan oleh PAS. Kalau mahu tutup tempat hiburan pada bulan puasa pun tak boleh, macam mana nak laksanakan Hudud.

Sunday, 17 July 2011

Bila Akal di Pakai untuk Menipu


Astagfirullah hal azim.. Inilah manusia-manusia yang sebenarnya menolak Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Rakyat Malaysia tidak lagi berputih mata melihat revolusi yang tidak punya nilai-nilai tamadun yang tinggi. Kita bukan negara Syiria, Mesir atau Turkistan.

Pemimpin kita tidak zalim, bukan tiada hak bersuara. Kita tidak ada pemimpin kuku besi yang tidak memberi kebebasan bersuara. Bersuaralah di parlimen dan menuntut hak-hak itu. Susah sangat ke?

Pembangkang harbi yang tiada modal dan sanggup menjual maruah bangsa!!

Chegu Bard Kaki Kencing


Ini satu lawak pembohongan daripada Chegu Bard.. kihkihkih..

Hai.. hidup tu nak menipu aja!!!!!!!! Ni baru betul PHD. Pendidikan Sandiwara Semasa. Alamatnya takleh carik makan lah 'Production House' yang ada dalam Malaysia nih.

Handal sangatlah dia ni bertanya sendiri nama OCPD tu dan OCPD tu buleh plak jadi OCPD macam setakat belajar darjah enam. Tak logik akal lah wehhhhhh..

Udah-udahlah Chegu Bard Bedul weh.. Tak payahlah nak bersandiwara.. Dah macam taiko taik kucing jer nampaknya..

Polis Di Raja Malaysia diharapkan dapat menyiasat kesahihan video ini kerana 'pihak berkepentingan' telah membuat fitnah kepada PDRM itu sendiri. Kecekapan PDRM menyelesaikan isu ini sangat dialu-alukan.

Hanipa nak langgan pelacur tapi pelacur cuti - katanya.

NONE
Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.

"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.

"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.

Boleh percaya ke? Hanipa hanya  bersimbang dengan orang yang terlibat dengan rumah pelacuran. Buat apa bersimbang dengan orang yang terlibat dengan rumah pelacuran. Minat dia rokomen yang baik kot.....

Orang PAS ini sebenarnya banyak yang guna khidmat pelacur yang berkeliaran dibelakang pejabat mereka. Bukan baik pun diorang ini , cakap tak serupa bikin , nafus buas macam syaitan,

Bagai Gunting Dalam Lipatan - itulah DAP!!!!!



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata terserah kepada kebijaksanaan pimpinan kerajaan negeri Kedah dalam menangani pertikaian dengan DAP berhubung larangan operasi 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.
"Pandangan saya, kita serah kepada  Kedah untuk mereka menanganinya dengan penuh bijaksana. Mereka pandai perintah negeri, mereka boleh berunding.
"Di sana ada peraturan bagi Islam sahaja, ada hak bagi bukan Islam dan di sana, ada hak bersama. Mereka nilai sendirilah bagi melaksanakan konsep ini," katanya kepada wartawan di Kuala Terengganu Sabtu
Sementara itu Presiden PAS itu mengulangi kenyataannya bahawa beliau mendapat layanan baik dari pihak polis semasa ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.
Katanya, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada yang lain kerana beliau berseorangan semasa ditahan dan dibawa dengan lori ke balai polis Jinjang.
"Saya dilayan dengan baik, ada juga (polis) yang datang bersalam dengan saya. Konsepnya kita (PAS) tak bermusuh dengan polis, kita nak lawan Barisan Nasional (BN).
"Saya tak tahu mengenai yang lain kerana saya keseorangan pada masa tu (ditangkap), yang lain saya tak tahu," katanya.
Hadi diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa Presiden PAS itu dikasari polis ketika ditahan kerana menyertai perhimpunan itu.
Hadi berkata tidak semua polis menunjukkan kekasaran pada hari berkenaan, malah ada yang berlembut dengan tahanan termasuk beliau.
"Kita tak boleh kata semua baik, gas pemedih mata tak baik sebab buat kita sesak nafas. Naik lori tak baiklah, panjat atas lori tapi apa yang saya nak sebut ada yang tunjuk kekasaran, ada juga yang tunjuk sifat lembut," katanya.
Katanya, PAS juga akan menyokong sekiranya perhimpunan Bersih diadakan lagi.

Friday, 15 July 2011

Salah PM ke Pak Samad Tak berharta ???

A Samad Said nama BESAR dalam dunia kesusastrawanan negara kini menjadi satu nama besar pula dala Himpunan BERSIH. Berkisar dari tidk puas hati beliau dalam usia bonus kerana  menyedari bahawa sebagai seorang Satrawan Negara  beliau tidak seharusnya hidup dalam keadaan beliau yang tidak berharta.

Salah siapa Pak Samad jika Pak Samad tidak berharta dalam usia yang tinggal usia bonus ini. Apakah ini salah negara dan salah Najib Perdana Menteri Malaysia.

Kenapa baru sekarang Pak Samad menyedari bahawa Pak Samad tidak mempunyai harta? bukankah Pak Samad seharusnya sedar sewaktu Pak Samad masih muda dan masih boleh beriktiar mencari harta. Apa juga tanggapan Pak Samad mengenai diri Pak Samad yang meresakan bahawa Pak Samad tidak sepatutnya  tidak berharta  perlu Pak Samad fikirkan sendiri. Salah siapakah Pak Samad? 

Melihat diri Pak Sendiri tentu sesiapa juga dapat membaca bahawa Pak Samad tidak boleh menguruskan diri sendiri . Pak Samad sendiri tidak sebersih yang Pak Samad cuba tuntut hari ini , BERSIH. Apa yang Pak Samad sebenarnya mahukan selain dari anugerah sastrawan negara dari kerajaan?.Wang dan Ringgit ?

Hari ini Pak Samad dengan celuparnya mengatakan Perdana Menteri adalah seorang yang zalim. Kenapa Pak Samad ada kah rakyat yang mati kebulur? kalau setakat pihak polis menjaga kenteraman awam dan Pak Samad mahu katakan Perdana Menteri itu zalim , sukarlah rakyat yang waras menerimanya.

Begitulah jika sudah benci semuanya tidak baik belaka.


Thursday, 14 July 2011

Lim Guan Eng minta maaf kepada Melayu Pulau Pinang?

Lim Guan Eng meminta kerajaan Malaysia memohon maaf kepada pihak hospital Tung Shin kerana Polis  dikatakan telah menembak pemedih mata ke arah hopital Tong Shin. Kenyatan ini dipetik dari laporan portal Malaysian   Insider .lihat sini.

 Ketua Polis Negara  (Tan Sri Ismail Omar), menteri kesihatan  (Datuk Seri Liow Tiong Lai) Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) perlu memohon maaf kepada pihak hospital kerana melindungi perbuatan pihak polis kata beliau.

Seharusnya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Tung Shin dan juga rakyat Malaysia kerana telah mencetuskan huru hara sehingga berlaku kekecohan dihadapan hospital berkenaan. Ambiga , Anwar Ibrahim patut dipersalahkan kerana mencetuskan fonemena yang huru hara dan menggangu ketenteraman awam.

Lim Guan Eng tidak perlu mengaut keuntungan dari isu ini untuk menyalahkan pihak Polis yang menjalankan tugasan mereka tetapi tidak pernah mahu menyalahkan punca kejadian yang dicetuskan oleh Parti pembangkang. 
DAP , PKR dan PAS perlu bertanggungjawab apa yang terjadi sekiranya Lim Guan Eng mengatakan ada berlakunya tembakkan gas pemedih mata di kawasan Hospital berkenaan. Mereka seharusnya minta maaf kepada hospital Tung Shin.

Lim Guan Eng jangan lupa minta maaf dari orang Melayu Pulau Pinang atas perbuatan nya menzalimi orang orang Melayu Pulau Pinang.

Wednesday, 13 July 2011

Soal siasat bersama peserta himpunan BERSIH WANITA

Maaf salah gambar, padan lah hodoh dan kotor aja pompuan ini , rupa rupanya salah gambar.
DI BALAI POLIS : SOAL SIASAT SEORANG PELAJAR IPTA PEREMPUAN YANG DI TAHAN KELMARIN ...

polis : pelajar tahun berapa, bidang apa, dimana ?
... pelajar : tahun 2, usuluddin, UIA ( intonasi marah )
polis : kenapa tujuan datang KL sertai demonstrasi ?
pelajar : nak protes kerajaan zalim ( intonasi marah )
polis : mana dapat baju bersih ni ?
pelajar : beli RM49 di pejabat cabang pkr ( intonasi marah )
polis : datang KL berapa orang, ada kenderaan ?
pelajar : 8 orang, naik bas, komuter ( intonasi marah )
polis : kenapa kata kerajaan zalim ?
pelajar : Dato Seri Anwar Ibrahim kata kerajaan zalim ( intonasi marah )
polis : asal dari mana ?
pelajar : ( diam tak jawab )
polis : saya tahu dimana kampung awak, siapa ibu bapa kamu !
pelajar : ( terus menangis ) puan, tolong la jangan beritahu keluarga saya
polis : beri sebab kenapa awak tidak mahu saya hubungi keluarga ?
pelajar : ( menangis )
polis : jika awak tak jawab saya hubungi ibu bapa awak sekarang juga !
pelajar : tolong saya, puan ... saya malu dengan mereka ( menangis )
polis : adakah ibu bapa awak ahli parti politik, di kampung ?
pelajar : tidak puan, mereka hanya penoreh getah, tak tahu politik ( nangis ) polis : bagus lah macam tu, mereka wajar tahu awak bakal ahli politik !
pelajar : saya malu, puan ... tolong jangan hubungi mereka
polis : apa awak nak malu, mereka patut bangga, awak dah pandai !
pelajar : keluarga saya orang susah puan, nak makan pun susah ( nangis )
polis : awak beli macam2 benda, belanja untuk demonstrasi, duit siapa ?
pelajar : duit PTPTN puan, duit bantuan sara hidup dari FELDA puan
polis : siapa yang bantu awak dapat belajar di UIA, dapat bantuan ?
pelajar : ayah bawa saya jumpa ADUN BN minta sokongan puan
polis : siapa lagi tolong awak semasa belajar, sara hidup KL ni tinggi
pelajar : ayah jumpa pengurus wilayah tu, dapat bantuan FELDA
polis : bukan kah PTPTN, FELDA itu, agensi kerajaan ?
pelajar : ya puan ( nangis )
polis : kenapa kata kerajaan zalim, awak susah jumpa kerajaan ?
pelajar : ( nangis )
polis : saya terpaksa jalankan tugas saya, nama awak akan dihantar kepada pihak UIA dan Kem. Pengajian Tinggi !
pelajar : ( nangis ) saya minta maaf puan, tolong la saya kali ini
polis : dalam rekod ni, ini kali ketiga awak di tahan kerana kesalahan berkumpul tanpa kebenaran, maaf saya tak dapat tolong !

Monday, 11 July 2011

Renung-renungkanlah..

Pakcik Depan Sogo

Ini bukan iklan. Bukan nak menyalahkan sesiapa.. Bukan juga untuk mengambil kesempatan. Ambillah sedikit masa untuk kita ambil ikhtibar dari Perhimpunan Bersih yang berlaku.

Ini bukan kerja Barisan Nasional. Hayati  dan renungilah.. Maha Suci Allah, kami generasi muda yang sedih melihat pakcik ini sedih. Semoga kita mengambil ikhtibar dari rintihan pakcik ini.

Allahu Akhbar!!
Allahu Akhbar!!
Allahu Akhbar!! 
Ampuni kami Ya Allah, Amin.


ANWAR DAN AMBIGA ADALAH SEBENARNYA PUNCA KEMATIAN BAHARUDDIN ?

Anwar Ibrahim sengaja mahu mencetuskan fonemena kebangkitan rakyat dengan menyebar di Twitter nya jumlah yang terkorban seorang dan gambaran seolah olah yang terkorban adalah kerana tindakan pihak polis.Anwar berharap dengan cetusan berita ini dan juga simpati rakyat terhadap dirinya dikasari pihak Polis sehingga terpaksa menggunakan pergelangan leher kembali dapat simpati dan juga mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan akan berlakulah kesenimbungan rusuhan BERSIH yang telah dicetuskan oleh Anwar dan juga Ambiga.

Arwah Baharuddin dijadikan pencetus sebagai pembakar jiwa rakyat lihat ini  dan pengebumian arwah juga diharapkan oleh Anwar sebagai permulaan demonstrasi rakyat apabila ramai pemimpin pembangkang yang turun. lihat ini juga . Mereka juga cuba membakar jiwa rakyat melalui laman laman web  mereka dengan fitnah fitnah agar rakyat bangun menentang  kerjaan lihat ini. Malangnya semua ini tidak menjadi kerana rakyat tahu kematian arwah Baharuddin bukanlah salah pihak polis. Polis hanya mahu mengawal banyak kematian lagi dan polis hanya menjalankan tugas dan amanah untuk mengawal keselamatan negara dan rakyat Malaysia yang cuba dimusnahkan oleh Anwar Iibrahim dan Ambiga.

Siapa yang bunuh Bahruddin? Jika Anwar dan Ambiga tidak menghasut rakyat turun berdemonstrasi beramai ramai tentu Arwah masih berjalan dan bernafas hari ini. Sudah tentu Arwah menjalankan kehidupan harian dengan sihat bersama keluarga. Arwah sebenarnya adalah di antara ribuan benteng Manusia yang diperalatkan oleh Anwar dan Ambiga. Mujur anak anak dan wanita yang diperalatkan oleh Anwar sebagai tidak menjadi mangsa seperti yang berlaku kepada Arwah Baharuddin.

Anwar Ibrahim dan Ambiga lah pembunuh sebenar Arwah Baharuddin. Anwar dan Ambiga lah yang perlu bertanggung jawab atas kematian  Arwah Baharuddin. mengapa Anwar mahu menunding jari kepada pihak polis dan kerajaan .Jika bukan  BERSIH yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan Ambiga atas agenda Luar yang mahu melihat Kerajaan kita tumbang seperti di Mesir dan yang mahu memenuhi nafsu buas Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri , BERSIH ala rusuhan haram politik ini tuidak akan tercetus dan Arwah Baharudin masih hidup menghidu udara nyaman di dunia ini. Anwar Ambiga kamu lah pembunuh Arwah Baharuddin.

Sunday, 10 July 2011

Video Anwar cedera BERSIH 0.2 di hospital

Tahniah PDRM


Terbaik dari PDRM.. Melaksanakan tugas dengan sangat cemerlang sekali kerana menyekat kemaraan perhimpunan haram terus meneruskan agenda wahabi mereka yang tak ketentuan deq arah..

Mana nak carik PDRM yang mengamalkan perkhidmatan kebajikan macam ni kenkawan.. Dah lah kena tangkap dengan sopan santun, pastu di beri makan macam datang rumah kenduri kendara pulak. Tak cukup itu diberi ruang solat berjemaah lagi.. Apa kerja korang nak mengkhianati negara dengan agenda yang berpaksikan kehancuran nih??? Fikir-fikirkanlah.. Mana yang luka tak seberapa tu diberi rawatan kesihatan percuma.. Layanan kebajikan plak lagi..

Nak buat apa lagi pengkhianat-pengkhianat negara wehhhhhhhh???? Kerajaan Barisan Nasional sudah cukup prihatin dengan korang semua.... dah bagi berarak, dapat makan minum lagi, dapat solat berjemaah lagi..

Apa bezanya Kerajaan Berkebajikan dengan Perkhidmatan PDRM yang sangat berkebajikan mengenyangkan perut-perut korang yang bulur ketika berhimpun haram tu????? Kerajaan Barisan Nasional tak cukup berkebajikan ker??? tak reti-reti lagi????

Mana naskah-naskah memorandum yang ingin di persembahkan kepada DYMM Yang Dipertun Agong Tunku Mizan Zainal Abidin??????????? Berjayakah agenda S. Ambiga dalam memecahbelahkan bangsa Melayu??? korang sukalah.. bersoraklah lagi.. menang sorak kg tergadai.. sukakan???? huh!!!!

Apa yang dilaungkan ketika perhimpunan????? Reformasi!!! Barisan Nasional Hancur!!! BN Rebah!!!! Apa ni??? Kata mahu Bersih.. tapi ni semua auta S. Ambiga yang dah tentunya semua tau Anti Islam dan menegakkan kes Lina Joy murtad... Deeeeiiiiiiiiiii.. malu la sikit bangsa Melayu yang seperti di cucuk hidung...

Amat kasihan melihat Hj Hadi kena tangkap muka macam blur-blur ibarat kena pukauuuuuuu.. Adoi!!! Pemimpin Islam yang dulunya tegas kini lembek melepek, dah tak mampu guna akal.. Ikutlah lagi auta DAP!!!

Lagi macam Anwar Ibrahim dengan adengan  'Drama King'nya.. Buat-buat sakit.. padahal langsung tak sempat berdepan dengan FRU.. dah mengelupur!!! Deiii tambi.. yanadeeeee.. dah kena raba dengan Ambiga ke??? auta jer lebih lah luuuuuu.. papa jahat Nurul Izzah ni memang tak kan selamat lagi lahhhhhhhhhhhhh..

Bangsa Melayu akan kembali bersatu menentang musuh-musuh Islam.. Itu pasti..

Bangsa Melayu dan Agama Islam tidak dapat dipisahkan di bumi Malaysia ini. Ini adalah kebijaksanaan dan kepintaran YM Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj, apabila dengan tegasnya mengamalkan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Lihat hasilnya pada kejadian hari ini.. kita tidak mahu menderhaka kepada Agong... Daulat Tuanku!!!! Daulat Tuanku!!! Daulat Tuanku!!!!

Anwar mahu runtuhkan kredibiliti polis, penyokong pembangkang juga tidak percaya dengan kecederaan Anwar !!


Sengal betul si Anwar Ibrahim ini, kali ini dia sememangnya mahu habiskan kredibiliti institusi polis dengan menuduh polis memukulnya sehingga cedera. Hebat drama Anwar dalam sekelipan saja dia telah dipukul begitu teruk sekali, Apakah selama ini ada beribu ribu orang dengan Anwar . 

Mustahil kalau Anwar dipukul oleh Polis sehingga sedemikian mereka akan diam sahaja. Bukan itu saja, Sekali lagi Nurul Izzah memainkan peranan untuk konfirmkan bahawa bapanya dipukul. dengan memek mukanya dan kesedihan kononnya Anwar dalam kesakitan. Besar betul penipu keluarga ini.

Inilah sebenarnya tujuan Anwar mengadakan himpunan bersih.Malangnya lakonanya bukan sahaja penyokong kerajaan yang percaya.Penyokong pembangkang juga tidak percaya. jika mereka percayua sudah tentu sampai pagi perhimpuann ini tidak akan reda.Anwar mahu mengambil kesempatan kononnya dia dipukul bagi meraih dan mengganaskan lagi perhimpunan semalam.

Di dalam twitter nya sekarang dia menghebahkan bahawa ada seorang penyokong BERSIH yang mati terhidu gas pemedih polis. Maaflah sdr Anwar ini juga tidak mendapat simpati kerana rakyat tahu akan keadaan sebenarnya

Saturday, 9 July 2011

PAS tidak pedulikan masa depan anak anak sekolah ini. Apa pula pesan LGE kepada DAP








Anak anak sekolah telah digunakan untuk menjadi benteng jika bertempur dengan pihak polis. Anak anak sekolah ini akhirnya ditahan oleh pihak polis dan mereka boleh dipecat dari sekolah jika sabib kesalahan. PAS tidak langsung merasakan bersalah dan bertanggungjawab akan perbuatan mereka yang menghancurkan kehidupan murid murid sekolah ini.

ini pula pesanan  Lim  Guan Eng pada ahli DAP

SMS berikut kini tersebar yang dipercayai dari Guan Eng pada ahli DAP:
林冠英已指示DAP 千万不要让华裔党员涉及709 大集会。 就让马来人和马来人互相斗打.
(Terjemahan: Lim Guan Eng tlh arahkan pihak DAP supaya tidak benarkan ahli Cina DAP terlibat dlm perhimpunan tersebut. Biar org Melayu bergaduh sesama sendiri)

Sendiri mau ingat la, melayu2 PAS & PKR...Betapa lahanatnya DAP.

Friday, 8 July 2011

Wartawan Hiburan juga hairan dengan Wardina !!

Kalau ikut penerangan Wardina, dia pun tak tahu menahu yang majlis tu dianjurkan oleh parti pembangkang. Bab ini memang Joyah pelik, sebabnya kalau kita hendak pergi ke sesuatu majlis, kita kenal tahu siapa penganjur, siapa yang jemput kita. Tapi bila Wardina kata dia tak tahu, Joyah kenalah terima dan nasihat Joyah janganlah terus memburukkan Wardina kalau betul dia tak terlibat. -utusan malaysia.

Wartawan hiburan juga terperanjat  apabila Wardina kata dia tidak tahu bahawa penganjur program yang Wardina pergi adalah program parti Keadilan. Apakah ini satu program percuma. Kalau berbayar tentu dia tahu bahawa PKR yang bayar sebab itu program PKR. Mungkin juga Wardina lupa bahawa Nik Nazmi yang menjemputnya adalah wakil rakyat PKR. ia kot Wardina tak ingat. 

Bukan apa , kalau Wardina  mahu  berceramah di Program PKR tak kira lah apa sekali  tajuk ceramahnya , tidak ada salahnya. siapa yang boleh halang itu hak Wardina . Jiak dia mahu bertanding pada PRU13 nanti atas tiket PR pun tidak apa , Negara kita negara demokrasi. Tidak siapa yang boleh menghalang Wardina untuk bertanding. Cuma Johan Jaafar lah kena kaji balik kontrak Wardina dengan TV3 , itu saja.

Jika blog blog banyak yang memberikan perhatian dan menulis  mengenai Wardina , jangan lah salahkan mereka kerana  Wardina adalah Public Figure dan setiap gerak geri Wardina menjadi perhatian ramai.  Maklumlah seleberiti. Jika tidak , siapa yang mahu ambil tahu Salih Yaakob kawin empat. Kawin lah orang tidak peduli jika dia bukan selibriti. Eloklah wardina fikirkan secara matang sebelum mencebur diri dalam politik.

Thursday, 7 July 2011

Nik Nazmi nak cover Wardina Safiyyah ? Wardina Kantoi....

Apakah Nik Nazmi merasakan beliau adalah punca SIAL yang melanda diri Wardina Safiyyah sehinggakan artis wanita itu “terpaksa direhatkan” oleh pihak pengurusan TV3 yang mengelolakan rancangan morning talk show Malaysia Hari Ini [MHI]..?

Wardina kantoi kerana menghadiri majlis PKR setelah “memenuhi kehendak” Nik Nazmi. Maka dengan itu tidak mustahil Nik Nazmi merasakan dirinya membawa SIAL sehingga Wardina kini tidak boleh muncul lagi dikaca tv rancangan TV3...

Atas dasar inilah dilihat Nik Nazmi telah membuat satu kenyataan, kenyataan bertaraf bengong dan baghal semata mata mahu menjaga perasaan Wardina Safiyyah....;TVS NEWS

PETALING JAYA - ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengecam bloger yang menfitnah Wardina Safiyyah semata-mata di atas kehadirannya dalam satu program anjuran beliau.

Nik Nazmi berkata Wardina menjadi sasaran fitnah hanya kerana menerima undangan beliau untuk hadir di program kemasyarakatan Karnival Mesra Rakyat.

"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka," kata Nik Nadzmi.

Nik Nazmi menjelaskan, beliau tidak berniat untuk meraih "spekulasi pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN" dengan menjemput pelakon dan model terkenal itu ke program Karnival Mesra Rakyat itu.

"Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka..."

"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain."

"Kewibawaan Wardina sebagai ikon muslimah jauh berbanding blogger-blogger murahan tersebut yang mengambil pendekatan aib, fitnah dan tohmah," kata Nik Nazmi lagi.

Isu berhubung kehadiran Wardina di program anjuran PKR pada 26 Jun lalu itu menjadi muatan utama laman web pro-Umno.

Laman web berkenaan antara lain turut membangkitkan mengenai keberanian Wardina dalam memperlihatkan sokongan terhadap PKR sedangkan beliau didakwa telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata keputusan mana-mana artis untuk hadir dalam apa jua program perlu dihormati tanpa mengira siapakah penganjur program berkenaan.

"Saya begitu sedih bagaimana program masyarakat sebegini boleh serta penglibatan seorang ikon bukan politik boleh disalahtafsirkan dalam suasana politik dangkal negara hari ini.

"Hairannya ikon atau artis yang menghadiri program anjuran kerajaan persekutuan mahupun BN secara langsung tidak dilayan seperti Wardina," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau menjemput Wardina secara peribadi untuk hadir ke program berkenaan bagi menyampaikan ceramah motivasi berhubung isu keibubapaan.

" Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum," kata Nik Nazmi lagi dalam satu kenyataan hari ini.

http://medan-info-kita.blogspot.com/

Nota :"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain." kata Nik Nazmi. Yang silapnya Nik Nazmi yang seret Wardina ker kancah politik, Nik Nazmi dan Wardina tentu tahu apa akibatnya  jika Wardina pasti akan diserang oleh bloggers  Pro UMNO. Risiko ini patut  diketahui oleh Nik Nazmi dan Wardina sendiri. 
Wardina kata dia tidak tahu Azmin turut hadir, ha ha ha ini program PKR macam mana  Wardina tak tahu ? Wardina juga memberi ceramah dalam program PKR tak kira lah ceramah apa.Tetap memberi ceramah lah namanya, Jadi Blogger Pro UMNO tidak memfitnah.Dengan kenyataan Nik Nazmi , Kantoilah Wardina memang dia ada memberi ceramah di Program Keadilan dan menerima  jemputan program Keadilan dan pastinya tahu  Azmin akan hadir, Sebenarnya tidak salah , terpulanglah itu hak Wardina.
 

Wednesday, 6 July 2011

Ayuh bangkit bangsaku... lawan tetap lawan








Kami rakyat Malaysia yang mendokong kedamaian dan kesejahteraan negara akan bangkit dan menentang musuh-musuh negara yang bertopengkan manusia.

Kami rakyat Malaysia akan memastikan Pengerusi Bersih 2.0 akan dibuang negara kerana kesalahan yang dilakukan tidak boleh dimaafkan. Biar berkerat rotan, kami akan tentang habis-habisan!!!!!!!!!

Kami rakyat Malaysia yang cintakan kemerdekaan tidak akan membiarkan jajahan bentuk baru menanah di hati rakyat!!!!!!

Sudah cukup 500 tahun kami di jajah. Kami tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali!!!!
Berbekalkan kemerdekaan 54 tahun, pembangkang dah berlagak macam-macam.

Terima kasih PDRM kerana bertindak pantas menangani isu pemberontakan Bersih!!!

Pembangkang!!!!!!!! Ni apa?????? Jangan kau berlebihan!!!!!

Polis menemui tiga bungkusan berisi barang-barang berbahaya termasuk bom molotov cocktail, parang dan mercun bola di tiga lokasi di ibu negara semalam, yang dijangka digunakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan haram pada Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua barang tersebut ditemui disembunyikan dalam pokok hiasan di hadapan Restoran The Ship di pusat beli-belah Kompleks Pertama, di bawah tangga Wisma Bumi Raya dan dalam semak di air pancut belakang Pusat Beli-belah Sogo di sini.

Beliau berkata, polis bertindak membuat pemeriksaan di tiga lokasi terletak kira-kira 150 meter antara satu sama lain itu setelah dihubungi oleh orang awam yang berasa syak apabila melihat tiga lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak berkeadaan mencurigakan meletakkan sesuatu di situ.

"Pada pukul 4.30 pagi semalam, dua ahli perniagaan yang sedang menggunakan tandas awam di belakang Pusat Beli-belah Kompleks Pertama telah melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berhenti di beberapa tempat berdekatan tandas awam tersebut.

"Ketiga-tiga suspek memakai kopiah putih menaiki kereta Proton Waja dan menutup muka dengan topeng dilihat tergesa-gesa menyembunyikan sesuatu di tiga lokasi berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

"Dalam bungkusan pertama di Restoran The Ship, polis menemui 28 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail, empat helai topeng muka dan sehelai baju T kuning tertera perkataan Bersih 2.0.


"Di Wisma Bumi Raya, kita menemui bungkusan kedua berisi 15 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail dan empat topeng muka," katanya.